Isteri saya bakal bersalin pada bila-bila masa.

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T, isteri saya kini telah mengandung cukup bulan. Saya kini sedang menunggu kelahiran anak ke-2 saya pada bila-bila masa sahaja. Walaupun saya seorang lelaki dan tidak pernah merasai sendiri pengalaman mengandung walaupun perut macam mengandung, artikel ini saya tulis sebagai menghargai pengorbanan isteri saya.
Saya ingat lagi ketika saya masih bujang, saya menganggap bahawa mengandung dan melahirkan anak itu hanyalah perkara biasa untuk wanita, lumrah kehidupan manusia. Tetapi setelah berumahtangga dan melihat sendiri betapa payahnya isteri saya mengandung, ternyata ia bukanlah sesuatu yang mudah dan boleh dianggap biasa. Jika difikirkan, saya sendiripun rasanya tidak mampu untuk mengganti tempat isteri saya untuk mengandung. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Makan tak lalu, loya, muntah2, sakit sana, sakit sini dan macam2 lagi menyebabkan isteri saya berasa tidak selesa selama 9 bulan. Sebagai suami, yang terbaik boleh saya lakukan hanyalah untuk tidak menyusahkan isteri saya dan melayan kerenah, perasaannya ketika sedang bersedih, marah, atau sakit. Mungkin isteri saya tidak sedar betapa hebatnya dia dimata saya dan betapa saya menghargai semua pengorbanan yang telah isteri saya lakukan.
Pada 2 tahun lepas, saya dapat melihat sendiri anak pertama saya 'Syazwan' dilahirkan di depan mata. Hampir nak pengsan saya dibuatnya pada waktu tu melihat sendiri kelahiran secara 'LIVE'. Selepas berjam2 berperang dengan kesakitan, menyambut anak untuk diazankan membuat saya tidak tertahan mengalir air mata kegembiraan. Terus saya terbayangkan betapa payahnya ibu saya melahirkan saya dulu menyebabkan beliau orang pertama yang saya hubungi untuk mengucapkan terima kasih kerana melahirkan saya. Membesarkan anak juga bukanlah sesuatu yang mudah. Setelah mengalaminya sendiri baru saya sedar betapa besarnya pengorbanan ibubapa saya ketika membesarkan saya. Baru saya faham kenapa bila dapat anak pertama ramai yang mengucapkan kepada saya 'Selamat Datang ke Kelab Tak Tidur Malam'.. hehe.
Kini, saya berpeluang mengalami pengalaman melahirkan anak bersama-sama isteri saya sekali lagi. Lagipun anak pertama saya 'Syazwan' sudah tidak sabar-sabar untuk mendapat adik (asyik nak hisap kaki jer). Untuk mengetahui update terkini, anda boleh add saya di Facebook atau Twitter dan saya akan update dari masa ke semasa. Doakanlah semoga Allah S.W.T. memudahkan urusan isteri saya untuk melahirkan anak dan kesejahteraan isteri dan anak saya yang bakal dilahirkan. Semoga segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Amin...

Huzaimi
said:
|
Tahniah bro Semoga anak yang bakal dilahirkan sihat walafiat n semakin dimurahkan rezeki bro~ |
|
jaisensei
said:
|
murah rezeki orang selalu cakap dapat anak ni murah rezeki semoga semakin dimurahkan rezeki. kami doakan semoga anak & isteri selamat sejahtera hendakNya. Amin. |
|
Shahraduan
said:
|
... Kalau Girl boleh lah kita berbesan nanti..hahahaha.... Aku bulan 3 nanti...hohoho..kelahiran yg ke 3...Anak ke 4 |
|
kak rohani
said:
|
... Tahniah sifulan kerana berjaya menjadi suami yang menghargai seorg isteri. Ramai suami yg tidak pernah merasa keperitan seorg isteri walau dia nampak kesengsaraan isteri mengandung dan melahirkan zuriat. Sesungguhnya lelaki yang baik adalah yang paling baik kepada anak isterinya. Semoga adik kepada syawan selamat dilahirkan dgn kesempurnaan mental dan fizikal.InsyaAllah. Amin.Kim salam kat isteri... |
|
Norizwan
said:
|
... Alhamdullilah....Semoga Allah memberi berkah ke atas abg lan serta mengumpulkan abg lan dan isteri dalam kebaikan....Semoga anak yang bakal dilahirkan sihat dan sempurna. Doa kan kami berdua selamat bersanding pada Bulan 3 ini di Putrajaya yeee...13/3/2010. |
|
yangman
said:
|
... Banyak perkara yang dapat dipelajari melalui artikel sifulan ini. Terima kasih kerana menulis. Semoga segala proses berjalan dalam keadaan baik dan terkawal. God Bless.. |
|


