Saya sedang sibuk menyiapkan 'Panduan Advance'


image

Lama pulak rasanya tak update web nie.. Sebenarnya saya tak hilang ke mana-mana. Saya kini sedang sibuk menyiapkan 'Pekej Panduan eBay - Advance Edition' yang bakal dilancarkan tidak lama lagi dan menumpukan perhatian 100% kepada projek ini. Semua seminar, personal coaching, dan web update akan dihentikan sementara bagi memberi perhatian kepada panduan yang paling complicated & sukar untuk saya siapkan ini.

Pekej Panduan eBay - Advance Edition' yang bakal saya lancarkan mempunyai terlalu banyak kelebihan berbanding dengan panduan saya sebelum ini. Ebook saya sebelum ini mempunyai hanya 3 tajuk utama iaitu membuka akaun eBay, membuka akaun PayPal, dan menggunakan perkhidmatan dropshipper ARTSNOW (kali ini secara terbuka, bukan lagi supplier rahsia). Kali ini saya bukanlah hanya menggunakan sebuah ebook.. Tetapi ia adalah gabungan banyak ebook dan panduan video yang menyelitkan berpuluh-puluh tajuk. Kali ini, saya juga akan berkongsi taktik2 blackhat & banyak jenis strategy yang boleh digunakan mengikut beberapa siri senario dan sasaran pembeli.

 

Semua ebook dan video disusun secara berasingan bagi memudahkan anda mempelajari hanya yang diperlukan sahaja. Ia juga disusun sedemikian supaya mudah untuk di update mengikut polisi dan web update terkini. Oleh itu, ia mungkin adalah panduan eBay yang terakhir yang saya akan lancarkan dan selepas ini, saya akan focus kepada projek-projek antarabangsa. Di sebabkan ia adalah yang terakhir, saya berjanji akan memberikan 100% terbaik dan membongkar lebih banyak rahsia termasuk 1 eBay id saya khusus untuk tujuan pendidikan. Panduan ini bukan sahaja membongkar lebih banyak dropshipper, tetapi lebih banyak rahsia tentang produk fizikal termasuk lokasi supplier dan teknik membeli barangan secara borong untuk dijual di ebay.

Ia sesuai untuk semua golongan dan disasarkan kepada 4 category iaitu 'ZERO KNOWLEDGE', 'NEWBIE', 'INTERMEDIATE', dan 'EXPERT'. Oleh itu, jika anda tidak pernah mendengar tentang eBay sebelum ini, anda boleh mempelajari teknik ini sehingga menjadi expert tanpa perlu menghadiri lagi sebarang sesi seminar & personal coaching dari saya. Begitu juga jika anda merasakan diri anda sebagai expert (ramai yg rasa macam nie), saya bakal membawa anda kembali ke belakang untuk melihat kembali bagaimana segala polisi & perubahan yang berlaku di eBay dan bagaimana orang-orang lama menghadapi perubahan ini secara positif supaya mereka nie tidak besar kepala dengan lagak seolah-olah Hero Filem Hindustand untuk eBay di forum-forum public dan menyerang orang lain tanpa usul periksa padahal x sampai setahun pun buat perniagaan eBay.. huhu. Golongan 'INTERMEDIATE' dan 'EXPERT' juga bakal saya kejutkan dengan taktik blackhat yang hebat sehingga mampu menjadikan sesiapa sahaja sebagai POWERSELLER di eBay hanya dalam tempoh 90 hari. Perhatikanlah NEWBIE bakal menjadi EXPERT dalam 3 bulan wahai powerseller2 sekalian.

Pekej ini akan dijual di domain www.panduanebay.com dan akan dilancarkan tidak lama lagi. Jangan tanya bila akan dilancarkan. Mungkin hujung bulan nie, mungkin hujung bulan depan, dan mungkin tahun depan. Huhuhu. Bergantung kepada masa & komplikasi ketika menyiapkan projek ini. Kini saya sedang berperang dengan masa & komitmen serta beberapa projek serentak yang saya jalankan. (projek antarabangsa). Oleh itu saya meminta kerjasama dari semua orang supaya bersabar (jangan la marah2) sementara menunggu pelancaran pekej berkenaan. Sebelum ia dilancarkan ia bakal disemak terlebih dahulu oleh otai2 eBay yang lebih senior untuk memastikan ia tiada kesilapan fakta.

Saya akan sibuk menyiapkan projek ini. Peserta Seminar saya di PJ baru2 ini merupakan golongan paling awal diberikan pendedahan tentang teknik advance ini. Syabas kepada mereka. Kemungkinan saya tidak akan membuat sebarang seminar lagi selepas pekej ini dilancarkan. Doakan semoga projek ini cepat siap & dilancarkan. Semoga ia bakal mengubah hidup semua para usahawan eBay di seluruh Malaysia.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites
Reddit! Del.icio.us! Mixx! Free and Open Source Software News Google! Live! Facebook! StumbleUpon! Yahoo! Free Joomla PHP extensions, software, information and tutorials.
Comments (30)add comment

akmal said:

akmal
...
Dapat rasakan panduan advance ni akan "meletop" di pasaran!smilies/grin.gif Go sifu!
 
July 23, 2009
Votes: +0

recon said:

recon
Respect...
Honestly.. the one and only simple and yet effective ebook/guide that make me a lot of bees and honey compare to others ebook/guide both intern'l and local... wish you a lot of success in the future... hate to miss your final seminar due to outstation even i have pay first but finally have to ask for a refund smilies/angry.gif.... can't wait to have your ebay advance ebook... thanks a lot for what you have done bro... really mean it... MAY ALLAH BLESS YOU... smilies/cheesy.gif

 
July 23, 2009
Votes: +0

I k u n g said:

0
Wow....
Ni yang tambah semangat bila dengar saja ebook Panduan Advance ni...semoga sifu Lan dimurahkan rezeki dengan pendedahan yang sangat berani ni...
 
July 23, 2009
Votes: +0

mohd khairol azhar said:

mohd khairol azhar
kena beli lg ke?
huh..x sabar menunggu panduan yg power ni..tp,untuk orng yg da beli panduan ebay yg sebelum ni,kena beli lg skali ke..??xkn x de diskaun kot untk ahli2 forum trtutup sifu lan...
 
July 23, 2009
Votes: +0

Suhaimi Sahar said:

0
Lu mmg Sifu Bro..
Hehehe.. wa bangga dengan apa yang lu buat Bro.. Bagi wa lu mmg tak lokek ilmu.. Semoga Allah murahkan rezeki anda selalu.. smilies/grin.gif
 
July 23, 2009 | url
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
Gerenti Best !!
Hohohoho..kau perli-perli powerseller yerk bro..kehkehkeh..Aku tahu kau perli kat sape ni...ngeh ngeh ngeh..

Pakej ni ko kena jual RM499 ker..baru berbaloi...jgn jual murah.

Jual murah2..nanti akan ada cakap ko ajar ajaran sesat pula..so, golongan ini tak perlu dah ko nak layan..."ala bro tak der duit" tak perlu layan dah.

Nak seribu daya taknak seribu dalih..
 
July 24, 2009 | url
Votes: -4

matzis said:

matzis
...
Bro setuju dengan shahraduan tentang harga tu sebab kalau ebook ini benar-benar advance, berapa pun harganya orang akan sanggup beli punyer...hehehe..tapi sebelum kasi keluar kena semak dulu yer fakta-faktanya supaya ianya lebih bertaraf profesional advance ebook...smilies/grin.gif
 
July 24, 2009 | url
Votes: -2

sharlene said:

sharlene
...
saudara matzis dan shahraduan blhlah ckp mcm tu sbb dh buat duit byk kat ebay tp org baru mcm kami ni sian ler, duit ebay pun xmerasa lg...klu mahal mmg xmampu ler nk belismilies/cry.gif...
lg pun pnglaman I ni dh terkena pegi PC dgn hamba Allah byr dkt2 900 tp hampeh!!! Lps PC nak call utk ckp punyalah payah, segala yg dijanjikan tinggal janji lps duit...smilies/cry.gif
 
July 24, 2009
Votes: +5

observe888 said:

observe888
...
Salam...

dah lama mengidam ebook advance sifu...hu hu hu...

setakat nie asyik praktikkan ebook yg lama jer...

kepada newbie kalau ebook advance nie mahal, buat la duit cepat2...sebab ngan ebook lama tu pun bleh buat duit...)))

mari kita sama2 berdoa agar ebook advance nie dpt disiapkn secepat mungkin...AMIN...
 
July 24, 2009
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
...
sherlene - berapa jam sehari kau buat dan praktik dan mencari ilmu dlm ebay ni?

Gua ada kalanya tak tidor dok memikir strategi dan mcm2 teknik..researh. Tiada jalan mudah untuk berjaya..kalau letak duit rm10k pun..kalau tak usaha keras habis begitu sahaja.

Budak2 baru pun dah byk juga yg berjaya..dan ada yg bergelar power seller...malah ada yang tak beli ebook panduan sifu-lan tu pun boleh buat..apa pula korang nak cakap!!

So..apa masalahnya? Masalahnya diri kamu dan kamu sendiri..

Gua 5 hari sakit mata..keja mengadap laptop lama-lama..pergi ambil ubat..doktor siap marah lagi..hohohoho

Buat ebay ni bukan kerja senang..perlukan banyak masa dan pengorbanan..pukul 3..4..5 pagi dok online lagi..kadang tak tidor..ptg2 tidolah kejap.

 
July 24, 2009 | url
Votes: +0

bjay69 said:

bjay69
...
tahniah buat bro sifulan. semuga project nie sukses dan yang paling utama dapat meningkatkan ekonomi orang2 kite (melayu) yang betul2 serius dlm menjalankan perniagaan eBAY.....AMIN
 
July 25, 2009
Votes: +0

rifoo said:

rifoo
...
Lama tak dengar berita SIFU Lan ni. Ingat ge buat umrah hehehe .....eBook Advance tu cepat cepat la cikit. ilmu tak cukup lagi ni. bayar fee lebih daripada untung.... emmm berapa harga ebook tu sifu. kalau boleh jangan murah sangat dan jangan mahal sangat .......saya doakan eBook Advance akan berjaya di lancarkan,,,,,,,,,,,,smilies/wink.gif sahraduan wah hebat la ko ni tido 3.4.5 pagi petang baru tido smilies/wink.gif ko ni memang kaki sedut duit mat saleh nismilies/grin.gif power beb powerrrr cayalahhh...
 
July 25, 2009
Votes: +0

sharlene said:

sharlene
...
otai shahraduan...nk kata keje mcm bro xler kot sbb hsewife cam i ni komitmen bsr, anak2 and asben priority so mlm je masa yg ada utk ebay ni...kekdg bersengkang mata juga sampai 3 4 pg...hya utk mencari ilmu. so far dh 8bln kat ebay ni tp income masih blm cecah 1k USD pn lg...teringin gak nak jd mcm otai2 ni...

so harap2 dgn ebook sifu ni blh mmbantu utk org baru cam saya nih..teknik2 yg lbh baik yg mungkin saya tak ketahui lg atau rahsia2 produk fizikal mcm yg selalu org2 yg buat PC gempakkan tu...produk supplier rahsia dh on pun tp kureng income so nk tau juga produk fizikal yg mcm mana yg mnjadi kegilaan kat ebay ni...smilies/grin.gif...

cuma kdg2 rasa kecewa juga dgn org2 yg buat PC ni, kita letak harapan yg tinggi lps hbs PC income akan increase tp sebaliknya pula yg berlaku...mcm dah serik nk join PC..indah khabar dr rupa...smilies/sad.gif
 
July 26, 2009
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
...
sharlene - Sebelum saya terjebak dengan Sifu-Lan ni saya dah pun buat ebay dah..dah 6 tahun dah rasanya..waktu tu barang fizikal jerk..rasanya 4 akaun kot kena suspen.

Saya byk belajar daripada kesilapan dan bukannya dari ebook,pc,atau seminar. Try n Error..Susah jugak...adakalah duit pun tak cukup nak bagi anak bini makan...waktu dulu-dululah.

Diawal pembabitan memang teruk..tak menjadi..puas dok mengkaji.

Yang menjadi persoalan...kenapa anda tak menjual ditujukan kepada semua..sedangkan benda tu semua boleh dijual..

Jual Jamu boleh jadi powerseller..sales jualan RM10K Sebulan..

Jual Sayuran dan buah-buahan - powerseller juga

Jual tongkat ali dan produk untuk kesihatan batin dan jasmani

Umpama supermarket besar macam tesco..kalau anda mampu buat diebay..anda pasti dapat buat duit lumayan...Tekniknya mudah saja..Guna Premium Store..listinglah beribu-ribu item..Keterangan item pastikan jelas. Shipping jgn terlalu mahal..begitu juga harga barang.

