Adakah kita memerlukan wanita disisi kita untuk berjaya?
Di dalam kesibukan kita mengejar kemewahan dan kesenangan, apabila ia telah dikecapi kita sering lupa tentang banyak perkara. Mungkin anda bersyukur kepada ALLAH S.W.T dengan apa yang kita perolehi tetapi sering melupakan mereka yang banyak menaburkan jasa secara diam. Pernahkah anda mendengar pepatah ini..
"Seseorang yang berjaya dalam hidup, pasti dibelakangnya ada seorang wanita.."
Wanita yang dimaksudkan tidak semestinya isteri, ia mungkin kekasih, ibu, mahupun nenek kita. Tapi yang jelasnya bagi saya. Isteri memainkan peranan paling penting dalam memastikan kejayaan seseorang. Isteri saya sebagai contoh, tetap membantu saya walaupun tidak mahir dalam bidang yang saya ceburi.
LUMRAH WANITA (sedikit luahan perasaan)
Saya rasa, bagi mereka yang sudah berkahwin dan menceburkan diri sepenuh masa dalam keusahawanan internet seperti saya, pasti merasakan perkara ini. Walaupun kita sentiasa berada di sisi isteri kita, tapi mereka tetap merasakan yang kita tidak pedulikan mereka. Kata2 ini sering keluar "Asyik mengadap komputer je, sama je ada dengan takde." hehe. Saya tahu tidak semua orang sama, tetapi kata2 ini sering diajukan oleh isteri saya apabila saya asyik dengan laptop dan kerja saya. Sebenarnya, apa yang dikatakan itu adalah benar.. Memang benar, menjadi usahawan internet banyak memberi kita kebebasan masa dan wang, tetapi minda kita sentiasa pada perkara yang kita buat di Internet. Bak kata orang tu, kalau tak bukak komputer tak senang duduk.. betul kan? hehe. Saya tetap fokus dengan kerja saya dan tidak mempedulikan kata2 isteri saya.
Dah memang lumrah wanita adalah antara golongan yang sentiasa tidak puas hati dengan apa yang ada.. Kita kena redha.. Sedangkan wajah sendiri pun di solek untuk kelihatan lebih cantik dari wajah yang asal.. Jadi terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menjaga hati isteri. Macam saya, belikan sebuah laptop untuk isteri saya agar boleh sama2 online side by side di rumah.. Hehe. Sejak dari tu, saya mula memberikan sedikit kerja untuk dilakukan oleh isteri saya. Dia melakukan double check bagi setiap transaksi yang melibatkan kewangan bagi memastikan akaun keluar masuk saya tepat dan tiada kesilapan berlaku.
ALLAH S.W.T BUKA HATI SAYA
Setelah beberapa bulan membantu saya, isteri saya mula mahir dengan selok belok perniagaan yang saya jalankan. Saya berani mengatakan hampir 80% prestasi perniagaan saya meningkat hasil dari pemantauan bijak dari Isteri saya. Isteri saya mula ada aktiviti untuk dibuat dan tidak mengganggu dan merungut jika saya asyik dengan kerja saya dirumah lagi. Mungkin dia telah faham.
Ada satu hari tu, saya berasa amat letih. memang niat di hati saya ingin berehat sahaja dan takmo bukak komputer langsung hari tu. Saya ingat nak spend quality time dengan Isteri saya. Tetapi, dia sibuk menguruskan kerja saya. Saya hanya duduk di sofa menonton TV, dan isteri saya sibuk di hadapan laptop. Saya agak bengang dan rasa marah waktu tu. Perasaan yang amat menjengkelkan dan rasa seperti tidak dipedulikan. Pada ketika tu tiba2 saya sedar, barulah saya nampak dan rasa sendiri, apakah perasaan Isteri saya ketika saya sibuk membuat kerja dan isteri saya ingin berbual dan berehat bersama saya.. Barulah saya sedar selama ini pengorbanan isteri saya yang sentiasa bersabar walaupun saya tidak mempedulikannya ketika sibuk bekerja. Sedangkan saya adalah seorang lelaki bergelar suami, inikan pula isteri yang lemah dan perlu sentiasa di sisi suaminya.
Kesimpulannya, samaada kita sedar atau tidak, Isteri kita sentiasa menyokong kita dari belakang. Sokongan sebenar adalah dari hati dan tidak semestinya dengan bantuan fizikal. Saya benar2 menghargai pengorbanan yang diberikan oleh Isteri saya. Saya percaya masing2 mempunyai pengalaman tersendiri tentang perkara ini. Jangan lupa, pepatah di atas tadi ada sambungannya..
