eBay kini menjadi Padang Jarak Padang Terkukur

image

Wah, lama sangat rasanya tak update blog nie sampai ada yang marah. Haha. Jangan risau kerana kesibukan extreme saya kini berakhir dengan siapnya beberapa projek besar & penting serta perancangan bisnes 2010. Saya kini lebih banyak mempunyai masa lapang untuk mengajar & reply email soalan2 pelik. Tahukah anda eBay kini sudah menjadi padang jarak padang terkukur?

Jangan risau, bukanlah maksud saya kita dah tak boleh berniaga di eBay lagi. Cuma bermula esok sehingga bulan depan, perniagaan eBay akan menjadi perlahan disebabkan tiada pembeli di eBay. Mengikut pengalaman saya, jika anda mempunyai perniagaan eBay yang baik mungkin ia akan jatuh dari 50% ke 90% bermula minggu ini sehingga pertengahan tahun hadapan. Ini disebabkan sambutan hari Krismas di seluruh dunia. Bukan sahaja eBay, hampir semua pasaran online seluruh dunia akan jatuh disebabkan tiada pembeli.

Jualan Anda Meletup sebelum perayaan Krismas. 

Ya. sudah tentu. Seperti yang diramal oleh pakar-pakar eBay berpengalaman, menjelang perayaan Krismas, jualan anda akan begitu hebat. Sepanjang tahun, inilah bulan dimana jualan anda mencatat rekod yang paling tinggi. Walaubagaimanapun, jika anda menggunakan perkhidmatan dropshipper seperti AN, produk anda mungkin tidak sampai sebelum Krismas kerana volume penghantaran yang tinggi. Oleh itu, bersedialah untuk menjawab soalan-soalan dari pelanggan tentang mengapa produk yang dibeli tidak tiba pada masa yang ditetapkan. Jangan mudah panik apabila menjawab soalan tersebut dan cuba terangkan kekesalan kita kepada customer dengan baik walaupun pelanggan kita marah2. Biasanya pelanggan sendiri faham tentang perkara ini dan tidak mendesak penjual untuk memulangkan semula wang mereka.

Mana perginya semua pembeli?

Walaupun kiasan bahasa yang saya gunakan jelas, tetapi masih ada lagi yang bertanya ke mana perginya semua pembeli? Jawapan: Mereka balik kampung la brader.. hehe. Kebanyakan pembeli online merupakan golongan elite yang gemar menghabiskan wang mereka untuk shopping secara online. Jika tidak balik ke kampung, sudah tentu mereka keluar bercuti untuk sesuatu tempoh tertentu sebagai menyambut perayaan Krismas. Kebiasaannya, mereka keluar bercuti selama 2 minggu. Oleh itu, eBay akan menjadi Padang Jarak Padang Terkukur sehingga pertengahan tahun hadapan. 

Adakah langsung tiada pembeli di eBay selepas perayaan Krismas?

Tidak! Masih ada pembeli di eBay walaupun kebanyakan seller di eBay mengambil keputusan untuk tutup kedai sehingga awal tahun hadapan tetapi tidaklah sehebat mana. Anda boleh mengambil kesempatan ini untuk menjual produk2 yang sebelum ini mempunyai banyak saingan. Mengambil keputusan untuk membeli sesuatu juga adalah keputusan yang bijak kerana anda boleh membida barangan kesukaan anda tanpa saingan dari pembida lain.

Nasihat saya supaya anda tidak menyenaraikan terlalu banyak jualan berformat auction & fixed price selepas perayaan Krismas kerana ia hanya akan mengundang masalah kepada anda untuk menanggung listing fee yang tinggi. Kurangkan penyenaraian anda untuk 2 format tersebut dan lebihkan kepada mempelbagaikan produk di store inventory. Ini masa yang terbaik untuk makeup, re'design, re'branding dan refresh kembali skill serta pengurusan perniagaan anda. Pastikan anda bersedia dan kembali merancang strategy & trend jualan pada tahun hadapan.

 

PEMGUMUMAN:
 
BERMULA 10hb JANUARI 2010, TIADA LAGI SESI PERSONAL COACHING EBAY AKAN DIADAKAN. ANDA DIBERI PELUANG TERAKHIR UNTUK BERGURU DENGAN SAYA SEBELUM TARIKH TERSEBUT DAN HARGA TELAH SAYA KURANGKAN KEPADA RM999. UNTUK 1 SESI. ANDA JUGA DIBENARKAN UNTUK BERKONGSI UNTUK SESI INI. SILA SEMAK MAKLUMAT LANJUT DI SINI.

 

Comments (6)add comment

rohaizad said:

0
Seminar terakhir.
Samalah kita Lan, aku pun dah jadikan seminar 19hb Disember lepas sebagai yang terakhir. smilies/wink.gif
 
December 24, 2009 | url
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
Ebay Oh Ebay
Mana mungkin tiada pembeli ketika ini...harharharhar..Mana mungkin sale boleh slow?? harharharhar..

Bulan 12 aku byk rehat dan relex..dlm pada tu..banyak juga akaun2 baru aku cipta..hehehehehe

Siaplah ko ebay...2010 aku hentak sampai lumat ler..hohohoho

Sekarang masa berfoya-foya skit..listing pun ala kadar..byk mencari formula baru untuk mempermudahkan urusan..
 
December 25, 2009 | url
Votes: +0

WanZaki said:

0
Thank YOU!
Thanks for the info & tips.
Memang amat membantu.
2010...InsyaALLAH tahun yang akan melonjakkan lagi income ebay saya.
Thanks Sifu dan rakan2 yang lain di forum sifu-lan.
 
December 25, 2009 | url
Votes: +0

ezord said:

IZA HAZWANI BINTI SANIF
halamak!!
huuu..apsal la saye baru je bace post ni.silap time la saya ni nih..tadi baru je upgrade ke resseller kat [droppshipper rahsia]..rugi nak listing..rugilah sy upgrade awal..huhu xpe2..sabauuu
 
December 29, 2009 | url
Votes: +0

azmakhalmri bin afandi said:

azmakhalmri bin afandi
tank you...
terima kasih banyak kerana memberitahu hal nie kepada perniaga ebay...
 
January 25, 2010
Votes: +0

ara admi said:

ara admi
salam perkenalan...
assalamulaikum semua kawan2...

Saya adalah org baru dan berminat untuk menceburkan diri dlm bisnes nie.Jadi saya harap kalian sudi membantu saya..


smilies/kiss.gifsmilies/kiss.gifsmilies/kiss.gif
 
March 11, 2010
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN