Apa yang anda tahu tentang BLOGGING?


image

Saya tahu saya masih baru dalam bidang blogging, dan mungkin selepas ini saya akan lebih banyak berkongsi tentang skill & teknik blogging dengan anda. Saya ingin berkongsi dengan anda sedikit pengenalan & mengapa anda harus berblogging. Ia sebenarnya tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Bagi mereka yang telahpun mempunyai blog tetapi masih tiada traffik & pembaca, artikel ini untuk anda. 

Adakah anda benar-benar faham apakah itu blogging? 

Ramai yang selalu bertanya kepada saya apakah perbezaan website dan blog. Sebenarnya langsung tiada perbezaan. Website atau laman web, mempunyai pelbagai jenis seperti forum, portal, news, ecommerce (kedai online), salesletter (web jualan), blog dan banyak lagi. Oleh itu, blog sebenarnya adalah sejenis laman web. Faham sekarang? Blog berasal dari istilah 'web log' yang diringkaskan menjadi 'blog'. Blog sebenarnya hampir sama dengan news tetapi ia lebih kepada artikel peribadi dari pemilik blog yang disusun mengikut tarikh dan masa. Di sebabkan ia lebih kepada artikel peribadi, ia sering dikaitkan dengan diari peribadi pemilik blog. Tetapi zaman sekarang nie, blog bukan untuk artikel peribadi sahaja tetapi untuk menulis gosip2 artis dan melakukan 'article marketing'. Sesuatu yang istimewa tentang blog adalah ia lebih mesra 'enjin carian' dan lebih sesuai dengan teknologi RSS.

Siapa yang akan melawat blog kita?

Blog sebenarnya adalah perkongsian minat, atau topik yang akan mengakibatkan semua orang yang sama minat atau bidang dengan kita, datang dan membaca di blog kita. Jika anda menulis blog tentang memancing, sudah tentu kaki pancing sahaja yang akan menemui blog anda. Seperti blog ini, saya menceritakan tentang keusahawanan internet, oleh itu hanya mereka2 yang memiliki minat yang sama sahaja yang akan menemui blog ini. Oleh itu jika anda sedang menjalankan perniagaan di Internet seperti eBay, Lelong dan sebagainya, pastikan anda juga berblogging kerana ia tidak akan merugikan anda.

Mengapa blog anda tiada traffik?

Jika anda mengkaji secara mendalam tentang blogging, sudah tentu anda tahu satu strategy yang terbaik untuk mencari pengunjung blog adalah dengan menyumbangkan sesuatu kepada pelayar internet. Dengan hanya menulis artikel, anda memerlukan masa yang agak lama untuk mencari pelawat, tetapi jika anda tidak menulis artikel, semua pembaca anda tidak berminat lagi dengan blog anda (seperti yg terjadi kepada saya beberapa bulan lepas). Selain itu, blog anda juga perlulah disenaraikan di enjin carian dan ia mengambil masa yang agak lama. Sebab itulah banyak diluar sana anda melihat laporan-laporan percuma & ebook percuma yang diedarkan di Internet. Selain dari blogger tersebut mencari mailling list, beliau membina reputasi dan mempunyai pengikut tersendiri di Internet. Sebab itulah jika anda mempunyai blog tetapi tidak pernah menyumbang sesuatu, janganlah berasa hairan kerana traffik hanya masuk jika anda memberi faedah kepada mereka.

Bolehkah menjana pendapatan dengan blogging?

Pada awalnya saya sendiri mempersoalkan perkara ini. Tetapi setelah banyak menghabiskan masa membaca serta mendalami ilmu blogging, kini saya percaya. Pada minggu lepas sahaja, saya memperoleh RM2,520 dalam tempoh 1 minggu sahaja hanya dengan berblogging. Ia diperolehi hanya dengan menulis artikel dan mengulas produk IM tempatan. Itu baru produk IM tempatan, bayangkan jika anda melakukan artikel marketing untuk ribuan produk-produk antarabangsa. Baru-baru ini, saya telah menghasilkan beberapa blog antarabangsa khusus untuk 'article marketing' dan beberapa website khusus untuk membina mailling list antarabangsa.

Beberapa teknik terbaru lagi akan dikongsi dalam 'Panduan eBay Advance'.

Sebenarnya saya tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkan panduan ini. (bukannya susah nak menulis ebook). Yang menjadi masalah adalah apabila terlalu banyak polisi bertukar di eBay dalam tempoh yang pendek menyebabkan saya terlalu kerap memadam dan menulis semula. Baru-baru ini saya terpaksa memadamkan 5 chapter dalam ebook saya hanya disebabkan polisi baru yang mengganggu teknik 'blackhat' saya. Saya tahu ramai yang sudah tidak sabar menunggu panduan ini. InsyaAllah ia akan dilancarkan sebelum tahun hadapan. Salah satu tajuk yang saya selitkan adalah bagaimana membina mailling list dengan eBay dengan menggunakan Classified Ads. Kepada blogger-blogger tempatan yang ingin membina mailling list antarabangsa, boleh menggunakan teknik ini.

Akhir kata dari saya, jika anda sudah mula menjalankan perniagaan internet seperti eBay, janganlah mengabaikan peluang pendapatan yang boleh anda jana melalui blogging. Alang2 buat eBay, buat la blogging sekali. Jika anda tidak arif dalam berblogging, Selain dari membina lebih banyak rangkaian/kenalan eBayer, anda juga boleh berkongsi atau meningkatkan lagi skill perniagaan anda dengan hanya menulis. Seperti yang anda lihat, saya sendiri adalah seorang penulis yang teruk dengan penggunaan bahasa yang tunggang langgang. Hehe. Tetapi jika kita menulis dengan ikhlas, pasti pembaca akan faham apa yang kita ingin sampaikan. Ilmu yang kita pelajari tidak berguna jika kita tidak menyampaikannya. Oleh itu, sebelum anda mengatakan TAK NAK pada blogging, fikirnya sekali lagi. Saya harap artikel saya pada kali ini, dapat membuka mata anda tentang peluang yang bakal anda perolehi dengan memiliki high-traffik blog. 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites
Reddit! Del.icio.us! Mixx! Free and Open Source Software News Google! Live! Facebook! StumbleUpon! Yahoo! Free Joomla PHP extensions, software, information and tutorials.
Comments (6)add comment

abemogi said:

abemogi
BLOG vs teknik 'Panduan eBay Advance'.
Salam..Tahniah yakin dgn penulisan dan boleh menyakinkan yg baru..
sabar menunggu Panduan eBay Advance...
 
November 15, 2009 | url
Votes: +0

shahizan said:

0
...
ala..lame nye sblm tahun depan..smilies/shocked.gif
 
November 16, 2009 | url
Votes: +0

bambee said:

0
ebook yg lama xsama ke dgn advance.
adakah byk perbezaan dgn ebook yng lama 2..perlu ke saya bli ebook advance yang baru 2..musykil nie..aduh2
 
November 16, 2009 | url
Votes: +0

norazuan said:

norazuan
BLOGGING
Apa yang penting buat apa yang kita cakap.Janagan bertangguh smilies/smiley.gif.
Thank you sifu-lan untuk artikel ni. smilies/smiley.gif
 
November 19, 2009 | url
Votes: +0

Taufik SM said:

0
Oh
Oh sekarang baru sy faham ape itu blog ...terimas......smilies/grin.gif
 
November 27, 2009 | url
Votes: +0

meezan said:

meezan
baru mencuba!!!
semakin ku layari, semakin banyak ilmu ku dapat.....tapi...semakin pening kepalaku dek terlalu bnyk info...oh!!!! Kerdilnya aku!!!!!smilies/wink.gifsmilies/shocked.gif
 
December 08, 2009 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

10 Komen Tertinggi

Sifu LAN
(49 comments)
Shahraduan
(46 comments)
nuwa
(27 comments)
mujahidbiz
(18 comments)
observe888
(12 comments)
yazidyahaya
(10 comments)
matzis
(8 comments)
zakri
(6 comments)
mohd farid
(6 comments)
mohd basri
(5 comments)

Statistik Pelawat SIFU-LAN.COM

Pelawat [+/-]
Hari Ini:
Semalam:
2 Hari Lepas:
101
530
504

+26
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
1135
3364
5015

-1651
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
9514
15766
12177

+3589
Tahun Ini:
Tahun Lepas:
37457
32925
+4532

Purata Pelawat Sehari
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
378.3
480.6
716.4
-102.3
-235.8
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
559.6
525.5
405.9
+34.1
+119.6

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.