Orang yang MALAS itu, boleh jadi KAYA?

Semalam artikel yang saya tulis adalah berkenaan MENIRU, hari nie pula tentang MALAS. heheh. Bukanlah niat saya untuk menyerapkan unsur-unsur negatif ke dalam jiwa pembaca blog saya. Ini adalah status facebook blogger terkenal, SMARTZUL yang menghantar post ini malam tadi. Ia menarik perhatian saya kerana isu ini pernah saya bincangkan panjang lebar bersama rakan2 seperjuangan saya dahulu.
Jika anda melihat post tersebut di facebook, terdapat pelbagai pendapat serta pandangan berbeza. Ada yang mengatakan malas tetap malas, kaya tetap kaya, dan ada juga yang bersetuju dengan pendapat berkenaan. Terus terang, saya belum pernah membaca apa2 buku tentang "Pemalas tetapi Kaya" tetapi hari ini, saya akan membuka minda anda tentang mengapa MALAS itu boleh dianggap sesuatu yang positif mengikut perspektif saya.
Kaitan MALAS dengan KAYA.
Sebenarnya, istilah malas dengan kaya adalah sesuatu yang tidak boleh dikaitkan. Ini kerana MALAS sering dikaitkan secara berlawann dengan perkataan RAJIN. Dan sejak kecil kita telah diajar 'jika kita rajin, kita akan berjaya'.. Hakikatnya dalam kehidupan sebenar orang yang rajin tidak semestinya berjaya dalam hidup. Oleh itu, sepatutnya perkataan MALAS tidak boleh dikaitkan dengan KAYA. Perkataan yang sesuai untuk menggantikan MALAS adalah dengan perkataan BIJAK..! Tidak semestinya orang yang MALAS tidak boleh menjadi kaya jika dia bijak.
Cuba baca statement yang saya tulis di bawah nie, logik atau tidak: (ada tak yang kena dengan anda?)
ORANG YANG RAJIN setiap hari keluar dari rumah sebelum matahari terbit untuk tidak lewat ke pejabat takut nanti dimarahi BOS atau dipotong gaji. Padahal BOS YANG PEMALAS masuk ke ofis pada pukul 10 pagi tidak dimarahi oleh sesiapa pun dan duit tetap masuk berpuluh ribu. Siapa yang kaya?
ORANG YANG RAJIN sentiasa focus dengan kerja di pejabat dari pagi hingga ke petang padahal BOS YANG PEMALAS hanya bersembang2, dan memaki hamun orang lain. Siapa yang kaya?
ORANG YANG RAJIN begitu tekun memasarkan ebook orang lain dengan sistem affiliate, padahal PENULIS EBOOK YANG PEMALAS hanya menunggu duit masuk sambil bergoyang kaki. Siapa yang kaya?
ORANG YANG RAJIN mengemas, membasuh pakaian, memasak & mengasuh anak padahal ORANG YANG PEMALAS hanya duduk bersuka ria bersama keluarga kerana ada pembantu rumah. Siapa yang kaya?
ORANG YANG RAJIN bertungkus lumus menyiapkan proposal perniagaan dan bersusah payah menjalankan perniagaan setelah mendapat pelabur padahal ORANG YANG MALAS hanya 'pump in' duit sebagai pelabur dan mendapatkan keuntungan dengan hanya bergoyang kaki.
ORANG YANG RAJIN menghantar email satu per satu untuk mempromosikan produk jualan mereka padahal ORANG YANG MALAS hanya perlu blast mailling list mereka dan hanya menunggu respon dari pembeli. Siapa yang kaya?
Hehehe.. sebenarnya banyak lagi. Satu ketika dulu saya pernah membincangkan perkara ini bersama rakan2 perniagaan saya dan mendapati, sikap malas ada pada semua orang2 yang kaya. Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu ada sikap meningkatkan pendapatan tanpa perlu mengorbankan masa. Saya bukannya menyuruh anda menjadi seorang yang pemalas untuk berjaya tetapi anda perlu merancang supaya apa yang anda usahakan sekarang, tidak membebankan anda di masa akan datang.
