Perlukah Bahasa Inggeris dalam perniagaan eBay?

image

Akhir-akhir ini saya kerap menerima email bertanyakan adakah Bahasa Inggeris diperlukan untuk memulakan perniagaan eBay. Saya kerap reply dengan jawapan yang mudah iaitu ia perlu. Sebenarnya jawapannya lebih 'rumit' dari itu. Tidak semestinya anda tidak arif dalam Bahasa Inggeris, anda tidak boleh menjalankan perniagaan eBay. Ini adalah jawapan versi panjang dari saya.

Biarpun platform perniagaan eBay adalah 100% dalam Bahasa Inggeris, tidak semestinya anda tidak boleh bertutur bermakna anda tidak boleh melakukan bisnes ini. Yang paling penting kita harus mengenalpasti apakah tahap penguasaan Bahasa inggeris kita. Terdapat 3 kemahiran utama yang perlu kita kenal pasti iaitu kemahiran pemahaman, penulisan, dan pertuturan. Jika anda boleh faham text tulisan dalam bahasa Inggeris, anda sebenarnya sangat sesuai dalam perniagaan eBay walaupun anda tidak mahir dalam penulisan. Jika anda mahir di dalam penulisan, sudah tentu anda juga mahir dalam pemahaman tapi tak semestinya pertuturan. Sebenarnya sudah cukup jika anda boleh faham text atau tulisan dalam bahasa Inggeris. Jika anda tidak faham pun, ada jalan penyelesaian lain untuk anda meneruskan niat anda untuk berbisnes di eBay

Saya lebih gemar menggambarkan keadaan ini bergantung kepada semangat atau keazaman seseorang itu untuk berjaya dalam perniagaan eBay. Bak kata pepatah, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Mungkin saya tidak pernah menceritakan tentang SIFU saya iaitu ZUL BOTAK. Mungkin ada yang kenal, dan ada yang tidak kenal nama ini. Sebenarnya beliau bukanlah orang yang mengajar saya perniagaan eBay. Tetapi saya menganggap beliau sebagai sifu kerana beliau telah mengajar saya tentang apa itu sikap hati kering dan tidak berputus asa sehingga saya berjaya mendapat pendapatan 5 angka dari eBay sehingga hari ini. Toche Sifu!

Jika anda ingin tahu, beliau tidak menggunakan perkhidmatan dropshipper sebaliknya membeli stok sendiri dan menjual kembali di internet. Apa yang menarik mengenai sifu saya ini adalah beliau menjalankan perniaggan eBay di tradera.com (Laman eBay sweden). Cuba anda masuk dan lihat sendiri web tersebut. Semuanya 100% dalam bahasa swedish dan beliau langsung tidak tahu berbahasa swedish. Tetapi beliau tetap membuat jualan disitu dan memperoleh lebih RM15k sebulan. fuh! Pelik kan? macamana nak faham semua button, category, tittle dan sebagainya? Jawapannya adalah dengan menggunakan google translator di http://translate.google.com/. Beliau menterjemah satu demi satu ayat dan perkataan hanya untuk membuat jualan di sana. Hehe. memang unik.

Kesimpulannya, jangan jadikan bahasa sebagai penghalang untuk memulakan perniagaan eBay. Benda yang kita tidak tahu, bukanlah tidak boleh dicari dan dipelajari. Jangan tutup minda dengan mengambil keputusan tidak mahu langsung belajar Bahasa Inggeris ataupun bahasa lain sedangkan ia banyak boleh memberi manfaat kepada kita. Sekiranya anda ingin tahu adakah perlu pengetahuan Bahasa Inggeris untuk menjalankan perniagaan eBay. Jawapannya anda tentukan sendiri.

Comments (14)add comment

XploR said:

shamsukri
...
Bahasa Inggeris memang penting untuk eBay, tp bukan nak sampai expert bercakap & menulis. Pandai sikit2 pun dah ok. Saya ni main belasah jer balas2 email dengan seller, diorang paham jugak. Nak sedap sikit guna microsoft word, kamus online, google bla bla. Tak lama lagi main email2 dengan buyer la pulok. smilies/cheesy.gif smilies/grin.gif
 
April 23, 2009 | url
Votes: +2

Nikshikin said:

April 23, 2009 | url
Votes: +1

nuwa said:

nuwa
...
Nak seribu daya..xnak seribu dalih..Perumpamaan turun menurun ini mmg begitu berbisa sekali! smilies/grin.gif
 
April 23, 2009 | url
Votes: +0

ikhwan said:

0
thanx....
thanx sifu....info ni amat berguna bg bakal ebay seller akan datang......smilies/grin.gif
 
April 23, 2009
Votes: +0

Noorizam Shah said:

0
...
aku nak masuk market taiwan walaupun aku tak tau bahasa taiwan/ hhehe
 
April 23, 2009 | url
Votes: +0

elyas@Dhiaqis said:

0
...
Betul Sifulan bahasa bukan penghalang untuk berjaya.. Dan memang sungguh tidak wajar jika dijadikan alasan utama. Khutbah jumaat pun dalam bahasa inggeris sekarang..
 
April 24, 2009 | url
Votes: +0

observe888 said:

observe888
...
nak masuk ebay sweden la plak...nak buat lagi 5 angka...)))
 
April 24, 2009
Votes: +0

FREE RAHSIA JUTAWAN CBC said:

0
power dan hebat zul botak...:D
mmg sempoi...siap bolej jual kat sweden tu....
b.i bukan peghalang....kite semua boleh...nak x nak jerk....smilies/grin.gif
 
April 26, 2009 | url
Votes: +0

kaizer said:

arrazi
Terima Kasih
Saya memang sokong memamg perlu berbahasa inggeris,sebaab pembeli2 kat ebay ni ramai yg tahu bhs tu.kalau x de semangat dn kesabaran hebat mcm mn pun mesti x menjadi jugakkan.
newbei je
 
April 27, 2009 | url
Votes: +1

peminatjutawan said:

nizam
...
Sekaran g dah byk dah website boleh translate bahasa inggeris ke melayu..jadi jgn risau....
 
April 27, 2009 | url
Votes: +0

KampungBoy said:

0
...
Mat saleh nie mmg unik
dia xkisah dengan bahasa yang tunggang langgang
at least dia boleh paham okla...
yg pentingnya bagi diorang smnagat nak blajar n rajin
 
May 01, 2009 | url
Votes: +0

zulkifli said:

zulkifli
Bahasa
BI bukan penghalang utk berjaya.
 
May 04, 2009 | url
Votes: +0

Ustaz Norudin said:

0
Syukran Sifu
Terima kasih sifu lan beri gogle translator tu. Lepas ni boleh la buat blog bahasa jerman dan sebagainya. Memang senang rupanye pengalih bahasa google tu. Saya dah cuba translate blog saya ke beberapa bahasa dan ia cuma mengambil masa beberapa saatsmilies/wink.gif
 
May 07, 2009 | url
Votes: +2

naim said:

0
wa..aku kagum btol la dengan semangat beliau.(zul botak)
btol tu sifoo lan meniaga ne kena hati kering..mau hati kering baru leh berjaya...kalo dok simpati sangat pon susah gak knsmilies/grin.gif tp kalo dok jadi kemut (kedekut) sgt pun susah gak kn..smilies/angry.gif
 
June 22, 2009 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN