Selamat Datang Tahun 2010

Pejam celik, sekejap rasanya tahun 2009 berlalu. Kini kita bakal menempuh tahun 2010 dan masing2 mempunyai pelbagai pelan dan rancangan. Saya sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca blog saya di seluruh dunia. Walau apapun misi anda pada tahun 2010, saya doakan agar ia berjalan lancar dan berjaya. Adakah anda masih belum mempunyai rancangan?
Apa yang kita harapkan adalah tahun ini lebih baik dari tahun lalu. Jika kita renung2kan, terdapat banyak kelemahan serta kesilapan yang kita lakukan pada tahun2 yang sudah. Oleh itu perbaiki kelemahan dan jangan ulangi kembali kesilapan kita yang telah lalu. Jika sebelum ini saya melakukan sesuatu yang menyebabkan anda tidak senang hati, saya dengan setulus hati memohon maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.
Apa pandangan saya tentang 2010?
Bagi saya, tahun ini adalah tahun untuk merebut peluang dalam pelbagai bisnes. Jika sebelum ini anda sering melepaskan peluang-peluang perniagaan dan hanya menganggap iklan2 yang anda lihat hanyalah sekadar peluang orang lain, inilah masanya untuk berubah dan rebut peluang itu. Jika anda tidak bertindak, saya pasti setiap hari anda hanya akan melihat seorang demi seorang berjaya. Anda masih tidak kemana-mana dan masih melihat orang lain berjaya. Segalanya bermula dari pemikiran yang positif. Tanpa pemikiran yang positif, tiada apa yang boleh membantu anda. Janganlah ditutup minda tu.
Secara peribadi pula, tahun ini penuh bermakna kepada saya kerana isteri saya bakal melahirkan anak ke-2 pada hujung Januari ini, InsyaAllah. Saya akan sedaya upaya cuba untuk menjadi suami & ayah yang baik untuk isteri dan kedua-dua anak saya tahun ini.
Cuba belajar sesuatu yang baru.
Jangan sesekali berhenti dari menimba ilmu. Jika pada tahun lepas anda telah belajar banyak perkara, pastikan pada tahun ini anda mempelajari lebih banyak lagi. Saya sendiri sedang sibuk meluaskan pengetahuan saya dalam web programming dan mempunyai beberapa projek besar pada tahun 2010. Cuba pelajari sesuatu yang anda tidak pernah belajar sebelum ini. Mempelajari sesuatu dengan kesungguhan, adalah berbeza dengan mempelajari sesuatu dengan duit. Duit bukanlah segala-galanya. Pemikiran yang positif serta tindakan yang tepat adalah kunci kejayaan seseorang. Ingat, orang yang berjaya dan tidak berjaya tidak ada bezanya kerana mereka tetap manusia. Yang membezakan mereka adalah pemikiran dan kesungguhan yang luar biasa. Berfikirlah di luar kotak.
Alhamdulillah.. Tahun 2010 kini menjelma. Marilah kita bersama-sama berubah menjadi individu yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Tahun 2010 adalah tahun kecemerlangan kita. Rebut semua peluang yang ada. Saya doakan kejayaan anda di dunia dan di akhirat. Selamat Tahun Baru!

hafizi zain
said:
|
Pembuka kata yang SUNGGUH BERMAKNA dari Sifu Lan Saya sangat tertarik dengan kata-kata sifu yang ni "Anda masih tidak kemana-mana dan masih melihat orang lain berjaya". Kalau kita asyik terlepas peluang je sebelum ni, tahun 2010 adalah masa yang terbaik untuk kita berfikiran positif dengan mencuba peluang bisnes lain lagi. Untuk berjaya, marilah kita tiru orang yang dah berjaya. Bukan hanya sekadar melihat sahaja. Untuk pengetahuan, saya juga ada membuka blog sendiri untuk memberi tips-tips rahsia dan panduan eBay. Baru sahaja dibuka untuk umum pada 1 JAN 2010. Mohon izin sifu utk promote kt sini : http://hafizizain.com/ Semoga semua dapat manfaat dari blog ini... terima kasih. |
|
mujahidbiz
said:
|
Menarik Post untuk awal tahun baru ni Minda yang positif memang kunci segala-galanya. Minda harus terbuka untuk merebut segala peluang didepan mata. Tidak kira peluang apa yang didepan mata tapi ambil perkara yang baik ye. Azamku tahun ni ingin bebas dari masalah kewangan. Insyaallah..Amin |
|
Mohammad Izwan Bin Ismail
said:
|
Selamat Tahun Baru Semoga tahun ini adlah lbih bek dari thun yg sblom2nya...Selamat Maju Jaya usahawan2 eBay!!! |
|
kairole
said:
|
selamat tahun baru salam sifu, selamat tahun baru. nnt leh jumpe lagi kat melaka. hehee |
|
hasbulaqill
said:
|
fuh..tahniah~ngee selamat tahun baru sifu~moga jadi ayah yang baik didik anak jadi millionaire |
|

Tidak kira peluang apa yang didepan mata tapi ambil perkara yang baik ye. Azamku tahun ni ingin bebas dari masalah kewangan. Insyaallah..Amin

