Akaun PayPal anda di 'Access Limit'? Tahukah anda?


Sudah lama saya tidak update blog saya nie, maafkan saya kerana saya agak sibuk menguruskan 4 account eBay serentak (3 premium store & 1 enchor store) hampir 10,000 item perlu diuruskan. Di samping itu saya juga sibuk dengan anak yg baru lahir serta menguruskan pembelian ebook 'Panduan & Teknik Rahsia eBay' dan menjawab beratus2 soalan email yang hampir tidak mampu saya reply setiap hari. Mungkin saya akan kekal sibuk seperti ini sehingga hujung Januari tahun hadapan. Oleh itu saya meminta maaf sekiranya soalan2 yang diajukan kepada saya lewat di balas ataupun tidak dibalas kerana kadang kala saya terlepas pandang.

PERNAHKAH ACCOUNT EBAY ANDA DI 'ACCESS LIMIT'?

'Access Limit' bermaksud akses akaun Paypal anda disekat dan anda tidak dibenarkan menggunakan, menghantar, dan menerima wang dari account Paypal anda. Pendek kata, anda langsung tidak boleh menggunakan account PayPal tersebut untuk membeli atau menjual lagi. Ia dibekukan. Saya menganggap ia satu 'BENCANA' kepada sesiapa yang terkena 'Access Limit' ini. Banyak istilah lain digunakan seperti account di frooze, di sita, dan mcm2 lagi.

MENGAPA AKAUN PAYPAL DI 'ACCESS LIMIT'?

Sebenarnya. ia terjadi TANPA SEBARANG SEBAB! YA! TANPA SEBAB!.. Saya sendiri tidak mengetahui bila polisi ini bermula tetapi dari apa yang saya tahu, semua account PayPal baru akan dipantau secara teliti oleh pihak PayPal. Pada mereka yang masih baru, tidak perlu panik.. Ini tidak terjadi kepada semua orang. Hanya kebetulan jika berlaku. Jika anda mempunyai transaksi yang banyak, anda adalah salah seorang yang amat berpotensi di 'access limit'.. Mungkin kita tidak perasan "AGGREEMENT" yang kita persetujui sebenarnya membenarkan pihak PayPal membekukan akaun dan wang kita selama 180 hari tanpa sebarang sebab. Banyak website dan forum2 antarabangsa membincangkan perkara ini. Pelbagai2 andaian dan pendapat telah diberikan dan saya dah FADE-UP dengan semua alasan dan cadangan. Dengan begitu terkejut, rupanya bukan saya seorang sahaja yang terkena. Banyak website yang telah lama menyumpah dan membenci PayPal. Cuba lihat website2 ini:

Kali pertama saya account eBay saya terkena 'access limit' sebanyak USD4,500 dibekukan. Saya rasa amat marah dan tidak puas hati dengan PayPal. Bukan itu sahaja, saya rasa dalam pengalaman saya, sebanyak lebih 10 account PayPal saya pernah di access limit. Pelbagai2 cara dan teknik telah saya gunakan tetapi gagal. Akhirnya, saya menemui satu teknik, bukan untuk mengelakkan, tetapi cara untuk menerima 'Access Limit'.. InsyaAllah saya akan kongsi pada artikel ke-2 saya sambungan kepada artikel ini.

ADA TAK ORANG YANG TERLEPAS DARI 'ACCESS LIMIT'?

Memang ada. Mereka yang telah mempunyai account PayPal yang telah lama tidak akan dikenakan access limit. Mungkin account tersebut sudah mencecah usia setahun. Sesungguhpun begitu, ia mungkin berlaku lagi jika terdapat penukaran debit/kredit kad.

Ada di antara pemilik account PayPal terlepas dari 'access limit' hanya dengan memberikan maklumat yang diperlukan oleh PayPal. Kebiasaannya, Paypal akan meminta maklumat ini:

  • Salinan Kad pengenalan atau passport
  • Bukti alamat tempat tinggal (utility bill atau statement) yang sama dengan pendaftaran Paypal
  • Supplier Contact detail (maklumat pembekal barangan yg kita jual)
  • Invoice ( bukti pembelian stok produk yang kita jual )

Ada juga orang yang berjaya memberikan maklumat2 tersebut dan status 'access limit' account mereka diangkat semula. Ramai juga begitu. Saya tahu. Tapi tak semestinya juga. Saya sendiri pernah menjual produk dengan membeli stok dan menjual di eBay dan memberikan segala butiran tersebut dengan lengkap kepada PayPal. Mereka hanya memberitahu akan review document tersebut. Saya menunggu hingga seminggu tetapi masih tiada reply dari pihak Paypal. Saya menghubungi pejabat PayPal di Singapore dan mereka meminta maaf kerana tidak dapat menangkat status 'access limit' account saya. Apabila saya tanya adakah dokumen saya bermasalah? Mereka menjawab semuanya diterima dan disahkan. Tetapi 'supperior officer' mereka tidak membenarkan account saya di buka semula. Semua wang saya dibekukan selama 180 hari dan selepas tempoh itu, pihak Paypal akan menghantar email memberitahu bagaimana cara mengeluarkan duit tersebut. Sungguh menghampakan. Walaupun dah hantar document lengkap.. tetapi tetap kena. Saya ada mengadu di forum2 di Malaysia tetapi orang ramai menuduh saya melanggar polisi dan tidak mengikut peraturan padahal saya menjalankan perniagaan mengikut prosuder. Saya mempunyai bukti lengkap invoice produk yang saya simpan dan bukti supplier saya lengkap dengan alamat dan nombor telefon. Saya menggunakan debit kad dari bank dan bukan VCC. Tetapi PayPal tetap berbuat demikian. Untuk account eBay yang saya link dengan PayPal tersebut tidak menggunakan dropshipper, saya menjual pakaian yang dibenarkan tanpa melanggar mana2 polisi. Saya beli stok complete dengan segala invoice dan resit. Tetap ditolak. Sungguh tak adil.

BERITA BURUK KEPADA MEREKA YANG MENGGUNAKAN DROPSHIPPER. Sudah tentu kita tidak dapat memberikan document berkenaan kerana polisi jualan di eBay yang ketat mengenai menjual produk yang tidak ada dalam tangan. Memberitahu pihak PayPal mengenai perkara ini seolah2 menyumbang masalah lebih besar kepada account eBay anda yang mungkin selepas itu disuspend pula. Jangan panik, saya sehingga hari ini menggunakan perkhidmatan dropshipper dan tiada masalah. InsyaAllah artikel saya selepas ini akan mengajar teknik menyelesaikan masalah ini.

Jika anda buka blog2 atau forum2. Ada yang menunjuk pandai sebab2 utama account anda di'access limit'.. Untuk pengetahuan anda, saya sendiri bercakap dengan pihak PayPal dan mereka langsung tidak pernah mengeluarkan sebab kenapa sesebuah account di access limit. Bagaimana mereka kata mereka tahu? Pendek kata, tiada cara untuk mengelakkan account anda dari di access limit. Tetapi janganlah terlalu risau kerana tidak semua account kena. Ada juga account saya yang langsung tidak pernah kena walaupun masih baru.

Ada juga individu yang tidak bertanggungjawab mengaku adalah 'orang dalam' di PayPal dan boleh mengangkat status 'access limit' akaun PayPal anda dengan bayaran tertentu. JANGAN TERTIPU DENGAN MEREKA! Ada yang ditipu sehingga melibatkan bayaran ribuan ringgit. Mereka mengambil kesempatan dari masalah dan kesulitan orang lain. Berhati2 dengan orang seperti ini.

Rupanya bila kita search masalah ini di forum2 antarabangsa. Ramai lagi yang terkena. Walaupun semua document diberikan, tetap tidak mengangkat status 'access limit' account PayPal anda. Adakah anda salah seorang daripadanya? Memang perkara ini tidak berlaku kepada semua orang.. tetapi ia terjadi dan saya salah seorang mangsa.

Ebay pula memanipulasi penjual dengan meletakkan PayPal sebagai syarat menjual di eBay. Sememangnya, PayPal telah dimiliki oleh eBay dan kaedah mereka ini tidak memberi pilihan kepada penjual untuk menggunakan perhidmatan selain PayPal. Strategy mereka adalah memudahkan pembeli menggunakan PayPal untuk bayaran yang pantas, dan memaksa penjual menerima PayPal untuk memaksimumkan jualan. Ini sama seperti Bill Gates yang memanipulasi IBM dengan DOS sebagai platform utama sistem komputer. Semua aplikasi komputer perlu dijalankan menggunakan DOS. Begitulah eBay memanipulasi pembeli menggunakan PayPal. Dah la caj tinggi, lepas tu pengaruhi semua pembeli guna PayPal pulak. huh.

KESIMPULAN: PayPal akan 'access limit' account baru secara rawak. TANPA SEBAB!

JANGAN RISAU DAN PANIK, SAYA MASIH MENJALAN PERNIAGAAN EBAY DAN MENERIMA BERATUS2 USD SETIAP HARI DI DALAM ACCOUNT PAYPAL SAYA TANPA SEBARANG MASALAH. ADA CARA MENERIMA BENCANA INI.

InsyaAllah dalam masa terdekat ini, saya akan menulis artikel tentang bagaimana saya menerima 'access limit' ini.. Saya tidak ada cara bagaimana untuk mengelakkannya, jika anda ada, berkongsilah dengan kami di sini. Mungkin ia boleh dimanfaatkan bersama. Nantikan sambungan artikel ini bertajuk 'Bagaimana menyelesaikan masalah 'access limit' PayPal anda'...

TIPS: Subscribe RSS saya dengan mengisikan email anda di ruangan "Artikel terus ke email anda" di bahagian kanan blog saya. Artikel2 dari saya akan terus masuk ke dalam email anda.



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites
Reddit! Del.icio.us! Mixx! Free and Open Source Software News Google! Live! Facebook! StumbleUpon! Yahoo! Free Joomla PHP extensions, software, information and tutorials.
Comments (19)add comment

arqam said:

0
tentang pay pal
Salam Sifu lan saya nak tanya jika saya dah sign up pay pal tapi sya memilih personal akaun adakah betul
 
February 16, 2009
Votes: +0

faiz said:

0
...
Huh..mcm ni rupanya tak senang duduklah. Tiada keadilan langsung. Teruklah begini. Semua pun ragu2 nak bisnes guna account paypal
 
February 18, 2009
Votes: +0

MOHD SYAH RIZAL MOHD MOSTAPHA said:

MOHD SYAH RIZAL MOHD MOSTAPHA
...
ebay kene guna akaun paypal jer jer...klu akaun e-wallet lain tak dapat ker? atau bayar direct thru akaun creditcard
 
February 19, 2009
Votes: +0

simran said:

0
...
paypal memang scammer paling besar.. tak patut buat cenngini. dah le caj setipa kali duit masuk. pastu ebay pulak caj double triple.. giler kentang
 
February 19, 2009
Votes: +0

eboy said:

0
Mana?Mana?Mana?
Nantikan sambungan artikel ini bertajuk 'Bagaimana menyelesaikan masalah 'access limit' PayPal anda'...

Mana sambunganya wahai Sifu yg bijak bestari?
 
February 22, 2009 | url
Votes: +1

ali abu said:

0
...
mana edisi berikutnya sifu ?
 
February 23, 2009
Votes: +0

rizal said:

0
...
Ebay dah terima moneybooker gak dalam payment method diorg
 
March 01, 2009 | url
Votes: +0

ally5655 said:

0
Account Access Limit
Salam.
Dalam masa dua bulan buka akaun di pay pal,ini kali kedua kena access limit.Yang pertama dia cuma nak proof add je,skang ni nak semua details pulak.
Camana yek nak bagi sebab guna dropshipper je?
Sampai bila2 ke account akan jd macam tu kalau tak bagi details?
Thanks in advance for your explanation.
 
March 07, 2009
Votes: +0

shah said:

0
Sifu...tolonglah
mana sifu ni...sifu...saya dah beli e-book sifu...dah sekarang saya stuck dekat register Paypal...sebab sifu kuarkan artikel ni..saya konfius nak daftar ke tak...sifu tolong bagi penjelasan...
 
March 09, 2009
Votes: +0

ExtraOrdinaire said:

ExtraOrdinaire
Pertolongan daripada seorang sahabat
Sifu...tolonglah
mana sifu ni...sifu...saya dah beli e-book sifu...dah sekarang saya stuck dekat register Paypal...sebab sifu kuarkan artikel ni..saya konfius nak daftar ke tak...sifu tolong bagi penjelasan...


Kepada saudara shah,
harap saya dapat membantu.berkenaan dgn permasalahan saudara tue, sebenarnya xda masalah pun. daftar jela akaun paypal tue seperti biasa.make sure buka premium account. access limit nie perkara biasa la.
saya pun pernah kena dah. tapi Alhamdulillah dapat diselesaikan. X perlu risau pasal nak mendaftar akaun paypal tue. bak kata sifu lan, hati mau kering skit. kita kena berani hadapi cabaran, access limit tue baru skit je...x mati pun kalo kena access limit...hehehe...teruskan ok. semoga berjaya!
 
March 12, 2009
Votes: +0

quensheila said:

0
Paypal
saya dah register paypal. dah tolak dah USD untuk registration. pastu camner nak guna paypal tu
accaount no ada ker paypal ni. harap boleh beri info.

 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

shah shafeez said:

0
...
account number paypal tu adalah email address yang digunakan untuk log in paypal.. harap dapat membantu
 
March 18, 2009
Votes: +0

mahadir said:

Mohamed Fairudeen Bin Mohamed Fajeer
...
selain paypal, kenapa tak guna perkhidmatana seperti moneybookers, paymate dll? Ini pun sah di sisi ebay kan..?
 
March 24, 2009
Votes: +0

Suhaimi said:

0
Huah!Huah!Huah! Aku dah kena dah..
Untuk pertama kali account aku kena access limit erm.. kepada sesiapa yang tahu depa ni mintak aku punya prove address.. kisahnya tau dak alamat email yang sepatutnya aku nak kena fwd document tu.. TQ kpd sesiapa yg sudi membantu.. smilies/smiley.gif
 
April 15, 2009 | url
Votes: +0

S.K. said:

0
Report PERCUMA Paypal Account Access Limit
Salam semua,

Saya dan rakan telah mengeluarkan satu repot percuma mengenai topik di atas.

Boleh dapatkan repot percuma tersebut di sini :http://www.ziddu.com/download/...s.pdf.html

Kami sedang usahakan untuk mengeluarkan repot yang lebih lengkap untuk anda yang mengalami masalah ini.

Thanks sifu lan bagi space

smilies/wink.gif
 
April 17, 2009 | url
Votes: +0

sabarukun said:

sabarukun
...
leh caya ke kalo kita send copy Identity card ke paypal tu?
 
April 27, 2009
Votes: +0

mohd nazray said:

0
paypal
macam mana kita cipta sistem sendiri
 
June 07, 2009
Votes: +0

nidiron said:

nidiron damha
Keluar Duit Secara Kerap Untuk Elakkan Kerugian
Pasal access limit ni,aku da kena dua kali untuk 2 akaun paypal aku. Lepas 1st time kena, aku memang mmg hati2,ye la bila da kena access limit..bukan sehari dua nk release akaun tu..so..

SELALU2 LAH KELUARKAN DUIT DARI PAYPAL. SEMALAM SATU LAGI AKAUN AKU DI ACCESS LIMIT, TP AKU SEMPAT KELUARKAN TRANSFER RM4700 KE DEBIT CARD AKU.

Memang bangang Paypal ni! Menyusahkan hidup orang je..
 
July 31, 2009
Votes: -1

pengelat said:

0
paypak
bagi saya.... paypal limited bukan secara random. tetapi lebih kepada tindakan yang dilakukan oleh pemilik itu sendiri. kalau sifu lan kata sifulan lebih dari 10 akaun paypal dah bukak. saya rasa saya lebih dari itu. Hanya semata mata untuk mengkaji dan mengkaji. Selepas apa paypal akan limited access?? adalah tak ada apa apa transaction tetiba kena limited access??? atau selepas sesuatu transaction?? kalau secara random, paypal yang static pun akan kena limited access. saya bukan nak belagak atau tunjuk pandai, kalau sifu kata saya tunjuk pandai sifu pun sama la tunjuk pandai jugak. Jangan ada title sifu boleh cakap dan orang akan ikut cakap tanpa justifikasi yang kukuh.

Palpal dilimited kan bukan secara manual tetapi secara automatik apabila sesuatu tindakan oleh telah melanggar apa yang telah di setkan automatik oleh paypal. Ia meliputi IP address, new account, transfer, ebay account, dan macam macam lagi. Sebab itu kekerapan untuk kena limited access adalah sangat tinggi sebab banyak point point yang telah si setkan oleh paypal.

kita sebagai pelanggan paypal kerap melakukan sesuatu yang melanggar apa yang telah disetkan oleh paypal. Feedback di ebay dan tempoh akaun paypal adalah memain peranan penting untuk kurangkan limited access.

itu saja saya nak komen. Sila jangan ambil point ini menjadi point saudara pulak ye.
 
September 07, 2009
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

10 Komen Tertinggi

Sifu LAN
(49 comments)
Shahraduan
(46 comments)
nuwa
(27 comments)
mujahidbiz
(18 comments)
observe888
(12 comments)
yazidyahaya
(10 comments)
matzis
(8 comments)
zakri
(6 comments)
mohd farid
(6 comments)
mohd basri
(5 comments)

Statistik Pelawat SIFU-LAN.COM

Pelawat [+/-]
Hari Ini:
Semalam:
2 Hari Lepas:
78
530
504

+26
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
1112
3364
5015

-1651
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
9491
15766
12177

+3589
Tahun Ini:
Tahun Lepas:
37434
32925
+4509

Purata Pelawat Sehari
Minggu Ini:
Minggu Lepas:
2 Minggu Lepas:
370.7
480.6
716.4
-109.9
-235.8
Bulan Ini:
Bulan Lepas:
2 Bulan Lepas:
558.3
525.5
405.9
+32.8
+119.6

Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.