"SEMUA ORANG KAYA YANG MALAS, ADALAH ORANG YANG RAJIN PADA ASALNYA, TETAPI MENUJU KEPADA SIFAT ORANG YANG MALAS DAN BIJAK"
Sebagai contoh, BOS YANG PEMALAS adalah ORANG YANG RAJIN pada mulanya bertungkus lumus memastikan perniagaannya di 'autopilot' oleh semua kakitangannya. Dia memastikan semua rekod dan urusan syarikat diuruskan oleh kakitangan yang layak dan boleh dipercayai. Usaha yang dilakukan adalah untuk memastikan beliau tidak perlu melakukan perkara yang remeh-temeh dan dapat lebih focus kepada benda lain. Sekali-sekala, beliau hanya perlu menegur dan memarahi pekerja supaya moral serta motivasi pekerjanya terjaga. Inilah BOS PEMALAS YANG BIJAK!
Satu lagi contoh seperti PENULIS EBOOK YANG MALAS adalah ORANG YANG RAJIN pada mulanya kerana berjaya menulis ebook dan memasang sistem affiliate. Sistem affiliate tersebut di pasang hanya semata2 untuk memastikan semua jualan dibuat secara autopilot dan memasang banner serta text iklan yang menarik. Hasil dari kerajinan pada mulanya, beliau menjadi PEMALAS YANG BIJAK dengan hanya menunggu duit masuk sedangkan orang lain bertungkus lumus memasarkannya. Tidak perlulah saya menceritakan tentang pelabur dalam perniagaan kerana sudah tentu mereka adalah golongan yang BIJAK tetapi PEMALAS di mata sesetengah orang.
Jadilah ORANG YANG RAJIN mencipta teknik AUTOPILOT.
Memandangkan ramai yang tanya kepada saya apa yang dimaksudkan AUTOPILOT tu, jadi eloklah saya terangkan disini. AUTOPILOT yang saya maksudkan bukanlah yang digunakan oleh PILOT untuk menstabilkan kapal terbang secara AUTO. Ia lebih bermaksud segala perniagaan anda dilakukan secara automatik. Sebagai contoh, anda rajin membuat goreng pisang dan meniaga sendiri di hadapan rumah anda setiap petang. Ini di panggil perniagaan Manual kerana kesemuanya dari memasak sehinggalah menjual anda sendiri yang lakukan. Perniagaan anda juga terhad kerana mampu menguruskan hanya sebuah gerai di hadapan rumah anda. Jika anda mengupah orang lain menggoreng pisang, dan mengupah orang lain untuk menjualnya di hadapan rumah tanpa perlu anda berbuat apa2, inilah yang dinamakan AUTOPILOT. Anda hanya mengambil keuntungan dan membayar gaji pekerja anda. Satu kelebihan adalah apabila anda boleh membuka seberapa banyak cawangan yang anda mahu dan mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari peniaga goreng pisang yang tidak melakukan AUTOPILOT.
Dalam banyak2 perniagan, perniagaan internet adalah yang paling sesuai untuk teknik ini. Ini disebabkan internet boleh diprogramkan dan boleh dianggap sebagai kakitangan dalam perniagaan kita. Sebagai contoh, anda mempunyai AUTORESPONDER untuk mailling list. Ini bermakna anda telah mengambil pekerja yang boleh menyimpan maklumat email dan tolong menghantar email untuk anda setiap kali anda ingin menyampaikan sesuatu kepada subscriber. AFFILIATE juga boleh dianggap sebagai AUTOPILOT kerana anda mengupah affiliaters untuk menjual produk digital anda. Menggunakan DROPSHIPPER di eBay juga boleh dianggap sebagai AUTOPILOT kerana anda mengupah orang lain untuk membeli, membungkus & menghantar produk tersebut. Lebih banyak teknik AUTOPILOT yang anda lakukan, lebih banyak pendapatan yang boleh anda perolehi tanpa perlu membuang masa. Saya sendiri telah mempunyai beberapa pendapatan AUTOPILOT 100% yang membolehkan saya langsung tidak menyentuh perniagaan tersebut.
Kesimpulannya, jika anda seorang yang RAJIN, pastikan destinasi kerajinan anda tu terlebih dahulu. Jika kerajinan anda tidak membawa anda kemana-mana, maka ubahlah destinasi anda. Jika anda sendiri tidak pasti, ini bermakna anda tidak mempunyai matlamat peribadi dan amat mudah dibawa arus. PEMALAS yang anda lihat sebelum ini sebenarnya lebih BIJAK dari mereka yang RAJIN. Anda sendiri pun kerap mendengar istilah "Don't study hard, study smart!" jadi.. bak kata Nabil Raja Lawak: Lu fikir la sendiri... Assalamualaikum.. :)

wan wma
said:
|
... betul bro, saya rajin,kuat berusaha dan banyak belajar sebbnya nak jadi pemalas macam bro citer kat atas tu! |
|
Adney
said:
|
... Kesimpulannye. kalau nak jadi berjaya kene rajin dulu.. lepas tu bolehlah malas plak lepas tu.. hehe.. Autopilot.. |
|
smartzul
said:
|
Setuju! Nampaknya Sifu Lan 100% tepat menghurai status ringkas saya di FB tersebut! Saya sengaja meletak status yang ringkas dan berbentuk kontroversi tersebut untuk melihat respon orang ramai. Ramai yang mengatakan yang rajin saja akan kaya dan si malas tetap dengan nasibnya. Kita selama ini sering dimomokkan agar bekerja kuat, usaha sehabis tenaga, siang malam, tanpa rehat, dan macam-macam lagi. Sebenarnya bila dikaji, ramai orang-orang kaya adalah orang yang 'pemalas'. Mereka biasanya sekurang-kurangnya hanya ada idea, tapi sehabis mungkin menggunakan tenaga, ruang & masa orang lain (leverage). Bukanlah bermaksud semua orang perlu guna cara 'pemalas' ini. TAPI, bagi seseorang yang amat sukar untuk mengubah dirinya menjadi rajin dalam sekelip mata, amatlah elok gunakan cara yang sesuai dengan malasnya itu untuk menjadi kaya, seperti mana yang Sifu Lan bagi contoh di atas. Upah orang, autopilot dan lain-lain lagi... Sebenarnya ada sebuah buku bertajuk "Bagaimana Orang Malas Boleh Menjadi Kaya?". Buku ini buku lama dan tidak ada di semua kedai buku. Buku ini adalah buku 'klasik', lain dari yang lain kupasannya dan saya tidak pasti masih ada di pasaran atau tidak. Kesimpulan: Orang yang malas dan langsung tidak mahu berusaha, maka jangan harap akan jadi kaya. TAPI bagi si rajin, kalau rajin tidak bertempat, tidak kena cara, rajin tidak efektif/efisien, rajin tanpa ilmu, maka tak guna juga. Buang peluh dan buat penat saja. Maka, jadilah si malas atau si rajin yang bijaksana (smart). Terserah kepada anda para pembaca artikel ini mahu guna cara mana. Lain orang, lain caranya... Ada yang mahu rajin dulu dan ada yang terus guna 'kemalasannya' itu untuk membina kejayaan. Kita ada pilihan masing-masing. All the best. |
|
hasbul
said:
|
... yeah yang tu bestnye tp kadang2 orang ramai lari dari konsep ni nk malas2 dulu baru sedar nk kene rajin |
|
asyraf
said:
|
ibubapak saya suka artikel ni. Saya selalu fikir, dan kdg2 terbaca dari author lain jugak, yg ada beberapa nasihat dari ibubapa yang tak berapa bagus, tp selalu disemat di fikiran anak2. Antaranya 'jika kita rajin, kita akan berjaya'. 'jgn menyampuk ckp org2 tua, budak pegi main dgn budak2'. dan byk lg, mls nak lari tajuk. hehe |
|
pak shed
said:
|
btoi berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian berajin rajin dahulu, baru boleh malas malas kemudian. |
|
smartzul
said:
|
Rajin + Malas = Kejayaan Sebenarnya tidak perlu tunggu rajin dahulu baru boleh malas kemudian (dalam sesetengah perkara)... Kebanyakan kita semua ada kedua-dua sifat atau keadaan ini. Ada perkara yang kita sedikit berat untuk melakukannya (malas) dan ada perkara yang kita teramat rajin. Jadi, mana yang kita malas itu, kita gunalah cara yang boleh membantu agar perkara tersebut dapat dilaksanakan/diselesaikan. Dan perkara yang kita rajin pula, kita teruskan dengan usaha yang sepatutnya. Dengan kaedah di atas, kita sudah menggunakan kedua-dua sifat malas dan rajin itu untuk kebaikan kita bagi mencapai apa saja matlamat atau kejayaan. Tidak seperti pemahaman kita selama ini, apabila disebut malas, kita dipaksa agar jadi rajin. Sepatutnya kita disuruh berfikir, selain jadi rajin (buat sendiri), ada tak cara lain untuk melakukan sesuatu perkara 'tanpa jadi rajin'? Tidak semudah memetik jari untuk jadi rajin dalam sesetengah perkara melainkan ada booster/tekanan yang 'memaksa'. Maka apa salahnya kita gunakan tenaga orang lain seperti mengupah orang atau mencipta sistem operasi (autopilot) untuk melakukan sesuatu kerja yang kita malas untuk melakukannya. Kita ini manusia biasa, ada perkara yang berat untuk kita buat sendiri dan ada perkara yang amat-amat kita antusias (ghairah) untuk melakukannya. Kedua-dua sifat ini, malas dan rajin, perlu diisi dengan perancangan dan strategi yang sesuai dengannya. Jangan sama sekali membiarkan malas itu menyebabkan kita berhenti daripada berfikir dan berusaha. Kena cari jalan.. Pendek kata, ada perkara/usaha yang perlu kita rajin-rajinkan, dan ada perlaksanaan yang kita malas melakukannya, kita boleh cari jalan lain selain kita sendiri yang melakukannya. Itu pun, selagi ia boleh dan sesuai... "Jangan buang masa dengan melakukan kerja yang kita tidak tahu. Serahkan kepada mereka yang mahir melakukannya." "Ada dua jenis malas. Malas yang tidak berbuat apa-apa, dan malas yang bijaksana. Dan ada dua jenis rajin. Rajin yang tidak bertempat, dan rajin yang produktif." |
|
Nik Lah
said:
|
... salam, dah bnyk idea tu... Sebenarnya seorang itu bukan malas tapi ia tidak minat, contohnya : seseorang pelajar yg mls belajar,selalu tidur atau kuat bermain, bukan dia malas belajar tapi dia hendak tidur atau dia nak bermain.Utk mengubah pelajar itu supaya rajin delajar ialah ubah minsetnya supaya minat belajar itu saja. Dlm peniagaan interet pula buka seseorang itu malas utk dapat duit melalui nernet tapi dia tidak nampak jalan2,cara2nya.jika ia nampak jalan jalan2nya pasti dia akan rajin berkubar2 t.kasih |
|
ijamidayu
said:
|
Salam Sifu dan rakan2.. Saalam, Pergh.. Satu artikel yang amat mendalam maksudnya nie... Apa pun perlu diikuti dengan kerja keras then baru boleh jadi malas.... |
|
mujahidbiz
said:
|
Salam Memang menarik post blog sifu lan kali ni. Hidup untuk apa? takkan nak jadi orang pemalas. Allah pun tak suka orang yang pemalas. Dah sifat manusia, sifat malas ni lah yg melemahkan jiwa. Kejayaan itu bukan pada kemalasan, tapi kerajinan. Jika nak jadi pemalas kenalah jadi rajin dulu umpama kata sifu lan dan pekomen lain di atas. |
|
bambee
said:
|
buat duit sy pn stuju dgn bro smartzul dan sifu lan..bleh ke bg tip mcna nk hilangkn perasaan malas..kdg2 rajin 2 dtg kejap2 jer.. |
|
razak
said:
|
Malas cakap Ikut hati memang nak malaskan diri tapi kena bagi rajin jugak la.kalau tak miss soru..nak dapatkan income autopilot pun kena rajin jugakkan? |
|
maizul.com
said:
|
... Menarik tajuk yang dikupas oleh sifu ni & terima kasih juga kepada smartzul saya dapat maklumat yang baru dari artikel ini. |
|
abu sahlan
said:
|
salam.tahniah kerana menyedarkan saya! salam,sifu lan is superb thinker!motivasi yang amat best dibaca! |
|
Batista
said:
|
Adakah Peluang Menjadi Kaya telah di Monopoli Wednesday, January 20, 2010 Adakah Peluang Menjadi Kaya Telah dimonopoli Salam Mukaddimah, "Terdapat peluang yang banyak bagi mereka yang bergerak mengikut arusnya berbanding mereka yang cuba menentangnya"... MELAKUKAN KERJA DENGAN CARA YANG TEPAT 1. Anda mungkin seorang yang paling miskin di dalam dunia ini dan mempunyai hutang keliling pinggang. Anda mungkin tiada KAWAN-KAWAN, PENGARUH, ataupun sumber-sumber asas, tetapi apabila anda mula melaksanakan kerja dengan cara yang tepat, kekayaan akan pasti menjadi milik anda. [url=read more....=> http://hakmenjadikaya.blogspot...telah.html |
|
Jana Wang Adsense 2.5
said:
|
Syabas Penerangan yang bagus + berguna! Itulah malas yang positif pernah saya dengar... |
|


Dah sifat manusia, sifat malas ni lah yg melemahkan jiwa. Kejayaan itu bukan pada kemalasan, tapi kerajinan. Jika nak jadi pemalas kenalah jadi rajin dulu umpama kata sifu lan dan pekomen lain di atas.

