Berlainan selera, gaya, dan citarasa.

Sebagai seorang usahawan internet, anda perlu sangat memahami tentang satu perkara. "Semua orang mempunyai selera, gaya, dan citarasa yang berbeza. Ketika saya menulis artikel ini, saya sedang berada di Dunkin Donut, Plaza Alam Sentral.. Apabila saya lihat di dalam, terdapat pelbagai2 jenis donut yang dijual di sini. Saya bertanya kepada jurujual yang bertugas di sini bernama "Yus" tentang donut yang manakah paling laris dijual. Beliau menjawab semua donut ini akan habis lebih kurang pada masa yang sama. Oleh itu sukar bagi beliau menentukan yang mana paling laris dibeli oleh pelanggan. Saya memerhati sekali lagi jenis-jenis donut yang ada dijual disitu, ada di antara donut tersebut langsung saya tidak selera bila memandang dan ada yang sangat-sangat menyelerakan saya. Ini sangat-sangat membuktikan fakta bahawa tidak semestinya jika kita tidak sukakan sesuatu, ia juga tidak disukai oleh semua orang..

Saya pun membeli makanan dan minuman saya lalu duduk diluar sambil membuka laptop saya untuk menulis artikel ini.. Saya memerhatikan orang yang sibuk lalu lalang di sini. Dari semua orang yang lalu lalang, tidak ada satu pun orang yang mempunyai gaya pakaian atau fesyen yang sama (kecuali Majlis Bandaraya Shah Alam la..).. Begitu juga dengan gaya rambut mereka.. Jika samapun, mesti ada kelainan sedikit seperti warna, ekor dan aksesori di kepala.. Memang sah.. Semua orang mempunyai selera, gaya dan citarasa yang sama.

Oleh itu, kesimpulannya, ketika kita memilih barangan untuk dijual di Internet. Jangan sesekali mengabaikan fakta ini. Tidak semestinya jika sesuatu benda itu kita suka, ia juga disukai oleh orang lain. Kita mesti mempelbagaikan produk yang kita jual.. Tambahan lagi dalam pasaran gergasi seperti eBay, jutaan orang yang membeli belah setiap hari, kita langsung tidak dapat menyangka bagaimanakah watak pelanggan kita. Mungkin kita boleh buat kajian produk manakah yang paling laris dijual tetapi jangan lupa untuk mempelbagaikan corak, warna dan style produk tersebut. Ini amat penting untuk memastikan store atau produk jualan kita mendapat visibility yang paling maksimum di kalangan pembeli di Internet.

"Yang Pastinya, semua orang mempunyai SELERA, GAYA, DAN CITARASA yang berbeza.. Fahamilah.."

Comments (1)add comment

Ron said:

Masrinto B. Mastam
...
salam sifu..

saya cukup bersetuju dgn aritikel ni. info ni sangaat menarik, jadi sesiapa yg tak ada idea. so secara tak langsung leh jual ape sja yg terlintas. yg penting kene kenal pasti produk yg kite nak jual tu n byk kan research. sedangak org jual durian pun leh dpt untung ni kan lagi produk yg sedia ada!!smilies/grin.gif
 
May 03, 2009
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN