SAMBUNGAN: Saya tiada jodoh dengan MLM.

image

Ini merupakan sambungan artikel yang lepas bertajuk "Saya tiada jodoh dengan MLM. Anda bagaimana?". Pelbagai respon menarik telah diterima. Ribuan terima kasih kepada yang sudi meninggalkan komen. Sebenarnya saya tidak berniat untuk menyerang mana2 pihak, ia hanyalah sekadar berkongsi luahan hati yang terpendam selama ini dan perspektif saya terhadap MLM sebagai usahawan internet.

Saya akui kegagalan saya dalam program MLM adalah disebabkan oleh diri saya sendiri dan bukannya salah orang lain atau program itu sendiri. Kadang-kala saya rasa cemburu dengan mereka-mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tapi, apakan daya. Kini saya sudah 'phobia' dengan MLM dan tidak mahu menyertainya lagi. Tidak dapat saya bayangkan saya perlu mendengar penerangan panjang lebar dan perlu menghadiri penerangan motivasi di HQ syarikat MLM pada setiap malam. Tidak dapat saya bayangkan terpaksa mengedarkan flyers kesana sini, membuat temujanji dan bercakap benda yang sama setiap hari. Uh! Memikirkannya sahaja sudah mempu membuatkan saya rasa pening, dan loya2.

Apa yang penting pada tahun ini, saya akan mencuba sesuatu yang baru dan belajar mengatasi kelemahan diri saya sebagai manusia yang lemah. Untuk berjaya KITA PERLU BEKERJA LEBIH BIJAK, BUKANNYA LEBIH KUAT. Saya kupas kembali kelemahan-kelemahan yang dapat saya kenal pasti dari artikel yang lepas, adakah anda mempunyai kelemahan yang sama seperti saya?

  1. BENCI mencari orang dan membuat orang lain benci berjumpa kita.
  2. BENCI mengedarkan broucher di tengah2 panas, atau menampal di cermin kereta di tempat parking.
  3. BENCI membawa fail ke sana sini bersedia untuk memberi penerangan.
  4. BENCI digesa atau dipush oleh orang lain untuk mencari prospek.
  5. BENCI sebab downline terlalu berharap dengan kita.
  6. Produk yang dijual tidak mempunyai permintaan atau pembelian ulangan.
  7. Perlu membuat pembelian beribu ringgit hanya semata-mata ingin menjadi ahli. (Klu murah best la jugak kan..)
Apabila difikir-fikirkan, memang mustahil untuk manjalankan perniagaan MLM tanpa perlu mencari orang. Tetapi tahukah anda terdapat satu sistem di Internet yang menyerupai MLM? Ya. memang ada. Ia di panggil Affiliate Multi-Tier. Saya pasti anda tentu tahu apa itu Affiliate. Yang membezakan Affiliate Multi-Tier dengan Affiliate biasa adalah ia membolehkan kita mendapat komisyen dari setiap jualan yang dibuat oleh Ahli Affiliate lain. Ahli Affiliate tersebut perlulah mendaftar sebagai affiliate dari link refferal kita. TIDAK FAHAM? Tidak mengapa. Apa yang penting adalah anda perlu mengetahui apakah perbezaan Affiliate Multi-Tier dengan MLM.
 
Apakah perbezaan AFFILIATE MULTI-TIER dengan MLM (Multilevel Marketing)
 
Secara keseluruhan, ia adalah sama. Cuma yang membezakan adalah MLM biasanya dilakukan secara manual dan ahli-ahlinya perlu mencari prospek dengan mengajak rakan-rakan atau mengedarkan flyers serta membuat presentation secara lisan. Berbanding dengan Affiliate Multi-Tier, ia 100% dilakukan secara online. Semua teknik pencarian prospek dan presentation juga dilakukan secara online. Mungkin anda masih tidak jelas, biar saya tunjukkan perbezaan dari segi langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjalankan 2 program ini.
 
Teknik MLM (Multilevel Marketing)
 
IKLAN > TEMUJANJI > PENERANGAN > ISI BORANG > DAPAT KOMISYEN (ulang dari awal)
 
Teknik AFFILIATE MULTI-TIER
 
IKLAN > DAPAT KOMISYEN (tidak perlu ulang) 
 
Ok. anda dah nampak sekarang? Menjalankan program MLM, anda perlu mempromosikan secara manual dan untuk mendapatkan hanya seorang yg berminat, mungkin anda telah menghabiskan ratusan flyers. Selepas itu, anda harus menetapkan masa untuk berjumpa individu tersebut seterusnya melakukan penerangan. Anda mungkin perlu bertemu beliau beberapa kali sebelum setuju untuk mengisi borang. Barulah anda dapat komisyen setelah semuanya selesai dan kesemua langkah itu perlu diulangi berkali-kali. Menjalankan program Affiliate Multi-Tier, anda hanya perlu iklan di Internet, dan tunggu sehingga ada penyertaan. Semua urusan penerangan, pendaftaran, pembayaran diuruskan oleh sistem website. Anda hanya perlu menunggu duit komisyen setelah jualan berjaya dibuat. MUDAH KAN?
 
Apakah program AFFILIATE MULTI-TIER terbaik? 
 
Sebenarnya saya telah pun menulis sebuah LAPORAN PERCUMA memperkenalkan satu program yang saya rasa terbaik buat masa ini. Kebiasaannya jika anda menyertai MLM, yuran menjadi ahli memerlukan anda membayar RM2000 ke RM3000. Kemudian komisyen yang diberi jika anda berjaya menaja rakan anda adalah sebanyak 10% iaitu RM200 ke RM300. Tetapi program Affiliate Multi-Tier ini bukan sahaja menawarkan keahlian bawah RM1000, malah komisyen yang ditawarkan juga sangat tinggi iaitu 100%. YA! Komisyen 100%.
 
Saya akan membantu 20 orang yang terawal menyertai misi saya sebanyak RM3316. 
 
Sebagai pengenalan dan percubaan teknik perniagaan ini, saya hanya akan membantu seramai 20 orang. Mereka ini saya akan berikan BONUS PERIBADI yang bernilai RM3316 jika menyertai program ini di bawah referral saya. Untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci, anda boleh download dan baca LAPORAN PERCUMA yang saya tulis, khusus untuk misi ini. 20 orang terawal ini akan dibantu secara terus dari saya.
 

DOWNLOAD LAPORAN PERCUMA: WWW.MISISMS.COM 

Comments (24)add comment

mohd farid said:

mohd farid
Hyprobulksms
Salam sifu lan,
sekarang ni ramai yg join GDI, hprobulksms dan seangkatan dengannya yg menawarkan keuntungan 100%..
jadi misisms ni pun lebih kurg semua tu lar yer.. ermm..
saya tgk saudara norizam pun wat mcm ni gak..
tapi ape2 pun mungkin ini peluang yg kita xnmpk sebelum ini kan..
hehe.. gudluck..
 
January 25, 2010 | url
Votes: +1

Kak Rohani said:

0
...
Salam, wah! akak rasa berminat sangat nak sertai ni. Harap2 sifulan tak keberatan nak ajak akak join sekali. Dah download ni, tapi tak baca lagi.. harap2 i can get something.. insyaAllah..Terima kasih sifulan. smilies/grin.gif
 
January 25, 2010
Votes: +1

Suhana Abd Rahman said:

Suhana Abd Rahman
...
saya berminat untuk menyertai misi ni smilies/grin.gif
 
January 25, 2010
Votes: +1

man-81 said:

0
...
wow...mcm menarik jer...
kalau kena dgn budget yg sy ader...
leh ar join...

 
January 25, 2010
Votes: +1

ziela said:

0
...
As-salam sifulan,
Saya dulu dah malas dah benda2 nie, sebab byk sgt msk. Baru nie terjebak balik sebab murah and nampak cam best...hehehe...dalm seminggu 2 sy buat (bila free)rasa ok la..tp bila baca sifulan punye subs.. nie rasa nk joint gak sebab sifulan leh tolong tunjuk ajar..
Tgh pening sikit nie...boleh ke buat 2-2 nie?...
 
January 25, 2010
Votes: +1

naz said:

0
...
saya dh download..saya nk join..hehehe
 
January 25, 2010
Votes: +0

nayanmohd said:

nayanmohd
20 orang?
dah cukup 20 orang ke?
 
January 25, 2010 | url
Votes: +0

afrina said:

0
nk jugakkkkkkkkkkkkkkkkk!!
nk join jgak...sifu lan... TOLONGGGGGG!!
 
January 25, 2010
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
Update terkini..
Masih ada 14 orang lagi kosong.. Masih boleh lagi klu nak join.. Ikut jer arahan pada laporan percuma yg saya tulis.. senang jer.
 
January 25, 2010
Votes: +0

fazli said:

0
...
saya pun join jugak, saya sanggup jual keta kalau betul-betul baik plan ni dan yang pentinnnng sifu nak tolonnnnnnnnnnng. saya baru dua bulan pasang stremyx memang minat nak explore benda ni semua. kalau saya masih tergolong dalam 20 orang tu, saya pasti join, please contact saya sifu kalau ada lagi tempat untuk saya.
 
January 25, 2010
Votes: +0

maxxpro said:

January 25, 2010
Votes: +0

tuan khairu said:

0
...
boleh la nk try gak...
 
January 26, 2010
Votes: +0

lin said:

0
20 terawal
salam Sifu Lan,

sy nak join dalam 20 yang terawal... boleh lg ke Sifu Lan. sy betul2 minat nak menjana pendapatan dgn teknik perniagaan ini. Tlg la sy
 
January 26, 2010 | url
Votes: +0

ariffin said:

0
...
Salam..
Nak tanya ni..kalau sy join skrg 11.50pm, masih dalam senarai 20 yg terawal tak? Sy mmg nak sgt dlm senarai 20 yg terawal..hope sifu dpt reply kat emel sy..
terima kasih.
 
January 26, 2010
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
Masih sempat lagi..
Masih sempat lagi.. masih ada peluang utk bro. smilies/smiley.gif
 
January 26, 2010
Votes: +0

Zainol Rashid bin Burhan said:

Zainol Rashid bin Burhan
...
Saya pong dulu ada join biz MLM nie. Tmasuk la abfund, swisscash and mcm2 lagie biz. Yg kat M'sia nie jgn ckap la. Buloh Mas, Koperasi Dinamik.. Tp smua hancus. Utang 47K kat kat Bank Rakyat pon xabis lgie bayar. Naya ako....
 
January 27, 2010
Votes: +0

Isman Hadi Bin Mohamad Nasir said:

0
Salam Sifu Lan..
Saya merupakan pembeli ebook rahsia ebay sifu lan..adakah sifu lan masih memberi ruang untuk saya jadi 20 orang terawal setakat ini..?
 
January 27, 2010
Votes: +0

Isman Hadi Bin Mohamad Nasir said:

0
Salam..
Sempat tak lagi sifu?
 
January 27, 2010
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
Peluang terakhir!
Kouta 20 orang sudah penuh.. Saya beri peluang terakhir. Sesiapa yang mendaftar & buat bayaran pada hari ini akan dapat bonus yang sama seperti kouta 20 itu. Rebut peluang nie.. smilies/cool.gif
 
January 28, 2010
Votes: +0

Isman Hadi Bin Mohamad Nasir said:

0
Ok sifu..
Terima Kasih..
 
January 28, 2010
Votes: +0

Mohd Khusairi said:

0
Dah Daftar
Hope sempat lagi hehesmilies/smiley.gif
 
January 28, 2010
Votes: +0

mohd khusairi said:

mohd khusairi
Dah daftar
Harap sempat lagi dengan tawaran sifusmilies/smiley.gif
 
January 28, 2010
Votes: +0

matcargo said:

matcargo
...
MLM nie kalau pandai bercakap boleh la buat bisness nie, sy pun dah try gak join MLM nie tapi kurang menjadi mungkin sama cam sifu kot chemistry kurang kot dengan MLM nie, Join jual prepaid pun tak menjadi jugak.. iksh iksh iksh.. cooobaaaannn.. smilies/grin.gif
 
February 02, 2010 | url
Votes: +0

wakif said:

0
MLM = Pasif income
salam,

dok jalan2 kat internet terjumpa artikel ni... sebelum tu nak tanya... bisnes apa yang tak perlu cari client/customer? bisnes apa yg tak perlu jual? kerana itulah yang dinamakan bisnes... pendapat saya jgnlah join mana2 MLM/Program yg mana produk tu sendiri takde guna... just ikut2 orang jer.... tgk marketing plan saja tak cukup... pada pendapat saya lagi, tak banyak bisnes yang boleh memberikan pasif income antaranya Insurans, UTC dan MLM...
 
April 29, 2010 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN