Bagaimana memulakan perniagaan T-SHIRT sendiri?

image

Kali nie saya berpeluang untuk review sebuah lagi ebook yang baru dilancarkan baru-baru ini oleh saudara Hafizi Zain bertajuk Bisnes Tshirt. Sebenarnya beliau telah memberikan saya ebook ini agak awal sebelum dilancarkan tetapi disebabkan kesibukan saya dengan pelbagai projek tidak sempat untuk membaca ebook ini. Saya berkesempatan mendalami sendiri kandungan ebook ini dan mendapati ia memang LUAR BIASA.

Apa yang istimewa tentang ebook BISNES TSHIRT?

Ketika mula-mula mendapat ebook ini, saya fikirkan mungkin ia sebuah ebook biasa menceritakan teknik menjual tshirt custom secara online. Setelah membaca sendiri ternyata tanggapan saya silap. Ia memang betul-betul sebuah panduan yang amat berguna jika anda ingin memulakan perniagaan tshirt secara offline atau online. Gaya penulisan dengan bahasa yang ringkas memudahkan anda untuk faham terus hanya dengan sekali baca. Gambarajah yang begitu banyak di dalam ebook memudahkan lagi pemahaman tentang model perniagaan ini. Beliau membocorkan begitu banyak supplier/pengilang tshirt di seluruh Malaysia. Ini memudahkan anda untuk memilih pembekal yang berhampiran dengan tempat anda.

Tshirt yang dimaksudkan penulis bukanlah hanya tshirt semata-mata, tetapi ia merujuk juga kepada adik beradiknya seperti T-Shirt lengan pendek, t-shirt lengan panjang, F1 Corporate Shirt, Overall, Vest, Corporate Jacket, tracksuit dan lain-lain.

BISNES TSHIRT!

Apa yang diajar di dalam ebook?

Mula-mula anda akan diberi tunjuk ajar step by step bagaimana cara untuk setup syarikat jualan tshirt anda sendiri. Segalanya ditunjukkan seperti borang yang mana patut anda isi, prosedur serta bayaran yang perlu dibuat. Anda juga diajar bagaimana mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk menerima tempahan dari badan-badan Kerajaan.

Kemudian anda akan diberi senarai pembekal/pengilang di seluruh Malaysia dan anda hanya dikehendaki memilih pembekal yang berhampiran anda. Semua teknik serta tips berurusan dengan pengilang juga turut di ajar di dalam ebook ini. Turut di ajar bagaimana mengenalpasti prospek, pengiraan untung, dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, semua maklumat tentang jenis pakaian yang boleh anda dapatkan dari pembekal, maklumat lengkap tentang jenis fabrik, jenis-jenis dan teknik cetakan/printing serta skill pengurusan. Semua contoh-contoh quotation, invoice, d/o juga turut di tunjukkan dalam panduan ini. Yang paling menarik bagi saya, anda juga turut diajar bagaimana mempromosikan perniagaan anda secara online.

Pelan tindakan juga disediakan bagi memudahkan anda mengetahui serta mengikuti langkah-langkah yang telah diajar di dalam ebook. 

Pendapat peribadi saya tentang ebook ini.

Bagi saya ia merupakan panduan yang paling lengkap setakat ini bagaimana cara-cara untuk memulakan perniagaan sendiri menjual tshirt. Ia bukan sahaja sesuai untuk NEWBIE, malah sesuai juga untuk para usahawan di luar sana yang ingin membesarkan lagi skop perniagaan mereka. Saya percaya dari pendedahan berani yang dibuat oleh saudara Hafizi Zain ini, dan kemahiran usahawan internet Malaysia, pasti mewujudkan satu evolusi perniagaan baru dalam perniagaan online. Saranan saya agar anda mendapatkan ebook ini secepat mungkin dan lihat sendiri bagaimana beliau berjaya memperoleh pendapatan 6 angka hanya dengan menjual tshirt. Harga ebook ini memang terlalu murah jika dibandingkan dengan nilainya. Pastikan anda mandapatkannya secepat mungkin sebelum harganya dianikkan.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PEMBELIAN, KLIK DI SINI --> WWW.BISNESTSHIRT.COM

Comments (12)add comment

nuwa said:

nuwa
...
Untuk bisnes eBay sesuai x Sifu? smilies/grin.gif
 
February 12, 2010 | url
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
Boleh juga, tapi perlu modal yang besar sikit la klu nak sediakan pelbagai produk untuk customer.
 
February 12, 2010
Votes: +0

alantanblog said:

0
...
Berapa modal nak mula yg bagus utk jual shirt dlm bisnes eBay?
 
February 12, 2010 | url
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
Bagusnya, terima tempahan secara bulk then baru berurusan dengan pembekal/pengilang. Dengan cara nie, jika pelanggan setuju dengan sebut harga, kita boleh minta deposit dulu dengan customer so takde la modal yang diperlukan.
Berapa modal nak mula yg bagus utk jual shirt dlm bisnes eBay?

Jika nak jual custom t-shirt di eBay guna kilang2 nie, 1 design perlukan minimum 10 ke 30 order. Maksudnya kalau kita letak 10 jenis listing di eBay, kita perlu keluarkan modal membeli 100 ke 300 tshirt sebagai stok.
 
February 12, 2010
Votes: +0

Zainol Rashid bin Burhan said:

Zainol Rashid bin Burhan
Design dulu xleh ke???
Kalo design dlu and then listing kat ebay, pastuh baru tempah xbleh ke? mcm produk AN?? Kalo beli dlu and secara bulk... ssh ler... huhuhu...
 
February 12, 2010
Votes: +0

Aqif said:

Aqif
...
Terima kasih atas review Tuan. Rasanya ia dah banyak membantu para pelawat untuk membuat keputusan yang terbaik untuk membeli produk ini.

P.S: Bisnes T-shirt adalah satu perniagaan yang tidak boleh diabaikan. Adakah Sifulan bersetuju dengan kenyataan tersebut? smilies/smiley.gif
 
February 12, 2010 | url
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
Kalo design dlu and then listing kat ebay, pastuh baru tempah xbleh ke? mcm produk AN?? Kalo beli dlu and secara bulk... ssh ler... huhuhu...

Itu menggunakan khidmad dropshipper. Apabila berurusan dengan kilang, kita perlu mematuhi MOQ (minimum of quantity) yang ditetapkan pihak kilang.
Bisnes T-shirt adalah satu perniagaan yang tidak boleh diabaikan. Adakah Sifulan bersetuju dengan kenyataan tersebut?

Ya. saya setuju. Dari pemerhatian & pengalaman saya, tshirt sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi. Tidak kira secara online atau offline, ia mempunyai permintaan yang berulang.

 
February 12, 2010
Votes: +1

mohamad zamri said:

0
Salam Sifu Lan
Nampak kecil tapi impaknya sangat berkesan...walaupun sekadar t shirt...
 
April 14, 2010 | url
Votes: +0

abg long said:

0
bioasli
abg sifu, macam mana nak tingkatkan traffik blog? sebab saya ni baru nak bermula setakat ni saya dah ada dua blog itupun sebab nak melakukan jualan produk bioasli saya (jadi ejen je)
 
June 06, 2010 | url
Votes: +0

abg long said:

0
bioasli
macam mana nak buat duit dengan ebay?
 
June 06, 2010 | url
Votes: +0

nazri jb said:

0
salam bro
knapa website WWW.BISNESTSHIRT.COM xle bukak...camne nak beli ebook tu?
 
June 22, 2010
Votes: +0

fieq said:

shafiq
...
Salam Sifulan...

Sifulan ada tak tawarkan apa2 bonus atau diskaun kepada sesiapa yang membeli ebook bisnes t-shirt melalui link sifulan.
Contohnya macam yang sifulan tawarkan kepada pembeli mininiaga melalui link sifulan akan dapat macam2 bonus.

Kalau ada saya berminat jugak nak memilikinya..
 
July 02, 2010
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN