Alhamdulillah.. saya dikurniakan anak perempuan.

image

Alhamdulillah, pada 17hb yang lalu pada jam 10:46 pagi, Isteri saya selamat melahirkan anak ke-2 kami seorang bayi perempuan Nor Syahirah Arifah binti Khairul Azlan. Sebenarnya debaran kelahiran anak ke-2 ini telah kami rasai sejak seminggu yang lalu. Ia disebabkan berlakunya pembukaan walaupun Isteri saya masih belum sakit untuk bersalin. Setelah 4 hari menunggu, barulah masanya tiba.

Bagi yang mengikuti perkembangan saya di Facebook atau Twitter, mungkin telah tahu berita ini lebih awal. Terima kasih kepada semua yang memberi kata-kata semangat kepada saya ketika dalam keadaan gundah gulana menunggu kelahiran cahaya mata ke-2 saya ini. Sekali lagi saya berpeluang menyaksikan sendiri kelahiran anak saya didepan mata (kali nie macho sikit, dah x rasa nak pitam). Saya juga berpeluang menemani dan memberi semangat kepada isteri saya kira-kira hampir 5 jam berperang dengan kesakitan.

Kegembiraan jelas di wajah abangnya 'Syazwan' 

Seperti yang anda lihat dalam gambar di atas, kegembiraan jelas di wajah abangnya 'Syazwan' mendapat seorang adik perempuan. (tiba2 dah stop hisap kaki). Akhir2 ini, Syazwan kelihatan agak cemburu sehinggakan merajuk pada hari pertama adiknya dibawa pulang dari hospital. Syazwan juga turut menangis jika mendengar adiknya menangis kerana inginkan perhatian yang sama. Hehe.

Ribuan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada yang sudi hadir melawat isteri dan anak perempuan saya. Harapan saya semoga anak saya menjadi anak yang solehah dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat. Koleksi gambar penuh akan saya update di laman facebook saya. Terima kasih kepada semua.

Comments (30)add comment

ammbiz said:

ammbiz
Tahniah!!
Tahniah Sifu Lan .. Comel anak , nama pun cantik .... smilies/smiley.gif

 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

azamchips said:

azamchips
Dah balance...
Tahniah Sifu Lan!
Nampaknya akaun dah balance (kalo ikut kata akauntan), 1 lelaki, 1 perempuan...
Syukur semua selamat... Semoga berbahagia seisi keluarga.
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

Luvleey said:

0
Comelnyer...
Taniah SifuLan..comelnyer dua-dua..smilies/smiley.gif
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

mohd farid said:

mohd farid
Tahniah..
Salam sifu lan,
tahniah kerana mendapat cahaya mata..
orang kata lepas dapat anak rezeki semakin bertambah, biasalah rezeki anak-anak.. smilies/wink.gif
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

mujahidbiz said:

mujahidbiz
Cutenyer..
Tahniah Sifu Lan. Comel ikut macam ikut muka bro la. Panjang betul nama anak bro. Huhu.. Semoga dengan kelahiran Nor Syahirah Arifah binti Khairul Azlan membawa kebahagian lebih lagi dan rezeki bertambah-tambah buat Sifu Lan sekeluarga. smilies/smiley.gif
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

Safuan Sipenglipurlara said:

0
Tahniah
Tahniah bro.. Comey anak-anak bro Lan
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

sain-web.com said:

0
Tahniah !!
Tahniah atas kelahiran baby baru....huhuhu ,seronok ada pegang2 baby kan..
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

blukamal said:

kamal
...
Tahniah bro, dh ada sepasang. Cute lak tu...hehe
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

yat448 said:

0
Tahniah!!
Fuh comelnya...tahniah sifu..
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

Nozilawati Idris said:

Nozilawati Idris
Tahniah
Salam...

Tahniah kpd Sifu Lan sekeluarga.Comel2 anak. Seronoknya dapat sepasang dah. Moga bertambah2lah rezeki dan lebih bahagia. smilies/smiley.gif
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

nuwa said:

nuwa
...
Comel-comel semuanya.. Cepat2 besar tolong ayah buat lsiting.. hehe
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

Hadymy said:

0
Tahniah
Tahniah..... Semoga ianya akan membakar semangat SifuLan unuk berkerja lebih kuat dan memperolehi rezeki yg lebih
tq
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

Kak N said:

0
Alhamdulillah dan tahniah..!
Syukur ke hadrat Allah...dah dpt sepasang. Moga baby and 'mama' nya sihat dan cpt sembuh (abis pantang). Buat sifu Lan...kene keja kuat lagi nii..tapi insyaAllah anak2 selalunya bwk rezeki..aminn.
 
January 20, 2010
Votes: +0

NORA said:

0
Alhamdullillah..
Syukur kehadrat Ilahi..semuga baby n mama baby sihat2 aje..mama baby jaga kesihatan, rajin2 makan ubat...
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

NORA said:

0
TAHNIAH..
Syukurlah...semoga baby dan mama sihat2..tentu abang baby suka sangat dah dapat kawan...
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

Arham3b said:

0
Syukur alhamdulilah..........
Tahniah buat Sifu Lan.......Allah kurnia anak-anak yang comel.Abangnya handsome tu, jangan tak tau....Moga lebih bersemangat dalam perkara baik yang
sifu kongsi dengan rakan-rakan semua.Anak tu harta tak ternilai....kayanya Sifu Lan ni, alhamdulilah.......
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

XploR. said:

0
...
Salam. Tahniah Bro. Semoga anak dan isteri sihat walafiat dan anda sekeluarga dimurahkan rezeki. smilies/smiley.gif
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

syahiran F said:

0
salam...
tahniah kepada saudara sifu....
klau x silap sy SYAHIRAH tu maksudnya "yang terkenal" kn..
harap anak sifu lan akan terkenal seperti ayahnya jugak...
seorang usahawan yang berjaya...
tahniah sekali lagi...
 
January 20, 2010
Votes: +0

najib4040 said:

najib4040
...
Tahniah sifu lan...best kan dpt baby ni..Saya pun tgh menantikan kelahiran anak pertama..mmg berdebar2 skang ni
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

Jmay said:

0
Tahniah Sifu Lan
Tahniah bro..semoga bro dan family sihat walafiat sentiasa smilies/smiley.gif
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

shahdida04 said:

0
tahniah...
tahniah dpt baby girl....sepasang tuuu....
 
January 21, 2010
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Tahniah tahniah...aku coming soon bulan 3 nih..hohoho Lelaki..bleh lah jadi besan ko nanti..kahkahkahkah
 
January 21, 2010 | url
Votes: +0

ainur said:

ainur
salam perkenalan
salam,
sy orang bru di sini, sblum ni silent reader je...

tahniah utk anda sekeluarga. moga kekal bbahagia.
 
January 21, 2010
Votes: +0

adiot said:

0
Tahniah!!!!!!!!!!
Tahniah!!!...mudah mudahan rezeki bertambah2
 
January 21, 2010
Votes: +0

azmansy said:

0
aqiqah
jgn lupa buat aqiqah.sila hubungi saya untuk catering aqiqah ke rumah.
cuma jemput kawan kawan je. yg lain beres
 
January 21, 2010
Votes: +0

doeanterai said:

0
Tahniah!!
smilies/grin.gif
Tahniah!!! dapat baby baru !!!!
 
January 22, 2010
Votes: +0

Kak Rohani said:

0
...
Subhanallah...Alhamdulillah, tahniah sifulan... semoga kehadiran puteri Nur Syahirah menceriakan lagi kehidupan sifulan, isteri dan syazwan. Jaga dan didiklah amanah Allah ini sebaik-baiknya... comel2 sangat...smilies/grin.gif
 
January 22, 2010
Votes: +0

29 said:

0
yeah!
tahniah sifu-lan. Semoga rezeki main bertambah
 
January 24, 2010
Votes: +0

fyzul said:

0
tahniah
salam bro, tahniah atas kelahiran anak kedaua...aku pun baru dapat dalam bulan 1 lepas...same2 laa kite membesarkan anak kita dengan baik agar jadi insan yang berguna...cam kate nuar, dah besar sket leh tolong wat listing ebay...huhuhusmilies/tongue.gif
 
February 08, 2010
Votes: +0

Nash_CFU said:

Nash_CFU
sama..
Sama jer mcm anak saya dulu si Syazwan tu... Kata orang tu ibarat putus kasih.. anak saya dulu seminggu asyik berdakap dgn abah jer..bisu terus tak nak cakap. skg ok dah. Rezeki bertambah selepas dapat anak kedua insyaAllah..
 
March 09, 2010
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN