Bagaimana mengeluarkan duit PayPal jika akaun tersebut menggunakan VCC?

Hari nie, saya nak berkongsi satu teknik paling berkesan untuk menjual duit PayPal. Kebiasaannya, kalau kita gunakan debit card visa, takde masalah sbb kita boleh widthdraw terus duit tu ke debit/kredit kad kita.. Tapi macamana pula kalau kita guna VCC?? sebenarnya, saya sendiri tidak gemar mengeluarkan duit paypal menggunakan debit/kredit kad.. Ini kerana PayPal mengenakan caj sebanyak USD5 setiap kali kita buat pengeluaran.. Adalah lebih bagus kalau kita dapat jual duit PayPal tersebut kepada mereka yang memerlukan.

Siapa yang akan beli?

Mesti kita terfikir, kalau kita nak jual duit paypal nie, siapa yang nak beli? Sebenarnya, ramai orang yang memerlukan duit paypal nie terutamanya traders dan mereka-mereka yang aktif membeli belah di internet. Bergantung kepada harga yang kita tawarkan.. Saya jamin dengan menggunakan kaedah yang saya ajar ini, anda akan dikejar oleh pembeli duit PayPal seperti dikejar pengutip hutang.. hehe.. ya.. telefon saya tidak henti2 orang bertanya adakah saya mempunyai duit PayPal lagi sehinggakan saya malas untuk menjawab panggilan telefon.. Begitu ramai sekali sebenarnya orang yang memerlukan duit paypal ini, cuma kita perlu pandai mencari pembeli.

Bagaimana caranya?

Jika anda banyak membaca, ramai yang mencadangkan agar anda menjual duit paypal anda di lelong.com.my.. Sebenarnya kaedah yang paling berkesan untuk menjual duit PayPal ini adalah dengan iklan di forum.. Ya! Forum..

Anda boleh lihat forum2 seperti Tanyasifu.com, Wangcyber.com dan Carigold.com, mereka menyediakan ruangan untuk anda menjual duit paypal anda. Tetapi mengikut pengalaman saya, tempat yang terbaik sekali untuk anda menjual duit PayPal ialah di forum www.lowyat.net

Langkah-Langkah mengiklan

  1. Daftar terlebih dahulu akaun anda di www.lowyat.net dan pastikan anda verify email anda setelah mendaftar.
  2. Buka forum tersebut dan cari category "Garage Sale".
  3. Buka thread atau post baru bagi mengiklankan jualan paypal anda di forum "Garage Sale" berkenaan.

Pastikan semasa anda meletakkan iklan, perkenalkan diri anda terlebih dahulu dan beritahu bahawa anda adalah seorang eBay seller. Lebih baik sekiranya anda meletakkan gambar anda sekali bagi membolehkan pembeli lebih mempercayai anda. Letakkan iklan anda dan tulis sekali harga yang anda tawarkan sebagai contoh USD1 = RM3 dan bayaran ke bank yang boleh mereka bayar seperti maybank2u, cimb dan lain2.. Pastikan anda meletakkan nombor telefon anda sekali, jika tidak, pembeli akan tidak percaya.

Mengapa lowyat.net? Ini adalah kerana lowyat.net merupakan forum yang mempunyai bilangan pembeli paling ramai di internet. Kebanyakan mereka memerlukan duit paypal untuk membeli peralatan komputer dan lain2.. Saya percaya, setelah anda meletakkan iklan di sana, Dalam tempoh 2 jam sahaja, anda sudah ada pembeli. kadang2 kurang..

Layan semua pembeli anda dengan baik dan pastikan anda mencari seorang atau 2 pembeli tetap.. Saya sendiri telah mempunyai pembeli tetap yang datang dari forum lowyat.net dan ini memudahkan saya menjual wang tersebut. Harus diingatkan, ketika menghantar wang kepada pembeli, tulis perkara Other, Services di PayPal. Jangan sesekali menulis kita menjual duit tersebut kerana ia melanggar syarat2 dan peraturan PayPal.

Saya harap, panduan di atas boleh membantu anda.. Terima Kasih..

Comments (10)add comment

zai said:

0
...
Mana datangnya duit PayPal.

Maaf, saya masih batu dalam dunia perniagaan internat. Baru nak belajar belum bermula
 
February 28, 2009
Votes: +0

mzsyahmi said:

mzsyahmi
baru nak mula tapi dr mana
sye dh pergi kursus bersma noorizam, tlh pun buat ketiga2 syarat tu, tp nk mula dari mana, krg faham samaada ke artsnow dlu baru ke Ebay atau sebaliknya
 
March 14, 2009 | url
Votes: +0

Faiz said:

0
...
Haha... saya nak cari penjual... smilies/grin.gif
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

amri said:

amri
...
hehe..sekarang kat sini pun leh jual..
cpt sapa nak jual mesti ada pembeli lah..
aku nak jual aku punya sikit je ada..
nanti dah banyak br leh jual..
hehehe..thanks sifu..minta halal ilmu yg diberi..
 
March 21, 2009 | url
Votes: +0

kimi said:

0
berape rate?
selalu sifu lan letak rate based on ape ye?? kalau kita jual ikot rate semasa, sure orang tak beli. ye tak? pasal diaorang sendiri boleh pakai credit or debit card.. harap sifu dapat membantu bagaimana nak menetapkan rate..
 
March 30, 2009 | url
Votes: +3

rahim said:

0
???
mcm mn nk jual sifu LAN?? nk bt akuan PayPal xlepas lg.sy dh ikut step2 yg diberikan dlm Ebook panduan & rahsia eBay tp xjd2 lg.card type sy Visa kerana debit card sy Visa.sy isi je card number tp ada mslh.pergi tanya kt bank.pihak bank ckp ok je.mcm mn ni sifu LAN.
 
April 30, 2009
Votes: +0

arzule said:

arzule
senang jer
kimi, ko jual je ikut brape harga ko suka...tapi selalunye orang jual dlam rate 3.4 ke 3.5 untuk 1USD, lagi rendah lagi panas duit paypal ko...hehehe... aku pun selalu beli paypal kat lowyat, CG or WC nyer forum. ada seller yang best, ada yang banyak cekadak...so kalo jual paypal pun kenala layan customer cam dalam ebay gak tapi dependlaaa pada ko camne nak wat...ape2pun selamat berjaya...smilies/grin.gif
 
May 07, 2009
Votes: +0

Ahmad Anuar said:

0
Bagusssssssstar
Ooooo...baru saya faham. Tunjuk ajarku sifu. Saya akan buktikan kejayaan di eBaysmilies/grin.gif
 
June 29, 2009
Votes: +0

akuz said:

0
cmne nak bayar AN guna paypal
salam...
saya baru stat register akaun ebay 2 hari lepas..nak tanya selepas kita list produk di ebay, katalah ada buyer dan masuk duit dlm akaun paypal saya, mcmane cara saya nak bayar kepada AN?
 
March 03, 2010
Votes: +0

pari said:

0
about account
assalamualaikum...

sudah beberapa kalai sy ingin mmbuka akaun ebay yg kedua dan berbagai cara saya lakukan sy mencube try and error tp masih gagal

1-bagaimana mengelakkan acc ebay yg kedua disuspend?
2-bolehkan data dalam acc ebay sama dengan acc paypal?
3-bolehkan guna pc yang sama untuk acc ebay seterusnya?
4-bagaimana pula membuka acc ebay yang beralamat di US?

minta share maklumat yang anda ade

sekian
 
March 16, 2010
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN