Nama dan web saya di hadapan kulit buku?

image

Dua hari lepas, saya berjalan-jalan di MPH, Mid Valley Megamall dan menemui sebuah buku yang ada tertulis nama dan web saya dihadapannya. Buku tersebut bertajuk 'BUAT DUIT DENGAN BLOG' ditulis oleh Yazid Yahaya. Sebelum nie, Zakri dan bro Matzis ada beritahu saya yang mereka terjumpa buku ni di kedai. Jangan terkejut pulak kenapa nama saya ada di kulit buku tu.! Anda pernah terjumpe tak buku nie di kedai?

Hehehe.. sebenarnya saya telah membaca buku tersebut sebelum ia diterbitkan.. Jangan pula salah faham, bukan saya yang tulis buku tu.. Buku tu Ahmad Albab Yazid Yahaya yang punya. Saya cuma memberikan testimoni sahaja. Mungkin ramai yang tidak tahu saya sendiri masih baru dalam bidang blogging walaupun rank alexa saya sekarang lebih tinggi 163,261 dari Noorizam Shah, 227,110 dari Mas Dino, 296,591 dari Shahraduan, 1,193,603 dari bro Matzis, dan 267,951 dari bro Shuth (sengaja cari pasal nih.. hahaha) walaupun tidak dapat menandingi blog Gobala Krisnan tetapi hakikatnya, memang saya masih baru. Alhamdulillah dalam waktu yang amat singkat, rank alexa saya yang melambangkan traffik yang masuk ke web http://sifu-lan.com naik secara mendadak.

Untuk mendapatkan traffik begini bukanlah sesuatu yang mudah, saya mencari banyak bahan bacaan dan membuat research secara mendalam dan antara buku yang membantu saya ketika mula2 menceburkan diri di dalam bidang ini adalah buku dari 'Yazid Yahaya'. Buku ini lengkap menceritakan tentang asas-asas dalam menghasilkan blog yang berkualiti. Jika anda adalah orang yang ingin mempunyai blog, tetapi tidak tahu apa dan bagaimana menghasilkannya atau tidak mempunyai idea bahan apa yang hendak ditulis, ini adalah buku yang patut anda baca.

Buku ini terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian pertama lebih menceritakan tentang pengertian blog dan asas-asas cara membina blog. Bahagian ke-2 pula menceritakan tentang tema dan konsep blog, reka bentuk, mendapatkan traffik, komen serta sedikit maklumat mengenai XML dan RSS feed. Bahagian ke-3 pula menceritakan bagaimana kita boleh menjana wang melalui blog serta teknik pengiklanan yang boleh kita gunakan. Dan akhir sekali bahagian ke-4 adalah penutup serta perkongsian pengalaman oleh Yazid Yahaya sendiri.

Pendapat saya, ia adalah sebuah buku yang ringkas, padat dan akan membantu mereka yang tertanya-tanya, apakah blog yang mahu mereka bina. Sesuai untuk NEWBIE. Anda boleh mendapatkan buku ini di kedai-kedai buku berdekatan dan ia dijual dengan harga RM14.50 sahaja! (RM16.50 Sabah dan Sarawak). Jom kita support hasil penulisan pertama sahabat kita nie.. Kepada Yazid Yahaya. Tahniah kerana berjaya menerbitkan buku fizikal sendiri.. Sudah tentu pencapaian anda dicemburui oleh rakan-rakan seperjuangan anda yang lain termasuk saya. :D

Comments (33)add comment

don said:

0
sungguh buku tu baru keluar
saya pun envy dengan kejayaan bro!
 
April 10, 2009 | url
Votes: +0

shah said:

0
...
saje je sifu ni
ingatkan ape td
 
April 10, 2009
Votes: +1

fauzie said:

fauzie
...
ceh. sifu buat org tertanya tanya plak...smilies/grin.gifsmilies/grin.gif
 
April 10, 2009
Votes: +0

Mailicious said:

Mailicious
...
Nice gimmik ler sifu..
tertanya2 kawan dibuatnya
 
April 10, 2009
Votes: +0

muhamad shafwan said:

muhamad shafwan
...
huh,sifu lan ni mmg membuatkan sy tertanya2smilies/cheesy.gif
xpe2,nanti bila sy keluar,sy singgah MPHsmilies/grin.gif
 
April 10, 2009
Votes: +0

Aearandir said:

0
.....
Kena pegi cari buku ni...kalau dah sifu lan yang bagi testimonial
mestilah bagus isinya...thanks for sharing bro
 
April 10, 2009 | url
Votes: +0

Faizul said:

0
...
Semalam sy pergi kat Popular kat Bukit Raja. Saya jumpa buku tu dan sempat selak-selak buku tu.Bagi saya buku tu menarik jugak.Banyak gak info berguna.Lagi satu byk gak website2 blog popular ditunjukkan kat situ. Terperanjat jugak bila nmpak nama sifulan kat depan buku tu hehe
 
April 10, 2009 | url
Votes: +0

Rahsia Jutawan CBC said:

0
makin berkembang pesat
pergh....name ade kat kulit buku plk..makin byk trafik dtg nnti ni...smilies/grin.gif
 
April 10, 2009 | url
Votes: +0

zakri said:

zakri
...
Bro, bukan setakat nama, link ke sifu-lan.com pun ada. Mesti lagi naik trafik ya smilies/smiley.gif
 
April 10, 2009 | url
Votes: +0

yazidyahaya said:

yazidyahaya
Terima Kasih sifu lan
terima kasih sifu lan buat review ni,hehehe..seronok la tu name site dia kat depan..tapi yang sedihnya name site aku lak kat belakang buku tu,,hehehe,,takpe tak kisah pun yang penting kita support sesama IM..thanks bro..
 
April 10, 2009 | url
Votes: +1

fazlee966 said:

0
...
hhehe.. saya dah beli pun buku tu. terkejut jugak ada nama sifulan
hehe makin feymes la website sifulan ni..smilies/smiley.gif
 
April 10, 2009
Votes: +0

Jmylia said:

Jmylia
...
krg kak nak p cari ler buku tu...smilies/wink.gif
 
April 10, 2009
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
Buat Duit Dengan Blog !!
Yeah...Blog aku sahaja menjana pendapatan melebihi RM1K setiap bulan. Jadilah cara Malas HOHOHOHO...
 
April 10, 2009 | url
Votes: +0

nuwa said:

nuwa
...
Kuasa blog mmg xdpt dinafikan! Trafik tinggi = income masyuk!! smilies/grin.gif
 
April 10, 2009 | url
Votes: +0

laila2 said:

0
...
haha saya dah beli pun sebelum sifu lan g tau,tahiah beb muka kat merata2 tempat wawawaw
 
April 10, 2009
Votes: +0

Ajeng said:

0
...
Kepada sifu lan atau mas dino..Tolong akak boleh tak? Tolong beri nama judul buku tu, beri nama syarikat yang distribute tu dan juga no fax syarikat tu melalui email akak..nak oder by pos jer..akak rasa kat jengka ni mana ada...tolong ek..
 
April 10, 2009
Votes: +0

elmi said:

0
laaaaaaaa''''''''''''''%%%%
sifu lan.....buat gempaq! nyata inilah satu teknik yang betul5 mengena. apapun tahniah atas sebuah karja yg hebat ni....nanti kita kasi up sama ini buku kat kekawan dalam anggatan ebay
 
April 10, 2009
Votes: +0

LIM said:

ABDUL HALIM ISMAIL
BUAT DUIT DENGAN BLOG
Tks SIFu kerana cita pasal buku ni. Insyallah saya akan cari semasa pesta buku 17/April PWTC
 
April 10, 2009 | url
Votes: +0

khair said:

0
Syabas dan Tengkiu Byk2
produk digital dah baca dah. la ni produk fizikal lak....syabas kuucapkan dah terbit buku sendiri di pasaran nyata. apapun sy mesti beli dan baca coz tambah ilmu yg ada...tengkiu krna berkongsi ilmu utk org yg newbie cam saya nie...harus beli masa pesta buku x lama lg nih
 
April 11, 2009 | url
Votes: +0

yazidyahaya said:

yazidyahaya
aik?..
Sifulan..rasanya diorang ni dah salah sangka ni..hang yang tulis ke aku yang tulis..kui..kui..kui..
 
April 11, 2009 | url
Votes: +0

mujahidbiz said:

mujahidbiz
Alhamdulillah..
Buat suspen je Lan ni. Apa2 pun tahniah ler. Buat pada yazid yahya terima kasih sebab telah keluarkan sebauh buku panduan blog untuk semua blogger. Nak cari satulah nanti. Murah gak buku tu..smilies/cool.gif
 
April 11, 2009 | url
Votes: +0

shima said:

0
buat duit dari buku
nak cuba juga buku tu, klau ade bleh blajar dgn cepatsmilies/smiley.gif
 
April 11, 2009 | url
Votes: +0

yan said:

Suffian Bin Tahir
...
wat suspen jer..... smilies/grin.gif
 
April 11, 2009
Votes: +0

yazidyahaya said:

yazidyahaya
...
kalau semua orang nak tahu!!dalam tu saya mencerita tentang skill segalanya kita menjana pendapatan di internet,bukan sahaja melalui blog..jadi anda dapat membuka minda anda bile membaca buku tersebut!selamat membaca iya!!
 
April 11, 2009 | url
Votes: +0

ijamidayu said:

0
...
Wah.. Pandai ko Yazid carik hot person utk review produk ko... Jeleous nie.. HAAHAHHAAHAHA..

Apa pun, tahniah bro...
 
April 11, 2009 | url
Votes: +0

nieyzam said:

nieyzam
tertunggu2 artikel..
wahhh...sifu lan kuar artikel jer suspen jer nk tau..cpt2 klik..hehe

ap punyer ayat bacer nih..smilies/grin.gif sifulan suh beli kene beli ni..mn tau berkat

dpt duit ribu raban plak ngn blog..hehesmilies/cheesy.gif
 
April 12, 2009
Votes: +0

ziela said:

0
...
la ingat ape tadi..

tahniah sebab dah cuba buat blog pulak...mesti masyuk nie...saya baru jer nak joint buat ebay... tak pe... satu2 dulu..esok sifulan dah terror boleh ajar kitorang plak..hehehe

pasal seminar...daftar bg nama jer ker?
 
April 13, 2009
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
Errkk.. nampaknyer korang nie kena baca betul2 artikel kat atas tu.. Buku tu bukan ana yang punya.. Ahmad Albab Yazid Yahaya yang punya..

Seminar tu dah ditutup yer ziela.. Pendaftaran dah melebihi kouta. Huhuh.. mesti meriah nie.. ramai yang hadir..
 
April 13, 2009
Votes: +0

peminatjutawan said:

0
waah suspen je ingatkan apa dah tadi hehe
sifu memang best..sebab tu murah rezeki hehe...apa2 pun saya juga bercita-cita untuk tingkatkan rank alexa saya mulai dari sekarang....hehe..ape2 thanks kerana menulis sebuah ebook yang membantu mengubah nasib ramai manusia...thank you....pasal buku yazid yahya tak sempat plak nak jenguk kedai buku...yazid jual la buku tu kat ebay ke lelong ke hehe boleh la ramai2 bid hehe...ape2 pun ada kesempatan bleh la g cari buku tu...membaca kan amalan mulia
 
April 14, 2009 | url
Votes: +0

KampungBoy said:

0
...
Wah....makin mencanakla..
trafik sifulan..
 
April 17, 2009 | url
Votes: +0

Anakatak said:

0
...
Bagus jugak buku 2...susah nak carek..
 
April 17, 2009
Votes: +0

NasX said:

0
Lol!!
Ingatkan Buku Sifu.. Sbb Saya Dah Beli 2 Hari Lepas.. Suspen Je.. Haha smilies/cheesy.gif
 
May 01, 2009 | url
Votes: +0

hizmi said:

0
saya de beli buku tu
buat duit dengan blog...banyak juga la ilmu yang berguna maklum la newbie macam saya ni...syabas smilies/grin.gif
 
May 22, 2009 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN