Apakah itu RSS? Ramai yang tidak tahu.

Ramai yang selalu lihat logonya. Anda sering melihatnya di kebanyakan blog dan web terkenal. Tetapi tahukah anda apakah itu RSS? Saya menulis artikel ini disebabkan baru-baru ini, saya banyak berhubung dengan ramai para blogger untuk membuat sedikit kajian untuk produk saya di masa hadapan tetapi dengan terkejutnya mendapati, masih ramai lagi yang tidak tahu apakah itu RSS.
CARA MUDAH MENJELASKAN APA FUNGSI RSS.
Ok begini.. Katakan anda adalah seorang web 'surfer yang tegar' dan sering melayari web-web yang anda gemari. Katakan anda masuk ke web saya dan anda membaca artikel-artikel yang saya tulis. Anda suka dan bookmark web saya dan esok anda nak masuk lagi..Katakan saya tidak update web saya selama seminggu, adakah setiap hari anda nak masuk dan periksa ada artikel baru atau tak?.. Setiap kali anda masuk, sudah tentu anda kecewa sebab masih belum ada artikel baru. Masuk dan masuk lagi ke web saya dan masih tidak ada artikel baru.. Huh.. memang sungguh mengecewakan dan memenatkan walaupun hanya pegang mouse dan buat beberapa click jer.. Itu baru web saya, katakan anda hendak membaca 20 web blogger kegemaran anda. Takkan la anda nak masuk semua 20 website setiap hari untuk check samada ada artikel baru atau tidak. Kalau anda adalah individu yang mempunyai aktiviti seperti yang saya ceritakan nie, anda sebenarnya masih belum faham apa itu RSS.
Dengan menggunakan RSS, kita tidak perlu masuk ke laman web dan periksa samada sudah ada artikel baru atau tidak. Sebagai contoh, jika saya update artikel baru di web saya, semua subscriber RSS saya akan diberitahu secara automatik ada artikel baru sudah ditulis. Jadi sekarang nie dah bertukar. Artikel yang cari pembaca. Inilah salah satu konsep WEB 2.0 yang di sebarkan di internet. Kesimpulannya, dengan menggunakan RSS, anda dapat menjimatkan banyak masa kerana tidak perlu masuk ke dalam website para blogger kegemaran anda hanya untuk melihat samada sudah ada artikel baru atau tidak.
Terdapat 2 cara untuk membaca RSS:
- Menggunakan RSS reader - google reader,my yahoo, my msn, dll.
- Subscibe melalui email - feedburner membolehkan RSS terus masuk ke email anda setiap kali ada artikel baru.

Kepada blogger atau webmaster, RSS merupakan keperluan wajib kepada anda. Jumlah subscriber RSS melambangkan reputasi anda sebagai blogger. Kebiasaannya kebanyakan CMS untuk blog seperti Wordpress dll. sudahpun dilengkapi dengan RSS. Oleh itu anda tidak perlu berbuat apa2 selain hanya menggalakkan pembaca anda untuk subscribe RSS di web anda. Salah satu cara terbaik untuk memberikan peluang untuk pembaca anda subscribe melalui email adalah dengan menggunakan perkhidmatan feedburner. Service dari feedburner membolehkan anda memaparkan berapa ramai orang yang sedang subscribe artikel anda. Biar saya tunjukkan contoh seperti di muka hadapan web saya.
Kepada yang baru tahu tentang RSS pada hari ini, gunakanlah ia dengan sebijaknya. Jangan terlalu banyak membuang masa masuk ke setiap blog yang anda gemari untuk memeriksa samada ada artikel baru atau tidak. Dengan kebijaksanaan anda menggunakan teknologi, lebih banyak benda yang boleh anda pelajari setiap hari. Saya harap dengan penerangan saya yang tak seberapa nie, anda sudah mula faham dan mula menggunakan RSS sebagai bahan bacaan utama anda.

Dhiaqis
said:
|
... Peringatan yang baik. Mungkin ada juga pembaca yg tak subcribe rss tu sbb tak tau apa gunanya. |
|
kanang
said:
|
Sekarang Baru Le Saya Tahu Apa Itu RSS Terima kasih. Maklumat yang berguna dari Sifu-Lan. |
|
azizwan(dot)com
said:
|
... nice info.. dan utk makluman sifu juga, aku dah lama daftar RSS blog sifu comment by http://azizwan.com |
|
jaigoku
said:
... Kawan2, RSS tu penting... lepas ni boleh rss lmn blog saya plak ye... www.glowglokal.com/blog |
|
ain shahidin
said:
|
RSS in phone?? betul2! saya bru tahu.. huhu.. trimas bro! hmm but i wanna ask u something.. how about RSS reader yg ade provide dlm phone tu ye? how to use it? |
|
Suhaimi a.k.a Armiego
said:
|
Satu Lagi Informasi Yang Bagus Untuk Blogger Dari Sifu-LAN Thanks Bro U R Truly Sifu... Kpd Kekawan semua jom kita pakat reramai subscribe RSS kat Web Sifu-LAN ni tak rugi dia ni tak kedekut Ilmu.. |
|
Sis Lia
said:
|
Memorex ya allah baru lah kak lia paham apa tanda benda tu..terima kasih sifu nak buatlah kat web kak |
|
seksuci
said:
|
rss? Dah lama tau menatang ape rss nih, cuma x regist. sekarang dah banyak benda nak baca, baru la buat terasa nak buat daftar rss reader huhuhu |
|
baru paham
said:
|
.... laa....tu ke RSS... saya ingat kan RSS tu Rahsia Sifu Sifu.... hahaha.....silap rupa nya... |
|

Kawan2, RSS tu penting... lepas ni boleh rss lmn blog saya plak ye...

