Ketandusan Idea bisnes, penulisan, atau rekaan?

Saya percaya semua orang pernah mengalami masalah ini, tidak kira samada untuk berblogging atau menjual. Kita kerap mengalami masalah ketandusan idea mengakibatkan mood kita sepanjang hari tidak baik. Perlbagai teknik yang anda lakukan tetapi masih idea masih tidak datang. Sebenarnya, semua orang mempunyai teknik tersendiri tetapi kali ini, saya ingin berkongsi teknik yang saya gunakan untuk mencari idea.
Ketika kecil lagi, saya sudah diajar tentang teknik mencari ilham oleh Ayah saya. Ketika itu, saya sedang sibuk menyiapkan gubahan-gubahan lagu untuk Ayah saya dan beliau sering memberikan teknik-teknik apabila kita ketandusan idea. Ketandusan idea menunjukkan yang kita tidak banyak melihat hasil kerja orang lain. Yang paling penting sekali, kita tidak akan mempunyai banyak idea jika kita tidak meniru orang lain. Ya. MENIRU! Inilah teknik yang paling berkesan.
Mengapa pula 'MENIRU' nie teknik yang berkesan?
Janganlah disalah sangka pula maksud meniru nie, saya bukanlah menyuruh anda meniru bulat2 apa yang orang lain buat. (walaupun anda sebenarnya mmg suka meniru..). Yang saya maksudkan adalah pelajari dahulu apa yang orang lain buat, tulis, atau design. Jika anda ingin menjadi pakar dalam mencipta resepi masakan terbaru, anda perlulah tahu memasak makanan-makanan lain dulu. Dengan meniru pelbagai resepi & masakan orang lain, anda akan menjadi arif dalam teknik masakan dan akhirnya berjaya menghasilkan masakan sendiri. Betul tak? Walaupun anda tidak sedar tentang hal ini, sebenarnya anda SEDANG MENIRU. Jika anda ingin mencipta atau menggubah lagu, anda perlu banyak mendengar serta menghafal pelbagai genre muzik, menirunya, dan akirnya barulah anda mendapat pelbagai idea ciptaan atau gubahan muzik.
Kini sebenarnya hampir semua orang melakukan perkara ini (meniru). Walaupun kadang-kala post dari tukang komen atau ahli2 forum marah kerana anda meniru, sebenarnya dia sendiri sedang meniru. Orang berblogging, dia pun nak berblogging. Orang buat eBay, dia pun buat eBay. Orang buat video, dia pun nak buat video. Orang guna Internet pun dia pun nak guna jugak. Hehehe.. Semuanya adalah meniru dan anda langsung tidak sedar yang kita sedang melakukannya setiap hari..
Disebabkan ketika belajar dulu kita tidak dibenarkan 'MENIRU', oleh itu sehingga kini, kita sudah tetapkan 'mind set' kita kepada 'JANGAN MENIRU'. Jika anda mempunyai 'mind set' begini, andalah yang paling rugi sekali kerana dengan tidak meniru, pengetahuan anda akan terbatas. Dengan meniru, anda akan mempunyai lebih banyak idea dan perspektif anda tentang sesuatu akan menjadi lebih
Bagaimana 'MENIRU' dianggap positif?
Ketika saya bergelar salesman dulu, saya kerap ditugaskan oleh bos saya untuk mencari idea pemasaran terbaru. (Saya paling benci diarah orang lain). Ketika itu, memang saya sudah kehabisan idea untuk diberikan. Saya mula menyenaraikan teknik pemasaran yang saya buat. Ketika membuat senarai, saya dapati terlalu sedikit teknik yang saya tahu dan barulah saya sedar betapa ceteknya pengetahuan saya dalam teknik pemasaran. Saya pun mula google dan membuat carian kaedah2 pemasaran berkesan dan hasilnya, senarai panjang teknik yang tidak pernah saya lakukan dulu.
Dengan selamba, saya memberikan senarai-senarai tersebut kepada bos saya dan saya dipanggil ke dalam bilik meeting untuk menerangkan dengan lebih lanjut idea saya itu. (meeting tu dipanggil 'Upcoming Leaders Meeting') Saya pun berterus terang bahawa ia hanya ditiru dari Internet dan saya sendiri tidak dapat menerangkannya. Saya masih ingat bos saya ketika itu mengangkat kaki ke atas kerusi dan menunjuk jari ke arah saya dan berkata "AZLAN, YOU BODOH! I BERI YOU TEMPOH 1 MINGGU UNTUK RESEARCH TEKNIK NIE. FAHAM?". Dalam tempoh seminggu itu, saya mula membuat deep research tentang teknik2 tersebut dan akhirnya saya faham kesemuanya dalam tempoh yang amat singkat. Seminggu selepas itu, saya dipanggil semula ke bilik meeting dan berjaya menerangkannya dengan baik sekali dan berjaya menyesuaikan dengan produk yang syarikat kami pasarkan. Tidak lama selepas itu, saya dinaikkan pangkat. Huhuhu.. Itulah sedikit kisah saya tentang meniru..
Pendek kata, jika anda tidak mempunyai sebarang idea, ia bermaksud anda tidak cukup meniru. Limitasi pengetahuan anda tidak mengizinkan anda untuk mengeluarkan idea yang lebih baik dari apa yang orang lain buat. Ramai juga sebenarnya yang sedang meniru tetapi tidak sedar perbuatan mereka sebagai contoh membuat research eBay di TERAPEAK. Sebenarnya anda sedang meniru idea jualan orang lain. Begitu juga ketika anda membuat kajian tentang keyword SEO di Google, anda sebenarnya sedang meniru keyword2 orang lain. Begitu juga apabila membaca ebook, membaca laporan percuma, kesemuanya adalah proses meniru idea orang lain dan kemudian anda meniru kembali teknik2 tersebut untuk digunakan. Sekarang dah logik?
JANGAN MENIRU BULAT-BULAT, HASILKAN YANG LEBIH BAIK!
Pertama, janganlah sesekali anda meniru hasil kerja orang lain bulat-bulat dan tidak membuat versi anda sendiri. Anda sendiri sudah cukup matang untuk berfikir yang mana boleh dan yang mana tidak boleh. Meniru hanyalah sekadar untuk mendapatkan idea dan sebaik-baiknya, perbaiki idea orang lain dan jadikan ia lebih baik.
Di eBay, meniru idea jualan seller2 yang sudah berjaya adalah sesuatu yang perlu anda lakukan setiap hari. Sebab itulah saya sentiasa galakkan supaya anda merahsiakan ID eBay anda kerana walau hanya 1 orang pun yang tahu anda memperoleh pendapatan lumayan di eBay, seorang itu sahaja pun mampu menjadikan jualan anda jatuh 50% di pasaran eBay akibat aktiviti meniru ini. Memang tidak adil jika didengar. Anda menghabiskan masa berbulan-bulan untuk kajian dan beratus2-ratus dollar untuk membeli stok, dengan tiba2 pasaran jadi hambar hanya kerana ramai yang meniru jualan anda. Tetapi, anda juga sebenarnya mendapat idea tersebut hasil dari meniru jualan orang lain. Haa.. sekarang bunyinya adil. haha. Saya menyuruh anda merahsiakannya adalah untuk menyukarkan lagi researcher ini menemui akaun eBay anda.
Begitu juga dengan berblogging.. Untuk pengetahuan anda, saya mendapat ilham untuk menulis artikel ini setelah membaca artikel dari blog Noorizam Shah bertajuk "Tulis La Apa Yang Anda Ingin Tulis".. Hehe. Lihat, walaupun saya meniru artikel beliau, tetapi tidak ada satu content pun yang sama dengan artikel tersebut. Saya tulis semula artikel ini mengikut pandangan dan idea saya sendiri.
INI HANYALAH PANDANGAN PERIBADI SAYA SAHAJA. MASING-MASING MEMPUNYAI CARA TERSENDIRI UNTUK MENCARI IDEA BERNAS. MUNGKIN DENGAN PERKONGSIAN SAYA INI MAMPU MENGATASI MASALAH KETANDUSAN IDEA ANDA.
