Polisi eBay baru yang menyusahkan. huh!

Pada bulan ini, telah banyak perubahan yang dapat kita lihat di eBay dan PayPal. Reka bentuk yang baru serta beberapa polisi yang telah diperbarui menyebabkan ramai newbie keliru kerana berbeza dengan panduan yang diberikan. Tetapi perubahan2 ini tidaklah begitu ketara kerana ia sebenarnya lebih memudahkan para newbie. Hanya satu sahaja polisi yang menyebabkan masalah kepada newbie.
PAYPAL MENAHAN BAYARAN UNTUK JUALAN EBAY
Apakah sebenarnya polisi ini?
Ia sebenarnya adalah satu polisi yang mengakibatkan anda tidak mendapat bayaran dari pelanggan anda kerana duit tersebut ditahan oleh pihak PayPal. Ia tidak sama dengan access limit kerana ia hanya melibatkan beberapa transaksi sahaja. Wang yang dibayar oleh pelanggan akan mendapat status "Pending" di PayPal account anda. Walaubagaimanapun, anda masih mempunyai access untuk wang anda yang lain di debit/kredit kad atau baki PayPal anda.
Mengapa bayaran ini ditahan?
Sebenarnya polisi ini bertujuan meningkatkan lagi persekitaran jual beli yang sihat bagi mengelakkan penipuan & masalah. Hanya transaksi yang dianggap beresiko tinggi sahaja akan di tahan. Berikut adalah beberapa kriteria yang boleh menyebabkan bayaran paypal anda ditahan:
- Anda adalah pemilik akaun eBay baru kurang dari 6 bulan.
- Anda mempunyai feedback kurang dari 100
- Anda mempunyai peratusan pelanggan yang tidak berpuas hati melebihi 5%
- Anda mempunyai DSR kurang dari 4.5
- Anda mempunyai kurang dari 20 'detailled seller rating' dalam tempoh 12 bulan
- Anda menyenaraikan/menjual barangan pada kategori yang beresiko tinggi seperti permainan video, telefon bimbit, komputer atau barangan elektronik.
Bilakah bayaran tersebut akan dilepaskan?
Bayaran akan dilepaskan jika anda memperoleh perkara di bawah:
- Pembeli meninggalkan anda feedback positif
- 3 hari selepas anda berjaya membuktikan yang produk telah dihantar. (memberikan tracking number)
- 21 hari berlalu tanpa sebarang aduan (dispute), claim, chargeback, atau reversal dan perkara-perkara yang mengakibatkan anda terpaksa memulangkan duit pelanggan.
Anda boleh membaca tentang polisi ini secara lebih lengkap di link2 ini.
https://www.paypal.com/us/cgi-bin/webscr?cmd=xpt/Marketing/securitycenter/sell/SaferPayments-outside
http://www2.ebay.com/aw/core/200803141139352.html
http://reviews.ebay.com/PayPal-2008-Changes-The-21-day-hold-on-your-money_W0QQugidZ10000000005528443
http://www2.ebay.com/aw/core/200801290615092.html
CARA BAGAIMANA MENGELAKKAN MASALAH INI BERLAKU
Setakat ini, tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengelakkan fund anda dari ditahan. Saya sendiri telah melakukan beberapa eksperimen termasuk membuka akaun baru yang merasai sendiri perubahan ini dan mendapati ia amat menjengkelkan jika menggunakan 'supplier rahsia'. Berikut adalah beberapa penyelesaian terbaik yang boleh saya kongsi setakat ini:
- Jika anda menjual produk fizikal, anda hanya perlu menghantar produk menggunakan servis penghantaran yang memberikan anda 'tracking number' seperti pos daftar dll. dan jika paypal menahan bayaran dari pelanggan anda, ia hanya akan dilepaskan selepas 3 hari anda memberikan tracking number tersebut.
- Sebenarnya anda masih untung tak kira berapa banyak payment yang ditahan oleh PayPal kerana ia akan dilepaskan setelah 21 hari berlalu tanpa dispute. Oleh itu anda perlu mengeluarkan modal anda sendiri ketika menghantar produk terutamanya jika menggunakan perkhidmatan dropshipper.
- Anda boleh menghantar email kepada pembeli dan bersikat transparent. Terangkan kepada pelanggan anda yang produk tidak dapat dihantar kerana paypal telah hold pembayaran tersebut. Beritahu mereka bayaran boleh dilepaskan hanya setelah menerima positif feedback darinya. Cara ini tidak berkesan untuk semua orang. Tetapi ramai pelanggan2 ebay faham tentang masalah yang ditimbulkan oleh paypal dan sedia membantu jika kena dengan cara kita meminta tolong.
- Jika anda menggunakan 'supplier rahsia', setelah menghantar produk, anda boleh menghantar satu kad ucapan terima kasih dan di pos kepada pembeli dengan menggunakan perkhidmatan yang mempunyai tracking number. Gunakan 'tracking number' tersebut seolah2 ia adalah nombor penghantaran produk anda dan bayaran akan dilepaskan dalam tempoh 3 hari. Pastikan anda menerangkan dengan betul di kad ucapan tersebut mengapa anda berbuat demikian atau anda akan menerima negative feedback jika kad tersebut yang tiba terlebih dahulu.

alantanblog
said:
|
... Nampaknya e-Bay dah semakin serious! Tapi utk long term, memang bagus utk kedua-dua pihak |
|
mzm5459
said:
|
hmm.. tq sifu lan sbb bg jln beberapa penyelesaian.. walaupun sy masih blum berjual beli di ebay tpi ni slh satu persiapan yg perlu tq! |
|
Shahraduan
said:
|
Relex relex.. Buatkan Paypal 1 lagi sebagai beckap...Paypal yg ini digunakan untuk membayar order anda dgn Supplier Rahsia. Lepas ni korang perlukan modal dahulu untuk berniaga..Dont worry be happy!! |
|
Noorizam Shah
said:
|
... satu lagi persediaan utk newbie. kalau paypal kena access limit, risiko ebay kena suspend adalah tinggi. so bersedia dengan dokumen2 anda untuk diberikan kepada ebay dan paypal. |
|
azhar
said:
|
... penat lah bagi newbie spt sy ni...tggu PB debit bila nak siap dah sebulan lebih tak siap2 lg..pening2 |
|
azizwan(dot)com
said:
|
... sekurang-kurangnya, takde la seller yg dah dpt duit terus cabut tanpa menghantar item yg dibeli. jd, kurang jugalah (jd sifar lg bagus) seller malaysia ni dilabel sebagai penipu.. aku sokong 100% dgn polisi ni walaupun ianya menyukarkan aku juga.. cuma bab2 tracking number ni yg susah sket. bila la agaknya AN nak htr item yg mempunyai tracking number. huhu www.azizwan.com |
|
Shahraduan
said:
|
... Yang lama pun tak rilex je Kamisan, sebab kami mencipta akaun2 baru untuk lain2 niche yg berbeza..Jutawan ebay Malaysia Mempunyai 4 akaun(4 store) dan menjual lain2 niche..sales sebulan RM300K belum masuk kos shipping lagi tu.. Kalau nak kaya..jual brg fizikal... |
|
Nazri
said:
|
... huh, baik aku lupakanlah je ebay ni, hutang ngan ebay pun tak setel2 lagi, ni nak kena ada modal la pulak..huhu sayonara ebay.. |
|
fazleekb
said:
|
... salam... yup ia bisa memberi sedikit masalah kepada newbie.. tapi utk long term ia mmg bagus, dgn polisi baru ini maka kadar penipuan dpt disifarkan jangan risau.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan |
|
myMoney
said:
|
Hampehhh!!! Susah la macam ni kita baru nak jalankan bisnes da jadik hal.. Ishk rasa nak menangis pun ada wahhhh!!! teruk la kalau macam ni.. Jalan penyelesaian apa macam tu, da la bagi kitorang susah bab paypal skarang ni plak menambahkan susah dengan ebay.. Kita ni Newbie nak harapkan pertolongan dari suma orang susah, tapi kalau ada yang sudi ajar2 kita kat luar sana tu please la tolong.. Ni ym kita (mRDynotab).. Da baca eBook sifu lan tu tapi sekarang ni da lain la plak.. erhmm... tapi takpe yang penting berhasil.. |
|
adwanigallery
said:
|
Banyak menda boleh jual lagi.... Emmmm....bg bro..byk barangan fizikal yg boleh di jual..tukarkan dropship kepada fizikal... insyallah ktgk dlm 2 ke 3 bulan nie bro ada menda nk buat yg boleh tolong ebayer Malaysia dengan menjual barangan fizikal... |
|
KampungBoy
said:
|
... Tapi aku percaya polisi baru ini mmg menguntung seller juga mula2 aja ada masalah berbnding sebelum ini |
|
broSKL
said:
|
Susah la cmni.. aduyai aku baru je nk start listing ni..cmne nk byr dulu kt supplier rahsia dulu klo dlm paypal pun usd 0..? |
|
maillebai
said:
|
... Nak berniaga mesti la kena ada modal beb.. Dulu aku buat MLM dah beribu habis untuk jadikan modal, takkan dengan eBay modal tak sampai 1k pon dah nak ngalah kot?? Jangan mudah patah semangat.. Kayuh pelan2, no hal punyalah. Belajar, rajin2 bertanya dan banyakkan lah research yang berkaitan dengan dunia eBay ni.. Dan suatu hari pasti akan berjaya.. |
|
k.i
said:
|
... Arghhh....susah la newbie... Tapi ini sume bisa diatur..kena slow2 jual brg fizikal dulu la...dh dpt feedback +,dh cukup 6 bulan...combine la dropshipping n fizikal...thts mean we need to drift slow..arghhh...sabar jelah...dugaan |
|
jaisensei
said:
|
... erm...start carik produk fizikal.. percaya atau tidak kalau saya kata produk penyelesaian masalah manusia ni adalah produk yg hot seller. so start la listing n survey produk2 tersebut hehe hari2 jalan skang sure bawak kamera even masuk supermarket... bwahahhaa |
|
karim
said:
|
ade byk lg masalah memula kena kuar modal sendiri, pastu bila payment dlm paypal cecah 200usd kena limit access pulak. heiii,mcm2 hal lah kalo newbie.pastu mintak dokumen mcm2,bila dh bagi x release pulak even dh email, call, bangang betullah paypal ni. |
|
Muhammad Hidayat Bin Kadersa Merican
said:
|
... susah apanya kawan2...rezeki kita bkn stakat ebay je...bnyk tmpt lg...tp kena usaha la...kalau nak bejaya dalam ebay,usaha je la even susah,kalau rasa susah sgt kat e-bay,try je la buat sellkt tmpt lain,sama jugak dugaannya,juz cara dugaan datang je yg berlainan..betol x? ...kalau salah (IM SORRY |
|
donut
said:
|
pening... hari ni bayar dulu untuk buyer sebanyak USD458.80.harap2 takde problem... x tau kot2 paypal ni ada niat nak tutup kedai orang! |
|
mammoth
said:
|
Pertolongan Tracking no Saya jual barang fizikal still funds kena held.Tracking no dah isi kat dalam paypal buyer.Betul ke tak cara nie. |
|
aed
said:
|
susah sket klu order tlmpau byk, dh jadi mnyusahkn plak utk keluarkn modal yg byk. klu yg bkmampuan tu ok la gak. |
|
fyzul
said:
|
Pos Daftar boleh tracking ke? salam sifu, berkenaan dengan pos daftar, saya penah kena dengan paypal. saya open dispute cakap item received from seller not as described. so benda tu kena return balik. masala timbul bila saya pilih Pos daftar (registered post) untuk hantar barang balik ke China sebab nak murah (RM20 je banding poslaju RM90). bila saya provide tracking number tu kat paypal, diaorang takleh terima sebab takleh track direct or secara real time, diaorang prefer EMS (poslaju). so masalah laa camtu. tapi alhamdulillah barang sampai and seller pun kena laa jujur ngan kita. tu jer nasihat saya. terima kasih. |
|
rafasha
said:
|
cam takut jee baru jee ni nak belajar gune ebay...ni ..ebook pun baru beli lum pun dapat lagi |
|
dkitos
said:
|
Trimas Terima kasih bro diatas info yg diberikan...bukan setakat menyatakan masalah, malah memberi panduan kepada newbie terutamanya untuk menyelesaikan masalah yang datang....semoga bro dimurahkan rezekinya dan boleh la membayar zakat lebioh sikit tahun akan datang... jgn marah...gurau2 je... |
|
izad
said:
|
... aku nih dah lama mengebay.. tapi membeli aje la.. tapi jarang depa bagi feedback walaupun kita bayar cantik.. ada kes tuh barang tak sampai pun.. anyway.. just nak tanya ngan korang.. aku nih tak berapa percaya posmen malaysia.. aku ada 3 barang tak sampai.. satu dari italy, dua dari UK.. biasanya sampai < 2minggu.. agak2.. camne nak carik barang kita kat dalam pejabat pos nih.. depa ada customer service tak untuk kita carik barang kita tuh.. |
|
Nash_CFU
said:
|
... Bila kena dahulukan modal sendiri untuk berniaga sebenarnya itulah satu motivasi untuk kita lebih bersungguh-sungguh untuk jadi serius businessman.. |
|

rasa nak menangis pun ada wahhhh!!! teruk la kalau macam ni.. Jalan penyelesaian apa macam tu, da la bagi kitorang susah bab paypal skarang ni plak menambahkan susah dengan ebay..
...kalau salah (IM SORRY

