Bagaimana menyelesaikan 'access limit' PayPal?

image
Ini merupakan sambungan dari artikel bertajuk 'Akaun PayPal anda di 'Access Limit'? Tahukah anda?' yang telah lama saya tulis. Saya tahu ramai yang ternanti-nanti sambungan artikel ini. Saya mengambil masa sedikit untuk mengalami sendiri  dan mengkaji beberapa situasi agar dapat menyampaikan maklumat yang paling tepat pada anda. Adakah anda telah mengalami bencana 'Access Limit PayPal'?
Sebenarnya, klu nak diikutkan memang PayPal akan access limit akaun secara rawak terutamanya akaun baru. Ada juga yang berpendapat, sebenarnya terdapat beberapa sebab dan PayPal ada memprogramkan beberapa situasi di mana jika ia berlaku, 'access limit alarm' akan secara automatik menyekat akaun PayPal sesiapa yang dikehendaki terutamanya yang mempunyai transaksi yang banyak. Boleh percaya ke? ermm.. mungkin.. Apapun tidak ada sebarang kenyataan rasmi oleh pihak PayPal mengapa mereka access limit akaun dan semua yang anda baca di internet sebenarnya hanyalah andaian sahaja.

 

Seperti yang saya beritahu pada artikel sebelum ini, tidak ada cara untuk mengelakkan bencana ini. Tetapi di sini saya ingin menceritakan bagaimana saya menerima access limit.

CARA MENERIMA MASALAH PAYPAL 'ACCESS LIMIT'

  • Berikan segala document yang diminta 
Biasanya Paypal akan meminta pengesahan kewujudan kita seperti IC, Passport dan bukti alamat kita seperti bil, credit card statement dan sebagainya. Cuba berikan apa yang diminta. Saya gagal mengangkat status access limit saya walaupun semua document telah diberikan, tetapi ramai yang berjaya mengangkat status access limit dengan hanya memberikan document tersebut. Masalahnya cuma apabila kita diminta memberikan supplier contact detail dan juga invoice bukti produk yang dijual ada di tangan kita. Di sebabkan eBay mempunyai polisi ketat mengenai menjual produk yang tidak ada di dalam tangan, memberitahu pihak PayPal yang kita menggunakan dropshipper memang tidak membantu.
  •  Buka atau gunakan akaun PayPal baru (biasanya saya terus pilih yang nie)
Senang je bagi saya, jika cara pertama gagal, buka jer account baru. Saya pernah bazir masa berhari2 bergaduh, bertekak dengan orang Paypal nie. Klu diaorang dah takmo angkat status access limit tu, memang dah tak boleh buat apa.. Jangan buang masa anda, buka jer akaun PayPal yang baru atau gunakan akaun PayPal lain yang dah ada. Untuk bisnes eBay, pastikan akaun eBay kita di link ke account PayPal yang baru dan tukar PayPal address semua item2 yang kita jual ke email Paypal yang baru.

Memang tidak ada cara untuk mengelakkan dari terkena access limit oleh Paypal, tetapi di sini saya ingin berkongsi sedikit teknik yang saya gunakan untuk mengurangkan kebarangkalian dari terkena access limit.

INI ADALAH CARA SAYA MENGELAKKAN ACCESS LIMIT

  • Simpan (peram) akaun eBay anda selama 6 MINGGU
Sebenarnya, dengan memeram account paypal anda selama 6 minggu, status (NEW) akaun anda akan diangkat. Caranya adalah dengan membuka account PayPal yang verified dan jangan gunakan ia langsung selama 6 minggu. Ini dapat mengurangkan kebarangkalian akaun anda di access limit sebanyak 70%. Walaubagaimanapun, anda masih mempunyai kemungkinan sebanyak 30% untuk account anda di access limit. Pernah juga terjadi account yang sudah matang (setahun) tetapi masih kena access limit tetapi jarang2 berlaku.
  • Buka Business Account
Ya, ya, ya... saya tahu.. memang fee untuk 'Business Account' agak tinggi. Tetapi dari banyak account PayPal yang saya buka, belum pernah ada yang terkena access limit walaupun transaksi lebih US$200 sehari. Jadi saya membuat kesimpulan, business account mempunyai kebarangkalian yang sangat rendah untuk terkena access limit. Tetapi terpulang kepada anda. Saya tidak memberi sebarang jaminan business account tidak akan kena access limit. Ada yang cerita kepada saya account business mereka kena access limit, tapi mungkin cara nie dapat rendahkan kebarangkalian.
  • Request Payment dari Customer atau galakkan FUND TRANSFER
Salah satu cara untuk kita elakkan dari terkena access limit adalah dengan request payment dari customer. Kita boleh inform di web jualan atau discription jualan kita supaya customer tidak membayar terlebih dahulu. Suruh pelanggan kita tunggu invoice dan payment request daripada kita. Biasanya sukar untuk buat benda nie sebab kebanyakan customer akan terus bayar dan tidak menghiraukan instruction yang kita berikan. Tetapi kaedah nie banyak disarankan oleh banyak web antarabangsa kerana ia mampu mengelakkan dari 'access limit' alarm diaktifkan oleh PayPal (andaian ramai pakar). Satu cara lagi adalah dengan menyuruh pelanggan kita menghantar fund dan set discription ketika membuat pembayaran kepada 'service/other'.
  • Gunakan teknik akaun pihak ke-3

Saya menggunakan teknik nie dan ia amat sesuai untuk mereka yang mempunyai banyak sumber income melalui PayPal (klu ada banyak ebay account boleh guna teknik nie). Begini, buka satu account PayPal personal (istimewa) yang hanya digunakan untuk tujuan simpanan. Kita namakan account special nie sebagai 'akaun A'. Katakan kita mempunyai 2 account eBay yang di link kepada 2 account PayPal yang berlainan. Kita namakan account2 tersebut masing-masing sebagai 'akaun B' dan 'akaun C'. Semua fund dari 'akaun B' dan 'akaun C' kita pindahkan dan simpan di 'akaun A'. jadi, sebarang transaksi pengeluaran samada jual duit paypal atau withdraw kita lakukan hanya di 'akaun A'. Kebarangkalian untuk 'akaun A' untuk di access limit adalah amat rendah kerana ia hanyalah akaun personal dan tidak mempunyai sebarang urusan dengan pelanggan yang ramai. Lagipun, semua transaksi duit masuk ke 'akaun A' adalah fund transfer dan discription pembayaran adalah 'service/other'. Kalau transfer fund ke akaun personal, tidak ada sebarang fee dikenakan oleh Paypal. Ianya percuma. Tetapi saya menggunakan 'Business account' untuk tujuan nie, belum cuba lagi guna personal. Saya menggunakan kaedah ini sehingga hari ini dan tidak langsung mengalami masalah access limit. Akaun yang di link ke eBay klu terkena access limit tu memang perkara biasalah. Tapi account PayPal yang lain tak kena. Cuma kena pastikan IP address berlainan ketika bertukar-tukar account. Berhati2 guna kaedah nie.

JANGAN KELIRU DENGAN ANDAIAN YANG TERLALU BANYAK

Sememangnya jika anda rajin browse dan membaca web2 antarabangsa, terlalu banyak andaian dan kaedah yang dikongsi tetapi tidak semuanya berkesan. Cara2 yang saya tunjukkan di atas adalah yang terbaik setakat nie yang saya tahu. Walaubagaimanapun, saya sering menasihatkan mereka yang belajar di bawah saya supaya 'bersedia! apa2 pun boleh berlaku'. Saya sendiri mempunyai lebih 5 account PayPal yang tidak digunakan hanya diperam sehingga hari ini 'just in case apa2 terjadi' (akaun standby). Jangan jadikan isu 'access limit' menjadikan anda seorang yang penakut dan tidak berani untuk melakukan sebarang transaksi perniagaan online menggunakan PayPal. Saya harap, artikel saya kali ini dapat memberi sedikit semangat kepada mereka yang baru ingin mencuba perniagaan internet.

Ah.. tak peduli. nak cakap gak lagi.. "I HATE PAYPAL"..

Comments (68)add comment

Shahraduan said:

Shahraduan
...
Info yang sangat bagus bro...huhuhusmilies/grin.gif
 
March 14, 2009 | url
Votes: +2

mohd basri said:

mohd basri
...
matlumat yang baik nie!! thanks bro...
 
March 15, 2009
Votes: +1

nuwa said:

nuwa
...
Hmm..gini rupanya caranya.. Selama ni mmg duk penibng kepala bila kena access limit! Nk menangis pun ada..huhu.. So, saya akan gunakan tips spt kt atas nie..hohoho..Tq Sifu Lan!
 
March 15, 2009 | url
Votes: +1

azizwan(dot)com said:

0
...
nice info dan akan diaplikasikan kelak. TQ smilies/grin.gif

komen drpd http://azizwan.com
 
March 15, 2009 | url
Votes: +0

juan said:

0
Apekah maknenye ini?????
Akaun paypal sy pn di kenekan access limit. Dan paypal menyatakan sbb akaun sy di access limit kerana "Our system detected unusual charges to a credit card linked to your PayPal account on Sep. 20, 2008."

Ape mksud sentence tu ek? ade sape2 tahu? plz help me..
 
March 15, 2009
Votes: +1

fir_acheque the bassist + ebay (kerja mkn gaji) said:

0
...
hehe..aritu kene access limit..salah cara transfer duit..fuhh..jenuh nk setelkan isu tu. last2 bkak akaun baru..menarik gak cara sifu-lan ni..bole cuba..A+++
 
March 15, 2009
Votes: +0

tauke-baem said:

tauke-baem
Guna teknik Ke-3
sifu kalau saya gunakan celcom broadband boleh tak guna cara yg ketiga nie...smilies/wink.gif
 
March 15, 2009 | url
Votes: +0

azari said:

0
Bencinya aku pada paypal!!!
No telefon pun takde, payah sungguh. korang cube la cari no call dia. kalau dapat cuba call. mesin yg akn jawab nanti. aku penah cakap dgn aypal support di UK. aku cakap paypal acc aku ada masalah. dia cakap paypal aku didaftar di malaysia. so dia tak boleh settlekan masalah aku. dia bagi aku no paypal malaysia, tapi bila aku call, NUMBER NOT RECOGNISE.....aggahhhhhh...tensionnyaaaaaaaa.
 
March 15, 2009 | url
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
sifu kalau saya gunakan celcom broadband boleh tak guna cara yg ketiga nie...

Tak boleh sebab pengguna Celcom access menggunakan static IP address. Klu 1 account kena access limit nanti semua sekali kena.
 
March 15, 2009 | url
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
No telefon pun takde, payah sungguh. korang cube la cari no call dia. kalau dapat cuba call. mesin yg akn jawab nanti. aku penah cakap dgn aypal support di UK. aku cakap paypal acc aku ada masalah. dia cakap paypal aku didaftar di malaysia. so dia tak boleh settlekan masalah aku. dia bagi aku no paypal malaysia, tapi bila aku call, NUMBER NOT RECOGNISE.....aggahhhhhh...tensionnyaaaaaaaa.

Uiks.. PayPal ada office kat malaysia ke? setahu saya kat singapore je paling dekat. Cuba kol PayPal singapore +6565104650
 
March 15, 2009 | url
Votes: +0

Far East said:

Faiz Sulaiman
Paypal unpredictable
Jangan kate setahun, acc sye yg dah dekat 2 tahun pon kene gak access limit..2 kali plak tu..ntah ape2 ntah..tp lepas kasi bil letrik, ok..Alhamdulillah..
"I hate Paypal"..yes me too..hehe
 
March 15, 2009 | url
Votes: +0

germany_fan said:

0
explaination more about "3rd party account"
mcm cth bro sifu, acc A sbg acc standy utk cashout, acc B ngan C sbg penerima, kalo yg acc B ngan C nie acc fund tp semua transaction amek service/other...selamat x cara nie?
 
March 15, 2009
Votes: +0

ely said:

0
New Paypal Account
Salam,
Nak tanya sifu,
Nak buka akaun paypal baru,kaedah nya sama gak ke?contohnya,kena bagi nombor kad kredit dan kena tunggu verify dulu ker?Kalau macam tu kena bagi new credit card number and kena tunggu lagi dua minggu untuk verify?
Thanks in advance for your info.
 
March 16, 2009
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
mcm cth bro sifu, acc A sbg acc standy utk cashout, acc B ngan C sbg penerima, kalo yg acc B ngan C nie acc fund tp semua transaction amek service/other...selamat x cara nie?

Takde jaminan cara tu selamat.. Tapi sekurang2nya, PayPal takde la mintak invoice & supplier contact details. So mudah la sikit nak prepare document just in case.
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
Salam,
Nak tanya sifu,
Nak buka akaun paypal baru,kaedah nya sama gak ke?contohnya,kena bagi nombor kad kredit dan kena tunggu verify dulu ker?Kalau macam tu kena bagi new credit card number and kena tunggu lagi dua minggu untuk verify?
Thanks in advance for your info.

Ya.. kaedah yang sama.. mmg kena guna kad kredit lain. Klu nak cepat verify guna VCC jer..
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

yana said:

0
lari tajuk sikit
saya nak tanya kat sifu,saya baru nak mencuba berniaga di ebay,saya dah buka accaunt paypal xde masalah tapi masalahnya, untuk barang pertama jualan,kita kena key in debit/credit card detail kan? tapi ketika saya nak key in debit card detail ebay xboleh verified. Walhal card yang sama saya buat untuk paypal,tapi kat paypal ok je. boleh bantu,saya dah buntu ni?
 
March 16, 2009
Votes: +0

Noorizam Shah said:

0
...
praktik yang aku ni selama ini telah didedahkan oleh sifulan.. ohohoho..

apa pun, aku pun nak pesan sama dengan newbie lain. jgn takut access limit. smilies/cheesy.gif

ramai yang jual VCC sekarang ni. pie beli banyak2.. peram akaun.

cheers
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

amri said:

amri
...
Salam Sifu, nak tanya sikit. utk akaun paypal ke 2 time daftar kena guna alamat, email, no fon yg berlainan ker? tp fon home no. ada satu je mcm mana?
lagi satu sy guna streamyx, boleh ke tidak utk daftar akaun ke 2 guna komputer yg sama?thanks
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

pedagangIT said:

0
along ko paypal nie...
hahaha... memang ramai yang teruja dengan paypal...
dorang nie memang ikut suka dorang je...
tapi service bagus kat paypal nie...

tips saya..

bukak akaun paypal dan dalam 6 minggu , layan je tanya benda benda pelik kat contact paypal nie..

dorang akan nampak kita serius bisness online
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

mizisyafie88 said:

mizisyafie88
...
tu lah,sy pun newbie nih,mmg dah plan dah lepas dekat sebulan dok membace smua isi forum..ingat nak wat 2 akaun berlainan satu akaun khas untuk draw duit...tapi static ip lah plak...bro ada cara tak untuk atasi static ip nih hehehe..neway, yg sal peram akaun tuh....input TERBAIK...huhu
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

kerengge2 said:

0
Cara Elak limit
Paypal memang sengaja tunjuk taring. Aku pernah buat urusan dengan 2 verified akaun yang masing2 akaun pada tahun 2004. Tetapi sekarang kedua2nya kena limit. Semuanya bergantung pada nasib.

Aku punya 3 akaun kadang2 masuk US300 satu hari. Tapi tak kena limit. Cara aku ialah pada sold item hantar saja feedback pada custumer. Pada ruangan shipping pastikan banyak bilangan belum ship. Paypal pun takut. Kalau barang masih banyak belum ship akaun tutup tentu paypal bimbang kita tak dapat ship barang, Pastikan masih ada barng2 belum ship. Saya rasa ini paling selamat, setakat ni ok lagi. Tak tahu la.

Yang pasti kalu akaun paypal kena limit memang aku tak akan hantar barang. Tak kan nak pinjam along nak hantar barang.
 
March 16, 2009
Votes: +0

Eruwan Gerry said:

0
Good info
good info bro...memang panduan baik untuk semua yang menjual di eBay....

keep up with all the good advices... smilies/wink.gif
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

corallinkz said:

0
soklan
jadi, kalau paypal kena limited, camne cara lak nak kluarkan duit dari paypal? tunggu 180hari? dan x salah sy hanya thru US bank account.ada cara lain x?
 
March 16, 2009
Votes: +0

asraffruslan said:

0
bagus...
Thank di atas info yg sgt2 berguna ni.......
Mmg boleh dipraktikkan.........
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

Dickson Ton said:

dicksontgp
Mr
bagus....dan
pakai http://anonymouse.org utk anonymous diri...
 
March 16, 2009 | url
Votes: +0

mr_mazlan_73 said:

mr_mazlan_73
pay pal
oooo... bahaya juga ya kalau akaun pay pall sudah di acess limit... maknanya semua duit dalam akaun pay pall yang di acess limit tu tak boleh keluar lagi lah bro..... aduhhhhhh... macam mana tu..
 
March 17, 2009 | url
Votes: +0

Cheiko S. said:

0
Lucky i'm in Singapore
Thanks sifu Lan,its a best info smilies/wink.gif,syukur i kerja kat Singapore kerna baru2 ni ada masaalah nama i yang terkurang huruf waktu buka akaun jadi i settle kat ofis PayPal habis crita...smilies/grin.gif
 
March 17, 2009
Votes: +0

Aisar said:

0
Moneybookers
salam sifu lan...
kalau saya pakai moneybookers bole x?
paypal ni payah sgt...
thanks...
 
March 17, 2009
Votes: +0

masdee matsudu said:

0
...
saya sebagai pelangan baru... apakah cara atau sejalan untuk meningkatkan di dalam perkerjaan seperti ini ...? saya tidak ada kepandaian dalam internet..?dan saya pun kurang berbahasa englis...? dan yang penting sekali saya pun tidak tahu tentang computer....? dengan ini ....saya akan usha ....terima kasih
 
March 17, 2009
Votes: +0

jalani said:

0
...
aduh belum berani. kena kursus dulu lah. tapi dah tua takut pening
 
March 17, 2009
Votes: +0

Leana said:

0
Verfied paypal
Salam,
Alhamdulillah memang idea tu ada dah sebab paypal saya dari 2007. kira antik tp hanya ada angin wal asap. Moga2 2009 penuh la dia weh...smilies/grin.gif
 
March 17, 2009
Votes: +0

aiereast said:

0
...
satu info yang bagus sifu. tq : )
 
March 17, 2009
Votes: +0

S.K said:

0
Ingin Berkongsi Dengan NEWBIE.
Salam semua! Saya adalah eBay seller yang baru (kurang 90 hari). Telah banyak melalui pengalaman suka duka di eBay dan Paypal. Currently, saya mempunyai 2 akaun eBay dan 3 akaun Paypal. Ketiga2 akaun Paypal saya pernah mengalami access limit. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama anda terutama Newbie, yang telah pernah mengalami masalah Paypal akaun limit dan yang belum pernah mengalaminya. Pada pertama kali saya mengalami akaun limit di Paypal, saya terus menghantar email di bahagian Help meminta pertolongan mereka assist saya bagaimana cara untuk remove limit tersebut. Staf Paypal sangat membantu saya dalam proses ini. Setelah mendapat reply dari pihak Paypal melalui emel, saya masih mengalami masalah untuk mendapatkan invoice untuk barang2 yang terjual di eBay, maka saya terus membuat panggilan ke bahagian Paypal Singapore dan staf lelaki yang menjawab panggilan saya amat membantu.(Jangan takut call kerana saya hanya mengguna hp dan caj hanya RM2 shj) Dia menolong saya assist satu persatu langkah yang perlu saya lakukan. Pada waktu itu terdapat 4 langkah yang perlu saya lakukan. Dan dua langkah yang leceh perlu saya lakukan ialah saya perlu provide tracking kod dan invoice untuk 4 pembeli saya. Saya menjelaskan pada operator Paypal tersebut yang saya adalah droshipper dan tidak mempunyai sebarang dokumen untuk provide kepada Paypal. Operator memberitahu saya untuk menjelaskan kepada Paypal tentang perkara yang sebenarnya. Jadi apa yang telah saya lakukan? Saya menggunakan screenshot pada web droship, edit di photo editor dan paint. (Susah dahulu, senang kemudian)Saya include anak panah dan tulisan untuk menerangkan pada Paypal tentang hubungan business saya dengan dropship/supplier company. Email komunikasi saya dengan company droship itu pun saya screenshot kan. Hanya bahagian tracking number saya kosongkan tetapi saya menghantar email kepada Paypal memberitahu sebetul2nya situasi saya. Saya menunggu lebih kurang 6-9hari sebelum limit akaun Paypal saya berjaya diremove. Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut bagaimana untuk atasi limit akaun Paypal dan juga untuk mengatasi masalah 'no longer registered user' sila email kepada saya. Saya ingin membantu anda. Kesimpulannnya, jangan anggap PAYPAL musuh anda! Paypal ingin membantu anda resolve akaun limit anda! Beri sahaja dokumen apa yang ada pada anda. Tak ada dokumen, ambik screenshot! Hantar email slalu pada Paypal tanya bile akaun boleh resolve! Staf Paypal Singapore memang English tak terer langsung (Saya B.Ed.English) jadi tak terer speaking pun tak apa. Kol mereka dan talk slowly. Lagi satu, saya dapati ramai newbie bila dapat 'no longer registered', terus tutup akaun! Jangan begitu. Jangan putus asa! Ingat peribahasa melayu. Susah dahulu senang kemudian. Semoga anda berjaya. Thanks to Sifu Lan memulakan topik ini! Salam.
 
March 18, 2009
Votes: +1

Aisar said:

0
Thanks
Thanks kepada MR.S.K for the information.Tips anda amat berguna kpd newbie seperti sy.smilies/grin.gif
 
March 18, 2009
Votes: +0

S.K. said:

0
...
Sama2 aisar. Semoga anda berjaya dalam career bznz eBay. Kepada Jalani, usia bukan penghalang anda melakukan bznz di internet. Tak perlu takut dan tak perlu pening. Terdapat beratus auction web di internet dan bukan hanya eBay satu-satunya pilihan anda untuk buat duit di internet. Saya mengenali seorg lelaki tua di forum Salehoo.com dan dia sudah retired (60+ tahun)tetapi ingin mendapat pendapatan tambahan. Dia berjaya memperoleh pendapatan stabil USD2000 sebulan tetapi bukan di auction site ebay.com dan bukannya memperoleh sebanyak itu dengan menjual produk fizikal (kerana dia suka travel) Dia hanya menggunakan service dropshipper dari 1 website sahaja. Walaupun tidak lah begitu banyak, jika dia boleh kenapa kita yang masih muda tidak boleh bukan? Semoga ini menjadi perangsang pada anda semua! Salam.
 
March 19, 2009
Votes: +0

Aisar said:

0
...
ermmm...MR S.K...sy nak tny.Encik S.K berniaga di eBay US atau malaysia?thanks
 
March 19, 2009
Votes: +0

pening said:

0
anatra kredit and debit.
sifu, harap membantu aku. sifu dulu apply kedit kad kt mana? and debit kad lak kt mana? adakah sifu gunakan kredit and debit card from MALAYSIA? aku pun pening, tkut2 nak cuba.. ada yg kata buat VISA akaun US. ada yg ckp ntah kt mana ntah..lupa

tolong please..sape2 la.bg tips yg berguna sket and berlebih2 pun x pe...thanks .
 
March 20, 2009 | url
Votes: +0

S.K. said:

0
aisar,
Trima kasih krn menyoal. Untuk menjawab pertanyaan aisar, saya berniaga di eBay Malaysia, Australia, dan U.S. Ada apa2 boleh saya bantu aisar mengenai eBay (esp newbie) sila ke emel saya ebay.coaching09@gmail.com. Salam.
 
March 21, 2009
Votes: +0

S.K. said:

0
Pening,
Salam. Jika anda maksudkan kad untuk bznz di eBay, kad yg terbaik adalah Kad Debit Public Bank (PB Visa Electron). Anda boleh pohon secara online di laman web www.pbebank.com. Caj yg dikenakan hanyalah RM25. Anda boleh juga pohon kad tersebut di cawangan2 PB berdekatan. Jangan lupa untuk apply kad debit ini dengan online banking skali supaya anda boleh menyemak transaksi history dan akaun penyata secara online. Anda boleh daftar kad debit ini di akaun paypal untuk memudahkan anda mengeluarkan fund dr paypal. Caj yg dikenakan untuk setiap transaksi hanya USD5. Fund withrawal dr akaun Paypal ke kad debit PB memakan masa 3-5hari sahaja. Anda boleh semak account balance anda dari semasa ke semasa secara online di pbebank.com. Saya sertakan web di bawah anda boleh senang lihat dan terus apply di laman ini http://www.pbebank.com/en/en_c...index.html Saya harap ini membantu. Selamat berjaya!
 
March 21, 2009
Votes: +1

azree kamudin said:

azree kamudin
tolong explain lg psl 3rd party method
salam sifu.mcm sifu kate 3rd party method tu, bile acc A sbg acc cashout, slalu dpt fund paypal dari acc B dan C, xpe ke? sbb sender asyik sama je setiap kali,iaitu nama acc B dan C? xde sbrg mslh ke receive fund dari org yg sama?
 
March 21, 2009
Votes: +0

azree kamudin said:

azree kamudin
...
salam s.k, ape email bro?
 
March 21, 2009 | url
Votes: +0

S.K. said:

March 21, 2009
Votes: +0

azree kamudin said:

azree kamudin
tolong explain lg psl 3rd party method

salam sifu.mcm sifu kate 3rd party method tu, bile acc A sbg acc cashout, slalu dpt fund paypal dari acc B dan C, xpe ke? sbb sender asyik sama je setiap kali,iaitu nama acc B dan C? xde sbrg mslh ke receive fund dari org yg sama?
 
March 21, 2009 | url
Votes: +0

manis said:

0
info n tips berguna
info dr sifu sgt berguna. perkongsian maklumat rakan2 lain juga membantu bg sy sbg newbie. to ms.S.K, pengalaman y d kongsi juga amat bermanfaat.
 
March 22, 2009
Votes: +0

Gunawan Setyadi said:

Gunawan Setyadi
Bayaran dari Bank Indonesia
Hai Mr. Sifu Lan......Gimana kabarnya?

Semoga baik-baik aja ya..Saya juga demikian.

Oh ya, Saya mau bertanya nih..!

Saya kan warga negara Indonesia,untuk membeli e-book perniagaan
ebay Mr. Sifu Lan melalui bank di Indonesia bagaimana caranya ya..
Demikian pertanyaan saya, untuk penjelasannya kami ucapkan terima
kasih.

Salam Sukses,



(Gunawan S.)
 
March 22, 2009 | url
Votes: +0

exzs said:

0
teknik ak ke 3
kalu 1 akaun buka guna streamyx & 1 lagi guna BB maxis bole ke guna tektik ak pihak ke 3 tu?
 
March 23, 2009
Votes: +0

pening said:

0
thanks S.k. best giler r tips kamu.. berguna sgt bagiku..hehe
aaaaaaaaa....best giler blog sifu lan ni.bnyk tips la bleh kongsi. smilies/wink.gif erm, sy cari public bank, tp yg ade public mutual bank. same ke tu??

s.k,
dulu blaja pasl ebay beli ebook drpd siapa? by the way, thanks for your information.

sifu,
mengapa VCC tu dikatakan mempercepatkan akaun paypal di-verified?

 
April 05, 2009 | url
Votes: +1

pening said:

0
s.k..sy tkut nak apply
sy tkut nak apply debit card. sbb mgkin kena charge lg. mungkin yg lain2 tu ade kena lgi kot...mne la thu, kan? cuak pulak sy..cmmane ek???

dah la tgh smbung study lg... keje x confirm lg. hmmm.. hidup..hidup..bnyk onak duri dan cabaran..

p/s: cammane ek S.K?? smilies/angry.gif
 
April 05, 2009 | url
Votes: +0

S.K. said:

0
Pening,
Salam, maaf sy lmbt reply. Sy mula minat eBay semenjak saya menjual sesuatu berharga untuk mendapatkan modal untuk memulakan perniagaan offline. Dari pengalamanlah sy mula2 belajar tentang eBay dan Paypal.

Public Mutual adalah anak syarikat Public Bank. Anda boleh juga apply online di www.pbebank.com. Lagi mudah dan cepat. Tidak perlu takut untuk keluarkan modal serendah RM25 untuk Kad Debit PB. Tiada yuran lain akan dikenakan ke atas kad anda. Jika anda gunakan Kad Debit tersebut untuk withdrawal fund dari Paypal, katakan USD 25, Paypal akan mengenakan yuran USD5 sahaja, maka hanya USD 20 sahaja yang akan masuk ke Kad Debit PB anda. Semudah itu dan proses ini mengambil masa 3-5 hari sahaja!

VCC pula;
Boleh anda gunakan jika anda ingin menjual barang-barang yang 'tidak selamat' di eBay.

Jika anda sudah excited untuk memulakan perniagaan di eBay, anda boleh apply VCC sementara menunggu Kad Debit PB anda siap.

VCC adalah cara yang cepat dan pantas untuk Paypal anda di'verified'kan. Ini adalah kerana;
i. Expuse number (4 angka) akan dihantar kepada anda dalam masa 24 jam selepas anda mendapat nombor VISA VCC.
ii. Sedangkan, jika anda gunakan Kad Debit PB, Expuse Number akan dihantar oleh Paypal ke akaun online PB anda dalam masa 3 hari.

Ingat ! Anda hanya boleh jual di eBay.com jika anda mempunyai Verified Paypal Account.

Untuk mendapat jawapan yang cepat dari saya sila emel saya. Saya harap semua jawapan anda sudah terjawab. Semoga berjaya !

 
April 07, 2009
Votes: +3

invtrader said:

0
paypal masih terima VCC hari ini?
saya ingat paypal sudah ban VCC ni sejak tahun lalu?
siapa ada maklumat baru atau yg nak jual VCC sila email ke
invtrader@gmail.com
 
April 09, 2009
Votes: +0

mohd. khalis azfar b. bakar said:

mohd. khalis azfar b. bakar
xdpat download panduan lister turbo
salam..saya xpdt download panduan lister turb0 smilies/sad.gif
so apa yag perlu sya buat?
http://58rahsia.tl.my
 
April 16, 2009 | url
Votes: +0

Sifu LAN said:

Sifu LAN
...
salam..saya xpdt download panduan lister turb0 smilies/sad.gif
so apa yag perlu sya buat?

wa'salam.. Err.. apa error yang keluar?
 
April 16, 2009
Votes: +0

Norizwan said:

Norizwan
...
salam...
sifu lan...saya masih tak paham ngan paypal ni...saya pernah kena acces sbyk 3 kali dalam akaun yang sama...skang ni masih nak minta macam2 lagi,katanya nak minta maklumat tambahan untuk menambahkan lagi keselamatan paypal ni...maslahnya apa yang dia nak, tak bagitau apa2 pun...payment receieved dah bagi,bil payment dah bagi...
 
May 04, 2009 | url
Votes: +0

naswa said:

naswa
Boleh ke duit kt dpt blik dr paypal kalau 180 hari (selewat2nya) lps tu kalau kt guna vcc
hi sifu,
nk tnya sifu kalau dh kn access limit duit mmg blh dpt blik x kalau pun dh 180 hari. sy pasti ramai yg gn vcc utk verify perkara ni.paypal. Informasi sifu dlm artikel di atas lbh merujuk kpd kalau kt gn akaun sebenar kan?
Bagi yg gn vcc blh x dpt blik duit dlm paypal tu. Kalau jumlah dlm paypal tu skt mgkin ramai yg blh nasihat "burn"kan je. Tp kalau jumlah byk cmne tu.
Hrp sifu blh bntu kalau2 tahu infomasi bkenaan
 
May 08, 2009
Votes: +0

S.K. said:

0
Naswa
Salam , selepas 180 hari, naswa boleh dapat balik balance dalam akaun PayPal. Hal ini terdapat dalam User Agreement PayPal.com. Rujuk di https://www.paypal.com/al/cgi-bin/webscr?cmd=p/gen/ua/policy_closing-outside User Agreement tersebut. Walau apapun, keputusan di tangan PayPal.
 
May 18, 2009 | url
Votes: +0

Rais said:

Rais
...
kalo kita terus buka akaun lain dan tak buat ape2 action kat akaun yg dh di access limit tu, selepas 180hari confirm ker dia akan bg kita semula access? sy muskil sbb plan nk ignore jer akaun yg dh diaccess tu then kuarkan duit tu lps 180hari, boleh ker mcm tu? tq
 
May 20, 2009
Votes: +0

paaan said:

0
...
susah la saya pakai celcom broadband.Sifu maknanye pakai celcom broadband cume boleh login untuk satu akaun jer lah kan.X leh la pakai taktik yang sifu ajarkan tadi.HUHUHUHUsmilies/cry.gifsmilies/cry.gifsmilies/cry.gif
 
June 21, 2009
Votes: +0

Jutawan Ceramic said:

0
Jutawan Ceramic
Keajaiban telah berlaku,salah satu akaun paypal saya telah pulih dari limit tanpa perlu provide ape2 dokumen yang di perlukan.Maybe dilihat pada feedback ebay dan takde dispute oleh buyer agaknye,hehe
 
June 25, 2009 | url
Votes: +0

cantekmama said:

0
...
so far ok,x penah jadik lagik..suka baca tuk knowledge,kalau pape nanti tau nak buat aper..tq sifu
 
October 16, 2009 | url
Votes: +0

miss eka said:

0
Bagaimana nk buka akaun paypal?
Sy ingin membuka akaun paypal. Sy dah cuba cari penerangan di laman web,tp sy masih kurang fhm tentang cara membuka akaun paypal..
Masalah yang paling sy confius ialah tentang debit kad kredit kad?
Perlukah kita ada debit kad @ kredit kad utk buka akaun paypal?
Kalu pakai kad maybank biasa (kad warna kuning bukan debit kad maybank) boleh kah? Dan adakah maybank mudah tuk transaksi paypal?

Mohon sifu tolong bagi penerangan detail tentang bagaimana utk buka akaun paypal dan bagaimana utk manage akaun payapal. tQ..
 
November 09, 2009
Votes: +0

budakbelajar said:

budakbelajar
paypal access limit
kes sy cmni. sye n buyer ebay. sy beli 1brg dlm ebay n tp time nk byr paypal sye kne access limit. ade yg blh bntu sye. sy tgh pening n. sye gune akaun paypal premier
 
November 15, 2009
Votes: +0

budakbelajar said:

November 15, 2009
Votes: +0

budakbelajar said:

budakbelajar
...
ade org blh bntu. sy n buyer ebay. akaun paypal sy kne acces limit mse sy nk byar k seller 2. blh bgtau cre nk slesaiknye. brg sy byk jgk xtrbyar n. huhu..
 
November 15, 2009
Votes: +0

Frust tertonggeng said:

0
bukan setakat limited access tapi tutup terus
Salam mSifu Lan,

Adake cara supaya sya blh buka akaun baru klau akaun dh dh ditutup.??
Kecewa yg teramat sgt dgn paypal.Punca diorang tutup sbb ada customer beli brg yg sya jual kt ebay menggunakan paypal orang lain(Hackers)yg jd mangsa saya .barang hilang,duit hilang paypal akaun hancusss.satu tindakan paling tidak adil dr paypal.ngan ebay2 skali kena ban.
 
January 25, 2010
Votes: +0

Khar said:

0
terkemut2
salam sifu,
saya baru nk mulakan perniagaam internet ni ...
dan juga baru tahu tentang paypal

mohon sifu ke blog saya dan sekiranya berkelapangan dapat memberikan sedikit komen ttg produk dan perkhidmatan di situ

dan juga baru terjumpa blog cfu dan juga baru tahu ttg paypal smilies/sad.gif
dan tgh studi ttg paypal ni, alahai saya terkemut2 ...

tolong! tolong!

tapi bila baca artikel di atas, dok berasa ish camna ni, ada barang2 aku jual RM 10, RM 5 aje ni, kalu kena potong oleh paypal, tinggal berapa sen aje, eh... nk hntr lagi produk tu kat buyer.

katalah produk tu RM 5, pastu kena caj oleh paypal, pastu nk hntr barang tu ke oversea ... lahai, cam tak berbaloi aje sifu ... rugi lah saya kalo camtu ... tak gitu?

ada cara tak untuk mengatasi masalah ni? Mohon pencerahan daripada sifu ... terima kasih banyak2 ...
 
March 25, 2010 | url
Votes: +0

hairulamran said:

0
Perkongsian Ilmu
Terima Kasih Bro Lan. Satu perkongsian ilmu yang bermanafaat.
 
March 31, 2010 | url
Votes: +0

PisangPanas said:

0
...
Memang sakit hati kalau kena access limit ngan paypal ni..aku bercakap dari pengalaman..

Tapi kalau kita follow je rentak derang, ikut n bagi apa derang nak..memang xda masalah..
 
April 30, 2010 | url
Votes: +0

Razil Zaini said:

0
...
Thanks atas info nie sifu-lan dan thanks kpd rakan2 komentar semua :-)
 
May 22, 2010 | url
Votes: +0

Write comment

busy

Login Ahli

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Daftar Percuma!

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use


Semua artikel di dalam web ini adalah gabungan categori-categori tertentu. Yang di paparkan di muka hadapan adalah secara keseluruhan tanpa mengikut urutan kategori. Berikut adalah kategori utama di dalam web ini:

  • Artikel Peribadi
  • Bisnes & Kewangan
  • Motivasi & Gaya Hidup
  • Komputer & Internet
  • Ulasan Produk

Objektif laman web ini dibina adalah untuk mengembangkan lagi ilmu pengetahuan serta perkongsian maklumat dalam niche 'Usahawan Internet'. Anda bebas untuk melayari atau menyalin bahan-bahan di dalam web ini dengan syarat meletakkan sumber asal bahan tersebut diambil cukup sekadar link http://sifu-lan.com/. Warna & Tema web ini akan berubah-ubah secara rawak dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk melanggan RSS web ini untuk menjadi pembaca setia web ini. Terima Kasih.

 
Hak Cipta Terpelihara © 2009/2010 SIFU SOLUTION (SA0101964-M). Semua bahan termasuk tulisan, gambar, logo, dan trademark adalah hak milik pemilik mereka yang sah.
Sifu LAN