Di harap artikel ini membantu. Sebagai menghargai artikel dari saya ini, tinggalkanlah komen serta pandangan anda pula. Jangan la hanya masuk dan blah begitu sahaja. hehe. kongsi la sikit. Terima kasih kerana membaca perkongsian saya nie. Semoga ia memberi manfaat kepada anda.

Mohd Hafis Anuar
said:
|
... Nilaaa teknik yang best pun dan selalu diamalkan!!!...kalo tak...ikut sedap hati je..lambat ckit laaa dapat duit berkoyan koyan hehehehe |
|
Mohd Ashraf
said:
|
... Memandangkan dah terbaca, kena komen ye? Hehe joking Sedar tak sedar, apa yang kita buat di muka bumi ni adalah hasil dari peniruan orang yang terdahulu. Masa mula-mula bercakap dulu pon kita dah tiru penjaga kita. |
|
asyraf
said:
|
nice! artikel mcm ni la baru best! Azlan, hang memang seorang yang genius! naik pangkat..platinum powerseller. |
|
Nik Lah
said:
|
... Bagaus idea tu... mmg bagus klu kita meniru dalam perkara baik, yg tak baik tiru dlm perkara negatif. dlm agama mmg. kita disuruh meniru pun contohnya. kalau kita tak tahu solat, kita tengok orng lain buat... itu pula belajar namanya. tk |
|
maizul.com
said:
|
... Menarik artikel ni... kadang memang takde idea nak tulis. Artikel ni membantu & memeberikan idea best2. |
|
Noor Ratna Tawil
said:
|
Betul meniru adalah satu teknik pembelajaran jugak... Saya masih baru dlm dunia internet. Disebabkan dah takdo kojo nak buat dan tak dpt kojo(gaji murah)..so saya pun cari kojo diinternet. Dengan bayaran RM10 saya diberi tips untuk buat lmn web sendiri ( free punyer) ngan cara mengiklan di google, dan tiru balik ape yang iklan diinternet tu buat. Saya pun tirulah ape yang disuruh buat..pada mulanyer memang susah..udahle...assignment yang diberi old version...tah taun bilenyer...tapi disebabkan tak suka buat keje separuh jalan ditambah dgn takdo kojo..so buatle...2 hari gitu baru settle...itupun ada kamus kat depan PC( takle terror BI pun). Start saya mengiklan di google dan hari pertama tu saya dah pun dapat balik duit RM10 saya tu ( kira oklah tu...sbb selama ni banyak bisnes dah saya try termasuk MLM semuanya tak balik modal ...asyik pakai sendiri je takde org beli) Dari sini saya nampak kuasa internet sebagai..tapak bisness yang besar customer dan yang bagusnyer takyah jumpa dgn customer mcm kat MLM tu...jimat masa..jimat minyak keta...pengalaman saya dgn MLM saya pernah rugi RM6000 modal..dan saya baru nak belajar pasal berniaga di e-bay...saya adale selalu survey iklan kat mudah.com...sbb iklan disitu free....ada gak rasa takut nak buat bisness di ebay..dan saya tak de produk...ada jugak beli buku RAHSIA JUTAWAN EBAY penulis StuartTan...dan yang pasti saya tak faham..asyik2 ayat ulangan ...terlalu formal sampai tak faham...byk tulisan dr gambar... |
|
firadila
said:
|
... Fuhlamak...memang botul lah...tak sodar lak hari-hari kita meniru..NAK JADI JUTAWAN...KENA TIRU ORANG JUTAWAN BUAT"...memang mantap betul lah artikel ni...TQ Sifu Lan.. |
|
serizan
said:
|
Bagus meniru ni.. memang meniru satu proses belajar..tirulah yang positif..hehehe.. www.buatduit.viviti.com |
|
ahmad fitri
said:
|
ok kalau nak harap idea kita sepenuhnya pening jugak tu..tiru sikit2 boleh kot.... |
|











