Kisah kejayaan mereka yang masih baru di eBay.

Anda masih tidak tahu bagaimana untuk masuk ke forum tertutup? Mudah sahaja, tidak perlu mendaftar pun, anda masih boleh melihat-lihat post-post yang dibuat di dalam forum di kategori Perbincangan Umum. Hanya perlu klik pada button 'FORUM TERTUTUP' di menu bahagian atas web ini. Sejak awal bulan lalu, saya telah membuka bahagian tersebut untuk dikongsi bersama orang ramai.
Mari kita lihat himpunan kisah-kisah kejayaan mereka. Jangan lupa tinggalkan komen anda untuk memberi semangat kepada mereka dan diri anda sendiri..
Klik pada 'FORUM TERTUTUP' di menu sebelah atas web ini:

Klik pada 'KISAH KEJAYAAN ANDA'

Klik pada mana-mana post. 1 post untuk kisah setiap individu.
KLIK DI SINI UNTUK TERUS KE RUANGAN 'KISAH KEJAYAAN ANDA'
Sebenarnya ramai lagi yang telah berjaya dan menghubungi saya secara terus. Tetapi tidak mahu menghebohkan kejayaan mereka kerana takut ramai yang ingin belajar dari beliau. Nasihat saya, segala ilmu yang kita curahkan tidak sedikit pun mengurangkan ilmu kita. (tetapi klu bocorkan id ebay kat org, confirm saingan naik 300%.. hahahaha..)
SAYA BENAR-BENAR BERHARAP ANDA AKAN POST KISAH ANDA DI SINI SATU HARI NANTI.
Ramai SIFU yang lebih handal dari saya berkongsi nasihat & tunjuk ajar.
Saya sendiri sudah tidak terjawab begitu banyak soalan, perbincangan di forum tertutup ditambah pula dengan soalan email yang sudah mencecah ratusan sehari. Walaupun begitu, ramai otai-otai eBay atau sifu-sifu eBay lain yang sibuk memberikan tunjuk ajar dan bantuan di forum tertutup ini. Antaranya ialah bro Matzis (http://matzis.com), Shahraduan (http://shahraduan.com), Nuwa (http://anuarmarzuki.com), Mansor Sapari dan ramai lagi (sebab nama yang lain pelik2 & bukan nama sebenar. tapi sangat berjasa). Mudah jer nak mengenali mereka, di forum tertutup, id atau username mereka bewarna oren. Mereka2 ini dilantik sebagai Official Sifu sebagai penghargaan saya kepada mereka.
99% isu dan permasalahan perniagaan eBay telah dibincangkan
Kini forum tertutup mempunyai lebih 5000 post dari lebih 1000 orang ahli dan berpuluh-puluh post baru diterima di dalam forum setiap hari. Perbincangan yang begitu hangat ini menyebabkan forum tertutup telah lengkap membincangkan 99% isu dan masalah perniagaan eBay. Dengan hanya browse sahaja, anda akan memperoleh begitu banyak ilmu pengetahuan dan tips tambahan untuk meningkatkan lagi prestasi jualan anda. Terlalu banyak ilmu berguna sehingga saya sendiri terkejut dengan perkembangan forum ini.
Anda bebas untuk berforum di forum tertutup ini tetapi terhad kepada kategori perbincangan umum sahaja. Kategori "Panduan & Teknik Rahsia eBay" hanya dibuka kepada pembeli ebook sahaja dan pada masa akan datang, perbincangan ebook-ebook keluaran saya. Di harap forum ini dapat memberi inspirasi dan sebagai gedung ilmu terbaik bagi anda semua. Saya doakan kejayaan dan kesejahteraan anda.
Dapatkan ebook "Panduan & Teknik Rahsia eBay" dengan klik banner di bawah.


Fazli
said:
|
byk kene belajar byk lagi yg saya kena belajar ni. mana boleh asik kene tinggal je. hehehe. |
|
Safuan a.k.a Sipenglipurlara
said:
|
... Tahniah bro sebab membuka paradigma untuk menarik lebih ramai didalam ebay |
|
mfaza
said:
|
Ebay bukan semata retorik! Adalah jualan barangan tapi seminggu dlm satu je. Harap cerita 'sifu' ni buka retorik dan angan kerana nak melonjak sampai 5 ke 6 angka bukan sikit2 duit nak labur. lihat saja pada fees yg dikenakan bila list. bygkan kalau 10k barangan dlm list item berapa byk nak byr sedangkan jualan hampeh..aku je baru 50 brg dah kena $171 fees...RM600 lbh tu..brg jual seminggu sekali tu pun weekend je...pendek kata modal besar bro..itulah maksudnya JNGAN HNYA RETORIK berdegah2 semata nak korek duit dari newbie kononnya membantu...fed up kadang2..manipulasi org yg tak menguntungkan diri sendiri... |
|
mfaza
said:
|
... jgn plak ckp soal traffic, seo, etc utk tarik customer..masalah most newbie saya kira ialah pembayaran fee yang tinggi sedangkan brg tak terjual. inilah dia...so cakap biar benar..soal fee ini bukan soal kecik punya duit..mcm sifu cite dia ada 10,000 listed item. how much dia spend? tapi dia dah lama boleh gebang...yg nak merangkak ni..terkial nak byr fee..brg tak jalan...think it? harap sifu tak payah suruh org beli produk dia lagi kononnya nak membantu..padahal korek poket money kita...soal gambar duit etc tu adalah strategi interner marketer...mcm MLM tunjuk kete BMW padahal kete company pinjam je..beginilah senario nya... pendek kata berusaha tanpa kenal jemu..namun fees tetap kena byr..ini yang parahhhhhhhhhhhhhhh |
|
Shahraduan - Ebay Power Seller
said:
|
Dalam 100 org mesti ada 1 negatif punya pemikiran .. Hohoho... mfaza - kau memang tak kenal sifu-lan..dan tak perlu aku nak bercerita sebab aku malas nak cerita, nanti negatif saje yg ko pikir. Bab duit atas meja..aku pun ada tabur duit atas meja..hehehe ( ada dlm blog aku ) tapi aku tak jual ebook lerrrrrr...aku bisness ebay ikut ebook dia. Yang ni kau nak komen ape plak mfaza ? Aku kat rumah dah 4 bulan tak pi kerja..bikin ebay saje beb!! Keluarga aku sara dengan duit ebay saja. Pasal FEE - Ini satu masalah lagi..ramai yg list membabi buta terus terang aku cakap..tapi kawan aku sorang tu list tiap2 hari 10-20 item tersale..yeahh kenapa..sebab dia rajin buat research dan kajian..lepas tu baru bikin produk. Design ler ..design. Listing tanpa planning memang pening kepala ler nak bayar fee..fenomena terkini..org join ebay ni angan2 nak cepat kaya nak cepat duit..tapi ilmu korang kureng...kalau korang rajin research dan duduk dlm ebay tu berjam jam aku pasti korang boleh $$$ Sehari berapa masa korang habiskan kan berebay utk kajian, mendalami ilmu, tgk itu ...tgk ini..watches item..bla bla bla..kalau setakat sejam 2 tu..tak boleh dpt hasil lagi...kena byk study..try n error. Ebay bisness jangka masa panjang..kalau pikir pendek nak cepat kaya..hancurlah korang nanti..kalau korang ada pengalaman 6 tahun aku tak kisah.... Bab Forum - Memang bagus sekali..byk info korang boleh dpt..byk pertanyaan boleh ditanya. Aku sekarang ni jrg skit nak berforum...sibuk dengan barang fizikal..biasalah nak Kaya Lebih Hohohoho..Aku ni bukan org yg selalu buat alasan itu ini....kalau dok buat alasan sampai bila pun tak boleh jalan!! |
|
hazman aka species1980
said:
|
... Tahniah bro sebab telah beri tunjuk ajar pada yang telah berjaya.... p/s : tertarik pada sesi soaljawab antara mfaza vs sifu-lan + shahraduan |
|
tauke-baem
said:
|
Ni mesti list membuta tuli...... aku rasa mfaza nie mesti letak list membuta tuli nie,tak buat research,aku pun dulu,bila baru dengan ebay,aku list suka hati,terkejut tengok fees USD215,tapi kini aku berlajar dari kesilapan,letak list bila dah bila aku rasa compident saja,tak caya tengok kat website aku.... ,jangan putus asa,tak dapat bayar fees kena suspended,buka akaun baru,buat list baru,tapi janganlah membuta tuli pulak,hati2 bila nak list kali nie,semoga berjaya |
|
nuwa
said:
|
Nak Berjaya Kena Rajin.. Thread kisah-kisah kejayaan dlm forum tertutp Sifu Lan mmg byk sapa2 yg nk bina perniagaan di ebay. Pada saya, Sifu Lan xjanjikan apa2 kejayaan kepada pembeli ebook beliau. Yg penting adalah usaha individu tu sendiri. Rajin berusaha, rajin buat kajian produk, rajin bertanya... pendek kata kena rajin semua ler...Baru jalan kejayaan akan terbuka. Beliau dh buka jalan, siap ada forum yg penuh dgn ilmu2 baru lagi! Hanya kita yg perlu membuat keputusan.. Selamat Berjaya kepada mfaza. |
|
cnam
said:
|
... hmmm..tahniah pada yang berjaya, saya sedang buat research ni..banyak gak masa terbuang depan pc ni..masih lum confident lagi..semangat lum membuak kata orang..baru dag dig dug gitu.. |
|
observe888
said:
|
... Aku rasa la kan... aku nak buat full time ngan ebay la...he he he... nak ikut langkah bro shahraduan... nak kejar income 6 angka lak... |
|
azizwan(dot)com
said:
|
... ~ OFF TOPIC ~ harap ebook versi advance nanti dimuatkan secara detail mengenai pembayaran "listing fees" sbb ada yg tertanya-tanya mcm mana nk buat bayaran dan ada diantaranya bertanya samada boleh buat byrn menggunakan paypal atau tak. harap sifu lan take note mengenai perkara ini. TQ komen drpd http://azizwan.com |
|
matzis
said:
|
... Salam, bisnes ebay nampak macam mudah tetapi sebenarnya susah jika anda tidak pandai mengatur strategi didalam bisnes ebay. Kesimpulannya Belajar+Kajian+Usaha+Rajin+Kreatif=Kejayaan! |
|
fir_acheque the bassist + ebay (kerja mkn gaji)
said:
|
... research and research..insyaallah..strategi, plan, kreatif..ebay mmg lubuk duit mfaza. ILMU mau mantop, tawakal, insyaallah tuhan pemberi rezeki. bkn senang nak senang, bkn susah nak susah. gagal sekali bkn gagal selamanyar. GANAS MST GANAS BEB!! |
|
fazlee
said:
|
... salam semua... yahuu.. uptodate dah 109 item sold thanks to sifu lan mmg betul apa yg otai2 cakap.. research tu penting.. sy start buat ebay ni bulan januari.. tp lansung xde hasil.. tp stat bulan feb baru nampak hasil. bulan mac lg la.. siap ada dlm sehari tu 20 item terjual! sbnrnya ada cara nak dpt listing percuma.. x percaya? ada... sy dah buat.. fee jd 0.00 tp item dpt jual, cuma kena byr fee paypal je. hehe... |
|
paksujb
said:
|
sapa2 yang boleh membantu.. komunikasi terus YM sy harapkan ada kwn2 yang sudi add YM drpest.control@yahoo.com.. boleh kita terus komunikasi.. salam |
|
pedagangIT
said:
|
tahniah bro sifulan memang banyak buka mata tentang ebay nie... thank bro.. bro pakej advand tu keluar bila |
|
corallinkz
said:
|
kepada saudara fazlee salam fazlee, boleh share x teknik listing free kat saya? bolehlah email saya utk communicate terus. corallinkz at gmail dot com |
|
kimi
said:
|
... hoho.. aku suka shahraduan cakap..nak listing kena ada kajian.. jangan listing membabi buta.. nanti barang tak laku.. aku sendiri banyak menghabiskan masa buat kajian kat terapeak.com.. listing aku takde la ribu2.. tapi alhamdulillah..lebih 80% terjual.. |
|
kimi
said:
|
... kepada mfaza, banyakkan solat sunat dhuha, pembuka pintu rezeki, yang penting segala apa yang kita buat kita kena istiqamah.. mintak tolong sama Allah. mengamalkan sesuatu tanpa ilmu, bukan hanya merugikan kita, malah merugikan orang lain.. renung2kan... dan selamat beramal.. |
|
XploR
said:
|
Suke bace kisah kejayaan Saya suka baca kisah kejayaan dalam forum tu, boleh beri semangat. Ramai juga yang cerita step2 dia sampai dapat buat jualan. Dalam forum tu kebanyakan dah banyak terjawab, tinggal nak xplor jer. |
|
Rahsia Jutawan CBC
said:
|
sumbangan yg amat berharge mmg mantop betul dan betul2 teruja tgk kejayaan usahawan ebay ni...insyallah akn tiba nnti..haha |
|
maizana
said:
|
... Saya masih baru dalam ebay, buat kajian berbulan-bulan. Ni baru nak listing. Nak belajar dr Fazlee macam mane nak jadikan listing 0.00. Tolonglah sebarkan ilmu ni! |
|
ziela
said:
|
... saya pun sama harap boleh kongsi cite pasal listing free. Email saya bziela@yahoo.com.my. Time kasih. |
|
sudin
said:
|
teknik listing free nak jugak tau mcmana nak listing free tu... email: mohd.shahrudin@gmail.com tq |
|
Muhammad Rizal
said:
|
Salam Muhibbah. Assalamualaikum,kepada mereka yang nak kaya cepat tu dan fikir negatif buat apa bisnes pun tak kira produk fizikal ke atau maya ke mesti takleh jalan punya.Contoh senang,cuba tanam benih durian.Hari nie tanam esok boleh kutip buahnya ke?Habis koman kena tunggu 5-6 tahun.Siap kena jaga lagi.Saya pun baru lagi dlm ebay nie,bnyk kena belajar.Sifu Lan dgn yang expert lain2 tu 'orang lama' kita masih berhingus.Maaflah kalau terasa,saya tak kisah kalau kena ketuk dgn sifu janji ilmu dan pengalaman lekat.Kata pepatah"Sabar tu lebih pahit dari hempedu,tapi ianya juga lebih manis dari madu.Jikalau kita mahu bersabar"Fikir-fikirkanlah.Wassalam. |
|
Bakal Jutawan
said:
|
teknik listing free saudara fazlee, kalau x keberatan saya pun nak tahu cara2 free listing 2.. thank you. |
|
newbie yer aku
said:
|
teknik listing free Kalau tak silap ana lah.....itu teknik listing free....kasi buka store malaysia la ....nak buka store kene ada 10feedback lah ...... ana baru lagi lah......store pun tak al buka lagi lah.... |
|
eshanne
said:
|
Saya pun nak cuba gak.. Thank you En. sifu lan .. Hehhe.. Very good indeed.. Saya pun tak tau wujudnya blog ni kekeke.. sorry saya ni budak baru je blajar.. Terima kasih dengan pendedahan sedikit tentang dunia IM ni, saya pun berasa sangat teruja sekali kerana dapat mempelajari sedikit teknik.. Tetapi sedikit teknin itu tidak memberikan saya apa2 pun, saya berharap En. Sifu Lan ni dapat membantu saya, saya harapkan email daripada Sifu.. Terus terang saya katakan da lama saya berkecimpung dalam hal ni tapi saya buat tau tak tau je.. saya abaikan saja, saya harap pertolongan dari Sifu ni sedikit sebanyak dapatlah membantu saya.. teruskan usaha Sifu lan saya akan terus bersama sifu lan untuk mempelajari teknik2 ilmu pemasaran internet ini.. P/s - Ada tak sedikit review tuk saya yang boleh saya pelajari? Harap email dari sifu dapat membantu saya .. Sekian. Terima kasih. |
|
yamaguchi
said:
|
mfaza mungkin pernah FRUST kepada saudara mfaza, kita kene belajar dari orang2 yang berpengalaman baru dpt hasilnya. xkan cikgu kt sekolah x pernah belajar?klu x mcm mner die boleh jadi cikgu..??die pon belajar dari cikgu die jgk masa dulu2...huhuh...sama jgk ngn SIFU kita ni.. paling senang kita COPY jer dari IM yang dh berjaya.Jangan nk kutuk jer bende yang belum kita buat lagi. aku pon baru setahun jagung kt dunia IM ni...aku x jual Ebook..tapi jual botol air...hehe..tapi dh nmpak skit hasilnya.dulu aku mcm ko jgk mfaza suke pikir yang mengarut-ngarut tpi sekarang aku BLOCK kan minda aku dari mikirkan benda2 NEGETIF ni.x de pekdah ler.. p/s: aku tgah labur duit beli Ebook utk belajar,kata org mane dtgnye ilmu kalau x korbankan masa & wang mner nk dpt hasilnya....PIKIR2KAN LER MFAZA www.cantik2u.com/nizan |
|
densu
said:
|
Takut Bayar Fee ...Lopong la Oleh kerana takut kena bayar fee beratus ratus maka jadilah seperti saya 'LOPONG'...tak ke mana . ebook bersusun, kursus ebay RM350, habis beribu belajar ebay ni. tapi tak mula membuat listing. rugi kan .apa nak buat, takut bayar fee . |
|
observe888
said:
|
Teknik 4 ke 5 angka di ebay menggunakan AN salam... aku ada bongkarkn cara aku berbisnes di ebay... sila semak thread Kisah Kejayaan... kepada yg terkial2 mencari teknik jualan yg hebat...sila la ikut panduan yg aku bongkarkn... semua ini adalah adaptasi dari sifu2 dlm forum nie...terimakasih kepada semua... semoga berjaya...Amin... |
|
amilia
said:
|
nak bayar ebay fees??hahahahahaha........ sya ingat sya sorang je terkapai-kapai cari cara nak bayar ebay fees,rupanya ada beribu,betul,smpai skrang la ni sya masih cari cara nak bayar ebay fees..cmne??ada sesiapa tahu??pasal listing fees tu pun,sya ingat sya sorang je terkejut,item cuma 1 je terjual,tapi listing fees smpai rm80 lbh,bg sya byk tu,korek sana sana dibuatnye..ape pun bagi sya tu smua adalah pengajaran,billioner di luar negara menjadi kaya stlah mrk mengalami kerugian,tapi bangkit dgn pengalaman cmne nak selesaikan masalah,so kegagalan sbnarnya adalah pintu utk kekayaan asalkan tidak diulangi kesilapan lalu,jgn jg pandai x blh diikut,bodoh x blh diajar..sekian.. |
|
suria
said:
|
sy nak tahu website lelong boleh tak sugges website lelong yang dipercayai untuk lelong produk atau bida produk selain ebay dan lelong.com.my .tq..sy br hendak memulakan bisnes |
|

,jangan putus asa,tak dapat bayar fees kena suspended,buka akaun baru,buat list baru,tapi janganlah membuta tuli pulak,hati2 bila nak list kali nie,semoga berjaya
cmne nak start??

