Nama sebenarnya Khairul Azlan dan lebih dikenali dengan nama Sifu LAN. Saya merupakan usahawan internet sepenuh masa dan sudah 4 tahun dalam bidang ini. Saya mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan sejak saya berumur 18 tahun lagi dari beniaga di Pasar Pagi, Pasar Malam sehingga ke shopping-shopping kompleks di seluruh dunia. Mengikut pengalaman saya, perniagaan online merupakan satu perniagaan yang amat bijak untuk dilakukan kerana anda boleh merahsiakan pelbagai-bagai kaedah perniagaan yang anda jalankan dan memperoleh keuntungan tanpa disedari oleh sesiapa pun. Ramai yang hairan bagaimana saya menjana pendapatan di internet sehingga boleh berkahwin hanya menggunakan wang dari perniagaan ini.
Saya berpegang pada satu prinsip.. “Lebih banyak ilmu yang kita sapaikan, lebih tinggi ilmu yang kita dapat.” Ibu saya adalah seorang guru dan Ayah saya adalah seorang pensyarah. Saya sudah biasa bercakap dan memberi tutorial di hadapan orang ramai dan sudah biasa dalam kaedah pengajaran. Walaubagaimanapun saya akui, terdapat banyak kelemahan yang masih terdapat dalam diri saya seperti kemahiran penulisan. Saya akui saya adalah seorang penulis yang teruk. Sesungguhpun begitu, saya berusaha sedaya upaya untuk memastikan anda memahami apa yang saya sampaikan.
Saya juga adalah pengasas forum TanyaSIFU.com bersama sahabat baik saya Moneyceo sejak beberapa bulan lalu dan kini ia adalah antara forum yang mendapat tempat di arena Internet tempatan.
KEMAHIRAN & KEPAKARAN
Berikut adalah perkara-perkara yang dalam bidang saya sekiranya anda ingin bertanya, berkongsi atau berbincang dengan saya.
Saya akan sentiasa berkongsi pengetahuan saya dengan anda. Pastikan anda kerap melawat web saya dan dapatkan ‘update’ terkini tentang dunia Internet dan Perniagaan online. Saya dahului sokongan yang diberikan oleh anda dengan ucapan TERIMA KASIH!
|
|
|
|