Keluarkan Duit PayPal anda ke BANK MALAYSIA

image

Ya, setelah sekian lama menunggu kini anda sudah boleh mengeluarkan duit PayPal anda di bank-bank Malaysia menerusi rangkaian MEPS. Ini bermakna, semua bank di Malaysia boleh diterima. Terima kasih kepada bro Shahraduan yang menjadi orang terawal memberitahu saya perkara ini menerusi laman facebook beliau. Adakah anda merasakan ini berita baik kepada anda atau berita buruk?

Bermula pada hari ini, semua wang PayPal dibenarkan untuk dikeluarkan secara terus ke Bank di Malaysia menerusi rangkaian MEPS. Ramai usahawan2 eBay menghubungi saya pada hari ini untuk mengesahkan perkara ini. Ramai juga yang bertanya bagaimanakah untuk mengeluarkan duit paypal ke akaun bank. Untuk mengetahui cara-cara menetapkan account bank anda, sila lihat video yang baru saya upload sebentar tadi di bawah ini.

 
 

Anda perlulah menggunakan akaun bank yang mempunyai nama yang sama dengan nama akaun PayPal anda atau transaksi tersebut akan ditolak. Jika anda adalah pemilik BUSINESS ACCOUNT, anda perlulah menggunakan account bank perniagaan anda. Di sebabkan ia baru sahaja dibenarkan hari ini, saya sendiri tidak pasti tentang withdraw wang paypal business ke account peribadi pemilik akaun. Yang pastinya jika anda mengeluarkan jumlah melebihi RM400, ia adalah percuma. Jika bawah RM400 anda akan di caj RM3 untuk setiap pengeluaran. Walaubagaimanapun, jika anda mengeluarkan wang dari nilai USD ke MYR, anda akan dicaj 2.5% oleh PayPal sebagai caj pertukaran matawang.

Berikut adalah Routing Code BANK MALAYSIA ('juga dikenali sebagai SWIFT Code')

NAMA BANK – MEPS Bank Routing Code
AFFIN BANK BERHAD – PHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD – MFBBMYKL
AMBANK BERHAD - ARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD - BIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD - BKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHAD - BMMBMYKL
BANK OF AMERICA - BOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONAL - BSNAMYK1
CIMB BANK BERHAD - BSNAMYK1
CITIBANK BERHAD - CITIMYKL
DEUSTCHE BANK - DEUTMYKL
EON BANK BERHAD - EOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD - HLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD - HBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD - MBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHAD - OCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHAD - PBBEMYKL
RHB BANK BERHAD - RHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD - SCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) - ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANK - UOVBMYKL

Bersama-samalah kita memanfaatkan kemudahan ini bagi memudahkan urusan dan perjalanan perniagaan online anda. Yang nyatanya, ia adalah langkah awal SSM untuk memantau perniagaan internet di Malaysia. Marilah kita bersama-sama menyediakan payung sebelum hujan.

APAKAH KESAN PERUBAHAN INI KEPADA ANDA? ADAKAH IA MEMBAWA KESAN POSITIF ATAU NEGATIF? KONSGI KOMEN ANDA DI RUANGAN BAWAH. TERIMA KASIH. :)

 

Comments (47)add comment

shamz said:

0
ada kena cukai tak
salam lan,

kalau banyak transaksi
adakah akan dikenakan cukai
oleh kerajaan kita.

sebelum ni takde kan..

apa pandangan u??
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

Ardy7201 said:

0
Ardy
Hahahaha.. mmg teramat2 positif. ni yg sayang sama PayPal. hahaha. tercabut jantung jap tngj sifu punye balance. huhu
 
October 28, 2009
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Oit sifu-lan banyak betul duit dalam Paypal..patutlah hang kena declare income tax pun...hehehe.

Lagu tema macam kenal saja...nak pasang 3 ka..hahahaha
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

Cara Buat Blog said:

0
jauh di mata, dekat di hati
Makin dekat PayPal dengan kita.... ada makna tu.. hehe. Lepas ni senang mereka nak pantau duit masuk ke Malaysia. Sebelum ni agak susah untuk dapat duit dari PayPal, perlu cari org utk trade dsb. Apapun pada saya satu perkembangan yang sihat. Peniaga internet boleh terus menggunakan PayPal tanpa ragu-ragu lagi...
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Duit banyak dalam Paypal..boleh ke nak keluarkan sekaligus..setahu aku Wester Union Adsense pun tak boleh lebih RM1OK..Kalau mau lebih kena pakai CEK.

Akta RM1OK tu dah dimansuhkan ke blom?
 
October 28, 2009 | url
Votes: +1

jnal said:

0
...
tima kaseh sifulan ngan bro shahraduan
krn tlh mensyerkn info tu.
moga sifulan sedekah duit tu kat sy tu yesmilies/grin.gif
 
October 28, 2009
Votes: +0

shahizan said:

0
...
tu la ingatkan tersalah play ke ape ke
rupenye mmg lg latar blkg tutorial ni
ade la niatnye tu al maklumlah duit dh byk,huhusmilies/cheesy.gif
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

penyek said:

0
......
wah!!!! ni berita baik ni...smilies/cheesy.gif..thanks sifulan for info
 
October 28, 2009
Votes: +0

Malik said:

Maliki Hassan
lkjlk
banyak duit sifu..hati pun senang tuh..hehehsmilies/cheesy.gif
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

robotiz said:

0
.........
hehe.. sedap lagu.. dah layan 4 kali.. mesti la duit banyak hati senang tapi jgn cari bini no 2 ek.. kikiki
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

rasta said:

0
rezeki
Salam semua, terima kasih diucapkan semua otai2 ebiz. Maha Suci Allah yg mempermudahkan segala urusan. Marilah kita " 1 MALAYSIA " merebut peluang rezeki ini. tx.
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

zainudinyaman said:

zainudinyaman
...
swift code untuk cimb tu salah la sifu
 
October 28, 2009
Votes: +0

nuwa said:

nuwa
...
Mak oii... $12K tu.. mau terkejut org bank msia klu sifu transfer masuk! Hoho. Perkembangan ini nmpknya membuktikan pengiktirafan bank negara kepada urusan perniagaan di internet. Nmpknya hari2 ler transfer duit.. boleh cepat rolling modal! Tq PayPal!!
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

Amin Johar said:

0
Info yang bermanfaat.
Baru je tengok Video Youtube Sifu Lan. dan mai sini tengok Code MEPS
Sib bik tak tersalah masuk MBBEMYKL (kat paypal tulis MBBEMYKI)

Dah berjaya add bank.

Tq sharing :-)
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

sauron said:

sauron
'''
alhamdulillah....berita baik nie.....caj utk withdraw pn rendah....
emmm...xthn btul ngk sifu punyer account balance...
tp...lagu background tu bahaya bro...jgn smpai org umah dgr...hahaha smilies/cheesy.gif
Thanks for sharing...
 
October 28, 2009
Votes: +0

far3dza3d said:

0
aik???? camne code leh same plak??
cimb ngn bsn gne code same??

BANK SIMPANAN NASIONAL - BSNAMYK1

CIMB BANK BERHAD - BSNAMYK1


ade error dari paypal ke ni... hmmm....
aku dh contact paypal psl ni...
code tu maybe utk bsn....
sbb semua routing code tu bebeza.... hmmm....
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

Fazli said:

0
...
wow. tapi kalau ada multiple acc camane ek?
 
October 29, 2009 | url
Votes: +0

m.khairil said:

m.khairil
thanks
Thanks sifu.. smoga ALLAH murahkan lagi rezki sifu lan...
 
October 29, 2009
Votes: +0

Nikshikin said:

Nikshikin
...
I expect nothing less than a mere SIFU. Congrats and thanks. smilies/smiley.gif
 
October 30, 2009
Votes: +0

gugi said:

0
erm.
lagu asal p ramlee sedap lagi.
 
October 31, 2009
Votes: +0

Hero said:

0
...
Kalau verified guna VCC boleh tak withdraw?
 
October 31, 2009
Votes: +0

jutawanebay said:

jutawanebay
...
aku dah try withdraw ke akaun cimb aku...baru je, harap2 ok....heheheh
 
November 02, 2009
Votes: +0

IceWink said:

0
..
Hoho... byk nye duit paypal bro smilies/shocked.gif
 
November 02, 2009 | url
Votes: +0

exzs dot com said:

0
bank charge
ada tak charge dari pihak bank bagi transaction tu, paypal charge rm3 kalau kurang dr rm400, bank pulak camne? any idea
 
November 02, 2009 | url
Votes: +0

dins said:

0
...
dah add akaun bank dan dah transfer pun...tunggu masuk dalam bank..tengok dia punya charge.
 
November 02, 2009 | url
Votes: +0

Mohd Shah said:

Mohd Shah
...
Salam,aku pun baru je withdraw 1 november.sampai ari nie tak masuk lagi duit.
aku tak paham la ''akan dicaj 2.5% oleh PayPal sebagai caj pertukaran matawang''
Boleh jelaskan tak?
Harap2 duit yg paypal convert sama apa yg masuk kat bank nnti.
Makacih.
 
November 03, 2009
Votes: +0

kotoh said:

0
...
Tanya sket, code CIMB tue same ngan BSN ker (BSNAMYK1). Macam error jer? Ada saper2 yg pernah withdraw tak? Share sket?
 
November 03, 2009
Votes: +0

Awie said:

0
Ada sapa yg dah masuk diut
salam,
Aku ada transfer aritu ke MAYBANK Oct29..dekat paypal status dia dah complete. tapi sampai sekarang (dah 7 hari duit belum masuk) ada tak sapa2 yg dapat?? brp hari dia punya proses ye sebab kat paypal dia bagitai dalam 2-3 hari je..
 
November 04, 2009
Votes: +0

Mohd Shah said:

Mohd Shah
...
Transfer duit november 1,ari nie dah november 4.tak masuk lagi duit.huhu.
Transfer pakai Card lagi slamat ke pakai bank account?
Bank Negara bleh tau x income kita brapa banyak melalui transfer bank account atau debit card?
 
November 04, 2009
Votes: +0

Awie said:

0
...
biasa aku guna kad debit maybank dalam 4 hari dah masuk, rasanya ikut kad lagi cepat la...
 
November 04, 2009
Votes: +0

Mohd Shah said:

Mohd Shah
...
tu la,klu pakai card ari nie atau smalam dah masuk.takpa,tak tau nak wat cam na.
tapi pakai card kena $5 la..harap2 ari nie masuk la duit.fuh fuh.
 
November 04, 2009
Votes: +0

free classified said:

0
Kalau lah aku tau...
Selama ni, aku transfer pegi kad je..ni gatal transfer ke akaun bank..seminggu dah tak masuk2..kat paypal ckp dah clear..

Aku rasa problem sikit la..aku rasa je..mungkin semua transaction akan go through BNM kot..cessss
 
November 04, 2009 | url
Votes: +0

Mohd Shah said:

Mohd Shah
...
rasa menyesal la transfer ke bank account.tak transfer dah lepas nie.nak guna duit nie,dah tak dak duit dlm poket.
 
November 04, 2009
Votes: +0

Mohd Shah said:

Mohd Shah
...
brita baik.
nak bgtau yg duit aku dah masuk ari ni PUBLIC BANK.1 november transfer,ari nie 4 november pada pukul 3 petang sudah masuk.alhamdulillah.untuk pengetahuan anda.
contoh skiranya duit transfer dari paypal sejumlah RM1000. maka duit yg akan transfer ke bank juga sebanyak RM1000 tepat.tak kurang sesen pun.
makacih makacih.
 
November 04, 2009
Votes: +1

xaxa said:

xaxa
Problem sama macam Mohd Shah
saya pon baru gunakan withdraw fund ke public bank account. Dekat paypal dia cakap transaction dah clear on Nov 17, dah 3 hari dah masuk harini.Nov 20. tapi bila nak bayar fees debit card kena reject ( sebab fund tak cukup)

by the way, satu lagi problem
saya signup for public bank visa electon.
biasanya kalau nak bayar fees eBay, saya akan transfer fund dari paypal account ke debit card.
tapi sekarang saya try transfer to account number, so saya letak number debit card saya. (sebab public bank staff tu cakap debit card number tu pon number account back jugak)
boleh ke macam tu?
duit saya tak masuk lagi sampai sekarang sebab saya guna debit card number ke?
tapi masa buat transaction dekat paypal, dia tak prompt apa apa error pasal number tu pon?

boleh tak sesiapa yang expert/ada experience tolong saya

terima kasih.smilies/smiley.gif
 
November 20, 2009 | url
Votes: +0

Ahmad Ghazali said:

Ahmad Ghazali
...
eh! nape swift code CIMB Bank sama ngan BSN?
 
December 09, 2009
Votes: +0

denso said:

0
...
Nak tanya..mcm mana lak nak add money dari acct maybank ke acct paypal?bila click jer kat add fund di website paypal akan note kt situ "Add Funds is Not Available".saya nk transfer duit ke acct paypal adik saya.
 
January 10, 2010
Votes: +0

knightblogger said:

0
...
wow. Itu akaun bro ker?
 
February 03, 2010 | url
Votes: +0

Atiqah said:

0
code untuk CIMB
CIBBMYKLsmilies/wink.gif
sifu...sy rasa, baik sifu tukar code utk cimb tu...sebab ramai da terkeliru ni...
 
February 13, 2010
Votes: +0

Atiqah said:

0
...
@denso : paypal blom allow users utk masukkan funds dari bank malaysia lorr..tu yang sedih tuh...huhu
 
February 13, 2010
Votes: +0

peninlalat said:

0
code paypal mana nk cari??
mana nk cari paypalcode dlm pbebank???(Publicbank)dh link debit ke paypal..pastu code x jumpa..
 
April 14, 2010
Votes: +0

PisangPanas said:

0
...
heheheh, bagus kan kerajaan malaysia sekarang. tapi aku tetap bawak kluar pakai debit card tune money aku..

 
April 30, 2010 | url
Votes: +0

Madeline Choo said:

0
DAH LEBIH DARI 3 HARI PAYPAL TRANSFER DUIT TAPI TAK MASUK LAGI?
Tumpang tanya kat kengkawan suma, I dah transfer duit dari paypal ke CIMB Bank tapi ni dah lebih dari 3 hari tak ada penambahan dalam akaun CIMB sy.
paypal payment statement status kata completed.

Macam mana ni? nak tanya dengan pihak bank ke pihak paypal?
 
June 14, 2010
Votes: +1

Shahraduan said:

Shahraduan
...
3 Hari bekerja..cuti sabtu ahad kena lah kira.....
 
June 14, 2010
Votes: +0

Madeline Choo said:

0
...
Sabtu dan Ahad memang cuti, Saya transfer hari Selasa 8hb June 2010. Patutnya dah masuk pada hari Jumaat tapi sampai sekarang takde smilies/cry.gif
 
June 14, 2010
Votes: +0

Madeline Choo said:

0
...
wahhhh~ dah berjaya. Hari ni baru duit tu masuk. Exact amout takde tolak apa2 dari bank local. nice smilies/wink.gif Kalau guna CIMB Bank expect delay kemasukan dalam 2 ke 3 hari jugaklah rupanya.
 
June 15, 2010
Votes: +0

haqim said:

haqim
kene bayar ke kalau nk bukak paypal
salam..aku nk bkk paypal..kne byar ke bro..lg satu mcm ner nk thu akaun kite dh aktif ke blom..klw kne bayar...aku mmg xde kad kraedit...aku student lg
 
June 20, 2010
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN