REMPIT EBAY: Dropshipper baru untuk bisnes eBay!

Saya pasti ramai usahawan eBay diluar sana sedang sibuk dengan urusan jualan & strategy masing2. Ada juga yang masih terpinga-pinga, yang mana harus di pilih adakah dropshipper atau produk fizikal. Walaupun sudah banyak tips & rahsia2 besar telah didedahkan oleh ramai usahawan eBay berjaya, anda masih merasakan ilmu di dada tidak cukup untuk anda jadikan senjata peperangan. Anda ingin lebih hebat?
Ya, sudah lama rasanya tidak ada ebook panduan eBay. Ramai yang tertunggu2, bilakah panduan eBay baru akan dikeluarkan. Sebenarnya bukan mudah untuk seseorang usahawan eBay mendedahkan rahsia besar mereka kerana ia boleh mendatangkan saingan hebat kepada perniagaan mereka. Baru2 ini, saya telah dihubungi saudara Saiful Nizam yang meminta saya mengulas sebuah ebook tulisan beliau bertajuk 'REMPIT EBAY'. Terkejut juga mula-mula mendengar tajuk ebook nie tetapi selepas membacanya sendiri, memang tepat tajuk yang diberikan. Ia bukanlah panduan biasa yang menceritakan cara-cara membuka akaun tetapi sebuah panduan ADVANCE yang sangat berkualiti. Ia menunjukkan teknik istimewa yang digunakan untuk menyenaraikan produk secara pantas di eBay seterusnya menjadi POWERSELLER & TOP RATED SELLER di eBay.
Mengapa anda perlu menyenaraikan produk dengan PANTAS di eBay?
Seperti yang anda tahu, menjual produk di eBay dengan menggunakan perkhidmatan Dropshipper bukanlah perkara asing lagi seperti dahulu. Ia telah menjadi trend para usahawan eBay untuk menyenaraikan pelbagai produk hot & menarik tanpa mengeluarkan kos membeli stok. Masalah yang paling ketara jika menggunakan dropshipper adalah SAINGAN YANG TINGGI dan MARGIN KEUNTUNGAN YANG RENDAH. Jika anda kaji dengan teliti, boleh dikatakan semua produk yang ditawarkan oleh Dropshipper telahpun disenaraikan oleh penjual di eBay. Bagaimana cara untuk anda mengatasi saingan anda? Hanya 1 sahaja jawapan kepada persoalan ini. Jawapannya adalah 'MENJUAL SECARA VOLUME'. Ya. Anda memerlukan listing atau inventory jualan yang besar dari 2,000 ke 10,000 produk. Hanya dengan teknik ini sahaja anda boleh mengatasi semua saingan anda di eBay. Ia ibarat penjual yang tidak banyak senarai jualan ibarat menggunakan mata kail untuk memancing ikan, tetapi jika anda menjual secara VOLUME ia ibarat menangkap ikan menggunakan jala. Untuk menjual secara VOLUME dan membuat senarai jualan yang pantas di eBay, kemahiran istimewa diperlukan. Inilah yang ditujukkan di dalam ebook 'REMPIT EBAY' bagaimana menghasilkan 1,000 hingga 5,000 senarai produk di eBay dalam tempoh 1 jam. Untuk pengetahuan anda, teknik ini'lah yang saya gunakan untuk perniagaan eBay saya dan inilah rahsia saya menghasilkan inventory jualan yang besar di eBay. Saiful Nizam membongkar rahsia yang saya sendiri tidak berani dedahkan kepada umum.
Siapakah yang sesuai membeli ebook ini?
Ebook ini bukanlah untuk mereka yang baru ingin membuka akaun eBay. Ia tidak sesuai untuk NEWBIE. Jika anda telahpun memulakan perniagaan eBay, dan tercari teknik berkesan membuat jualan secara VOLUME, ebook ini khas untuk anda. Seperkara yang yang menarik tentang ebook ini adalah penulis membongkar rahsia bagaimana menjadi RESELLER sebuah Dropshipper dari US. Seperti yang anda ketahui, banyak dropshipper di US tidak membenarkan keahlian dari Malaysia. Dropshipper RAHSIA yang dikongsi di dalam ebook ini bakal membuka peluang baru untuk anda menjual produk-produk dari US. PASTIKAN ANDA MENJADI ORANG TERAWAL MENGETAHUI RAHSIA HEBAT INI! JANGAN JADI ORANG YANG TERAKHIR.
KLIK DI SINI: WWW.REMPITEBAYEBOOK.COM
BONUS ISTIMEWA KEPADA PEMBELI MELALUI LINK SAYA
Jika anda membuat pembelian ebook 'REMPIT EBAY' melalui link saya, saya akan hadiahkan anda 7 ebook di atas. Seperti yang anda tahu, SALEHOO merupakan direktori terbaik untuk mencari dropshipper2 berkualiti. Anda perlu membayar sebanyak USD67 untuk menjadi ahli untuk mendapatkan ebook ini. Ia akan saya berikan kepada anda secara PERCUMA!
KLIK DI SINI: WWW.REMPITEBAYEBOOK.COM
SELEPAS MEMBUAT PEMBELIAN HUBUNGI SAYA DI SINI. LETAK PERKARA 'CLAIM BONUS' DAN NYATAKAN WAKTU ATAU BUKTI PEMBELIAN ANDA. BONUS AKAN DIHANTAR SELEPAS TRANSAKSI DISEMAK DAN DISAHKAN.

zulham
said:
|
... sifu-lan, sy dh beli ebook tu melalui link sifu-lan. mcm mana nk claim bonus2 sifu-lan tu? |
|
faizwe
said:
|
... huhu....keluar lagi satu ebook plak dah.. yg ebook sifulan ari tu pun tak baru sekali je listing...nk kena pulun betui2 lepas nie.... |
|
Zainol Rashid bin Burhan
said:
|
Yang dicari-cari... Rupenyer ade method rahsia ek.. Patut la tgk ramai eBayer yang bleh listing beribu2.... (fees pong beribu-ribu la).Kawe dah wat eBay nie dekat 4 tahun pong xterfikir perkara2 nie... Must Buy Item.. Tp mcm Tuah Emas cakap- 'Teknik Rempit eBay tidak sepatutnya diketahui ramai'. Hehehe.... |
|
Ahmad Noor Zaini
said:
|
sememangnya antara yg terbaik sememangnya antara ebook ebay versi bahasa malaysia terbaik. bagi saya terlalu banyak info dan teknik yg mmg amat jarang sekali anda akan jumpa di forum2. totally hidden technique exposed. haha tq (memang berbaloi2) |
|
msaifuln
said:
|
Rempit ebay Pertama sekali, thanks a lot to sifulan sebab review ebook ini. Saya panggil semua "otai-otai" untuk review ebook ini supaya tiada masalah timbul selepas ebook ini dikeluarkan. Alhamdulillah, so far feedback yang diterima semuanya ok dan positif. Kalau ada soalan-soalan daripada newbie seperti buka akaun artsnow & ebay saya akan divert ke ebook sifulan. Banyak lagi teknik ebay ini yang perlu kita teroka. Cuba tengok seller daripada luar, saya pernah jumpa ada seller drp USA jual barang AN sahaja sebanyak 30,000 item. Daripada situ saya kaji cara dia listing. |
|
PisangPanas
said:
|
... Best la gambar intro tu bro..siap buat cm gallery lagik tu..tabik IM kita ler.. |
|
ebaynewbie
said:
|
dah buat paypal and acc ebay tapi apa langkah seterusnya??? salam tuk semua ada sesapa leh tlg??? |
|






