Saya kini sudah kembali ke Shah Alam.

image

Maafkan saya kerana sudah lama tidak update web ini dan gagal reply beratus-ratus email. Sudah hampir 3 minggu saya keluar bercuti di bahagian utara kerana menguruskan beberapa urusan peribadi & perniagaan. Kini saya sudah kembali di Shah Alam. Saya juga ingin meminta maaf kepada rakan2 yang tidak sempat saya temui sepanjang saya di sana.

 

Saya mengalami kesukaran untuk online kerana saya menggunakan perkhidmatan Maxis Broadband. Di kawasan2 yang tidak mempunyai liputan 3G, ia akan bertukar menjadi perkhidmatan GPRS sahaja dan connection ini mengakibatkan hampir mustahil untuk saya online di sana. Jika dapat online pun, saya cuma sempat menguruskan hal2 penting sahaja seperti eBay. Saya memohon maaf kepada mereka yang menghantar email soalan dan masalah kepada saya kerana tidak dapat reply dengan cepat kerana banyak masa saya dihabiskan di luar.

 

Sebenarnya terlalu banyak perancangan yang ingin saya lakukan pada bulan ini. Antara rancangan terbesar adalah melancarkan produk "eBay Advance" yang sepatutnya dilancarkan pada bulan ini. Tetapi pada 15hb yang lalu, terdapat beberapa perubahan pada polisi eBay dan Paypal menyebabkan saya terpaksa menangguhkan dahulu pelancaran produk tersebut untuk mengalami sendiri perubahan yang berlaku. Perubahan ini saya dapati agak drastik dan mungkin boleh menyebabkan masalah kepada NEWBIE yang baru ingin menceburkan diri dalam perniagaan eBay. Saya akan cuba memahami dan mencari jalan untuk memudahkan NEWBIE membuka empayar perniagaan eBay. Perubahan-perubahan yang berlaku akan saya tulis di post2 saya seterusnya.

HADIAH UNTUK ANDA PADA BULAN INI

Di sebabkan saya mengangguhkan banyak program pada bulan ini, anda akan diberikan VIDEO PANDUAN PHOTOSHOP dari saya secara PERCUMA!. Video ini akan di upload pada bulan ini juga. Sebenarnya penghasilan video ini adalah satu lagi langkah untuk menaik taraf web saya dari sebuah web artikel kepada video blog. Nantikan perubahan yang akan berlaku. Panduan video ini bakal menunjukkan para newbie panduan asas serta teknik penghasilan grafik menggunakan Adobe Photoshop. Tak kira samada anda seorang usahawan eBay atau Blogger, ia sesuai untuk anda. Nantikan kemunculan video percuma ini.

Sekali lagi saya memohon maaf kerana tidak aktif selama hampir 3 minggu ini. Semua email akan saya reply dalam tempoh terdekat mengikut urutan. Terima Kasih. :)

 

Comments (13)add comment

fyzul said:

0
sibuknyer sifu
salam sifu, wah2 sibuknyer sifu sampai 3 minggu takde update. memang kepingin nak dapat update2 dari sifu tentang information terbaru dan tip-tip berkenaan ebay dan paypal terutama sekali polisi baru yang diperkenalkan. harap2 takla merumitkan sangat untuk Ebayer dari malaysia terutama newbie macam saya ni. anyway waiting for your video panduan photoshop soonest! good luck once again.
 
June 18, 2009
Votes: +0

eshanne said:

0
Sibuk sangat!!!
hii sifu-lan saya ni budak baru kat sini, time saya register dulu pun saya ada tanya sifu banyak kali bab2 eBay ni, saya memang da tertarik sesangat nak join program sifu lan ni, so apa YM sifu lan yang boleh saya hubungi secara direct.. oOoo yea, RM50 tuk join eBay program tu masih ada kan??

Dulu saya takut nak join sebab da hilang duit banyak sangat, time buat MLM .. Tapi sifu lan bagi saya dorongan yang cukup kuat tuk dapatkan duit kat eBay, saya da daftar kat eBay dan barang2 lengkap.. Semua saya da letakkan saya cuma nak belajar apa yang sifu lan ajar sama ada langkah ini boleh menjanakan wang atau tidak..

Tidak salah untuk mencubakan.. ada orang kata "We all have ability, difference is how we used it" - mesti sifu lan pernah dengar kan.. Kemampuan itu tangga kejayaan tapi setakat mana kita tau kemampuan kita?

Saya berharap sifu lan dapat membantu saya dari segi kewangan dan juga pendapatan saya untuk menjadi seorang powerSeller yang berjaya macam sifu-lan..

Boleh tak sifu-lan bagi YM kat saya?? email je..
Thank you very much sifu lan..
 
June 18, 2009 | url
Votes: +0

Ira Kartini Abu Bakar said:

Ira Kartini Abu Bakar
...
Salam Sifu,

Wah..seronoknya bercuti..boleh tenangkan fikiran...now mesti mcm2 plan nk buat..anyway sy nk minta tlg..sy blh download file 'Panduan EBay' tu, tp tak dapat buka..& it appear ayat ni.."There was an error opening this document. This viewer cannot decrypt this document"...so, how???...TQ in advanced
 
June 18, 2009
Votes: +0

Fazli said:

0
...
dah lama cari cara nak belajar photoshop ni. nasib baik sifu nak bg percuma. lega sikit. hehehe
 
June 18, 2009 | url
Votes: +0

paksujb said:

paksujb
alhamdulillah..org islam; mcm sifu-lan sudah berjaya; juga mampu berkongsi bgmn berjaya pd org lain
sifu lan, ada masa reply email kwn... yang kwn utarakan tu.. timbang-timbangkanlah.. salam
 
June 18, 2009 | url
Votes: +0

shah83 said:

shah83
...
ye!!sifu dh kembali
dh lame menunggu post sifusmilies/grin.gif
 
June 18, 2009 | url
Votes: +0

san razak said:

0
Mr
welcome sifu-lan...^^...waa...xper tggh dulu ebook afvance sifu tuu...janji pembeli baru / newbie dapat info yg latest...

 
June 18, 2009
Votes: +0

k.i said:

0
Newbie
Thanks sifu-lan

Polisi apa yang bertukar kat ebay ngan paypal tu?Harap sifu dapat secepat mungkin menceritakan tentang perubahan yg sifu cakap agak drastik tu..moga2 tak menjadi hal untuk newbie...We can put second big attemp to solve it..Thanks sifulan...welcome back....smilies/smiley.gif
 
June 18, 2009
Votes: +0

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Sibuk betul noh..sampai aku pun tak sempat nak jumpa..dah lah dok dekat teliga saja..kehkehkeh
 
June 19, 2009
Votes: +0

mujahidbiz said:

mujahidbiz
Sibuk Sifu Lan Kita Akhir2 ni
Salam..Sibuk sangat Sifu Lan kita ni. huhu..wah2 nak kasi tutorial pasal photoshop lak. Memang best ni. smilies/grin.gif Bagi rakan2 yang ingin tahu perubahan apa yang berlaku pada ebay bolehlah kunjungi tread terbaru saya di blog saya.
http://jutawankhilafah.com/ebay-berubah-sedikit-untuk-jun-2009.html
 
June 19, 2009 | url
Votes: +0

suhaimi said:

0
account e-bay kena gantung
salam sifu lan....nak tanya sikit ..account e-bay saya kena gantung..e-bay kata saya punya feedback ada 1 negatif feedback pasai tu depa gantung account saya...sampai bila depa nak gantung account saya..ni dah dekat sebulan..tak boleh buat bisnes..semua listing hilang..pas tu depa sibuk suruh settle fee depa...harap boleh bantu
 
June 19, 2009
Votes: +0

nuwa said:

nuwa
...
Selamat kembali Sifu! smilies/grin.gif
 
June 19, 2009
Votes: +0

welina said:

0
hai sifu
selalu lawat web sifu..wah mcm2 ilmu yang ader kat situ..menarik sangat..tq..nak jugak belajar ebay nih..
 
June 27, 2009 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN