'Slide Out Tab' untuk Facebook & Twitter Website Anda

Kali nie post saya lain sikit dari post2 sebelum nie. Sebenarnya saya mendapat permintaan tinggi pelawat yang meminta saya script atau code widget facebook & twitter yang boleh di 'slide out' di bahagian kiri website saya. Dari pemerhatian & pengalaman saya, belum ada lagi widget atau slideout yang sama seperti ini di Internet, oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda script yang telah saya ubah suai ini.
Script ini menggunakan jQuery sebagai javascript.
Sememangnya satu masalah yang saya hadapi adalah untuk memaparkan 2 widget social networking ini. Tiada satu pun yang ada di Internet berjaya memikat hati saya. Kebetulan sekarang saya sedang dalam proses menjadikan blog saya sebagai video blog, ketika sedang sibuk membuat video scroller di frontpage web saya secara tidak sengaja terjumpa satu web yang mengajar cara2 menggunakan jQuery untuk menghasilkan slide out tab. Ini lah websitenya.http://www.building58.com/examples/tabSlideOut.html. Kot2 mungkin anda boleh hasilkan lebih canggih lepas study web nie.
Saya terpikat dengan design tersebut tetapi bukan untuk contact form, sebaliknya adalah untuk badge & widget 2 social networking tersebut. Oleh itu saya cuma mengubahsuai sedikit script itu untuk diletakkan di website saya. Ramai para blogger & web master mempunyai masalah yang sama di mana mereka tidak dapat menyesuaikan badge & widget yang sedia ada di web mereka. Ada yang menghasilkannya sendiri tetapi masih tidak tepat dari segi saiz & tema warna. Teknik Slide Out ini boleh menjimatkan ruang di web anda & tidak memerlukan modifikasi tambahan. Saya menggunakan Joomla sebagai platform website saya tetapi ramai di kalangan para blogger menggunakan wordpress. Saya telah cuba menghasilkan plugin untuk wordpress tetapi gagal kerana wordpress 2.8 mempunyai coding yang berbeza dari sebelumnya. (aku arif yang older version jer). Oleh itu, jika anda ingin setup slide out ini di web anda, perlulah dilakukan secara manual. Saya tak kenakan sebarang bayaran dan ianya adalah percuma. Hanya sekadar berkongsi hobi yang tak seberapa nie.
JIKA ANDA TIDAK BIASA DENGAN PENAMBAHAN SCRIPT DI WORDPRESS, PASTIKAN ANDA BACKUP TERLEBIH DAHULU WEBSITE ANDA ATAU COPY DAHULU SCRIPT YANG ASAL DI NOTEPAD. SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA ANDA MEROSAKKAN SENDIRI WEBSITE ANDA. JANGAN MEMANDAI-MANDAI UBAH APA2 JIKA ANDA TIDAK TAHU APA YANG ANDA BUAT.
LANGKAH 1
Buka wp-admin anda dan klik pada Appearance > Editor
Klik pada header.php dan copy code di bawah dan paste sebelum tag dan save update tersebut.
LANGKAH 2
Klik pula pada Stylesheet anda (style.css) dan copy code di bawah di bahagian bawah sekali.
LANGKAH 3
Untuk menghasilkan badge facebook, anda perlu terlebih dahulu menghasilkan code badge facebook terlebih dahulu. Ikut langkah2 yang saya ajar di bawah.
- Pergi ke link ini: http://www.facebook.com/facebook-widgets/
- Klik pada Profile Badge
- Klik pada edit this badge
- Hasilkan badge mengikut option yang disediakan. Yang sesuai untuk tab silde out script ini adalah '2 columns'.
- Klik 'Save' setelah selesai.
- Klik pada button +others dan code profile badge anda akan terpapar.
Script di atas mempunyai banyak option seperti memastikan slideout dalam keadaan fixed, slide keluar ketika klik atau hover, saiz, lebat, ketinggian dan sebagainya. Anda juga boleh mengubah setting tersebut di bahagian script header.php. Slide out juga boleh dipaparkan di sebelah kanan. Gambar untuk slide disebelah kanan juga telah saya sediakan. Hanya perlu menukar nama gambar kepada facebook-right.png atau twitter-right.png. Sebarang soalan boleh diajukan di ruangan komen. Saya harap anda menghargai perkongsian saya ini. Gud Luck! :)

Pangeran
said:
|
WordPress Theme Aku "terhidu" wordpress plugin yang akan aku buat sebentar lagi... Thanks for the script, kalau dah jadi plugin nanti aku share juga disini. |
|
hybridwisers
said:
|
nk tanya sifu ckt salam. script widget ni utk blogger yg pky blogspot buleh guna x? |
|











