Tuesday, January 6, 2009

Twitter, trend social networking yang berkesan.

Wednesday, October 15, 2008, 2:32
This news item was posted in Komputer & Internet category and has 3 Comments so far.

Saya diperkenalkan dengan servis twitter oleh sahabat baik saya Moneyceo dan terus jatuh cinta dengan perkhidmatan ini. Ini sememangnya benda yang diperlukan oleh para blogger di dunia IM. Sebenarnya, sikap manusia yang mempunyai sikap ingin tahu private life seseorang tidak dapat dinafikan lagi. Sebagai contoh, di US, banyak ‘reality show’ yang memaparkan kehidupan seseorang dan mendapat sambutan hangat dari ramai penonton. Walaupun melakukan kegiatan harian, ramai yang ingin tahu apakah yang sedang dilakukan oleh watak yang dipilihnya atau yang dipersembahkan. Begitulah juga dengan para blogger yang sentiasa tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukan oleh blogger lain ketika berada di hadapan komputer. Pernahkah anda mempunyai perasaan yang sama? Jika ya, anda tidak perlu risau kerana ia adalah normal..

Bagi memuaskan hati anda, twitter adalah jalan penyelesaian untuk kita saling berhubung dengan hanya update kegiatan harian kita. Yang membuatkan twitter menarik adalah ia boleh diupdate secara offline menggunakan Perkhidmatan SMS di Malaysia. Anda boleh update kegiatan anda ketika bercuti, di lokasi luar, di kampung meskipun ketika sedang beriadah. Saya sendiri sentiasa mengupdate twitter saya dan mengenali lebih ramai blogger di luar sana yg sudi berkongsi kegiatan harian mereka di twitter. Di kalangan akaun twitter yang anda follow dan yang menjadi follower, saling bertukar-tukar pendapat dan komen di blog masing2. Ikuti kegiatan harian saya di twitter dengan klik link dibawah dan pilih TWITTER.

Bagi yang tidak mengetahui lagi tentang twitter nie, inilah masanya nak buka akaun sendiri. Kita leh letak maklumat terkini seperti di blog saya “Apa saya sedang buat sekarang”. Mungkin anda tiada blog, tetapi ia masih boleh diletakkan di public profile seperti Myspace, Friendster, Tagged dan sebagainya.

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Twitter, trend social networking yang berkesan.”

  1. Moneyceo said on Wednesday, October 15, 2008, 7:40

    Twitter ni memanag membuatkan diri rasa dekat dengan blog walau dimana sahaja berada

  2. Safuan a.k.a Sipenglipurlara said on Thursday, October 23, 2008, 13:44

    Twitter nie menjadikan kita lebih rapat dengan kenalan.. Saya ada menyediakan ebook percuma cara memasang ebook di http://ebooktwitter.sipenglipurlara.com

  3. reddebt said on Tuesday, October 28, 2008, 10:12

    memang best. micro blogging. sangat rugi kalau kita tak eksploitasi twitter nih..

Leave a Reply

Business Top Blogs Marketing Blogs - BlogCatalog Blog Directory Join My Community at MyBloglog! Yahoo bot last visit powered by MyPagerank.Net Msn bot last visit powered by MyPagerank.Net Google bot last visit powered by Bots Visit