Sukar hubungi saya? kini tiada masalah lagi..

Ramai yang mengadu amat sukar untuk menghubungi saya melalui email. Sebenarnya saya akui mempunyai sedikit kelemahan apabila menerima email kerana terlalu banyak email SPAM masuk ke mailbox saya setiap hari. Lagipun saya menguruskan hampir 20 alamat email hanya dengan menggunakan 1 email client. Saya menerima 300 ke 500 email sehari dan 80% daripadanya adalah SPAM.
Sebelum ini, saya tidak mengkhususkan cara atau kaedah untuk menghubungi saya. Saya mempunyai pelbagai email dan setiap satunya mempunyai tujuan tertentu seperti untuk membeli ebook, menyertai seminar, personal coaching dan sebagainya. Satu kesilapan besar yang saya buat adalah dengan memaparkan alamat email saya di website seperti 'email@email.com' dan ini mengakibatkan terlalu banyak crawler yang mengaesan dan kemudian menghantar pelbagai email iklan kepada saya.
SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA ADA YANG TELAH MENGHANTAR EMAIL KEPADA SAYA TETAPI TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUMBALAS. SEKIRANYA ANDA PERNAH MENGHANTAR EMAIL KEPADA SAYA SAYA SARANKAN ANDA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA SEKALI LAGI DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM TERBARU SAYA.
SAYA SUDAH MULA BOSAN DENGAN EMAIL.
Setiap hari, saya menghabiskan masa berjam-jam hanya untuk mengasingkan email SPAM dengan email yang betul. Ini mengakibatkan banyak email yang saya terlepas pandang dan kebanyakan email soalan yang diajukan kepada saya dipadamkan secara tidak sengaja. Setelah menerima terlalu banyak aduan, saya tahu saya perlu berbuat sesuatu untuk memperbaiki komunikasi saya dengan pembaca saya. Oleh itu, sejak beberapa hari yang lepas, saya telah menghasilkan satu sistem 'helpdesk', secara web-based untuk menguruskan semua soalan yang diajukan kepada saya tanpa menggunakan sebarang email.
SISTEM TERKINI UNTUK MENGHUBUNGI SAYA.
Setelah mempelajari platform web-component untuk joomla 1.5 minggu lalu, saya telah berjaya menghasilkan satu component ciptaan saya sendiri untuk menguruskan semua mesej yang dihantar kepada saya. Ia akan dikategorikan kepada 3 iaitu PENTING, BIASA, dan SESAJER. (tak tau nak letak nama lain dari sesajer.. huhuh). Masing-masing mempunyai kepentingan dan limitasi masa tersendiri. Apa yang menarik adalah jika anda menghantar mesej kepada saya, saya tidak lagi menerima email, sebaliknya terdapat satu web khas untuk saya membalas mesej yang diterima dan boleh diakses melalui telefon bimbit saya. Sistem tersebut mengutamakan maklumbalas yang perlu saya berikan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini bermakna, anda sendiri yang menentukan berapakah tempoh untuk saya membalas mesej tersebut.
Walaupun sistem ini dalam bentuk web-based tetapi ia tetap akan menghantar notifikasi berbentuk email kepada anda untuk memberitahu mesej anda telah saya balas. Oleh itu, semua transaksi mesej bersama saya akan direkodkan di dalam database dan anda boleh menyemak kembali semua transaksi dengan hanya login di website ini dan melihat ruangan 'Hubungi Saya'. Walaubagaimanapun, ia masih baru dan dalam percubaan. Saya berharap dengan adanya sistem komunikasi terbaru ini, anda tidak lagi mengalami masalah untuk berhubung dengan saya. Terima Kasih. :)
UNTUK MENGHUBUNGI SAYA, ANDA HANYA PERLU KLIK PADA 'HUBUNGI SAYA' DI BAHAGIAN MENU UTAMA WEBSITE INI.



