Dah ramai orang jual? Takut saingan? Keringkan hati..

Dalam perjuangan menjadi seseorang yang berjaya, kita kerap mengalami suatu fenomena biasa yang berlaku kepada hampir semua orang. "PUTUS ASA". Saya akui saya sendiri pernah mengalami perasaan ini. Saya percaya, anda pun pernah mengalaminya dan sudah tentunya dalam keadaan yang berbeza-beza. Tetapi, dalam perniagan Internet, kita mempunyai terlalu banyak saingan dan ini sering mengakibatkan kita berasa diri kita amat kecil.

Kalau anda selalu berjumpa dengan orang yang buat bisnes MLM atau Multilevel Marketing, mereka sering beritahu yang membezakan satu individu dan individu yang lain adalah orang yang kita jumpa, dan buku yang kita baca. Sememangnya ini adalah satu fakta yang benar. Pengetahuan dan pergaulan sosial memberi pengaruh yang besar dalam faktor kejayaan seseorang. Tetapi di dalam dunia Internet, kita harus berfikir lebih luar daripada itu.

Ini disebabkan, kita sebagai usahawan internet lebih banyak membaca berbanding dengan orang lain dan bersosial dengan lebih extreme berbanding dengan orang lain. Ini mengakibatkan kita sering berasa kecil di satu dunia yang bergelar DUNIA ONLINE. 10 billion pengguna Internet dunia dengan pelbagai ragam. Anda mungkin pernah bercinta, berkawan, ditipu, dimaki, dicaci, malah ada yang disabotaj. Ini menjadikan kita sebagai golongan yang bergelar usahawan internet lebih cenderung untuk mengalami stress atau tekanan perasaan.

Saya ingat lagi ketika saya mula2 ingin memulakan perniagaan Mousepad di eBay, pada ketika itu, bila kita search keyword "mousepad" di eBay, terdapat hampir 12,000 result akan keluar dengan pelbagai bentuk dan design. Kalau ikutkan akal, memang saya takmo jual.. Terlalu banyak saingan.. Tapi hati saya kuat mengatakan yang saya lebih bagus dari penjual lain.. Saya pun mula menyenaraikan pelbagai jenis mousepad yang lebih hebat dari semua penjual eBay yang lain.. Akhirnya, saya berjaya menjual berpuluh2 mousepad setiap hari.. Jika difikirkan balik, sebenarnya.. Apabila ada orang lain menjual produk lebih awal dari kita, ia bukanlah satu ancaman tetapi ia adalah advantage yang perlu kita ambil kerana kita boleh membuat produk yang lebih baik dari orang yang awal.. Fikirkan sedalam-dalamnya perkara ini.. Bermula dahulu, tak semestinya kita akan menang.. Orang yang menang adalah orang yang berfikir setapak ke hadapan..

Ramai yang bertanya kepada saya, tidak'kah saya berasa rugi apabila menbocorkan rahsia besar dalam perniagaan eBay dan membocorkan rahsia supplier saya?.. Bagi saya, ilmu yang saya turunkan tidak akan sedikit pun mengurangkan ilmu saya yang lain.. Sebelum saya menulis ebook saya, sudah ramai orang yang saya ajar secara percuma dan tunjuk ajar saya mengakibatkan lebih banyak ilmu lain yang saya perolehi dan saingan yang banyak di eBay menjadikan saya lebih bersikap competitive. Saya sentiasa ingin lebih hebat dari yang lain tak kira dari segi apa pun.. Begitu juga dengan ebook eBay.. Telah ramai orang yang menulis ebook tentang eBay tetapi saya masih tetap berdegil menjual.. Advantage saya adalah saya boleh buat lebih hebat dari mereka.

Anda perlu fikirkan dalam2 tentang perkara ini.. Jangan sesekali menganggap saingan anda satu ancaman. Anggap mereka satu advantage kepada anda.. Fikir setapak lebih maju dari mereka.. Yang penting keringkan hati anda.. Keringkan hati bermaksud bersikap degil... Degil untuk berjaya!! Selamat mencuba..

Comments (9)add comment

ccyber5 said:

0
Motivasi Mcm Ni La Yg Betul
wa salut lu Bro Lan!!!
wa akan tiru jadi mcm lu
Bravosmilies/wink.gif
 
February 16, 2009 | url
Votes: +0

hakimi said:

0
...
"Degil Untuk Berjaya" tu dah kira tahap kata2 hikmat tu... Yeah kita perlu degil untuk berjaya. degil untuk berjaya.. degil untuk berjaya! hey ia dah mula sebati dalam diri saya! thanks sifu smilies/grin.gif
 
March 01, 2009
Votes: +0

mala said:

0
Salam kenal
Isi blog nya sangat menarik. Terimakasih infonya...
 
March 24, 2009 | url
Votes: +0

mr.Ron said:

Masrinto B. Mastam
...
oleh itu kita jadi laa mcm si sifu yg degil nismilies/grin.gif... DEGIL UNTUK BERJAYA DEGIL UNTUK BERJAYA.. YEEEEEE... BEST SIFU... BEST.. DAH LA MMG DEGIL BERTAMBAH PULAK ADA SIFU YG DEGIL.. HUHUHUsmilies/cheesy.gif JADI GILA DEGIL..
 
May 28, 2009
Votes: +0

eshare said:

0
i follow
sy br dalam bisnes internet ni...smilies/smiley.gifartikel ni dah naikan semangat saya...thanks bro
 
June 07, 2009 | url
Votes: +0

F.A.L. said:

0
i like this post!
salam,

Selalu jadik silent reader. Tapi hari ni nak komen jugak becoz you deserve for the credit!

Thumbs up for this post. Terima kasih!
 
June 25, 2009 | url
Votes: +0

syaafique said:

syaafique
...
aku tabik ar gan sifu.. sebab tu aku tertarik gak ilmu2 sifu..
yng pnting xputs asa...
 
September 07, 2009 | url
Votes: +0

kedai-lelaki said:

0
...
bagus2...motivasi mcm nie yg saya perlukan. kita ada selalu down kalau sales tak berapa bagus. kalau tak kuat semangat boleh terus give-up. teruskan membakar semangat..bukan bakar mercun haaa. TQ bro
 
September 08, 2009 | url
Votes: +0

Abdul Halim Othman said:

Abdul Halim Othman
9/10 Sumber Rezeki .
Tahniah ! sifu...
Untuk berjaya kita perlu lalu segala jalan termasuk kegagalan , kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan .... , kegagalan adalah ilmu yang anda bayar yang pasti membuat anda lebih matang....
 
October 03, 2009 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN