Konspirasi Adsense? Rahsia Kegagalan Newbie

Saya tahu ramai antara pelawat di web saya merupakan usahawan internet dan blogger yang pakar dalam bidang masing-masing. Kali ini saya ingin review mengenai sebuah laporan percuma dari saudara 'Zamlan bin Shamsuddin'. Saya sendiri tidak kenal siapakah beliau tetapi seorang blogger kegemaran saya iaitu En. Rohaizad mengulas tentang laporan percuma ini. Isi kandungannya menarik perhatian saya.
Apa kena mengena saya dengan adsense?
Seperti yang saya telah beritahu berkali-kali, saya bukanlah seorang usahawan eBay sepenuh masa. Saya adalah seorang usahawan internet yang sentiasa mencari peluang perniagaan automatik. Ia menarik minat saya sejak dari mula belajar berblogging setahun yang lalu. Sudah lama saya mencuba & mengkaji tentang adsense ini tetapi gagal. Kegagalan saya bukanlah disebabkan program ini tidak bagus tetapi ia hanyalah disebabkan lemahnya kemahiran saya menulis dalam bahasa inggeris. Ada juga mencuba-cuba tetapi akhirnya hilang focus dan tidak mempedulikan lagi program ini. (mungkin kerana angka komisyen yang lembab sangat naik) Saya akui ia program yang bagus (jangka masa panjang) dan ramai dikalangan rakan2 saya yang memperoleh pendapatan dari adsense.
Adsense memang popular di kalangan newbie.
Sudah tentu jika anda masih baru dalam keusahawanan internet, anda tidak terlepas dari membaca info pendapatan dari adsense ini. Pada mulanya ia kelihatan sangat simple. Selepas mencuba sendiri, anda dapati duitnya hampir tidak bergerak.. Bagi yang sudah mula memperoleh komisyen, anda akan mula menggiatkan lagi aktiviti blogging anda dan mula mengeluarkan modal untuk mendapatkan traffik.
Laporan percuma dari saudara 'Zamlan bin Shamsuddin' ini bukanlah menunjukkan cara menghasilkan blog & mendapatkan komisyen tetapi beliau berkongsi pengalaman beliau sendiri apabila akaun adsense yang diusahakan berbulan-bulan lamanya dibekukan begitu sahaja. Bagi saya ia satu pengalaman yang menarik. Laporan ini juga menunjukkan tips-tips berguna untuk mengelakkan akaun adsense anda dibekukan serta beberapa teknik mengelakkan dari ianya berlaku. Bagi saya, anda dapat menjimatkan masa yang banyak hanya dengan belajar dari pengalaman beliau. Teknik 'multiple account' yang beliau ajar di dalam laporan percuma ini adalah sama seperti yang saya aplikasikan di eBay.
Tak perlu la saya cerita panjang lebar lagi.. Anda bacalah sendiri.
DOWNLOAD SEKARANG! < Klik Di sini

Shahraduan
said:
|
... Akaun Adsense aku kena ban sejak zaman autosurf..kerna running guna autosurf. Aku tidak kecewa..aku register baru...sehingga hari ini aku masih mendapat hasil dari ADSENSE...Aku pun macam Sifu-Lan juga tak tumpu pada ebay...ada peluang rembat saje..janji masyuk. |
|
Fazli
said:
|
belum try lagi saya dah kenal adsense tapi belum cuba lagi. mmg akan cuba. terima kasih kerna share info. |
|
Nash
said:
|
Broken Link ! Salam Sifu LAN, Link DOWNLOAD SEKARANG! < Klik Di sini tu mcm tak berfungsi lagi dah. Blh update tak? teringin nak baca laporan konspirasi adsense tu. thank`s |
|


