Saya telah membaca banyak ebook dan artikel berkenaan ebay dan telah menghabiskan ribuan ringgit membeli ebook tempatan dan antarabangsa. Kebanyakan ebook tersebut merupakan panduan asas yang sebenarnya boleh dipelajari sendiri tanpa perlu sebarang panduan. Biar saya berikan contoh, adik sepupu saya yang baru bersekolah darjah 3 sudah mempunyai blog myspace, friendster, tagged sendiri tanpa ada tunjuk ajar dari orang lain. Mendaftar akaun bagi tujuan perniagaan internet adalah amat mudah seperti mendaftar profile percuma tersebut. Ini disebabkan, syarikat2 yang menawarkan perniagaan internet seperti eBay, PayPal, Nuffnang, malahan Forex, mempunyai platform yang amat user friendly.
Berdasarkan pengalaman ini, saya cuba membuat sebuah panduan yang khusus untuk mereka yang tahu asas mendaftar sesebuah program internet tetapi tidak tahu apa yang perlu dibuat selepas itu. Apabila saya membuat panduan yang terlalu advance, rupanya masih ramai lagi yang tidak tahu tentang asas perniagaan internet malahan tidak tahu mendaftar akaun perniagaan internet sendiri padahal ia adalah amat mudah. Oleh itu, saya ‘general’ kan ebook saya agar ia boleh difahami individu yang 0 dalam perniagaan internet.
Suatu perkara yang saya ingin pesan kepada semua pembaca ebook saya, janganlah terikut-ikut dengan gaya pemikiran masyarakat Malaysia. Di internet, pembeli dari seluruh dunia mempunyai pemikiran yang langsung tidak sama dengan kita. Bagi mereka, membeli belah di internet adalah perkara biasa. Bagi sebuah negara maju seperti US dan UK, teknologi menjadikan mereka lebih flexible dan berfikiran terbuka. Itu yang perlu ada pada kita. Sebagai contoh, apabila saya memperkenalkan VCC kepada pembaca ebook saya, masih ramai lagi yang mahu menggunakan kaedah manual iaitu membuat debit/kredit kad di Bank dan takut untuk mencuba VCC. Sikap takut mencuba ini adalah sesuatu yang negatif. Saya sering menasihatkan pembaca saya agak bersikap HATI KERING klu ingin berjaya.
Akhir kata, sebenarnya saya ingin melihat respons dari semua pembaca saya, Apakah Pendapat Anda Tentang Ebook “Panduan & Teknik Rahsia eBay” yang baru saya lancarkan. Saya bukanlah seorang yang bersikap sombong dan angkuh dengan ilmu saya malah saya merasakan, banyak yang pembaca saya boleh memberikan ilmu yang lebih bermanfaat untuk dikongsi bersama. Kalau ikutkan hati, ingin saya berjumpa semua pembaca saya secara peribadi tetapi untuk bilangan yang terlalu ramai, ia agak mustahil bagi saya memuaskan hati semua orang. InsyaAllah, jika ada peluang, mungkin kita boleh berbual dan berkongsi buah fikiran secara terus. Apa pun, saya sentiasa bersama anda semua di FORUM TERTUTUP saya.
Dalam waktu terdekat ini, saya bersama2 rakan2 usahawab internet yang lain, sedang merancang membuat sebuah seminar eBay pertama di Malaysia. Oleh itu, untuk mengetahui perkembangan terkini, anda cuba perlu subscribe RSS saya di blog ini atau ‘follow’ perkembangan terbaru saya melalui TWITTER di link ini http://twitter.com/sifulan.
TUKAR GAYA PEMIKIRAN ANDA, SENTIASA BERKONGSI ILMU, KEEP IN TOUCH!!…
|
|
|
|
Noorizam Shah said on Friday, October 10, 2008, 3:03
mereka perlu ubah minda “takut” kalau nak berjaya! Twit Twit!
Taufic said on Friday, October 10, 2008, 3:05
Owh I am the first hahaa..
dah beli dah baca + baru nk start jalan
baru tau pasal forum tertutup sifu lan.. nnt sy register
sy ni tak penah lagi beli ebook, tp bila sifu lan yg jual sy pon try la beli..
pembelian ebook pertama sy ni ternyata mmg satu decision yg bijak..
sebab sy dapat tau rahsia2 berharga untuk berjaya dalam ebay.
sebelum ni sy beli barang je kat ebay tp skang sy dah bule start jual barang pulak
Taufic said on Friday, October 10, 2008, 3:05
lol i am 2nd acctully hahaa
Sifu LAN said on Friday, October 10, 2008, 3:15
Thanks for ur comment taufic.. type laju sikit len kali.. Noorizam tu selalu praktis gune Twit! Twit! tu..
Pangeran | PANGERAN.ORG said on Friday, October 10, 2008, 3:17
Saya dapat merasa “kejujuran” Sifu Lan dalam ebook tu…
Tapi masih dapat jugak ada yang masih dirahsiakan…
Walau bagaimanapun, saya amat berpuas hati dengan ebook ini…
Semoga akan membuka lembaran baru dalam hidup saya…
Akhir kata, izinkan lah ilmu itu untuk saya gunakan… :-p
panglimacyber said on Friday, October 10, 2008, 3:44
Alhamdulillah ….saya baru try kelmarin, mengikuti satu persatu panduan e-bay.Dah ada satu bid.Insyaallah mlm nie closed untuk my first internet sale.thnx!!
Matzis said on Friday, October 10, 2008, 5:17
dunia dah maju..pemikiran pun harus seiring dengan kemajuan yang ada….jangan selalu ketinggalan..mencuba selagi anda boleh mencuba! itu yang paling penting…jangan selalu ikut kata orang lain tetapi ikutlah gerak hati anda untuk terus berjaya.
taukey said on Friday, October 10, 2008, 10:03
ebook tu ok. aku masih lekat kat langkah produk. masih sedang usaha part tu. nanti dah siap semua terus daftar terus jual. jadi tak rugi sangat masa percuma tu nanti.
tentang VCC, rasanya bukan mereka takut. Tapi mereka senang nak membuat pengeluaran. nak exchange takder masalah gak tapi kena bersaing dengan rate org lain yang jual lebih murah dari harga pasaran. (duit USD)
Shukri said on Friday, October 10, 2008, 11:49
Saya dah baca ebook PANDUAN & TEKNIK RAHSIA EBAY. Ia sangat bagus untuk sapa2 yg baru nak mula2 berjinak dgn perniagaan online.
Saya dah praktikan apa yg di tunjukkan dan ianya cukup mudah, malah penyusunan ayatnya cukup senang untuk di fahami. buat masa sekarang saya masih lagi tersangkut pada bahagian produk. Masih mencari2 produk yg sesuai untuk di jual. Di masa akan datang saya amat berharap sangat la supaya Sifu Lan boleh memperkenalkan banyak lagi dropshipper kepada kami…..
little_mozart said on Friday, October 10, 2008, 15:45
bagus buku ni..series.untuk newbie mmg sgt2 bagus
izzatt said on Saturday, October 11, 2008, 11:42
hmm…saye rase saye rg pertama baca..dan saye bermula dari kosong. e-book yang sgt2 superb..
Moneyceo said on Sunday, October 12, 2008, 12:52
Hmm… ni nak kena pakai comment sniper ni.. Jaga ek.. Nanti aku jadi no. 1 jer post komen
mansorsapari said on Monday, October 13, 2008, 3:46
Great job sifulan…
saya dah agak lama main ebay nih..dan agak konstatnt sale…tapi sifulan bagi lagi panduan atau NICHE yang saya rasa Potesi yang Sangat besar….thank you…good job and keep up the gud work
…Tuhan dah janji barangsiapa yang menaikkan taraf hidup(kekayaan) orang lain maka tarafnya sendiri(kekayaan) akan naik berkali kali ganda…
olie-rakanblogger said on Tuesday, October 14, 2008, 3:22
Ebay memang satu lubuk emas bagi sesiapa yang tahu teknik dan caranya. Ebook Sifu Lan dapat membantu, lebih-lebih lagi kepada newbie yang baru berjinak-jinak di arena online.
blackmamba said on Tuesday, October 14, 2008, 10:24
saya da tolong belikan barang dari china. tapi nampaknya ebay ni mcm indah khabar dari rupa. quality brg x seperti yg digambarkan. so kalau dropshipper ni tak ada ka masalah macam ni.
nick said on Tuesday, October 14, 2008, 14:50
Open minded adalah salah satu rahsia kejayaan.
maplebizz said on Tuesday, October 14, 2008, 15:28
hebat…..
sekarang sy sudahpun menjadikan ebay
sebagai sumber pendapatan sampingan
sy. Terima kasih sifu lan kerana
telah memperkenalkan ebay kepada sy.
abdfatah said on Wednesday, October 15, 2008, 3:47
pendapatan saya kat sini adalah…. sudah tentunya dapat duit banyak laaa…. banyak banyak dapat duit…
akuazman said on Saturday, October 18, 2008, 15:25
Hi… Tahniah sebab berjaya mengarang sebuah e-book yang memang hampir x dpt dicari di pasaran…. Sebelum ni cum buat listing 5-10 jer.. jd mcm nampak slow.. Atas nasihat peribadi sifu lan untuk tambah lebih listing dan research di http://tanyasifudirect*********.com dalam 1 hari dapat 5 sales… (walau kerana tersalah buat bulk order rugi profit sket dan semalam 2 hari jer dapat 7 sales dan dapat USD 25 dari 4 items jer…. Rasa semangat dah naik.. Lepas ni kena research lebih sket lagi… Thanks jugak sebab buat close forum yang teramat penting untuk membantu kami yang baru berkecimpung nie… Buat siapa yang tak join lagi, inilah peluang untuk mendapat khidmat lepas jualan.. Byk soalan2 lazim yang rahsia telah terjawab… X sabar menunggu edisi kedua buku ini…. Moga berjaya…
shahraduan said on Sunday, October 19, 2008, 1:20
Kau punya ebook memang sempoi giler..Lepas baca boleh terus Meniaga.
Kalau nak meniaga dlm ebay hati mau kering!! Memang betul tu. Kalau itu takut ini takut sampai bila minda nak terbuka..
aku sendiri pun berapa banyak akaun kena suspen..tapi itu kecik punya hal. Hohohohoho
Sifu Lan dah bagi jalan…apa lagi Rembatlah ebook tu.
mady said on Tuesday, October 21, 2008, 14:36
Sedang tunggu link download …..tak sabau nih
Sifu LAN said on Tuesday, October 21, 2008, 15:35
Saya dah hantar semua download link mady.. Please check ur email.. Thanks..
roza said on Friday, October 24, 2008, 4:05
ebook ni memang best…senang diikuti oleh orang2 yang knowledge it teruk (cam saya..haha)…ayat mudah lengkap dengan penerangan gambar…tq sifu
shamxo said on Friday, October 24, 2008, 7:03
perghh…sib baik aku beli ebook nih..paling best dropship tu..dah berjaya jual..nape la ko lambat jual ebook nih…kalau tak dah lama aku kaya macam ko SIFU..
cornelius said on Monday, October 27, 2008, 19:53
e-book sifulan ni straight to the point ..saya berjaya buka akaun dropship 5 min selepas membaca ebook sifulan… memang hebat info kat dlam tu…banyak rahsia yang boleh kickstart perniagaan internet kitaorang…teruskan sifulan…
razizainon said on Sunday, November 2, 2008, 11:39
ebook yang direct to the money…!!!
zuhairy said on Tuesday, November 4, 2008, 9:26
ebook saudara memang direct to the money. cuma pada pendapat saya, ada sedikit bahgian yang memerlukan penambahbaikan.
bahagian yang dimaksudkan adalah cara menghantar produk dari artsnow ke pelanggang..rasanya tak boleh harapkan pembaca faham part tu melalui video dlm web tu. elok saudara buat step by step tentang part tu. saya sendiri kurang faham apa yang ditunjukan dalam video tu..pada saya part tu agak critical dan perlu difahami dgn betul..
yang lain tu dah ok..
zakri said on Wednesday, November 5, 2008, 10:04
Ha ha ha…
Sifu memang hebat. Aku baru tahu rahsia ini. Memang akan ku gunakan sepenuhnya
Thanks Sifu Lan
zulkefly said on Thursday, November 6, 2008, 16:07
tak sabau2 nak baca ebook nih. tgh tunggu downlod link,,
Farah said on Tuesday, November 18, 2008, 9:44
sifu lan, sya baru ja tau psl ebay nie..ada jga dgr..tu pon sbb tgk ceta kim kardashian..tp tak fhm sgt..kalau nak start ebay nie..kira-kiranya kena ada berapa ratus masa nak start..sya x keja lg..jd x ada la byk duit..blh bg tunjuk ajar..
nik lah b nik yusoff said on Tuesday, December 2, 2008, 0:20
saya baru tahu tentang rahsia ni, bertuah saya krana dpt bertemu dgn sifu lan,merasa akan kejujuranya membuka rahsiaa ni,membawa saya ke satu harapan baru dlm bisnes internet,cuma
nak fahaam dan nak buat tu mjadi problum sebab baru berjinak2 t kasih sifu lan ..Slow2 sambil ….belajar, bru 50% faham,…bila nak kaya.. harap2 cepat la… kaya amin… harapan klu ada sahhabat2 yg nak tolong fahamkan saya amat2 diharapkan(gurau je…. ) tapi sungguh