Kisah kejayaan mereka yang masih baru di eBay.


image
Tahukah anda di sebalik ebook 'Panduan & Teknik Rahsia eBay' terdapat sebuah forum tertutup yang baru-baru ini telah dibuka kepada umum. Bukannya semua kategory perbincangan, tetapi kategori perbincangan umum. Di dalam kategori tersebut saya telah sediakan satu bahagian untuk para-para usahawan eBay berkongsi kisah kejayaan mereka.

Anda masih tidak tahu bagaimana untuk masuk ke forum tertutup? Mudah sahaja, tidak perlu mendaftar pun, anda masih boleh melihat-lihat post-post yang dibuat di dalam forum di kategori Perbincangan Umum. Hanya perlu klik pada button 'FORUM TERTUTUP' di menu bahagian atas web ini. Sejak awal bulan lalu, saya telah membuka bahagian tersebut untuk dikongsi bersama orang ramai.

Mari kita lihat himpunan kisah-kisah kejayaan mereka. Jangan lupa tinggalkan komen anda untuk memberi semangat kepada mereka dan diri anda sendiri..

 

Klik pada 'FORUM TERTUTUP' di menu sebelah atas web ini:

 

Klik pada 'KISAH KEJAYAAN ANDA'

 

Klik pada mana-mana post. 1 post untuk kisah setiap individu.


KLIK DI SINI UNTUK TERUS KE RUANGAN 'KISAH KEJAYAAN ANDA'

Sebenarnya ramai lagi yang telah berjaya dan menghubungi saya secara terus. Tetapi tidak mahu menghebohkan kejayaan mereka kerana takut ramai yang ingin belajar dari beliau. Nasihat saya, segala ilmu yang kita curahkan tidak sedikit pun mengurangkan ilmu kita. (tetapi klu bocorkan id ebay kat org, confirm saingan naik 300%.. hahahaha..)

SAYA BENAR-BENAR BERHARAP ANDA AKAN POST KISAH ANDA DI SINI SATU HARI NANTI.

Ramai SIFU yang lebih handal dari saya berkongsi nasihat & tunjuk ajar.

Saya sendiri sudah tidak terjawab begitu banyak soalan, perbincangan di forum tertutup ditambah pula dengan soalan email yang sudah mencecah ratusan sehari. Walaupun begitu, ramai otai-otai eBay atau sifu-sifu eBay lain yang sibuk memberikan tunjuk ajar dan bantuan di forum tertutup ini. Antaranya ialah bro Matzis (http://matzis.com), Shahraduan (http://shahraduan.com), Nuwa (http://anuarmarzuki.com), Mansor Sapari dan ramai lagi (sebab nama yang lain pelik2 & bukan nama sebenar. tapi sangat berjasa). Mudah jer nak mengenali mereka, di forum tertutup, id atau username mereka bewarna oren. Mereka2 ini dilantik sebagai Official Sifu sebagai penghargaan saya kepada mereka.

99% isu dan permasalahan perniagaan eBay telah dibincangkan

Kini forum tertutup mempunyai lebih 5000 post dari lebih 1000 orang ahli dan berpuluh-puluh post baru diterima di dalam forum setiap hari. Perbincangan yang begitu hangat ini menyebabkan forum tertutup telah lengkap membincangkan 99% isu dan masalah perniagaan eBay. Dengan hanya browse sahaja, anda akan memperoleh begitu banyak ilmu pengetahuan dan tips tambahan untuk meningkatkan lagi prestasi jualan anda. Terlalu banyak ilmu berguna sehingga saya sendiri terkejut dengan perkembangan forum ini.

Anda bebas untuk berforum di forum tertutup ini tetapi terhad kepada kategori perbincangan umum sahaja. Kategori "Panduan & Teknik Rahsia eBay" hanya dibuka kepada pembeli ebook sahaja dan pada masa akan datang, perbincangan ebook-ebook keluaran saya. Di harap forum ini dapat memberi inspirasi dan sebagai gedung ilmu terbaik bagi anda semua. Saya doakan kejayaan dan kesejahteraan anda.

 

Dapatkan ebook "Panduan & Teknik Rahsia eBay" dengan klik banner di bawah.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites
Reddit! Del.icio.us! Mixx! Free and Open Source Software News Google! Live! Facebook! StumbleUpon! Yahoo! Free Joomla PHP extensions, software, information and tutorials.
Comments (48)add comment

shuth said:

0
...
Tahniah bro kerana telah berjaya melahirkan ramai usahawan ebay yang berjaya!.. smilies/smiley.gif
 
March 13, 2009 | url
Votes: +2

fauzieukm said:

0
...
tahniah gak bro...
 
March 13, 2009
Votes: +0

Fazli said:

0
byk kene belajar
byk lagi yg saya kena belajar ni. mana boleh asik kene tinggal je. hehehe.
 
March 13, 2009 | url
Votes: +0

Safuan a.k.a Sipenglipurlara said:

0
...
Tahniah bro sebab membuka paradigma untuk menarik lebih ramai didalam ebay
 
March 14, 2009 | url
Votes: +0

mfaza said:

0
Ebay bukan semata retorik!
Adalah jualan barangan tapi seminggu dlm satu je. Harap cerita 'sifu' ni buka retorik dan angan kerana nak melonjak sampai 5 ke 6 angka bukan sikit2 duit nak labur. lihat saja pada fees yg dikenakan bila list. bygkan kalau 10k barangan dlm list item berapa byk nak byr sedangkan jualan hampeh..aku je baru 50 brg dah kena $171 fees...RM600 lbh tu..brg jual seminggu sekali tu pun weekend je...pendek kata modal besar bro..itulah maksudnya JNGAN HNYA RETORIK berdegah2 semata nak korek duit dari newbie kononnya membantu...fed up kadang2..manipulasi org yg tak menguntungkan diri sendiri...
 
March 14, 2009 | url
Votes: +1

mfaza said:

0
...
jgn plak ckp soal traffic, seo, etc utk tarik customer..masalah most newbie saya kira ialah pembayaran fee yang tinggi sedangkan brg tak terjual. inilah dia...so cakap biar benar..soal fee ini bukan soal kecik punya duit..mcm sifu cite dia ada 10,000 listed item. how much dia spend? tapi dia dah lama boleh gebang...yg nak merangkak ni..terkial nak byr fee..brg tak jalan...think it? harap sifu tak payah suruh org beli produk dia lagi kononnya nak membantu..padahal korek poket money kita...soal gambar duit etc tu adalah strategi interner marketer...mcm MLM tunjuk kete BMW padahal kete company pinjam je..beginilah senario nya...

pendek kata berusaha tanpa kenal jemu..namun fees tetap kena byr..ini yang parahhhhhhhhhhhhhhh
 
March 14, 2009 | url
Votes: -3

Sifu LAN said:

Sifu LAN
Janganlah putus asa..
Salam mfaza. Maafkan saya mungkin ada salah silap saya yang menyebabkan saudara tidak senang dengan tindakan saya. Saya juga manusia biasa yang tak lari dari membuat kesilapan. Tapi banyak perkara yang saya lakukan bersebab. Sebagai contoh, sebelum ini, saya menerima banyak email yang mengkritik terlalu banyak income statement ditunjukkan di dalam web saya padahal keasliannya amat diragui. Ramai yang kata setakat income statement, boleh edit pakai photoshop jer. Oleh itu, saya menunjukkan bukti gambar duit fizikal. Klu sy letak atas meja nanti cakap amik gambar orang. Jadi saya sendiri bergambar bersama duit2 tu.. Klu masih tak paus hati tak tahulah nak kata apa. Memang dah biasa dengan isu2 tak puas hati nie.. Terpulang kepada anda semua nak ambil positif atau negatif.

Tujuan saya menulis artikel menunjukkan KISAH KEJAYAAN tu sebenarnya baru2 nie ramai yang terkejut baca ruangan tu. Rupanya ramai yang tak perasan dan tidak tahu bahawa saya ada membuka ruangan KISAH KEJAYAAN di forum tertutup. Jadi saya publish supaya lebih ramai orang tahu tentang kejayaan orang lain. Lagipun di sebalik perkongsian kisah mereka, ada diselitkan teknik2 yang digunakan untuk memperoleh kejayaan yang sama. Saya tidak faham bagaimana perspektif saudara tentang kewujudan ruangan tersebut, tetapi ia adalah terbuka dan bukannya saya karang sendiri. Ia hanya sekadar ruangan untuk berkongsi kegembiraan dan motivasi kepada orang lain (kecuali saudara kot)

Tentang soal fee tu dah tentunya kita perlu bijak menguruskan harga dan mengimbangkan jualan. Jangan hanya nak jual murah jer dan untung besar. Berniaga pasar malam pun tetap dikenakan caj tapak. Dengan kajian yang betul, kita mampu untuk handle fee di eBay dan perkara nie dah banyak kali dibincangkan di dalam forum sebagai contoh penggunakan eBay store dan sebagainya. Saya sendiri ada berkongsi teknik yang saya gunakan ketika membuat jualan. Saya pasti saudara tak baca. Saudara hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk membaca dan browse di forum tertutup dan bukan mengharapkan orang lain memberikan kepada saudara. Kejayaan mereka-mereka di eBay adalah disebabkan kerajinan mereka membuat kajian dan membaca.

Maafkan saya jika ada salah dan silap saya yang menyinggung saudara. Di harap jawapan saya membantu.
 
March 14, 2009 | url
Votes: +4

Shahraduan - Ebay Power Seller said:

Shahraduan
Dalam 100 org mesti ada 1 negatif punya pemikiran ..
Hohoho...

mfaza - kau memang tak kenal sifu-lan..dan tak perlu aku nak bercerita sebab aku malas nak cerita, nanti negatif saje yg ko pikir.

Bab duit atas meja..aku pun ada tabur duit atas meja..hehehe ( ada dlm blog aku ) tapi aku tak jual ebook lerrrrrr...aku bisness ebay ikut ebook dia. Yang ni kau nak komen ape plak mfaza ?

Aku kat rumah dah 4 bulan tak pi kerja..bikin ebay saje beb!! Keluarga aku sara dengan duit ebay saja.

Pasal FEE - Ini satu masalah lagi..ramai yg list membabi buta terus terang aku cakap..tapi kawan aku sorang tu list tiap2 hari 10-20 item tersale..yeahh kenapa..sebab dia rajin buat research dan kajian..lepas tu baru bikin produk. Design ler ..design.

Listing tanpa planning memang pening kepala ler nak bayar fee..fenomena terkini..org join ebay ni angan2 nak cepat kaya nak cepat duit..tapi ilmu korang kureng...kalau korang rajin research dan duduk dlm ebay tu berjam jam aku pasti korang boleh $$$

Sehari berapa masa korang habiskan kan berebay utk kajian, mendalami ilmu, tgk itu ...tgk ini..watches item..bla bla bla..kalau setakat sejam 2 tu..tak boleh dpt hasil lagi...kena byk study..try n error.

Ebay bisness jangka masa panjang..kalau pikir pendek nak cepat kaya..hancurlah korang nanti..kalau korang ada pengalaman 6 tahun aku tak kisah....

Bab Forum - Memang bagus sekali..byk info korang boleh dpt..byk pertanyaan boleh ditanya. Aku sekarang ni jrg skit nak berforum...sibuk dengan barang fizikal..biasalah nak Kaya Lebih Hohohoho..Aku ni bukan org yg selalu buat alasan itu ini....kalau dok buat alasan sampai bila pun tak boleh jalan!!
 
March 14, 2009 | url
Votes: +2

hazman aka species1980 said:

0
...
Tahniah bro sebab telah beri tunjuk ajar pada yang telah berjaya....

p/s : tertarik pada sesi soaljawab antara mfaza vs sifu-lan + shahraduan
 
March 14, 2009 | url
Votes: +0

tauke-baem said:

tauke-baem
Ni mesti list membuta tuli......
aku rasa mfaza nie mesti letak list membuta tuli nie,tak buat research,aku pun dulu,bila baru dengan ebay,aku list suka hati,terkejut tengok fees USD215,tapi kini aku berlajar dari kesilapan,letak list bila dah bila aku rasa compident saja,tak caya tengok kat website aku....smilies/grin.gif,jangan putus asa,tak dapat bayar fees kena suspended,buka akaun baru,buat list baru,tapi janganlah membuta tuli pulak,hati2 bila nak list kali nie,semoga berjaya
 
March 14, 2009 | url
Votes: +0

nuwa said:

nuwa
Nak Berjaya Kena Rajin..
Thread kisah-kisah kejayaan dlm forum tertutp Sifu Lan mmg byk sapa2 yg nk bina perniagaan di ebay. Pada saya, Sifu Lan xjanjikan apa2 kejayaan kepada pembeli ebook beliau. Yg penting adalah usaha individu tu sendiri. Rajin berusaha, rajin buat kajian produk, rajin bertanya... pendek kata kena rajin semua ler...Baru jalan kejayaan akan terbuka. Beliau dh buka jalan, siap ada forum yg penuh dgn ilmu2 baru lagi! Hanya kita yg perlu membuat keputusan..
Selamat Berjaya kepada mfaza.
 
March 14, 2009 | url
Votes: +0

cnam said:

0
...
hmmm..tahniah pada yang berjaya, saya sedang buat research ni..banyak gak masa terbuang depan pc ni..masih lum confident lagi..semangat lum membuak kata orang..baru dag dig dug gitu..smilies/cry.gif
 
March 14, 2009
Votes: +0

observe888 said:

observe888
...
Aku rasa la kan...

aku nak buat full time ngan ebay la...he he he...

nak ikut langkah bro shahraduan...

nak kejar income 6 angka lak...
 
March 14, 2009 | url
Votes: +0

azizwan(dot)com said:

0
...
~ OFF TOPIC ~

harap ebook versi advance nanti dimuatkan secara detail mengenai pembayaran "listing fees" sbb ada yg tertanya-tanya mcm mana nk buat bayaran dan ada diantaranya bertanya samada boleh buat byrn menggunakan paypal atau tak. harap sifu lan take note mengenai perkara ini. TQ smilies/smiley.gif

komen drpd http://azizwan.com smilies/grin.gif
 
March 14, 2009 | url
Votes: +0

matzis said:

matzis
...
Salam, bisnes ebay nampak macam mudah tetapi sebenarnya susah jika anda tidak pandai mengatur strategi didalam bisnes ebay. Kesimpulannya Belajar+Kajian+Usaha+Rajin+Kreatif=Kejayaan!
 
March 14, 2009 | url
Votes: +0

fir_acheque the bassist + ebay (kerja mkn gaji) said:

0
...
research and research..insyaallah..strategi, plan, kreatif..ebay mmg lubuk duit mfaza. ILMU mau mantop, tawakal, insyaallah tuhan pemberi rezeki. bkn senang nak senang, bkn susah nak susah. gagal sekali bkn gagal selamanyar. GANAS MST GANAS BEB!!
 
March 15, 2009
Votes: +0

fazlee said:

fazlee
...
salam semua... yahuu.. uptodate dah 109 item sold smilies/grin.gif
thanks to sifu lan

mmg betul apa yg otai2 cakap.. research tu penting.. sy start buat ebay ni bulan januari.. tp lansung xde hasil.. tp stat bulan feb baru nampak hasil. bulan mac lg la.. siap ada dlm sehari tu 20 item terjual!

sbnrnya ada cara nak dpt listing percuma.. x percaya? ada... sy dah buat.. fee jd 0.00 tp item dpt jual, cuma kena byr fee paypal je. hehe...
 
March 15, 2009
Votes: +1

paksujb said:

0
sapa2 yang boleh membantu.. komunikasi terus YM
sy harapkan ada kwn2 yang sudi add YM drpest.control@yahoo.com..
boleh kita terus komunikasi..

salam
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

pedagangIT said:

0
tahniah bro
sifulan memang banyak buka mata tentang ebay nie...
thank bro..
bro pakej advand tu keluar bilasmilies/grin.gif
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

corallinkz said:

0
kepada saudara fazlee
salam fazlee, boleh share x teknik listing free kat saya? bolehlah email saya utk communicate terus.

corallinkz at gmail dot com

 
March 16, 2009
Votes: +0

mr_mazlan_73 said:

mr_mazlan_73
...
HARAP KITA BOLEH KAYA DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG... ok bro
 
March 17, 2009 | url
Votes: +0

kimi said:

0
...
hoho.. aku suka shahraduan cakap..nak listing kena ada kajian.. jangan listing membabi buta.. nanti barang tak laku..

aku sendiri banyak menghabiskan masa buat kajian kat terapeak.com.. listing aku takde la ribu2.. tapi alhamdulillah..lebih 80% terjual..
 
March 17, 2009 | url
Votes: +0

kimi said:

0
...
kepada mfaza, banyakkan solat sunat dhuha, pembuka pintu rezeki, yang penting segala apa yang kita buat kita kena istiqamah.. mintak tolong sama Allah.

mengamalkan sesuatu tanpa ilmu, bukan hanya merugikan kita, malah merugikan orang lain..

renung2kan... dan selamat beramal..
 
March 17, 2009 | url
Votes: +1

XploR said:

shamsukri
Suke bace kisah kejayaan
Saya suka baca kisah kejayaan dalam forum tu, boleh beri semangat. Ramai juga yang cerita step2 dia sampai dapat buat jualan. Dalam forum tu kebanyakan dah banyak terjawab, tinggal nak xplor jer. smilies/wink.gif
 
March 18, 2009 | url
Votes: +0

Rahsia Jutawan CBC said:

0
sumbangan yg amat berharge
mmg mantop betul dan betul2 teruja tgk kejayaan usahawan ebay ni...insyallah akn tiba nnti..hahasmilies/grin.gif
 
March 26, 2009 | url
Votes: +0

syamzone said:

0
Bertukar Gelanggang.
Inilah masanya untuk bertukar kepada gelanggang ebay....
 
April 07, 2009 | url
Votes: +0

eone said:

0
nk
nak cara listing percuma jgak..
 
April 09, 2009 | url
Votes: +0

eone said:

April 09, 2009 | url
Votes: +0

maizana said:

0
...
Saya masih baru dalam ebay, buat kajian berbulan-bulan. Ni baru nak listing. Nak belajar dr Fazlee macam mane nak jadikan listing 0.00. Tolonglah sebarkan ilmu ni!
 
April 16, 2009
Votes: +0

ziela said:

0
...
saya pun sama harap boleh kongsi cite pasal listing free. Email saya bziela@yahoo.com.my. Time kasih.
 
April 17, 2009
Votes: +0

jack said:

April 17, 2009
Votes: +0

din said:

din
...
a'kum c-foo... cane nk beli ebook c-foo tu..? sowi r.. bwu jer join mlm nie..
 
May 07, 2009
Votes: +0

din said:

din
...
geram wa tgk yg da b'jaye 2... amin..!!smilies/smiley.gif
 
May 07, 2009
Votes: +0

sudin said:

0
teknik listing free
nak jugak tau mcmana nak listing free tu...smilies/grin.gif
email: mohd.shahrudin@gmail.com
tq
 
May 17, 2009
Votes: +0

Muhammad Rizal said:

0
Salam Muhibbah.
Assalamualaikum,kepada mereka yang nak kaya cepat tu dan fikir negatif buat apa bisnes pun tak kira produk fizikal ke atau maya ke mesti takleh jalan punya.Contoh senang,cuba tanam benih durian.Hari nie tanam esok boleh kutip buahnya ke?Habis koman kena tunggu 5-6 tahun.Siap kena jaga lagi.Saya pun baru lagi dlm ebay nie,bnyk kena belajar.Sifu Lan dgn yang expert lain2 tu 'orang lama' kita masih berhingus.Maaflah kalau terasa,saya tak kisah kalau kena ketuk dgn sifu janji ilmu dan pengalaman lekat.Kata pepatah"Sabar tu lebih pahit dari hempedu,tapi ianya juga lebih manis dari madu.Jikalau kita mahu bersabar"Fikir-fikirkanlah.Wassalam.
 
May 18, 2009
Votes: +0

Bakal Jutawan said:

0
teknik listing free
saudara fazlee,
kalau x keberatan saya pun nak tahu cara2 free listing 2..smilies/cheesy.gif

thank you.
 
May 26, 2009
Votes: +0

newbie yer aku said:

0
teknik listing free
Kalau tak silap ana lah.....itu teknik listing free....kasi buka store malaysia la ....nak buka store kene ada 10feedback lah ......

ana baru lagi lah......store pun tak al buka lagi lah....
 
May 26, 2009 | url
Votes: +1

eshanne said:

0
Saya pun nak cuba gak..
Thank you En. sifu lan .. Hehhe.. Very good indeed.. Saya pun tak tau wujudnya blog ni kekeke.. sorry saya ni budak baru je blajar..

Terima kasih dengan pendedahan sedikit tentang dunia IM ni, saya pun berasa sangat teruja sekali kerana dapat mempelajari sedikit teknik.. Tetapi sedikit teknin itu tidak memberikan saya apa2 pun, saya berharap En. Sifu Lan ni dapat membantu saya, saya harapkan email daripada Sifu.. Terus terang saya katakan da lama saya berkecimpung dalam hal ni tapi saya buat tau tak tau je.. saya abaikan saja, saya harap pertolongan dari Sifu ni sedikit sebanyak dapatlah membantu saya.. teruskan usaha Sifu lan saya akan terus bersama sifu lan untuk mempelajari teknik2 ilmu pemasaran internet ini..

P/s - Ada tak sedikit review tuk saya yang boleh saya pelajari?
Harap email dari sifu dapat membantu saya ..

Sekian.
Terima kasih.
 
June 11, 2009 | url
Votes: +1

parkque said:

0
aku pn nak jd mcm korang
dlm masa terdekat ni aku akan dapatkan e-book sifu lan...
 
August 10, 2009 | url
Votes: +0

parkque said:

0
hope otai-otai ebay dapat tolong
minat nak buat perniagaan ebay ni
 
August 10, 2009 | url
Votes: +0

yamaguchi said:

0
mfaza mungkin pernah FRUST
kepada saudara mfaza,

kita kene belajar dari orang2 yang berpengalaman baru dpt hasilnya.
xkan cikgu kt sekolah x pernah belajar?klu x mcm mner die boleh jadi cikgu..??die pon belajar dari cikgu die jgk masa dulu2...huhuh...sama jgk ngn SIFU kita ni..

paling senang kita COPY jer dari IM yang dh berjaya.Jangan nk kutuk jer bende yang belum kita buat lagi.

aku pon baru setahun jagung kt dunia IM ni...aku x jual Ebook..tapi jual botol air...hehe..tapi dh nmpak skit hasilnya.dulu aku mcm ko jgk mfaza suke pikir yang mengarut-ngarut tpi sekarang aku BLOCK kan minda aku dari mikirkan benda2 NEGETIF ni.x de pekdah ler..

p/s: aku tgah labur duit beli Ebook utk belajar,kata org mane dtgnye ilmu kalau x korbankan masa & wang mner nk dpt hasilnya....PIKIR2KAN LER MFAZA

www.cantik2u.com/nizansmilies/grin.gif
 
September 26, 2009
Votes: +0

zamrizain said:

0
...
walaupun aku dah lama ada akaun ebay tapi aku belum mula lagi....hehe. smilies/grin.gif
 
October 20, 2009 | url
Votes: +0

densu said:

0
Takut Bayar Fee ...Lopong la
Oleh kerana takut kena bayar fee beratus ratus maka jadilah seperti saya 'LOPONG'...tak ke mana . ebook bersusun, kursus ebay RM350, habis beribu belajar ebay ni. tapi tak mula membuat listing. rugi kan .apa nak buat, takut bayar fee .
 
October 28, 2009 | url
Votes: +0

observe888 said:

observe888
Teknik 4 ke 5 angka di ebay menggunakan AN
salam...

aku ada bongkarkn cara aku berbisnes di ebay...

sila semak thread Kisah Kejayaan...

kepada yg terkial2 mencari teknik jualan yg hebat...sila la ikut panduan yg aku bongkarkn...

semua ini adalah adaptasi dari sifu2 dlm forum nie...terimakasih kepada semua...

semoga berjaya...Amin...
 
October 30, 2009
Votes: +0

MUSA ISMAIL said:

MUSA ISMAIL
...
BERABARLAH ,SEMOGA BERJAYA,TUHAN BAGIKAN FIKIRAN UNTUK KITA BERGIKIR....
 
December 09, 2009 | url
Votes: +0

blukamal said:

kamal
...
fazlee dan frenz, share dgn sy mcm mana nk listing tu email:ppvmev@yahoo.com
TQ
 
January 20, 2010 | url
Votes: +0

zogo said:

0
nak mniaga besi
smilies/smiley.gifcmne nak start??
 
February 22, 2010
Votes: +0

ansdin said:

ansdin
...
sy pun nak juga cara listing percuma ansdin@yahoo.com TQ
 
March 13, 2010
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

10 Komen Tertinggi

Sifu LAN
(49 comments)
Shahraduan
(46 comments)
nuwa
(27 comments)
mujahidbiz
(18 comments)
observe888
(12 comments)
yazidyahaya
(10 comments)
matzis
(8 comments)
zakri
(6 comments)
mohd farid
(6 comments)
mohd basri
(5 comments)

Statistik Pelawat SIFU-LAN.COM

Pelawat [+/-]
Hari Ini:
Semalam:
2 Hari Lepas:
95
530
504

+26
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
1129
3364
5015

-1651
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
9508
15766
12177

+3589
Tahun Ini:
Tahun Lepas:
37451
32925
+4526

Purata Pelawat Sehari
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
376.3
480.6
716.4
-104.3
-235.8
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
559.3
525.5
405.9
+33.8
+119.6

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.