Perkhidmatan Mengulas Produk Digital

Saya sedia mengulas produk digital anda tetapi perlulah mengikut beberapa syarat yang saya tetapkan. Anda mempunyai produk?

 

 

Adakah anda mempunyai produk digital? Perlukan testimoni & ulasan?

Sebenarnya saya banyak kali menerima undangan untuk memberikan testimoni dan ulasan mengenai produk digital oleh IM tempatan yang masih baru. Tetapi saya tidak mempunyai bahagian atau section tertentu di web saya untuk membantu mempromosikan ebook mereka. Saya juga tidak berminat untuk menjadikan web saya sebagai PASAR MALAM penuh dengan segala banner dan artikel ulasan untuk mempromosikan produk IM lain. Kini saya telah menyediakan satu ruangan khas untuk review produk2 anda untuk dilihat & dibaca oleh para pelawat web saya. Perkhidmatan ini adalah percuma. Tetapi tidak semua produk digital akan saya ulas jika tidak memenuhi syarat-syarat yang saya tetapkan.

Syarat-syarat utama

  1. Memberi keizinan kepada saya untuk membaca/lihat produk digital tersebut.
  2. Mempunyai affiliate sistem.
  3. Mempunyai salesletter yang tidak menjanjikan bulan dan bintang. (janji palsu)

Ulasan tidak akan dibuat sekiranya saya tidak membaca/lihat produk digital tersebut terlebih dahulu. Hanya produk yang berkualiti sahaja akan diulas oleh saya. Oleh itu jika saya menolak mana-mana permohonan, saya akan sertakan dengan sebab2 yang munasabah. Ini untuk menjaga reputasi saya dan memastikan hanya produk yang berkualiti sahaja diperkenalkan kepada pembaca web saya. Tetapi ia masih boleh diulas jika anda berjaya memperbaiki sebab-sebab saya menolak permohonan tersebut.

Saya harap, perkhidmatan percuma yang saya tawarkan ini akan menggalakkan lagi lebih banyak penghasilan ebook dan produk-produk digital tempatan. Sekiranya berminat, anda boleh nyatakan permohonan anda terus ke email saya di lan@sifu-lan.com.Terima Kasih. :D

Comments (7)add comment

Firdaus Penang said:

0
wajib di ulas sifu lan
saya akan keluarkan web affiliate pertama saya dan sifu lan akan jadi pengulas pertama saya Semoga sifu lan jadi jutawan Amin
 
May 10, 2009 | url
Votes: -1

Mohammad Rizal Bin Md Jalani said:

Mohammad Rizal Bin Md Jalani
Suatu Jihad Perniagaan
Assalamualaikum,Sifu Lan.

Saya baru register dlm web nie.Banyak lagi kene belajar.Saya tabik sifu sebab ada "Golden heart" kongsi ilmu dgn umat islam yang nak berjaya dlm hidup di dunia dan akhirat.Inilah jihad yang perlu ada dlm setiap hati umat islam."Allahlah yg melapangkan dan menyempitkan rezeki seseorang itu"
Terima Kasih.Teruskan perjuangan.
 
May 13, 2009
Votes: +0

mohd zamrie bin saleh said:

mohd zamrie bin saleh
sifu lan ada lah member lama aku...
salam lan...lama tak dengar berita..akhirnya ko bakal jadi jutawan internet...remy dah jadi cikgu...aku sekarng jadi lecturer jek...bangga dengan kejayaan ko...teruskan perjuangan mu...
 
June 27, 2009
Votes: +0

Abdul Rashid Basar said:

0
Dialu-alukan
Jarang sekali otai yang menawarkan diri untuk memberikan ulasan terhadap e-book baru yang hendak dilancarkan.Sebenarnya ia berlaku pada saya. Usaha anda mungkin yang pertama. Selamat maju jaya...ARB Dagang
 
August 11, 2009 | url
Votes: +0

Penang said:

0
perkhidmatan yang bagus
Bagus gak ada perkhidmatan percuma cam nie.... Sesuai untuk org baru yang keluarkan produk pertama. Kalau tak cukup sempurna sesuatu produk.. boleh dibetulkan dulu... dari tunjuk ajar yang diberikan sifu lan. Bukan mudah sifu nak bagi testimoni nie. Semoga perkhidmatan ini diteruskan sampai bila2
 
November 15, 2009 | url
Votes: +0

Rahim Affandi said:

0
Cadang Minta Ulasan Sifu
Tahniah kepada Sifu Lan yang berjaya dalam IM. Saya baru nak bermula. Tengah dalam proses menulis ebook pertama. InsyaAllah nanti nak minta juge ulasan Sifu Lan. Semoga nasihat dan perkhidmatan Sifu Lan dalam blog ini dapat melahirkan lebih ramai IM.
 
July 07, 2010
Votes: +0

farhana said:

farhana
produk fizikal?
jadi pengulas utk produk fizikal leh? thanks. smilies/cool.gif
 
July 14, 2010 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN