Sememangnya perniagaan internet adalah amat mencabar dan tidak semudah yang kita sangka. Tetapi dengan banyak membaca buku, artikel dan panduan dari mereka-mereka yang telah berjaya, pasti kita akan menemui kejayaan. Sebenarnya, strategy dan pengetahuan hanyalah faktor kecil kejayaan seseorang usahawan Internet. Faktor yang paling besar ialah semangat yang berkobar-kobar dan tidak mudah berputus asa. Dengan adanya semangat ini, segalanya adalah mungkin.
Bermula dengan USD1 pertama yang anda dapat, pastikan anda tidak berpaling ke belakang lagi.. Teruskan apa yang anda buat dan sentiasa upgrade teknik yang anda gunakan untuk memperoleh pendapatan di Internet. Gunakan segala peluang, cara dan pengetahuan yang ada untuk mencapai matlamat anda. Jangan terlalu cepat berpuas hati kerana bukan anda seorang sahaja yang mengejar peluang di Internet. Terdapat jutaan malah berbillion orang di seluruh dunia sedang berebut peluang dengan anda.
Saya masih ingat ketika kali pertama mendapat USD14.99 pertama di internet kira-kira 5 tahun lepas. Saya sukar tidur sehingga beberapa malam kerana begitu teruja dengan pendapatan internet sehingga kini, ia menjadi pendapatan utama saya.. Kebebasan masa dan wang merupakan kebahagian yang tidak dapat diungkap dengan kata2.
|
|
|
|
Moneyceo said on Sunday, October 12, 2008, 12:55
Mak ai, sampai tak tidur ko bro?
myitalian said on Monday, October 13, 2008, 0:47
pergh nak tidur pun dengan laptop
abdfatah said on Wednesday, October 15, 2008, 3:46
takder lapto tak boleh tido agaknya…
Ujang said on Sunday, November 2, 2008, 8:44
Muahaha… ;D
Mang aii.. dasat to..
Tompi yolah,nekmat eh orang nego ..
Dio yolah yang faham..