Antara 3 faktor kegagalan seorang lelaki, faktor kegagalan pertama bukanlah disebabkan wang, dan bukan kuasa. Tetapi faktor pertama yang boleh menggagalkan hidup seorang lelaki segagah mana sekalipun adalah wanita.
Oleh itu kita kena sentiasa bijak dalam kehidupan kita. Kita yang pilih untuk berjaya disebabkan wanita, atau gagal disebabkan wanita. Bagi yang belum berkahwin sebenarnya memilih untuk berkeluarga bukanlah beban, tetapi ia merupakan komitmen penggerak kejayaan kita di dunia dan di akhirat.
Saya tak tahu apa pendapat anda, tetapi bagi saya memang YA! Kita memerlukan wanita utk berjaya.
Renungkanlah.. kongsi pengalaman anda pula di ruangan komen..

rasta
said:
|
pendapat saya yaa.. trima kasih kerna artikel anda.. ia amat positif.. itu jika mereka yang telah berkahwin.. tp bagaimana yg masih lagi bujang??.. contohnya saya yg still lagi bujang dan banyak pengalaman pahit dan manis nya dgn buah hati... tapi kebanyakan wanita meletakkan syarat untuk berkasih... pernah gak sy diberi syarat untuk berkasih dgn si dia... iaitu ade kreta? ade umah? kalau takde.. maaf, tak layan ... macam mane nak settle masalah nie.. last last sy terpaksa bye bye ajelah... sy tgk sekarang nie ramai wanita nak hidup senang maksudnya kahwin dgn org kaya atau 'atuk kaya'... kemudian sy tetapkan pendirian saya utk mengikuti hadis-hadis utk mencari jodoh dan berdoa kpd Allah supaya mendapat bakal isteri yg baik. Insya Allah.. sekian trima kasih. |
|
qalami80
said:
|
ringkas tetapi mendalam... Ya sifulan, saya amat bersetuju dgn luahan dan pendapat anda berkaitan kepentinga wanita menjadi tulang belakang utk lelaki di dunia ini.. bahkan ironinya juga, kebanyakan kegagalan lelaki juga adalah berpunca dari wanita juga... apapun.. saya ingin berkongsi kebenaran sabda Nabi saw bermaksud: "Jikalau seseorang telah berkahwin maka sempurnalah sebahagian agamanya.." benarlah sabda itu, dan sudah tentu kesempurnaan agama kita itu juga ialah disebabkan baik dan sempurna pergaulan dan interaksi kita bersama seorang wanita..iaitu seorang isteri... Wanita juga lebih umum pengertiannya.. boleh diertikan ia sebagai seorang ibu, nenek, kakak atau adik.. dan juga seorang isteri.. apapun.. support seorang wanita tidak boleh dipertikaikan lagi...cuma ramai di kalangan kita kadangkala tidak menyedari akan hakikat ini.. |
|
abifasya
said:
|
Artikel Bagus Sebuah artikel yang memberikan penghormatan kepada wanita, saya termasuk orang yang memerlukan wanita (istri) untuk melalui hidup ini |
|
azrai
said:
|
Betul memang betul Memang benar dan setuju artikel ini. Saya juga mengalaminya dengan sokongan dari isteri dan ibu walaupun mereka ini tidak mahir dengan apa yang saya lakukan. Mereka memberi sokongan dan kritikan membina seterusnya saya mampu untuk menjadi seorang yang berjaya. Ada masa susah senang berkongsi bersama walaupun kerja yang saya lakukan bukan bidangnya dan tidak pernah memberi gangguan. Tapi apa pun satu perkara yang boleh menjadi perkara yang tidak sepatutnya jika terlalu ambil tahu sampaikan merosakkan segalanya. Pengalaman saya pernah berurusan dengan orang yang telah dicontrol oleh isterinya sedangkan saya berurusan dan membuat perjanjian dengan suaminya. Namun atas gangguan ini, hubungan bisness kami terputus dan musnah disebabkan ambil tahu isterinya yang tidak tahu apa-apa mengenai urusan bisness tersebut. Sedih wooo |
|
mala
said:
|
Subhanallah... Artikel yang sangat bagus... Salam ukhuwah ya buat semua sobat di malaysia. Insya Allah jika kita bisa ngobrol-ngobrol di YM mala15_fathiya@yahoo.com |
|
Rahsia Jutawan CBC
said:
|
Perlunye isteri yg memahami lepak kat umah sambil buat bisnes...mmg sempoi.... |
|
zamanshah amir
said:
|
... benar sifu, semoga sya berjaya seperti sifu menyedari dan menghargai pengorbanan seorang wanita yang bernama isteri. thanks n wassalam |
|
syamzone
said:
|
Wanita Sangat Di perlukan.... Wanita memang diperlukan kerana kita dijadikan berpasang-pasangan.... |
|
Ajeng
said:
|
... Perempuan...hmmm akak sebagai perempuan..memang rasa seronok hidup sebagai perempuan...sebab dalam diri perempuan tu ada banyaaaaaak keistimewaan ...perempuan is great...lembut, bertolak ansur, simpati dan emphati...tapi paling best sifat sabar dan penyayang serta sanggup beralah...tapi tak bermakna perempuan boleh di eksploitasi sesuka hati...Allah marah eksploitasi perempuan ni...sebab tu ada madah berbunyi lebih kurang begini:- Perempuan dijadikan dari tulang rusuk kiri Nabi Adam kerana dekat dengan hati untuk dicintai, dilindungi, tidak dijadikan dari atas kepala untuk mengatasi dan juga tidak di kaki untuk di injak-injak hina...perempuan adalah sebagai teman sejati kemana jua pergi... Baguslah kalau semua lelaki ada emphati terhadap isteri...barulah isteri benar2 rasa di hargai...perempuan ni kalau pandai menghargainya...cintanya boleh jadi 200% tau.. |
|
azizul bin mokhtar
said:
|
sifu tulis lahir dari hati saya baru berkahwin baru 4 bulan ..saya sedar apa yang sifu kata tu suma betul..sekarang saya pun baru berjinak dengan internet ni pun ..isteri saya mula tarik muka..tapi kena pandai la kann... |
|
Jane
said:
|
Memang betul.. Hello, memang betul kata sedara itu, sebenarnya bukan sahaja wanita malah lelaki pun semestinya harus. bagi mereka yang banyak memberi dorongan dan sokongan itu ada sesuatu semangat untuk kita berjaya. bagi teman-teman sekalian hargailah mereka yang selalu memberi dorongan dan bimbingan tidak kira secara lisan atau tidak. kerana semangat, dorongan dan bimbingan inilah membuatkan kita berjaya. ![]() ![]() ![]() |
|
ubai
said:
|
ni ade peluang business sikit sesiapa yang berminat, pernah dengar, x yakin dan ragu-ragu untuk join ceramic business club ni, anda disarankan hubungi saya: www.jutawanceramic.com/lampardterry14 0137318179 |
|
naim
said:
|
harap bakal isteri saya nnti dapat mencontohi isteri sifu,,, yerla..pompuan sering dikaitkan dengan materialistiknya..x kira la kan..asl nampak pa saja smua nak beli..kalo kita chop duit xpa juga..bisnes ne satu je..kena igt time senanng n susah sama baru la idup kita terancang kan sifuu,,,diharapkan sifu bahagia dengan isteri sifu yang solehah dan amat memahami ati sifoo..tapi sifo pon jgn la mrah kat isteri sifoo ek ..kena sayang salalu tau..baru harmoni hidup sifu hari...AMIN.. |
|
zie
said:
|
bagi saya....emmm salam sifu,,, bagi sy nie xbetul la.. sebab setiap manusia ia berbeza-beza rambut sama hitam tapi hati lain-lain,, mmg betul kalau ada yang slalu support kita dari belakang tue bagus tapi berapa ramai awek's-awek's kat malaysia nie mcm tue????? ada yang support ada yang tak.. nak kene cari yang support plak.. abis macm mana yang kita dah ada tp tak support? xkan nak curang???? ayookk.. |
|

apapun.. saya ingin berkongsi kebenaran sabda Nabi saw bermaksud: "Jikalau seseorang telah berkahwin maka sempurnalah sebahagian agamanya.." benarlah sabda itu, dan sudah tentu kesempurnaan agama kita itu juga ialah disebabkan baik dan sempurna pergaulan dan interaksi kita bersama seorang wanita..iaitu seorang isteri... Wanita juga lebih umum pengertiannya.. boleh diertikan ia sebagai seorang ibu, nenek, kakak atau adik.. dan juga seorang isteri.. apapun.. support seorang wanita tidak boleh dipertikaikan lagi...cuma ramai di kalangan kita kadangkala tidak menyedari akan hakikat ini..