DALAM fikiran kita jangan fikiran duit..sebaliknya fikiran barangan. Ebay ni bisness long term.

Apa yg ada dlm rumah kamu..kamu boleh listing..kat bahagian dapur tu..penuh dengan barangan milo..kopi..teh..herba itu ini..perencah itu ini..dari segi logiknya korang akan nampak pelik..kalau pelik..apek2 kat kedai tu tak jual lah..

Kalau benda yg ada depan mata pun tak boleh nak fikir untuk listing..so, mcm mana korang nak pikir benda2 lain.

Saya ada jumpa..power seller yg mempunyai lebih 7OK item dlm Store..fuhh gila babas !!!
 
July 26, 2009 | url
Votes: +0

sharlene said:

sharlene
...
tu ler...since join PC xder hasil, baikler aku invest kat ebook sifu ni, xsabar rasanya menunggu....

untuk ilmu brp pun org sanggup bayar asal berbaloi...jgn asyik kejar nak buat PC je, tp after sales service xder mcm kata saudara nuwa...

pd org2 yg nk buat PC, ingatlah...peserta melabur dn meletak komitmen yg tinggi terhadap anda, jgn janji tinggal janji jer..nak balas email punyalah lama...nak jwb call...hmmm...jgn harap...lps dpt duit terus senyap...

konon nk share rahsia produk fizikal ler dn mcm2 lg tp semua tu tipu....produk yg di syorkan telah saya listing dan acc ebay terus kena suspend. Tak ker menaya org namanya tuh....

nak merujuk sesuatu perkara punyalah susah, klu kami dah expert tak ler kami join PC....kita susah payah nak kumpul duit utk join PC hanya Allah jer yg tau...

mudah2an jadi panduan buat newbie2 semua...sekadar peringatan buat anda...smilies/angry.gifsmilies/sad.gif
 
July 27, 2009
Votes: +2

shahh said:

0
...
wah..x sabo dh ni..
 
July 27, 2009 | url
Votes: +0

observe888 said:

observe888
...
Cik Sharlene...

Sy bermula ebay nie dr zero...ebook sifulan adalah ebook pertama sy...sy byk belajar dr dlm forum tertutup sahaja...di sinilah sy mengenali otai2 ebay...cthnye bro shah...dari belum jadi powerseller sehinggalah sekarang...

byk tip2 berguna di forum nie...adakah anda dah baca habis dan mencatitkn semua isi2 berguna dr forum nie?

kalau tak buat lagi...di situlah kesilapan anda...

secara jujur...sy hanya menggunakan khidmat artsnow dan boleh mendapat income 5 angka dlm tempoh 3 bln saja...tanpa perlu mengejar status powerseller...

anda perlu berusaha sekarang...sebab tak lama lagi mat salleh nak sambut krismas...so jgn terkejut jualan akan meningkat...

p/c: no komen for PC...)))

 
July 27, 2009
Votes: +0

sharlene said:

sharlene
thats good....
blh ler share skit yer camno nk dapek 5 angko tu dlm 3 bln mendtg nih...smilies/wink.gif
 
July 27, 2009
Votes: +0

Taukey said:

Taukey
...
Terima kasih atas tunjuk ajar sewaktu seminar di PJ tempoh hari. Diharap sifu bg special discount kpd bekas2 student sifu.. Moga segala dipermudahkan dan diberkati. Amin.. smilies/smiley.gif
 
July 27, 2009 | url
Votes: +0

KampungBoy said:

0
...
haha...shah

xkan smpai RM499 sekali kot markupsmilies/grin.gif

runner ker?
 
July 28, 2009 | url
Votes: +0

guess said:

0
...
jual jer beribu2 ringgit. Baru berbaloi beli.......
 
July 28, 2009
Votes: +0

aku bkn enkau said:

0
...
Pn sharlene, x per lu sgt ar risau psl tu mua..ramai kt luar sana y lebih ikhlas dlm pemberian ilmu...pergi kt forum wangcyber tu...lebih advance ilmu y ko dpt..free jer//PC Y FREE PN ADA...BO JER SUAMI PERGI SKALI..

http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/12432-diari-usahawan-ebay-berhingus.html
 
July 29, 2009
Votes: +4

zakri said:

zakri
...
Bagus bro Sifu Lan,
Tumpukan sepenuh perhatian mu kepada projek ini. Cepat lagi ko buat cepat lagi projek lain boleh jalan!

Harga, pastikan ia premium. Supaya apa? supaya takde kata ko cikgu ajaran sesat lagi.. he he he..
 
July 29, 2009 | url
Votes: +0

omecool20 said:

omecool20
Cepat :-)
Salam bro SifuLan.

Cepat2 la keluarkan ebook tu ye. Tak sabor2 menunggu smilies/cheesy.gif
 
July 31, 2009 | url
Votes: +0

matzis said:

matzis
...
E - Etika, amalkan prinsif ini di ebay.
B - Belajar, kalau anda tidak tahu kena belajar di ebay.
A - Amalkan, dah belajar kena amalkan jangan tunggu lama-lama.
Y - Yakin, kena ada keyakinan diri untuk bisnes di ebay.
 
August 03, 2009 | url
Votes: +1

misi-hidup-bebas said:

0
Berusahalah Sifu Lan !!
Sangat mengujakan, tu jer yg aku dpt gambarkan bila baca posting Sifu kali ni.. Kalu ebook dulu yg simple boleh dpt 4 angka (belum 100% komitmen), insyaAllah dgn ilmu yg lebih advanced nanti tak mustahil income dr eBay boleh cecah 5 angka.. Terima kasih sifu atas perkongsian ilmu dan rezeki di ebay!!
 
August 03, 2009 | url
Votes: +0

Kasyidi said:

Kasyidi
Tahniah Sifu..tak sabar rasanya tunggu munculnya ebook ebay Advance
Salam, Sifu.

Tahniah... Saya doakan agar sifu sihat & boleh siapkan cepat2 ebook advance ni...Insya-Allah.
X sabar rasanya nak tunggu ebook ni keluar. smilies/smiley.gif
 
August 21, 2009 | url
Votes: +0

Muhd Syafiq Hilmi said:

Muhd Syafiq Hilmi
...
Nie Memag pasti meletup gile babeng nie
 
September 05, 2009
Votes: +0

Rita Nm said:

0
Penantian satu penyeksaan...
Tahniah bro sifu lan.. bagus dah menuju setapak lagi. Saya berterima kasih kepada sifu berusaha membantu newbie macam saya nie mengenali ebay.. ebook panduan seblum ini telah membuka mata saya.. di harapkan panduan advance yang akan datang menjadikan saya powerseller yang berjaya.. InsyaAllah.. tak sabar menunggu nie..smilies/grin.gif
 
September 16, 2009 | url
Votes: +0

salihin bin baharudin said:

salihin bin baharudin
hurm... mcm best jer....
saye baru.. jer bli ebook sifu.. tau2 keluar yang baru.. BAGUS KEEP IT UP!
sebelum bli buku sifulan saya telahpon menngunakan AN selama 3 bulan, tetapi saya tidak merasa rugi memandangkan saya mampu join forum ini dan amat berharap dapat lebih banyak ilmu dari sini. kepada yang kena suspen tu... adoihai... stop ler guna ie gunakan firefox, remove "biskot2 yang ada" dan restart lew pc anda setiap kali nak bukak akaun yang satu lagi.. dan kepada yang popuan jgn lew dok ske2 hati add on mcm2 sangat kat browser korang tur....
 
November 15, 2009
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

10 Komen Tertinggi

Sifu LAN
(49 comments)
Shahraduan
(46 comments)
nuwa
(27 comments)
mujahidbiz
(18 comments)
observe888
(12 comments)
yazidyahaya
(10 comments)
matzis
(8 comments)
zakri
(6 comments)
mohd farid
(6 comments)
mohd basri
(5 comments)

Statistik Pelawat SIFU-LAN.COM

Pelawat [+/-]
Hari Ini:
Semalam:
2 Hari Lepas:
82
530
504

+26
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
1116
3364
5015

-1651
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
9495
15766
12177

+3589
Tahun Ini:
Tahun Lepas:
37438
32925
+4513

Purata Pelawat Sehari
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
372
480.6
716.4
-108.6
-235.8
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
558.5
525.5
405.9
+33
+119.6

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.