Saya tiada jodoh dengan MLM. Anda bagaimana?

image

Ya, saya tahu tajuk artikel saya pada kali ini akan membuatkan ramai usahawan MLM (Multi Level Marketing) di luar sana rasa marah atau geram. Jangan salah faham, bukan maksud saya program MLM tidak bagus, tetapi saya memang tiada jodoh dengan MLM sejak dulu lagi. Saya amat 'phobia' jika diperkenalkan dengan program yang memerlukan saya untuk mencari orang. (Erkk. Meluat aku dengar.)

Sehingga ke hari ini, saya sentiasa diperkenalkan dengan program2 MLM dan semua mengakui yang mereka lebih bagus dari yang lain. Huh. Di sebabkan MLM, saya telah ramai hilang sahabat, rakan2 seperjuangan, hilang saudara mara, dan hampir kehilangan adik beradik sendiri. Mana taknya, mereka join sebab dipush untuk join, tapi bila dah join diaorang gagal tiru apa yang kita buat. Akhirnya bertekak, bergaduh, bertumbuk dan ada yang sampai putus saudara. Sebab itulah saya memilih untuk tidak menyertai program MLM. Saya sendiri sebenarnya tidak suka apabila seseorang itu bercerita tentang MLM. Biasanya, untuk mempromosikan MLM, mereka akan cuba tackle orang2 yang dekat seperti rakan2. Bagi mengelakkan perbualan yang panjang, biasanya saya akan kata begini.

"Bro, aku bukan nak sombong dengan kau, tapi kau nak tak kalau lepas nie kau kol aku tak angkat, kalau kau ajak lepak minum aku elak, dan aku mengelak setiap kali kau ajak jumpa.. Nak?".. Di mesti jawab "Tak nak..".. Dan saya akan cakap, "Kalau macam tu, jangan cerita apa2 lagi tentang MLM kau tu kat aku.. orait?".. "Ok bro". dia menjawab dengan muke bengang..

Itulah ayat yang saya akan guna untuk mengelakkan diri dari dibasuh dalam presentation mereka yang menjalankan perniagaan MLM. Walaupun gaya bahasa agak kasar, tetapi ia cukup lembut dan hasilnya persahabatan anda dengan individu tersebut terpelihara. Sebenarnya, jika anda tidak berminat tetapi terus mendengar, itulah peluang mereka untuk membasuh anda. Kadang kala, niat anda hanya suka2 ingin mendengar, tetapi dengan tiba2 rakan anda secara rahsia SMS senior dia untuk datang tolong close anda. Haha. Pernah ke jadi begini? Sebenarnya ada beberapa teknik yang digunakan yang anda hampir tidak sedar. Biasanya sebelum mereka bermula, anda akan melihat pelbagai statement income, gambar, dan testimoni dari ramai yang berjaya dengan program mereka. Mereka akan sedaya upaya menarik perhatian anda sehingga anda kelihatan hairan dan ingin tahu bagaimana mereka memperoleh pendapatan tersebut.

Aura Positif anda dikeluarkan secara halus

Jika anda mengambil keputusan untuk mendengar, mereka akan tembak anda dengan ayat2 positif seperti "Betul tak?", "Setuju tak?", "Rugi ke Untung?".. Anda pun seperti kena pukau pun menjawab, "Betul..", "Setuju..". "Untung.." dan macam2 lagi.. Walaumacamana pun anda cuba tidak bersetuju, ada saja hujah yang dikeluarkan untuk membuatkan anda berkata, "Ya", "Betul", dan "Setuju". Inilah rahsianya. Ia adalah asas dalam bidang marketing untuk mewujudkan Aura Positif dalam minda prospek. Biasanya pertanyaan2 ini dibuat dengan bersahaja sehingga anda tidak sedar ia adalah satu taktik. Teknik ini bertujuan untuk mencairkan benteng ego di minda anda. Walaupun pada asalnya anda berkata di dalam hati, "Tak kira apa yang dia cakap, aku takmo join..", tetapi akhirnya anda akan mula mempertimbangkannya disebabkan penyerapan Aura Positif tersebut.

Penerangan sistem (orang bulat2)

Apabila anda penuh dengan aura positif, mereka akan mula melukis gambar bulat2, bersambung dan semakin besar ke bawah padahal awal2 tadi mereka kata ini bukan MLM, dan bukan piramid. Anda sedar tentang perkara tu tetapi lidah anda menjadi kelu kerana pada awal tadi anda telah bersetuju dengan pelbagai perkara. Mereka akan terus menerangkan dengan pelbagai teknik sehingga anda benar-benar faham dan nampak sistem yang digunakan. Anda masih akan mendengar soalan-soalan memancing Aura Positif walaupun sedang membuat penerangan. Mereka akan mula mengutuk program2 lain dan secara tidak langsung menyindir kerjaya anda. Walaupun anda disindir, anda tidak marah disebabkan Aura Positif tadi membuatkan minda anda sangat terbuka.

Closing yang sangat memukau

Istilah closing digunakan apabila kita cuba memujuk pelanggan untuk menyertai atau membeli sesuatu produk. Ia memerlukan keberanian dan pengalaman sebab itu biasanya ia dilakukan oleh ahli yang lebih senior. Sebenarnya, jika anda mendengar sehingga tahap ini dengan amat mudah boleh membuatkan anda kelihatan BODOH jika tidak menyertai program mereka. Ya. Anda kini terperangkap. Jika anda join, anda membuat keputusan yang bijak, tetapi jika anda tolak, andalah manusia yang paling BODOH sekali. Itulah situasi yang anda alami jika mendengar penerangan mereka sehingga closing. Waktu ini anda akan mendengar pelbagai pepatah. Contohnya "Orang yang berjaya sibuk buat duit, Orang gagal sibuk buat alasan..".. Adakah anda akan memberi alasan setelah mendengar pepatah tadi? Pendek kata, anda sudah terperangkap.

Cukuplah saya ceritakan tentang pengalaman saya dalam bidang MLM. Walaupun sebenarnya dalam bidang marketing ini saya telah berguru dengan ramai pakar-pakar, tetapi saya sendiri pun hairan kenapa setiap kali saya tiada jodoh dalam bidang ini. Mungkin saya tidak berbakat dalam mencari orang atau mungkin kurang hensem. Sesebuah perniagaan apabila kita perlu mencari orang memang amat membosankan saya. ADAKAH ANDA SAMA SEPERTI SAYA? Hakikatnya, MLM merupakan perniagaan yang amat baik dan telah ramai melahirkan jutawan. Hanya disebabkan saya tidak ada rezeki dalam bidang itu, ini tidak bermakna MLM tidak bagus. Saya pasti anda mesti ada kenalan yang berjaya dalam perniagaan MLM.

Setiap hari ada saja orang yang berjaya dalam perniagaan ini. Kita hanya duduk dan melihat sahaja seorang demi seorang berjaya. Jauh disudut hati saya, ingin sekali saya berjaya dalam bidang itu. Saya percaya, anda juga mempunyai keinginan yang sama. Tapi jika difikirkan kembali, memang rugi ketika melihat orang lain merebut peluang dan kita hanya melihat, dan ketika orang itu sudah berjaya pun kita masih lagi melihat. Sampai bila?

TAHUN 2010 ADALAH TAHUN UNTUK MEREBUT SEGALA PELUANG YANG ADA.

Ya, seperti dalam artikel saya yang lalu, pada tahun ini kita patut merebut segala peluang perniagaan yang ada. Sebenarnya saya telahpun mengambil langkah pertama untuk merebut peluang pada tahun ini. Kali ini, saya kaji kelemahan saya di MLM dan pasaran terbuka. Berikut adalah kelemahan2 yang saya kenal pasti:

  1. BENCI mencari orang dan membuat orang lain benci berjumpa kita.
  2. BENCI mengedarkan broucher di tengah2 panas, atau menampal di cermin kereta di tempat parking.
  3. BENCI membawa fail ke sana sini bersedia untuk memberi penerangan.
  4. BENCI digesa atau dipush oleh orang lain untuk mencari prospek.
  5. BENCI sebab downline terlalu berharap dengan kita.
  6. Produk yang dijual tidak mempunyai permintaan atau pembelian ulangan.
  7. Perlu membuat pembelian beribu ringgit hanya semata-mata ingin menjadi ahli. (Klu murah best la jugak kan..)
Ya. setelah dikenalpasti, inilah masalah utama mengapa saya tidak melakukan perniagaan MLM. Tetapi jika tidak mencari orang, bagaimana mahu melakukan perniagaan MLM? Sebenarnya, saya telah menemui satu teknik yang saya cari2 selama ini. Ia bukanlah perniagaan offline, tetapi secara online. Sudah tentu saya amat meminati model perniagaan online dan gemar dengan konsep autopilot. Saya akan kongsikan dengan anda bagaimana ia boleh dilakukan. Terus terang saya katakan, saya sendiri belum pernah mencubanya sendiri. Sama seperti dulu, ketika belum ramai orang berjaya dalam perniagaan eBay, tetapi saya cuba dan membuktikannya sendiri. Adakah anda seperti saya?
 
Orang yang gagal, sering ingin lihat bukti untuk buat.. Orang yang berjaya buat dahulu untuk tunjukkan bukti..
 
Saya akan ceritakan apa teknik yang saya temui itu pada artikel yang akan datang. Jika ia terlalu panjang, mungkin saya akan hasilkan laporan percuma bergantung kepada keadaan. Objektif saya adalah untuk membawa anda bersama2 di peringkat awal dalam teknik terbaru ini. Bisnes online bukan sahaja terhad kepada eBay, tetapi ia amat luas. Rugi jika anda hanya merebut satu lubuk wang sedangkan lubuk yang lain tidak terusik.
 
TINGGALKAN KOMEN ANDA DAN NYATAKAN PANDANGAN ANDA TENTANG BISNES MLM. 

 

Comments (48)add comment

syaranor said:

0
...
satu artikel yang bagus smilies/smiley.gif

saya pun macam sifu lan juga...mmg fobia dengan MLM..tp bile saya kaji2 balik macam yg sifu lan kaji tu..baca buku tu..baca buku ni...alhamdulillah dpt tau kelemahan diri smilies/smiley.gif

apa-apa pun bisnes yang akan kita join atau yg tgh join...yang penting kene fokus...kalau nak wat tu nak wat ni...mmg susah smilies/smiley.gif

terima kasih sifu lan atas perkongsian tersebut
 
January 16, 2010 | url
Votes: +1

brother J said:

0
Sifu-lan tiada jodoh....kami tumpang gembira....kerana.....
1- kami berkongsi rasa y sama dgn sifu-lan

Kesimpulan, kalau dah tiada jodoh, harap2 jangan la paksa jodoh gak,
akibatyer,
cerai berai, anak2 tak terjaga, etc.

Harapan : Bila pulak nak jodoh dgn .....bakal bakal isteri y solehah? smilies/tongue.gif
 
January 16, 2010 | url
Votes: +0

mujahidbiz said:

mujahidbiz
...
Huhu...artikel sifu lan kali ni memang betul2 memukau hati saya juga. Apa yang sifu lan sampaikan serupa sedikit sebanyak apa yang saya fikirkan sehingga hari ini. Selain itu MLM ni ramai bercorakkan seperti skim cepat kaya. Ramai berlumba2 untuk membuka bisnes MLM. Contohnya, banyak di internet saya dapati mereka hanya menjual produk berupakan ebook yang senang sahaja kita peroleh dan menjual dengan harga yang macam tak masuk akal. Selain itu, corak perniagaan banyak yang tidak mengikut syarak. Wallahualam...
 
January 16, 2010 | url
Votes: +1

nuwa said:

nuwa
...
Yang paling xthn.. tunjuk income statement dgn riaknya..pastu duk compare dgn org lain yg mkn gaji.. huhu.. sodih2..
Saya pun dh byk terkena dgn org MLM nie.. semuanya rakan2 rapat.. sampai thp menipu ckp ada masalah peribadi nk jumpa..last2 pegi bwk jumpa senior diaorg! Hampess..Apapun, tak dinafikan yg MLM juga mampu menjanjikan kekayaan namun biarlah kena dengan caranya...
 
January 16, 2010 | url
Votes: -1

Kak Rohani said:

0
...
Bagi akak, trauma bila orgt sebut mlm ni... bukan apa mmg tak pandai dan dah byk kali terkena.. mungkin kelemahan diri juga mcm yg sifulan katakan.. tapi yang paling utama adalah bila dah cuba beberapa kali tak berjaya sebenarnya bkan smua org dilahirkan utk buat mlm. Allah dan tentukan pintu rezeki yg bebeza. Kalau tidak, semua buat mlm , siapa pula yg nak buat EBAY kan??? betul tak.. Siapa pula nak buka restoran dan mcm2 lagi la... Itulah warna2 dlm kehidupan. Akak tunggu teknik terbaru sifulan. mana tahu sesuai ngan akak.. smilies/grin.gif
 
January 16, 2010
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
Hohohohoho........
Aku tahu apa yg kau sedang buat tu...hohohohohosmilies/grin.gif
 
January 16, 2010 | url
Votes: -1

netmy said:

0
...
saya dapat bayangkan yang sifu lan akan promote MLM... kalau tengok kat blog irfankhairi pun dia telah mempromote satu bentuk MLM stormreader.

betul tak telahan saya sifu lan?
 
January 16, 2010 | url
Votes: +0

redace said:

redace
...
MLM memang perniagaan yg. bagus sebenarnya......saya pun memang tgh mencari mana yang bagus....
 
January 16, 2010
Votes: +1

Mohd Hafis Anuar said:

Mohd Hafis Anuar
aku dah cuba..tapi ebay ni gak yang menjadi!!!
Dah byk kali aku cuba..modal pun byk abih...kawan pun byk gak ilang...kekadang kena berlakon...letihh...kini dgn ebay tak yah lagi nak ilang kawan2..tak yah berlakon!!! Malam tadi kuar2 joli duit ebay..balik umah tengok2 aderr lagi duit masyuk..alhamdulillah!!!!
 
January 16, 2010
Votes: +0

Lorraine said:

0
Ecommerce Lagi Baik!
saya pun sama saja dengan Lan. MLM is not my thing. Lebih baik jalankan perniagaan ecommerce sendiri. Cari product, lepas tu bukak kedai online dekat http://Lot.my. Free je buat sistem e-commerce ni. Tak macam MLM, belum ape ape dah kena bayar macam macam.
 
January 16, 2010
Votes: +3

kartun said:

kartun
saya pun tiada jodoh
salam bro lan..
memang menarik isu ini dikupaskan. sebab saya antara yang tergolong golongnan yang memang xda jodoh. namun saya ada juga join MLM beberapa kali, dan hasilnya kureng.

hurm, idea yang sifu Lan cakapkan tu memang dah lama saya nampak, cuma modal membataskan saya. dan insyaAllah kalau menjadi saya akan kongsi bersama. hehe..betul ckp sifu, internet boleh buat apa saja.
 
January 16, 2010 | url
Votes: +0

Syed Akmal said:

0
Saya SETUJU!
Saya setuju dkt apa sifu lan bgtau. tapi, mlm ni tak semuanya tak bagus. cuma sekarang terdapat pelbagai jenis mlm yang terdapat di malaysia baik secara online ataupun offline. jadi, kita sendiri hendaklah buat keputusan dengan buat kajian ttg produk, company atau sistem sesuatu program mlm.

tepuk dada tanya selera. risiko sendiri yang tanggung. hehe.

all the best bro! selamat berkenalan. smilies/wink.gif
 
January 16, 2010 | url
Votes: +1

alantanblog said:

0
...
MLM bukan utk semua orang termasuk saya smilies/grin.gif
 
January 16, 2010 | url
Votes: -1

Azhar83 said:

0
Betul la ebay memang membuka seribu satu peluang
aku setuju dengan sifu lan,memang kita kena rebut peluang untuk tahun 2010.MLM memang boleh berjaya jugak,cuma kita kena fokus dalam apa yg kita buat..tapi hati aku mmg pada ebay...so gooddd!!!!
 
January 16, 2010 | url
Votes: +0

far3dz said:

0
saya pun tak minat mlm
saya sendiri pn takde jodoh dengan MLM..
pnt dah dpt ym @ email dr orang2 melayu kita yg kebanyakkannye dah jadi spammer tegar....hehe...kalau nak betul2 berjaya, kuasai satu bidang yang tak ramai orang ceburi dan pastinya akan bawa kejayaan kalau kita betul2 usaha. InsyaAllah...
 
January 16, 2010 | url
Votes: +0

mohammad said:

0
MLM perlu ayat bombastik
Saya setuju MLM ni ada cerita yang tersurat dan tersirat,,,tak semuanya indah , tersirat akan disimpan dalam peti besi cuma promote yg cantik-cantik,,,ayat kiler,,cair prospek ,saya banyak dah cuba semuanya bercerai...
 
January 16, 2010
Votes: +0

Jmay said:

0
Tak suka orang push2
Pertama sekali menjenguk blog sifu lan, terus dihidangkan dgn artikel yang panas.hehe Sy pun dulu pernah gak terkena ngan MLM ni, bukan kena apa..tapi kena push..da la sebelum nih xpernah2 nak call sy..ttba call pastu trus nak jumpa..bila orang ckp xde msa yg sesuai..msih lg push..last2..ambik tindakan mcm yg sifu lan ckp..dia call sy xangkat..dia pm sy xreply..dia sms sy x reply gak..huhu
 
January 16, 2010 | url
Votes: +0

rasta said:

0
huh?
salam semua, aku pun sebelum nie mcm2 diorg pancing kat aku, memang best diorg crite, tapi ia akan menjadi tanggung jawab kepada downline br kita, yg aku risau kalu income mereka x dapat, kita gak yg kena.. apa2 hal thanks bro..smilies/cheesy.gif
 
January 16, 2010 | url
Votes: +0

jeweng said:

0
biar sdkit tp berkat
btullah ,skali da kna rsa serik dah..yg x best byk ikatan sedara n kwn jd renggang..benar lah kata pujangga kl rezki dtg dri sumber yg x tentu pasal,hdup pun jd kacau bilau n hati x tenang..insaflah semua wahai teman2
 
January 16, 2010
Votes: +0

WanZaki said:

0
Ada yang betul...& ada juga yang perlu diperbetul...
Pada pendapat saya, MLM itu satu perniagaan yang sah. CUma pembawakan seseorang itu yang agak berbeza-beza. Tunjuk statement? hmmm IM Malaysia pun ramai juga tunjuk statement mereka. Its is part of attraction that people always want to see.
Ada sesetengah dari mereka yang terlalu bongkak tunjuk income yang mereka peroleh dari MLM dan start kondem others people profession ...itu agak kurang professional la.
Saya memang tertarik cara Robert Kiyosaki menerangkan apa sebenarnya bisnes MLM. Life Changing business education.
Yang paling penting kita respect semua orang punya punca rezeki. Betol kata Sifu Lan...kalau tak berminat terus terang sahaja...sebelum UPLINE DENGAN KERETA MEWAHNYA turun dan duduk di sebelah anda! hehe..
 
January 16, 2010 | url
Votes: +2

rahimi said:

0
Rezeki ni Allah yg bagi
kadang2 kita ni jadi pak angguk je bila berdepan dgn org2 MLM ni. Nak kata salah x jugak. "Rezeki saya pun bkn dgn MLM".
 
January 16, 2010 | url
Votes: +0

Jus Mate 5 said:

0
MLM tak macam dulu lagi!
Bro..artikel ko memang bagus sesangat kali ni..

Aku dulu pun memang menyampah dengan MLM..tapi tak dapat tolak hakikat yang MLM memang salah satu cara nak buat duit dengan mudah..

Sekarang..dgn internet..MLM jadi mudah..REVOLUSI internet memang HEBAT..aku cuma promote kat internet..TAK PAYAH JUMPA ORANG LAGI..

Kalau ada sesapa nak join MLM yang aku rasa paling HEBAT kat Malaysia sekarang ni..join Jus Mate
 
January 16, 2010 | url
Votes: +0

wan azlezee said:

0
semua orang ada impian....tapi syangnya impian itu hanya angan-angan mat jenin.....
cerita sifu lan tu sebiji macam saya(sungguh sungguh fobia). tapi sekarang saya telah berubah ....setelah mengenali kelemahan dan kelebihan diri saya...kerana allah telah menjadikan seseorang itu dengan segala kelebihan dan kelemahan dan segala kelemahan itu ada penawarnya...renong-renongkanlah...dan saya telah menemuinya dan terhebat buat masa ini.....
 
January 17, 2010
Votes: +0

mdhas said:

0
betul tu...
aku dah banyak gak join MLM tp x ada yg berjaya....rasanya MLM sesuai utk mereka yg PR bagus dgn customer & yg rajin jalan2. Utk yg suka terperap macam aku sesuai buat on line bussiness....ni yg nak belajar dgn SIFU nih....
 
January 17, 2010
Votes: +0

othman said:

0
MLM
Apa yang you cakap memang betul saya telah masuk mlm dan telah habis banyak duit tidak ada satu yang berjaya, yang mula kaya yang kemudian kayap itu hakikat sistem Mlm. kalau you ada system yang baru boleh hantar kapada saya.
 
January 17, 2010
Votes: +1

sudin said:

0
MLM
Pada pendapat saya,MLM ni sati bisnes yang bagus...cuma orang yang buat MLM ni yang buat bisnes MLM ni jadi xbagus.Apapun gud luck
 
January 17, 2010
Votes: +0

29 said:

0
hidup ebay!
kdg2 saya terharu bila ada kwn lama yg tak pnah call, tiba2 call ajak lepak.

Bila dah jumpa, rupa2 nya sibuk nak promote MLM. Adoii. Terus saya down. YG plg down lg, bila saya ckp nanti saya fikir kan, lepas tu dia dah tak contact dah. Hilang mcm tu je. Mcm tue je nilai persahabatan.

Saya rasa kalau saya join, mesti kwn lama tu masih berkawan dengan saya tanpa saya sedari yang persahabatan itu di dalam kategori 'friend of benefit'. Dah 3-4 kali jugak la kena dgn kwn2 lama mcm nie.
 
January 17, 2010
Votes: +0

Najib KuasaSiber said:

0
...
Biasalah setiap perniagaan ada pro dan kontra...Ada org masuk sekolah berjaya, ada juga yang gagal..ada org buat bisnes MLM berjaya, ada juga yg gagal..Asasnya ialah kita kena fokus utk buat sesuatu..Spt kata Sifu Lan kaji kelemahan dan juga kekuatan diri kita... Apa pun fokus pd jenis perniagaan yg kita nak lakukan dan pastikan kita berjaya di tahun 2010 ni !! smilies/wink.gif
 
January 17, 2010 | url
Votes: +1

anak malaysia said:

0
BENCI MLM
Aku pn x suka MLM ni..blh datang masalah je klu join..baik aku cabut lari pada mereka sebelum mereka makan aku punya duit..hahahaha..cabut lariiii!!!..
 
January 17, 2010 | url
Votes: +0

blukamal said:

kamal
...
aku rasa ada pro's n con's dlm apa2 bentuk biz pun..tapi ada yang betul, apa sifulan punya pandangan pasal MLM. Tetapi kalau 1 prospek(sedara-mara,kawan2, ke) rugi kalau bole buat biz sekali jer dgn dorang, baik cari biz yang dorang boleh join dgn kita untuk long term biz ek?
 
January 17, 2010
Votes: +0

suhaimisahar said:

suhaimisahar
Pendapat Saya Tentang MLM
For me Biz MLM mmg bagus bagi mereka yg ingin mendalami selok belok, asam garam, pahit manis, suka duka, tipu daya dan erti ketulusan dan kejujuran dalam perniagaan namun anggaplah ia hanya sebagai permulaan sebelum anda bersedia untuk menongkah arus dalam dunia perniagaan sebenar milik anda nanti.

Saya sendiri dah tempuhi semua ni bak kata pepatah mana punya company Direct Selling, Multi Level Marketing mana yg saya tak involve bak kata pepatah from A to Z lah.. (Amway to Zulian) but now hasilnya saya dah tahu yg mana intan yg mana kaca dan pengalaman ber MLM tinggal hanya kenangan.

Now saya hanya fokus on my REAL BUSINESS.. but saya akui jgn kita perlekehkan sistem networking business kerana akan sampai suatu ketika dan waktunya ianya akan membuatkan kita benar2 menginginkannya.. Dgn kebijaksanaan gabungan sistem online dan offline pada hari ini pasti ianya akan menguntungkan.. erkk sorry la Sifu-Lan panjang lebar lak.. Ok Sekian..
 
January 17, 2010 | url
Votes: +0

Razdy said:

Razdy
MLM pun tak macam dulu lagik 2
Perkongsian terbuka yang menarik!

Saya banyak pengalaman menarik dlm MLM, dan lebih banyak pengalaman tak berapa menarik dalam MLM..,

Paling saya tak gemar dalam proses nak closing adalah bila bab bongkarkan kelemahan company lain.Adakalanya gaya dan cara disampaikan menmberi kesan bahawa company lain tu amat teruk dan sepatutnya lama dah bankrupt. Tapi yg herannya, ada juga company yang dibongkar tu lebih establish dan berjaya.Namun, tak semua guna cara ni dah. Dulu banyak. Mungkin sebab dah tahu ada cara lagi baik buat closing.Tak dinafikan, MLM memang Sure bisnes yg paling pantas lahirkan jutawan.
 
January 18, 2010
Votes: +0

kak marr said:

0
belum cuba belum tahu
Billy Lim kata cuba dulu sesuatu bidang sampai 3.8 kali percubaan dengan pelbagai teknik... kalau tak berjaya jugak terbukti bidang itu bukan bidang anda... maksudnya Tuhan tak letakkan rezeki anda di situ...
Kena tukar bidang lahhh tuuuu

smilies/wink.gif
 
January 18, 2010 | url
Votes: +0

Atikah said:

0
Pendapat saya -MLM
benar article sifu Lan ini,pelbagai kisah2 benar yang pernah terjadi dikalangan member2 saya dan juga saya sendiri.membuatkan amat berhati2 dan menjauhkan diri dgn sponsoring MLM.mungkin rezeki kita tidak dgn MLM.atau tidak serasi dgn MLM.
 
January 18, 2010 | url
Votes: +0

ziela said:

0
...
Wa caya cakap lu bro..

Saya setuju sangat pendapat sifulan. Saya memang pantang betul ngan MLM nie, dah semua tak jadi. Tapi ntah macam mana terbukak balik pintu hati nak cuba MLM yang satu nie, satu sebab murah, senang dr yang lain dan yang paling penting sebab tengok ade member baik nie berjaya dlm masa 4 bulan jer..Sapa2 ada berani nak cuba balik MLM tu email2 lah di bziela@yahoo.com.my yea..hehehe...

 
January 18, 2010
Votes: +0

nai said:

0
MLM = Malam
Setuju dgn sifu... Kalo seseorang tu ada rasa susah, malas, malu dan mcm2 lg pasal nak cari org face to face ni baik lupakan jer biz MLM ni... Study betol2 pasal ebay lagi mendatangkan faedah...
Tapi mcm tau jer apa sifu tgh nak buat ni la.. he.he..
 
January 18, 2010 | url
Votes: +0

Wahab Yunus said:

0
Bukan Benci Bisnes MLM.
Ini kisah lama saya dalam industri MLM.
Perkara pertama yang saya lihat adakah kita minat atau tidak.
Perkara kedua adalah kita mesti ada daya juang yang tinggi & daya tahan yang tinggi.(pejuang sejati produk yang dipilih)

Saya gagal kerana perkara kedua.Sebabnya seperti berikut :-
1.Masa - perlu komitmen yang tinggi,kena attend house mttg,ctr mtg,HQ mtg,seminar,konvension dll.Siang kerja,so selalu mtg sblh malam utk jumpa upline/downline.Lama-lama tak tahan sebab klu nak jadi leaders perlu aktif
klu tak aktif malu kat up/downline.
2.Wang - utk maintain pv perlu jual produk /pakai sendiri.Kdg2 jual tapi selalu pakai sendiri.Lama-lama rabak.
3.Daya tahan - biz ni perlu ada downline besar & sale baru dapat rank tinggi
nak kembang susah,dah kembang pun susah.Paling tak tahan group yang dibina runtuh.Selama mana yang bertahan akhirnya tak tahan.

Banyak lagi sebab saya gagal dlm MLM tapi saya rasa itu yang penting.Jangan salah faham bukan kondem MlM hanya ingin berkongsi pengalaman.

Hakikatnya semua jenis perniagaan konvensional,offline & online ada disiplin-disiplin yang perlu kita fahami secara mendalam.Apa yang penting pada saya perkara ke 3 mesti ada daya juang / daya tahan yang tinggi untuk berjaya.

Kini saya bergiat aktif dalam biz online pula.Saya ingin mencari/merebut peluang & ruang yang terbuka luas dalam dunia tanpa sempadan ini.

Terima kasih sifu-lan memberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman.
 
January 18, 2010 | url
Votes: +0

Hashim said:

0
MLM pun satu bidang rezeki,,,
Memang betul Lan ramai yg terkena dlm MLM ni,tapi yg penting kita mesti ada ketahanan mental dan fizikal dalam bisnes ni.Sama juga dgn online bisnes,bunyinya enak,beli bermacam2 kempen,cd, ebay,affiliate dan banyak lagi
tapi tak kemana juga kalu kita tak ada kepakaran saperti orang2 mlm ni,ya tak?
 
January 20, 2010 | url
Votes: +1

fazli said:

0
dah banyak kali terperangkap
boring betoi org yang promote mlm, macam tak paham-paham kita buat muka meluat, jawapan yg kita bagi pun nak tak nak tapi depa sardin ja...
 
January 26, 2010
Votes: +0

- j o h a r i - said:

0
Bukan Untuk Ku
Pada pendapat saya, sesuatu perniagaan yang ramai orang masuk@buat dan ramai yang berjaya itu normal..

Tetapi apabila sesuatu perniagaan itu ramai yang masuk@buat, tapi sedikit pula yang berjaya, itu kan pelik..

 
January 27, 2010
Votes: +0

safiudin.com said:

0
bukan rezeki..
saya setuju dengan catatan kali ini.

saya juga telah menyertai pelbagai MLM yang ada di Malaysia..

setiap kali join kerana terpaksa - nak sedapkan hati kawan. saya akan join dalam setahun tapi sebenarnya 'zzzzz' saya tidur tak buat apa2 pun sebab nak cari orang join dah lah tak reti (baru nak cakap MLM orang dah lari, ini kan nak bercerita lanjut)

masa mula-mula nak tarik saya join, macam2 ayat yang mereka gunakan.. biasalah ayat power (macam n3 yang sdr tulis tu)...

janji nak tolong, nak bantu dan macam2 lagi..

bila saya dah join mereka... tolong? bantu? tak ada.. tel & sms apa tak lagi... maklumlah dah dapat RM..

apa2 pun saya yakin bukan rezeki dari dalam MLM
 
January 28, 2010 | url
Votes: +0

knightblogger said:

0
...
aku setuju. aku pun memang takde jodoh sangat dengan mlm ni.
 
February 03, 2010 | url
Votes: +0

Ridhwan Abdullah said:

0
tak nak masuk lubang 2 kali
Saya memang setuju artikel yang tuan lan tulis ni..

saya dah banyak kali terperangkap dengan ayat-ayat manis MLM ni
tapi bila dah terkena yang nak tolong pada mulanya dah hilang tah ke mana
terkapai-kapai lah saya mcm layang2 putus tali

tapi Alhamdulillah,Saya mengkaji program2 yang boleh memberi manfaat kepada orng lain.Dn sekarang saya telah pun berjaya membina laman web sendiri di samping memberi peluang kepada sesiapa yang berminat untuk belajar membina website...

Apa yang penting,Kita perlu bagi manfaat kepada orang bukan janji2 manis untuk suruh orang join itu dan ini...tapi hasilnya "0"

sekian Terima Kasih
Ridhwan Abdullah
0199668728
Tempat Belajar Bina Laman Web PERCUMA..
http://www.gditutorial.ws
 
February 10, 2010 | url
Votes: +0

otain.s said:

0
Pendapat MLM

Salam,

Pandangan saya,MLM merupakan salah satu punca rezeki yang diberi ianya seperti satu bidang pekerjaan. Ianya bagus sekiranya kita mampu membawanya dengan betul bergantung kepada niat kita,insyallah.Saya stuju ngan saudara Lan beliau tiada jodoh ngan MLM setelah mencuba beberapa kali. Ada gak sekali dua sahaja dah berjaya,ini semua rezeki dari Allah. Bagi saya zaman berubah dahulunya MLM hanya offline sahaja tiada online jadi kepada mereka-mereka yang pakar dalam IT biz MLM boleh dibuat secara Online dan Offline satu kelebihan kepada mereka. Apapun bidang atau kerja yang kita lakukan di dunia bergantung kepada cara pembawakan kita sendiri.
 
April 18, 2010 | url
Votes: +0

PisangPanas said:

0
...
MLM bagus sebenarnya. Cuma kita ni kena bijak..
 
April 30, 2010 | url
Votes: +1

Babylavender said:

0
'Sampingan' vs 'Keperluan'
Sebenarnya kena la kaji fakta dlm perniagaan MLM ni:
-41 tahun Company MLM bertapak di M'sia
-491 buah sykt MLM masih bergerak aktif yg keluarkan produk "SAMPINGAN"(xde pun xpe,still boleh hidup)
-1 sykt shj yg keluarkan produk "KEPERLUAN" iaitu PENDIDIKAN
So,bila dah kaji senang la nak buat pilihan atau tidak.
Tiada bisnes yg gagal sebenarnya.Yg gagal ialah 'ORANG' tu laaa....
 
May 21, 2010 | url
Votes: +1

iman ayuni said:

0
Biz MLM
Saya sgt bersetuju dgn pendapat sifu.. dan juga saya bersependapat dgn sdr. safiudin.com.

Apalah nasib bila masuk ada ajer yg tak kena dgn syarikat. kena banned dgn bank negaralah, dll lagi..
tapi tengok orglain senang aje hidup mewah dgn mlm, tapi aku susah benor nak dapat ganjaran spt. itu...

2-3 kali terasa jugak peritnya bila duit yg dilabur entah kemana, sedangkan saving semakin berkurangan...

sifu lan...saya nih jugak masih tercari2 apakah biz yg bleh buat sampingan.aku dah sedih sangattttt bila anak nak itu ni tapi aku kata "IBU TAK ADA DUITLAH NAK"....

 
June 04, 2010
Votes: +0

KuanOn said:

0
...
Walaupun MLM bukan satu perniagaan yang sempurna, tetapi ia boleh menyempurnakan kehidupan saya.
 
June 29, 2010
Votes: +1

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN