Dropshipper vs Produk Fizikal. Mana lebih baik?

image

Dah lama saya ingin menulis artikel nie, akhirnya dapat juga saya mencuri masa menulisnya. Sebenarnya, saya ingin berkongsi dengan anda tentang perspektif saya yang mana lebih baik, adakah menjual produk dopshipper, atau produk fizikal. Kalau topik ini dijadikan perbincangan, sudah tentu pelbagai pendapat akan diberi. Di sini saya ingin berkongsi apakah pandangan saya mengenai perkara ini...

Sebenarnya, ia 100% bergantung kepada matlamat atau objektif anda. Jika anda bertanya kepada saya yang mana lebih baik, saya akan kata "PRODUK FIZIKAL adalah pilihan yang paling tepat". Tetapi jika anda bertanya kepada saya yang mana satu saya buat? Saya akan kata, "Saya memilih DROPSHIPPER".. Huh? MENGAPA? Biar betul sifu aku nie.. haha.. Seperti yang saya katakan tadi, ia 100% bergantung kepada objektif kita.

 

APAKAH OBJEKTIF SAYA?

Saya harap semua orang jelas dengan perkara ini. Sudah banyak kali saya memberi penjelasan pada artikel-artikel saya yang sebelum ini bahawa saya bukanlah seorang eBayer sepenuh masa. Saya adalah Usahawan Internet atau lebih dikenali dengan gelaran IM (Internet Marketers).. Objektif saya adalah untuk mencipta dan membina seberapa banyak automatik income di Internet dan mencipta nama di persada IM tempatan & antarabangsa. Saya mempunyai banyak sumber income lain di Internet seperti Adsense, Nuffnangs, Clickbank, Ebook, Affiliate, Web Developement, eBay, E-Commerce, dan macam2 lagi.. Tetapi sumber pendapatan saya yang paling tinggi adalah eBay.. Mengikut pengalaman saya, terlalu banyak perniagaan Internet yang boleh kita lakukan.. Jika kita memilih untuk melakukan semua sekali dalam satu masa, memang satu pun takkan jadi. Oleh itu, saya focus kepada satu terlebih dahulu iaitu eBay dan memilih dropshipper sebagai teknik perniagaan saya kerana ia banyak menjimatkan masa dan sesuai dengan konsep income autopilot saya. Sebelum tu, saya banyak menjual produk fizikal. Setelah sekian lama membuat kajian & banyak membaca, akhirnya saya menemui teknik dropshipping (seperti di dalam ebook saya) dan kemudian berjaya menghasilkan pendapatan yang amat lumayan. Bukan mudah sebenarnya untuk memperoleh pendapatan 5 angka dari eBay menggunakan dropshipping jika tiada kemahiran & pengalaman kerana dengan menggunakan perkhidmatan dropshipping, anda akan berhadapan dengan saingan yang tinggi dan margin keuntungan yang rendah. Rahsia mengatasi masalah ini akan saya dedahkan di dalam Panduan Advance, saya yang akan dilancarkan pada bulan JUN ini. Kini, income dari eBay saya sudah hampir 100% autopilot dengan menggunakan satu teknik khas (juga bakal didedahkan dalam Panduan Advance). Saya tak perlu beli produk dengan supplier, tak perlu pergi ke pejabat pos untuk menghantar produk.. Saya cuma spend 30 minit di sebelah pagi untuk place order dengan dropshipper, dan 30 minit di sebelah malam untuk memastikan segalanya berjalan lancar di store saya.. Itu jer.. Best kan? Tetapi untuk mencapai tahap ini, saya menghabiskan masa berbulan-bulan untuk try n error serta masa yang sangat banyak hanya untuk membuat research.. Lagipun teknik nie tak berkesan klu kita tidak mempunyai inventory yang banyak di eBay.. Anda perlu upgrade diri anda kepada level expert untuk mencapat tahap ini.. Huh.. Saya juga akan menjual produk fizikal pada waktu akan datang kerana mempunyai banyak knowledge tentang produk hot & tinggi permintaan di eBay. Lagipun itu adalah bisnes saya, sukati sayalah nak jual ape pun.. haha..

APAKAH OBJEKTIF ANDA?

Ok.. sekarang nie apakah pula objektif anda? Saya tahu ramai di luar sana keliru dengan apa yang sebenarnya yang mereka ingini.. hehe.. betul.. ramai yang saya tanya begitu.. Semua dia nak buat.. Itu nak buat, ini nak buat, semua nak buat dan akhirnya satu pun tak jadi.. saya sendiri pun begitu juga ketika awal2 menceburi dalam bidang keusahawanan internet nie.. Jangan begitu. Kita perlu tahu apakah objektif kita. Pilih satu dan focus kepada apa yang kita usahakan. Setelah berjaya dan bergelar expert dalam 1 bidang, barulah bertukar kepada bidang yang lain. Apapun saya tiada komen kepada mereka yang hanya ingin melakukan perniagaan Internet secara part-time kerana objektif anda amatlah 'complicated'. Jadi pandai-pandailah membuat pilihan objektif. Pastikan anda mempunyai objektif bermula pada hari ini, jika tidak anda akan terumbang-ambing seperti layang-layang yang putus talinya. Lebih baik tak payah buat apa2 jika takde objektif.. Jika sudah ada objektif tetapkan pendirian anda dan buat apa sahaja usaha untuk mencapai objektif tersebut.

ANDA INGIN MENJADI EBAYER SEPENUH MASA

Jika pilihan anda untuk menjadi eBayer sepenuh masa, menjual PRODUK FIZIKAL sepatutnya menjadi pilihan anda.. Ini disebabkan saingan anda sangat rendah dan margin keuntungan anda sangat tinggi. Ramai para usahawan eBay antarabangsa membuka gudang mereka sendiri hanya untuk menyimpan stok yang bakal di jual di eBay. Anda juga boleh mengambil banyak kelebihan (advantage) dari segi perbezaan matawang dan barang yang amat murah di Malaysia. Tahukah anda, jika pelancong asing dari US atau EROPAH datang ke negara ini, mereka rasa seperti orang kaya kerana barangan di Malaysia terlalu murah jika dibandingkan di tempat mereka. Anda mempunyai terlalu banyak sumber untuk memperoleh stok di Malaysia dan menjualnya kembali di eBay dengan harga yang belipat kali ganda. INI ADALAH KENYATAAN. Saya sendiri pernah membeli sesuatu (rahsia) di Tesco dan menjualnya kembali di eBay dan mendapat keuntungan 300%. Memang menguntungkan. Sekarang ini, apa yang perlu anda buat adalah membuat research dan mengenalpasti supplier terbaik. Sudah tentu anda perlu mengeluarkan modal untuk membeli tetapi tidak semestinya perlu membeli stok yang banyak.. Anda boleh mencuba dengan menjual 1 atau 2 sahaja terlebih dahulu dan sekiranya permintaan tinggi, barulah anda mengambil keputusan membeli stok dengan banyak.

TIDAK SALAH UNTUK GABUNGKAN KEDUANYA

Sememangnya, ramai seller2 di eBay menggabungkan kedua-dua teknik ini. Sebagai contoh adalah penjual DVD, VCD di ebay. Kebanyakan mereka memang mempunyai stok cerita mereka sendiri dan semua cerita2 yang mereka beli sebagai stok adalah cerita2 yang terkini dan hangat di pasaran. Tetapi, mereka tetap memilih dropshipper untuk mempelbagaikan produk mereka terutamanya DVD atau VCD yang tidak polular. Memberi kepelbagaian tajuk cerita kepada pelanggan menjadikan store mereka di eBay lebih hebat dari saingannya yang lain. Ini juga satu teknik yang kini semakin popular dan ramai ebayer di Malaysia saya lihat sudah mula menggunakan teknik ini.

Saya berharap penjelasan saya pada kali ini dapat membantu anda dalam mengenalpasti arah tuju anda dalam perniagaan eBay. Saya tahu, mungkin ke dua pilihan ini menjadi persoalan untuk anda. Saya hanya menerangkan mengikut perspektif saya sahaja. Mungkin anda sendiri lebih arif dan lebih tahu daripada saya yang mana lebih baik samada DROPSHIPPER atau PRODUK FIZIKAL. Dropshipper adalah teknik terbaik untuk para NEWBIE bermula dan mendapat pengalaman menjual di eBay. Tetapi sekiranya anda sudah arif berurusan di eBay, tidak salah untuk cuba menjual produk fizikal kerana ia sangat menguntungkan. Sila tinggalkan komen dan pendapat anda sebagai menghargai tulisan & pandangan saya ini. Terima Kasih. :)

Comments (52)add comment

Tan said:

0
RE:Artikel bagus
Terima Kasih atas artikel yang bagus sekali ini yang banyak membantu newbie smilies/smiley.gif
 
April 30, 2009
Votes: +0

pacubob said:

pacubob
...
amat bagus artikel ni...apa yek produk kat tesco yg boleh untung 300%?smilies/grin.gifsmilies/grin.gif tak sabar tunggu panduan advance tu....
 
April 30, 2009
Votes: +0

iqone_dinie said:

0
...
wah.... topic yang bagus ni lan...hehe...ni bulih wat tambah ilmu sal dunia ebay nih..pe2 aku lom leh komen byk coz aku lom cukup ilmu sal ebay nih...pe2 pon tahniah tuk ko lan...
 
April 30, 2009
Votes: -1

mansorsapri said:

0
Saya memilih Produk Fizikal...tq
Mana satu yang saya pilih..

Dua dua mempunyai kelebihan.

Dropshipper...

kelebihan daripada masa. Tak memerlukan masa untuk membungkus, membeli stem, membeli kotak, membeli selotep dan lain lain. Dan yang penting tak perlu pergi ke pejabat pos.
Dengan dropshipper hanya Klik yang membezakan. Just hantar alamat pembeli and then DONE.
kekurangan ..takleh nak track item bila barang lambat samapai...huhuhuhu...yang ni paling saya tak gemar...bila buyer tanya mana barang dia tak sampai lagi...kenalah jawab dengan AYAT yang paling lemah lembut..minta dia tunggu lagi...huhuhuhu

Produk Fizikal

Kelebihan...Margin keuntungan lebih besar. cth beli barang RM10 jual USD10 atau POUND10 atau EURO10...hahahaha dah 300% keuntungan...Duit shipping pun boleh ambil untung gak...Kalau duit stem RM10 charge buyer $10USD...huhuhu 360% lagi...Alhamdulillah

Barang pun boleh track satu dunia walaupun guna Pos Daftar. Boleh track kat USPS.com Global Mail.com...dan lain lain..so tak perlu risau kalau barang belum sampai..."Tak perlu Refund lagi...."

Anyway..semuanya bergantung kepada anda...cuma saya nasihatkan...mula mula buat dropshipper dulu...bila dah pandai bolehlah guna produk Made in Malaysia dan memasarkan ke Seluruh Dunia...hihihihi .

Aku bangga menjadi salah seorang pengeksport produk malaysia ke SEANTERO DUNIA...MAlaysia Boleh....
 
April 30, 2009 | url
Votes: +4

Melayu Boleh said:

0
Melayu Boleh
smilies/grin.gif dropshipper saya raser masih terbaik dari fizikal tak susah2 nak pergi pejabat pos tapi untuk Long Term Bisnes yang terbaik adalah Fizikal CUMA nak cari niche yang bagus agak susah laaa
 
April 30, 2009 | url
Votes: +1

zaidi said:

popxxx
pendapat saya...
sebenarnya dua2 ada kelebihan dan kekurangan. dropshipper ni best coz byk jimat masa. tp keuntungan rendah. tp ada cara tok dpt keuntungan yg tinggi. suka dgr teori sifu masa seminar ebay. teori tesco hehe. kalo barang fizikal lak byk masa kna spend..keuntungan TINGGi..so terpulang la kt individu hehe..
tp bg sy tok newbie elok lah wt dropship dulu coz mudah dan byk masalah hehe..dr masalah 2 kita akan byk belajar..JGN LARI dr masalah pulak k..

(Dah list 100 lebih barang kt ebay. tp xda sale hehe..skg dah pasang internet kt umah..so leh la fokus ebay..target 1ribu barang seminggu..BERUSAHA!!!!)
 
April 30, 2009
Votes: +1

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Dimana ada kemahuan disitu ada jalan !!
 
April 30, 2009 | url
Votes: +1

fyzul said:

0
betul betul betul!!
saya amat bersetuju dengan penerangan sifu. kita kena ada objektif dulu baru leh buat apa yang kita nak. kalo tak memang terumbang ambing cam saya sekarang...smilies/sad.gif..ape2pun penerangan sifu buat saya lebih berkobar kobar untuk meneruskan konsep perniagaan internet sebenar di EBay..thanx sifu!
 
April 30, 2009
Votes: +0

cornelius said:

0
...
saya dah cuba ebay ni...dah siap buka store lagi then I set up automatic money machine saya but sebab still kerja kat luar...saya cuma dapat buat listing sedikit demi sedikit..:-)
 
April 30, 2009 | url
Votes: +1

ammbiz said:

ammbiz
Alamak dah terbongkar...
heheheh

Agak lama aku dok praktik teknik teknik nie .. jual brg fizikal .. campuq Dropshipper. tapi masih ada kekurangan .. maybe aku banyak try error . So far memang berkesan.. thanks atas info nie sifulan smilies/smiley.gif
 
April 30, 2009 | url
Votes: +2

ali abu said:

0
...
salam sejahtera ,

walaupun saya baru lagi dengan ebay saya dapat rasakan produk fizikal adalah yang sebaik - baiknya. Sebabnya dah tentulah dari segi keuntungan pun banyak , item pun kita dapat track sekiranya customer complain..nak refund no hal lah.Jadi saya dah buat pilihan untuk menjual produk fizikal di ebay

terima kasih sifu lan sebab memberi petunjuk dalam saya membuat pilihan produk fizikal @ dropshipping

 
April 30, 2009
Votes: +0

adwanigallery said:

adwanigallery
...
Bro mengenal ebay dan membuat sales pertama dengan dropshipper....byk pengajaran, pengalaman, syok, etc yg akan di peroleh...

Apabila sampai satu tahap yg agak stabil..mula beralih kepada barangan fizikal...just tumpu pd satu barang sahaja...serupa jer ngan teori dropshipper...apabila kita adalah pelopor kepada sesuatu barang maka org akan ingat kat kita jer...

Masih lagi menggunakan perkhidmatan dropshipper utk account lain.. baranagan fizikal account lain...combine...sekarang dah mahir di dalam ebay...so, sedang mengorak langkah ke dunia IM (internet marketer)....

insyallah...fokus stu bidang dahulu...lepas tue br beralih ke bidang lain...moga smua success...
smilies/smiley.gif
 
April 30, 2009
Votes: +0

oldcode said:

0
...
sesuatu yg menarik nei....bro nanti kasi update selalu lar...tq
 
April 30, 2009
Votes: +0

farah said:

0
Account Suspended
Tapi kalau akaun manjang kene suspend, dua² pun tak boleh pakai. huhu
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

wan said:

wan
tolong sifu Nak beli e-book !!!!! form kat mane ?
nak beli eb00k ,promosi dilanjutkan sampai updated version di kuarkan , form payment yg rm50 kat mane bro? rm80 je yg ade......
 
April 30, 2009
Votes: +0

fir_acheque + the musician + kerja mkn gaji said:

0
Saya memilih produk fizikal
Salam semua,
Pendapat saya for NEWBIE bole study dropshipper and gain knowledge from that. and then bole tukar selera jual produk fizikal..fuhhh..mmg x tahan penangan jual produk fizikal..ade tracking number mcm mansor sapari ckp tu..

Dropshipper klu nk buat pon bole pkai akaun lain, so, ape2hal produk fizikal da ade backup. terpulang kpd objektif masing2..FOKUS,FOKUS,FOKUS..
 
April 30, 2009
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
Terima kasih kepada otai2 ebay kerana turut memberi pandangan.. smilies/cheesy.gif
Kepada WAN, memang ebook skrg nie dah ditukar kepada updated version. Untuk membeli ebook boleh layari http://ebay.rahsiasifu.com/
 
April 30, 2009
Votes: +0

pppkoo said:

0
emmmm...
Salam,

saya baru mau baru dlm Ebay ni...bagi saya,

Barangan fizikal,
kita nampak keadaan barangan tu,
kalau kita kirim dekat orang, kita ada tracking no...senang sikit hati..brg tu dah kat mana,
Untung boleh adjust,kos pos pun boleh tahu..
Cuma kita kena sediakan ruanglah untuk penyimpanan dia.

Dropshipper,

tinggal order ja...buat design sendiri..semuan diorang yang urus..cuma tak boleh nak kesan mana dah barang tu sampai...kalau untuk saya..itu yang buat saya pening tu.

saya newbie...masih belajar lagi..hehe

 
April 30, 2009
Votes: +0

nuwa said:

nuwa
...
Mmg mula2 masa ceburi ebiz ni semua rasa boleh buat..last2 rugi jer manjang beli itu ini..so, bg sy kena fokus kpd sesuatu perkara dulu utk berjaya. dh berjaya baru move on..

Saya suka gabungkan dua2 skali..produk fizikal & dropship..smilies/grin.gif
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

ebzel said:

ebzel
Bravo
Salam sume, time kasih la sifulan bagi tips yang beherge ni. Banyak info dapat di pelajari. Ni pendapat aku lak.

Dropshipper: ni memang jimat masa, jimat minyak kete, tak yah simpan stok, tak yah nak sewa gudang, tak yah nak gi pjbat pos. Kekurangan, profit margin rendah, competitor byk, pastu ade isi copyright plak tu yang kene suspend.

Produk Fizikal: Nak bwak kete gi beli barang kene minyak lagi, kene simpan stock, dah besar skit kene sewa gudang, nak bungkus lagik nak pakai, man power lagik, nak kene gi pjbt pos lagi. kelebihan profit mmg tinggi tak sibuk pasal copyright pastu tak kene suspend account.

Kesimpulannya masing2 ade kelebihan dan kekurangan nya. so pilih lah kedua2 nya skali yang macam dalam artikel sifulan.

Aku pun sebenarnya newbie gak, so inilah pandangan newbie

adios amigos
 
April 30, 2009
Votes: +0

aWaNg said:

0
...
InsyaALLAH nak cuBA jugak jual barang fizikal nanti, Masa cuti sem SeNang ckit Nak cari dan Handle Barang fiziKal. Tapi Alhamdulillah pakai dropshipper pun setakat ni ok, memang banyak memBantu studenT mcM Sysmilies/smiley.gif
 
April 30, 2009
Votes: +0

suhaimisahar said:

suhaimisahar
Dua2 Pun Ok
Bagi saya yang masih mentah dalam dunia ebay ni kedua-duanya boleh dipraktikkan mengikut kehendak masing2 dan sudah tentu saya bersetuju bahawa bagi newbie macam saya ni dropship adalah pilihan terbaik untuk bermula dan bila dah mahir sket boleh la bertatih dgn product fizikal pula. Saya ucapkan jutaan TQ kpd Sifu-Lan kerana sudi berkongsi idea. smilies/smiley.gif
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

msarbin said:

0
...
smilies/grin.gif cool.. yang penting kena fokus sampai expert.. sekerat2 at last tak jadi apa.

sekarang belajaq ebay thru dropshipping..bak kata otai2 tadi. mmg pening sikit la time barang lambat. customer asyik dok tanya saja. nanti kalau dah stable. nak try jugak produk fizikal. insyaAllah. smilies/cool.gif
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

yazidyahaya said:

yazidyahaya
...
oh!tips yang menarik sifu lan, tapi saya pernah buat dropshipper je,tak pernah pulak buat jual produk fizikal,macam susah je..kalau bro boleh tunjuk iyanya memang senang..maybe boleh dicuba...smilies/grin.gif
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

yamitoz said:

yamitoz
...
Thanks sifu,artikel yg best..kne pada msanyesmilies/grin.gif skang nak cuba produk fizikal pulak..letih jgk asyk design mendesign masa pulak terhadsmilies/wink.gif..mudah-mudahan dpt lebarkan income ngn produk fzikal pulaksmilies/smiley.gifsmilies/smiley.gif
 
April 30, 2009
Votes: +0

Kak Rohani said:

0
...
Salam Sifu Lan..smilies/grin.gif

Terima Kasih atas panduan yang amat bermanafaat ni... Rasanya dah terlalu banyak Sifu Lan bantu akak ni. Hanya Allah yg dapat membalas segalanya.
Akak baru bermula dan tengah berjuang... harap2 dapat berjaya mcm Sifu Lan dan semua yg telah berjaya! InsyaAllah...Amin..
Terima kasih dan salam buat Syazwan...

Kak Rohani.
 
April 30, 2009
Votes: +0

omecool said:

0
:-)
Panduan yang begitu padat daripada Sifu. Ebook advance tu saya tunggu ;-) Mmg betul ttg objektif tu .. tanpa objektif DAN fokus ... tergapai2 nak buat RM di bisness internet.
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

Khirol Hazwan said:

0
...
Saya dah membeli ebook sifu..huhuhu..tq kerana share & tunjuk pasal dropshipper nih..tetapi saya still newbie..plan saya nak buat project ebay bila saya dah mantap sedikit & urusan2 lain yang perlu..huh..
bagi saya,setelah dengar & tahu pasal dropshipper baru terasa 'mugkin' buat jual beli kat ebay..huhhuhu..kalau product fizikal tentu susah nak post pa semua..huh..kena blaja banyak lagi dari sifu..
masih newbie.di http://jombiz.co.cc
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

Dickson Ton l www.DicksonTon.com said:

0
Keep up the good job
bagus... truskan sharing knowledge smilies/smiley.gif
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

haris said:

haris
Fokus penting
Kalau nak kejar semua memang tak dapat kan jadi kita fokus satu2..dropshipper memang bagus untuk newbie smilies/smiley.gif
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican said:

Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican
...
aku pon penah jual produk fizikal kat ebay gak...bli RM12 je...jual RM40 lebih...pelik betul mat saleh-mat saleh ni...sanggup Ooo bida tinggi2 untuk produk yg deorg nak...
 
April 30, 2009 | url
Votes: +0

dindong said:

muhamad aizuddin bin md amzah
besh!
sejak join ebay dr 8 april smpai skg ..agak2 da dpt rm300 da aku .tp skg account kene suspend..tataw nk pileh bukak baru ke tak. tp papehal pon thx kt sifulan..bdk umo 19 cam aku ni baru nk mengorak langkah dlm dunia internet..target aku nk jd kaye ngn perniagaan internet sebelum umo 30! .just nk ucapkan ribuan kt sifulan dan rakan2 lain byk tolong jwb soalan! bwt duit ngn internet mmg besh.sape tak try rugi semur idop.haha tu je nk ckp. smilies/grin.gif
 
May 01, 2009
Votes: +0

Noorizam Shah said:

0
...
pakcik pilih produk fizikal (utama), produk dropshipper kalau nak tambah duit poket. smilies/cheesy.gif


Apa2 pun ada beza pro dan kotra... asalkan jangan main tibai je bila nak meniaga. smilies/cheesy.gif
 
May 01, 2009 | url
Votes: +0

SyafiqAzmi said:

0
...
Saya pilih produk fizikal untuk dijual...sebab

1 ) memang jual produk fizikal...hehehe
2 ) lebih senang nak jawab dengan customer berkenaan produk sebab ianya real di hadapan kita
3 ) Masalah tracking no & shipping process selesai..kita yg hantar sendiri

Tapi dua-dua ader kelebihan & kekurangan nyer..
Betul tak Sifu Lan.

 
May 03, 2009 | url
Votes: +1

zulkifli said:

zulkifli
Bagus
bagus bagi penerangan yg detail..terutama ttg newb...iu
 
May 04, 2009 | url
Votes: +0

are-d said:

0
thanx sifu
aku ni baru nak ngade2 wat,jd xde ilmu lagilh..tgh nak study,tp apa2 pun thanks sifu psl ilmu yg dicurahkn.aku hrp sifu lehlh ajar aku yg newb ni,he..he..
 
May 04, 2009
Votes: +0

shaz said:

shaz
dropshipper atau produk fizikal? hmm..
saya lebih suka kalau ebay businessman buat produk fizikal sendiri dan jadi dropshipper. lagi bagus macm tu. mcm mana nak jadi macam tu?? tu.. korang tanyalah sendiri kat sifu lan.. hahaha!!!
 
May 04, 2009
Votes: +1

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Tunggu ada modal besar nanti aku jadi dropship plak
 
May 04, 2009 | url
Votes: +0

afandi89 said:

mohd afandi ismail
bestnya..
wah..sifu lan..best btul ulasan ni..tenkiu byk2,kalulah sume rakyat malaysia cm sifu lan..mmg meriah la negara malaysia ni[tp 2 kalu,xkn nye..]hehe
 
May 07, 2009
Votes: +0

zam said:

0
different
Assalamulaikum,

Nak tanya sikit Sifu-Lan. Apa beza e-book kuasa lelong dengan e-book sifu-lan. Sbb saya dah beli kuasa lelong.. then nampak ebook sifu lan cam berminat plak.. tapi takut kandungan sama plak.
 
May 17, 2009 | url
Votes: +0

pening said:

0
PEnting!
mansorsapri...saya nak email kamu.... smilies/wink.gif nak jgak...nk jgak....

tolong2.....
 
May 25, 2009 | url
Votes: +0

pening said:

0
ohh hoo... kuasa lelong vs kuasa ebay
kesian zam...anda tnya tentang lelong and ebay?

saya rase kedua2nya mempunyai ciri yg sama tpi systemnya agak bebeza sedikit..

apapun, tanya kepada yg pro la. tnya kt sifu lan ke....
 
May 25, 2009 | url
Votes: +0

safian said:

safian
Baru Jumpa!!!!
Terlebih dahulu terima kasih banyak Sifu...memang berbaloi beli ebook ni boleh praktikkan terus..WELLDONE..
 
May 29, 2009 | url
Votes: +0

fauziibrahim said:

0
nak beli ebook tapi mana nak dapat kod kupon?
Sifu lan , saya nak beli ebook tapi mana nak dapat kod kupon? untuk dapat harga rm50?
 
May 31, 2009 | url
Votes: +0

mzm said:

mzm
kaedah dropship legal ke?
salam.. sifu nk tumpang tya.. btul ke dropship nih xdibenarkan oleh ebay?
kalu camtu ade rase xsyok skit laa..
 
June 20, 2009
Votes: +0

ddos411 said:

0
hi
info berguna. credit kpd anda. tp.. untung lebih 100% even 99% smthing pun dh haram kan?
 
August 20, 2009
Votes: +0

mohd haffiz said:

mohd haffiz
tolongggg...
saye bru jer na aktif..so skang tgh plan na beli barang...yg pening nyerr,camne na start????akaun ebay n paypal da buka...
 
October 07, 2009
Votes: +0

WanZ said:

WanZ
Good Sharing
Good Sharing from sifulan.
Thanks a lot.
hmm... da ada idea nih.
InsyaALLAH Objektif diri sendri kena jelas dulu.
 
November 07, 2009 | url
Votes: +0

bossbeedotmy said:

bossbeedotmy
pening pasal dropshipper ler
ade sape nak bantu sy tak..
1-bgaimana dropshipper ni bfungsi..?
2-sy dah register member kat salehoo.com....lepas tu pe yg harus sy lakukn..?
adakah kena beli produk dia kot ....ni yg sy pening ni...
 
December 02, 2009
Votes: +0

ennoar said:

0
Akan jual Produk Fizikal.Kraf dari Sarawak
Ini yang sentiasa dalam kepala aku kerana kat sini sangat mudah nak dapat.Cari yang murah-murah je.Sapa yang berminat aku boleh bekalkan dengan nego price.emel je.
 
December 12, 2009 | url
Votes: +0

MOHD FAZILI said:

MOHD FAZILI
mana lebih bagus
nak tanya kat sifulan apa dia kelebihan bukak store ngan listing biasa saja je..apa kelebihan pakai ebay turbo listing pulak
 
April 23, 2010
Votes: +0

azwan said:

azwan
ebay turbo listing
ebay turbo listing aku rasa lebih mudah untuk kita edit dan uruskan... xla pening2 kepala..smilies/grin.gif
 
June 16, 2010 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN