Perlukah 'PERSONAL COACHING' eBay?

image

Sebenarnya tujuan saya menulis artikel nie bukanlah untuk mempertikaikan kewajaran menghadiri sesi PC 'Personal Coaching' tetapi saya hanya terkilan dengan beberapa email yang mengatakan bahawa saya sombong dan kedekut ilmu. Huh. Ia hanya disebabkan saya menolak permintaan seorang 'hamba Allah' nie yang benar2 ingin menjalankan personal coaching dengan saya secepat mungkin. Huh...

Sememangnya pada minggu lepas, saya telah mengumumkan bahawa segala aktiviti seminar & coaching akan saya hentikan sementara kerana perlu focus menghasilkan 'Panduan Advance' yang agak rumit untuk disiapkan. Walaupun begitu, judual sesi PC saya memang ketat. Pada minggu hadapan, dari esok hingga ke hari Khamis, setiap hari ada 1 sesi personal coaching 4 hari berturut2. Huh. peserta yang menyertainya pula datang dari jauh2, paling jauh dari Sabah. OK.. OK.., saya tak tutup sesi nie, tapi tolong hormati jadual saya bila berbincang tentang tarikh sesi tersebut.

Sebenarnya, sebelum ini jika ada sesiapa yang ingin berlajar secara personal dengan saya. Saya tidak akan caj apa2.. PERCUMA!. Hanya mereka yang betul2 bersungguh2 menghantar email dan menceritakan masalah mereka sudah tentu saya akan bantu. Walaupun ketika tu saya telah melancarkan ebook 'Panduan & Teknik Rahsia eBay' untuk mengurangkan komitmen pengajaran saya. Tetapi memang ada individu jenis yang jika ingin belajar sesuatu, memerlukan guru. Oleh itu saya lakukannya secara percuma tapi tak iklankan la takut kena serang. huhu.. Lagipun saya memang jenis orang yg suka tambah kawan & berkongsi-kongsi maklumat dengan orang lain. Akhirnya apabila ia terlalu kerap dibuat, saya sudah tidak mampu lagi. Terlalu ramai yang meminta untuk bertemu dan belajar directly dengan saya. Sehari ajar 3, 4 orang berasingan maner bleh tahan.. Setelah berbincang panjang dengan rakan2 seperjuangan dan meminta izin dari 'eBay Certified Trainer' bertauliah, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuka sesi 'PERSONAL COACHING' dengan harga yang ditetapkan..

Mengapa sesi personal coaching mahal sangat?

Ini satu lagi soalan yang kerap diajukan kepada saya yang kadang kala agak menjengkelkan kerana diselit dengan kutukan pedas. huhuh. Tapi tak mengapa, sy tak rugi apa2 pun. Terima kasih di atas kutukan tersebut. Harga tersebut adalah harga tetap utk saya. Sebagai seorang sibuk dengan banyak projek online, 4 jam adalah amat berharga untuk saya. Lagipun apa yang saya dedahkan di dalam sesi personal coaching kebanyakannya adalah rahsia2 yang besar, teknik blackhat dan tidak boleh diajar secara formal. "Cerita situ, habis situ, sendiri pakai.." heheh.

Apa yang bakal saya ajar memang pelik tapi benar dan terbukti. Sebagai contoh, biasanya NEWBIE yg memulakan bisnes eBay bermula dengan feedback 0, tapi yang mengikuti personal coaching saya bermula dengan 15 feedback dan mendapat lebih 50 feedback dalam 1 bulan jer.. huhuh.. pelik tak? Dan mereka yang belajar nie confirm akan terus merahsiakan skill nie untuk mengelakkan saingan. Saya juga pakar dalam skill multiple account, sebagai contoh anda run 3 account, tapi 1 akaun je yang anda kerap focus, 2 account lagi berjalan secara autopilot dan menjana lebih 50 feedback setiap bulan tanpa anda sentuh apa2 pun.. huhuh.. dan macam2 lagi rahsia boleh saya bongkarkan. Sebab itu'lah harganya juga mahal.

Saya juga jamin pengajaran saya berlainan dari otai2 eBay yang menawarkan PC secara percuma di forum2 public. Mereka hanya pandai mengkritik dan menembak orang lain dan kerap memandang rendah kepada orang2 seperti saya. (Kesian aku). Bayaran yang dikenakan adalah berpatutan dan ia perlu dikenakan untuk berlaku adil kepada mereka-mereka yang lain dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang sihat. Saya tidak boleh bersikap berat sebelah. PC bukannya hanya habis di situ... anda akan terus berhubung dengan saya (sebagai kawan) di telefon, dan Instant Messenger untuk bertanya terus & mendapatkan nasihat kerana saya adalah seorang 'EXTREME INTERNET USER'.. mmg selalu online.

Kos 'PERSONAL COACHING' akan dinaikkan kepada RM3k bulan hadapan. 

Di sebabkan saya kini semakin sibuk dan saya kini telah berjaya memodule'kan jalan pintas untuk para newbie berjaya di eBay, bayaran sesi personal coaching akan dinaikkan kepada RM3k pada bulan Setember ini iaitu setelah 'Paduan eBay - Advance Edition' dilancarkan mungkin pada pertengahan bulan ini. Kali ini, jaminan juga akan dinaikkan. Jika anda gagal untuk menjadi 'POWERSELLER' dalam tempoh 3 bulan, wang anda akan dikembalikan. heheh. ya. itu janji saya jika harga telah dinaikkan.

Anda boleh berkongsi  sehingga 3 orang untuk satu sesi. 

Kepada mereka yang berminat untuk menyertai sesi 'Personal Coaching' selama 4 jam saya ini, harga masih lagi RM999 sehingga hujung bulan ini. Untuk mengelakkan jadual saya yang penuh, saya galakkan anda untuk berkongsi untuk 1 sesi. Saya boleh mengajar sehingga 3 orang sekaligus dalam satu sesi 'Personal Coaching'. Sekiranya anda berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di link ini: http://sifu-lan.com/index.php/training/personal-coaching

Saya ingin memohon maaf di atas kekasaran bahasa yang ketelanjuran kata dalam artikel kali ini. Ia hanya sekadar meluahkan perasaan terpendam saya yang hanya menjawab seperti orang bodoh apabila diserang oleh orang lain. Saya tiada niat untuk menjatuhkan sesiapa, ia hanya sekadar luahan perasaan. Terima Kasih. :)

Comments (15)add comment

mzm5459 said:

0
erk! 3k?
alamak sy mmg bercadang nk join pc sifu.. tpi igt nk ade untung kt ebay dlu bru join.. tpi kalu da naik 3k alamat terkubur la harapan.. errr.. xbleh kurang lg ke sifuku?? huhu~
 
August 02, 2009
Votes: +0

enkha27 said:

0
...
Dugaan je smua itu,satu lagi,nk komen pasal rakyat malaysia ni,jika betul serius nak berniaga,keluarkan modal mestilah menjadi satu kemestian..nak menceburi bisnes eBay..tetapi takut melaburkan wang untuk ke arah itu ..fikir-fikirkan.

http://ohduit.com
Pendapatan Internet|Bisnes Online
 
August 02, 2009 | url
Votes: -2

Shahraduan said:

Shahraduan
Ebay OH eBay
smilies/grin.gif Aku kembali kepada asal..ebay underground, lebih selesa lebih tenang lebih masa..Sekarang ni memang sibuk tak ada masa nak pikir itu ini..Puasa pun nak dekat dah. Banyak betul komitmen yang perlu di buat..

Sifu-Lan...aku rasa aku tahu ebay autopilot ko tuh..hehehehehe..Bila buyer bayar kita tak perlu buat apa2..semuanya berjalan autopilot..hohohohoho
 
August 03, 2009 | url
Votes: +0

zakri said:

zakri
...
Bro,
tak semua orang suka apa yang kita buat. But agak2 la diorang nie. Dahlah bgtau kat public lagi n siap kutuk. Then memperkecil2kan orang. terpulanglah pada mereka untuk berbuat demikian. Kurang sikit persaingan.

Aku ingat pun aku akan jadi underground spt shahraduan... simpan semua apa yang aku ada smilies/cheesy.gif . dan mungkin berkongsi pada yang betul2 berminat.

Apa2 pun Sifu, tahniah diatas keikhlasan ko bro. Tak dapat nak balas budi ko walau dengan wang ringgit.
 
August 03, 2009 | url
Votes: +0

Faezil Aidil Jamian said:

Faezil Aidil Jamian
...
Jangan pedulikan mereka yang melancarkan serangan2 dan kutukan2 pedas tu. Memang ia menyakitkan tapi hakikatnya mereka yang membuat kutukan itu takkan kemana dan takkan maju dengan perangai mereka sebegitu.

Setuju dengan enkha.... jika serius berniaga. modal adalah penting dan yang paling penting adalah modal utk ilmu. Tapi malangnya orang kita amat kedekut untuk melabur dalam ilmu tetapi yang peliknya kalau melabur di dalam hiburan, melabur di shopping complex boleh pulak.
 
August 03, 2009
Votes: +0

mujahidbiz said:

mujahidbiz
...
Wah..artikel menarik ni. Sifu Lan, jgn lupa janjimu padaku lepas pelancaran panduan advance. Huhu..smilies/grin.gif
 
August 03, 2009 | url
Votes: +0

irebmy said:

irebmy
minta pertolongan
salam kepada semua forumer/ ahli
saya merupakan newbie disini..
diharap anda semua sudi menghulurkan tangan dan membimbing saya kearah kejayaan......
 
August 04, 2009
Votes: +0

nuwa said:

nuwa
...
Tu dia.. Sifu dah hangin...sapa buat hal tu?

Memang susah nk puaskan hati semua pihak bro.. Ada jer yg tak puas hati.. Kita jugak yg dipersalhakn akhirnya..huhu..tapi aku sgt mengerti keikhlasan ko bro mencurahkan ilmu... Tq a lot bro! smilies/grin.gif
 
August 04, 2009 | url
Votes: +0

paksu said:

0
Alhamdulillah, esk turn aku PC dengan Sifu-lan
Setelah berminggu menangguh2kan sesi PC dengan Sifu-lan..
Atas pelbagai masalah & musibah..
Alhamdullilah, Insyaallah, esk Allah menentukan aku PC dengan Sifu-lan..
Bukan Sifu yang tangguh, ttp aku! yang tangguhkan..
Semoga esk merupakan satu permulaan yang bermakna & panjang untuk aku...
Kwn2..
Mohon doakan kebaikan kepada arwah bapaku.. Hj Harun Othman telah
kembali ke rahmatullah minggu lepas.. dipusarakan ditanah perkuburan islam
masjid kodiang kedah.. Al-fatihah.
Salam
 
August 05, 2009 | url
Votes: +0

dila said:

0
Minggu depan turn saya pulok..
Insya Allah,Selase depan turn saya pulok...Akhir nye...Setelah 6 bulan berangan2 nak buat pc dengan sifu..Kenape sifu?? kenape x org lain..Sebab ebook sifu la sy tertarik dengan ebay..

untuk sifu : terima kasih banyak2 paham masalah kewangan saya..
 
August 06, 2009 | url
Votes: +0

ran said:

MOHD AFRAN BIN ABDUL WAHID
RM3k pun masih murah
nak ilmu kena la melabur. Ingat nak mintak free aje ke. Sedangkan aku datang bengkel sifu bayar RM450 pun aku puas hati nie lagi belajar personal coaching. Jaga ko sifu, akan ku serbu belajar cara personal nanti heh heh.Hidup Sifu!smilies/grin.gif
 
August 09, 2009
Votes: +0

Lampard said:

0
Xpernah Tgk Live Org Berjaya Dengan Internet Bisnes
Salam..
Aku bukan newbie.. just berminat.. selalu ushar2 website jenis mcmni..
Sejak dua menjak ni, aku dapat maklumat dan rumor, mngatakn ramai usahawan muda melayu yg jutawan atau hampir jutawan...dgn Internet Business ni.. .
Aku rasa sgt bagus utk anak muda Melayu kalu bleh otai camni..
So aku try langgan free email (kursus 7 hari dgn brader Sifu-Lan ni.. .) Dan aku sendiri nak try...btl ke sume ni..???
Mybe bg anda sume yg dah otai akan rasa ader jugak mamat yg baru tau Internet ni bleh wat business.. masalahnya; memang ramai mahkluk kt luar ni tak tau langsung@ xpercaya yg bisnes internet; e-book la..e-bay la bwat duit dan tak tipu.. .Kwn aku sendiri bwat adsense; xpernah pun dapat cheque..? sorang lagi wat jwb survey...sama gak..xdpt pun duit..?
 
August 17, 2009
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Lampard - Perniagaan internet ini bukan 1 perniagaan yg sekadar cuba cuba. Paling penting FOKUS..ada kala makan tahun baru nak berjaya. Bermacam-macam strategi dan skill perlu diketahui samaada cara membeli @ belajar sendiri yg mengambil masa yg cukup lama amnye..

Ebay - Bukan perniagaan yg sekadar cuba-mencuba, pelbagai info kena alert..baik info dari ebay, paypal dan dropshipper. Fokus..Rajin..dan takkan mengaku kalah kalau akaun kena suspen.

Adsense - Mungkin kawan aku tu tahu perkataan ADSENSE saja dan tak pandai cari info @ belajar dengan orang2 lain untuk mendapatkan income sebaik mungkin. Aku buat blog yg tak pernah update pun masih boleh dapat $$ dengan Adsense. Yang penting..ko suruh kawan ko tu berguru dan jangan asyik belajar sendiri saje..sebab takkan kemana pun..berguru lebih baik..sebab mereka ada skill masing2 dlm menjana duit dlm adsense..

Pesanan aku kepada Semua...
Buat duit dan jana pendapatan melalui internet ini perlu berguru @ membeli ebook untuk dijadikan sumber rujukkan.
 
August 17, 2009 | url
Votes: +0

syaafique said:

syaafique
,,,
aku da daftar nk ikut PC sifu nie..
tk sabar rasenyer..
xkesah la bape pn kene lebur..
janji lebur tok dapat ilmu...


http://syaafique.blogspot.com
 
September 07, 2009 | url
Votes: +0

cantekmama said:

0
...
bukan mudah nak memuaskan hati semua org sifu lan..Sbb kdg2 org x faham,harga yg kita bayar tu sikit jer berbanding dengan pulangannyer nanti beribu riban..Saya pon newbie kat ebay,just saje try beli ebook dan buat x sangka pulak ok.berkali2 ganda untung dr harga yg dilabur tuk beli ebook,mmg tgh plan nak g personal coaching nak tambah lagi ilmu..All the best sifu..
 
October 13, 2009 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN